Monday, September 23, 2013

"MOGA TENANG KAMU DISANA"

 23 september 2013...1 pagi..

 "aku menghampiri mak aku yang baru terjaga dari tido "adek..kalau boleh sedekahla al-fatihah,baca yassin untuk arwah ngah" mak mula bersuara.."kenapa mak" aku bertanya.."mak mimpi arwah ngah datang kat mak tadi,muka dia bersih sangat,mak pelik sebab arwah ngah dah lama meninggal..mak suruh dia "balik" tapi dia tak nak..dia cakap dia lapar,jenuh mak suruh dia balik,sampai mak azan,barula dia pakai kasut,pelan2 dia "balik"...dia sedih..kesian dia dek..agaknya dah takde orang yang ingat kat dia lagi sampai terlupa nak sedekahkan al-fatihah untuk arwah"...hmmm....

mula2 aku pikir..permainan setan agaknya..tapi bila pikir2 balik..tak mustahil jugak kalau betul2 arwah yang datang kat mak aku,arwah memang rapat dengan mak aku,arwah pernah jaga aku masa kecik2 dulu,arwah meninggal sebab kanser rahim...lama sangat dah..arwah takde anak..

jangan dikira dosa manusia..doakan jela untuk mereka..baik macam mana pun kita,pasti ada dosa..bagusnya allah tutup aib kita...tak perlu kita nak buka aib orang lain..boleh jadi dosa dia telah terhapus dengan amalan sunat yang dia buat...dosa kita??moga allah ampunkan jugak..

ok korang..aku bukan taip saja2..aku nak minta belas ihsan korang..belas ihsan pembaca supaya sedekahkan al-fatihah untuk arwah ngah aku yang dah lama pergi..kalau ada yang nak tolong bacakan yassin untuk dia..lagi bagus..moga dapat hilangkan sedikit kelaparan arwah "disana"..tak rugi pun kalau setakat nak bacakan al-fatihah untuk sedara2 kita yang dah lama pergi..kelak kita juga akan menyusul..

al-fatihah buat almarhum saniah binti ahmad dan buat saudara2 kita yang telah pergi,moga mereka tenang disana...


P/S : aku dah mula meremang bulu roma sebenarnya....dahla malam2 canggini mak aku cite lak benda2 ni..huhuhuhu...


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..






Monday, September 16, 2013

GOTONG ROYONG KELUARGA...:)

salam..hari ni mak cuti..aku dapat luangkan masa dengan mak..kebetulan sepupu aku dari kedah n penang bertandang semalam dirumah..kitorang ramai2 gotong royong kat luar tu,mak cik aku kutip kelapa tua,untuk dimasak..meniagala katakan,ada yang tukang jolok kelapa,ada yang tukang tetak kelapa,mak aku cantas semak samun yang sibuk menjalar kat pagar,aku??aku lap tingkap..korang ingat senang??dengan ketinggian tak seberapa ni..terjengket2 aku basuh tingkap..nak tonyoh2 lagi...haaaa....

sambil gotong royong kitorang menghirup air kelapa muda hasil tanaman mak..hmmm..sedap!!!dah lama aku tak merasa air kelapa muda..nikmat sangat rasa...nikmat juga mata aku menikmati pemandangan kampung..

habis gotong royong,kitorang santai2 kat pondok sambil makan2 pulak..nasi lemak,lempeng kelapa,magi goreng,air kopi ada air teh pun ada!!biskut kering pun adaaaaaaa...hehehehehe

apa2 pun..aku gembira..dapat luang masa dengan mak aku..yang dah lama sangat aku tak jumpa dia..tengok rumah kampung ku..aku tersenyum..yeahhh...SAYA ANAK KAMPUNG!!!!

semua pokok2 kat kawasan rumah aku..semua mak aku yang tanam..dahsyatkan mak aku walaupun tahun depan umur dia 59tahun!!!moga allah panjangkan umur mak..murahkan rezeki mak..berkati kehidupan dan rezeki mak..sayang mak!!

sekian...:)













ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Tuesday, September 10, 2013

SEDIKIT KALAM MOTIVASI..










mesti baca dan cuba untuk memahami maksud yang mendalam ini..

1-Solat bukanlah "tayar ganti" yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah ,tapi ia adalaha "stereng" yang menunjukkan jalan benar.

2-Maka,kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil??Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita,maka pandanglah kehadapan dan majulah.

3-Persahabatn ibarat sebuah buku,ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar,tapi bertahun2 untuk ditulis.

4-semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara.Jika ia berjalan dengan baik,nikmatilah,ia takkan kekal lama.Jika ia berjalan dengan teruk,jangan sedih,ia juga takkan kekal lama.

5-kawan2 lama adalah emas,kawan2 baru adalaah berlian,jika anda mendapat sebutir berlian,jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian,anda mesti sentiasa memerlukan tapak emas.

6-Acapkali,ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya,ia hanyalah liku,bukannya penamat!!

7-Apabila allah menyelesaikan masalah2 anda,anda percaya memiliki kemampuan.Apabila allah tidak menyelesaikan masalah2 anda,DIA percaya akan kemampuanmu.

8-Seorang yang buta bertanya kepada seseorang bijaksana "bolehkan ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan??" Dia menjawab "ya,kehilangan visi anda!!".

9-Ketika anda mendoakan orang lain,allah mendengar kepada anda dan merahmati mereka,kadang kala apabila anda selamat dan bahagia ,ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.

10-Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok,ia menghilangkan kedamaian hari ini.


terima kasih pada yang sudi berkongsi..

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan...




Sunday, July 28, 2013

PUISI 26 JULAI 2012..



Sakitnya hati ku menanggung sesuatu
Sesuatu yang susah untuk aku tafsirkan dengan kata

Sukar dipendamkan dalam hati yang luka

Tuhan…aku berdoa setiap waktu

Agar engkau hadirkan dia

Untuk aku seperti dahulu

 Walaupun Cuma untuk seketika waktu

Tuhan betapa rindunya aku pada saat manis itu

Walau ianya telah berlalu

Tapi tak mungkin untuk aku biarkan ia pergi begitu

Walau kini dia telah jauh dari aku

Hati aku masih lagi sepi

Aku sekarang bukanlah diriku yang dulu

Sentiasa menanti tanpa jawapan..

Menganggung sedih sendiri

Tiada lagi dia disisi

Yang sentiasa ada untuk memerhati

Membela nasib diri yang kerdil ini

Tiada lagi yang memahami

Tiada lagi yang memuji

Tiada lagi yang menyeka air mata ini

Tiada lagi senyuman pengubat luka hati

Tiada lagi yang dapat memberi

Semua ini dengan seikhlas hati

Melainkan hanya dia saja yang mengetahui


Teman sejati telah pergi

Tinggal aku sendiri

Tuhan tolong sampaikan salam ku ini

Letaklah dia dalam jagaanmu

Dakaplah dia ketika dia bersedih hati

Jangan biarkan dia disakiti

Aku mohon padamu ya illahi….

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

KATA-KATA HIKMAH ALMARHUM SYEIKH AL-TANTAWI...

KATA-KATA HIKMAH ALMARHUM SYEIKH AL-TANTAWI...




لا يلزم ان تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik
untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik..

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji 
kerana mahu menjadi seorang yang disukai..

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya
untuk menjadi seorang yang bahagia.

يكفي أن ترضي ربك
 وهو سيجعلك عند الناس جميلا ومحبوبا وسعيدا
Cukuplah dengan membuatkan tuhanmu redha dan kasih padamu,
pasti DIA akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia,
disukai dan disenangi oleh semua,
serta hidup bahagia.

لو اصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau melakukan 99 kebaikan,
tetapi berbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahakanmu dengan kesilapan yang satu itu,
dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain.

هؤلاء هم البشر !!
Itulaha hakikatnya manusia!!

ولو اخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan,
dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لغفر الله ال 99 وقبل الواحدة 
Allah akan amupnkan semua 99 kesilapanmu
dan menerima amal baktimu yang satu itu.

ذاك هو ربي
Itulah dia tuhanku!!! 

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..






Friday, July 26, 2013

UPDATE TERKINI #EGYPT

Ini bukan caranya awak nak leraikan keganasan wahai as-sisi...

"Gerakan pembunuhan beramai-ramai sedang dilakukan kepada penyokong legitimasi sekarang oleh As Sisi."

sumber  FB mesir kini.. #update terkini dari madinah nasr egypt

doakan mereka wahai saudara2 yang perihatin..





ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

PERHIMPUNAN TERBESAR PENYOKONG DR MORSI VS AS-SISI (26 JULAI 2013)

salam...semalam ( 26 julai 2013 bersamaan 17 ramadhan) telah berlakunya perhimpunan antara penyokong morsi dan juga penyokong menteri pertahanan mesir abdul fatah as-sisi,orang yang bertanggungjawab menggulingkan presiden morsi pada 3julai yang lalu..7 orang dilaporkan terkorban manakala 247 yang lain cedera di iskandariah @ alexandria egypt.

penyokong morsi telah mengadakan perhimpunanan "jumaat al-furqan" manakala as-sisi menyeru rakyat egypt agar keluar berhimpun pada hari jumaat semalam sebagai tanda sokongan pada tentera untuk terus memerintah egypt,mungkin dah tertekan agaknya kerana sejak penggulingan morsi,penyokong morsi tak pernah berganjak dari tempat perhimpunan menuntut kembali morsi menjadi presiden egypt.

ingin di ingatkan,presiden sementara menggantikan morsi adalah adly mansor,tapi yang peliknya kenapa abdul fatah as-sisi yang sibuk2 sangat..itu persoalan utama yang perlu di fikirkan..

kedengarannya samseng2 itu telah diberi kebenaran untuk menggunakan senjata jika berlakunya keganasan,tapi persoalannya,siapa dulu yang mencetuskan keganasan..pihak samseng dibenarkan memegang senjata,jika penyokong morsi juga memegang senjata,sudah tentu mereka dianggap pengganas,tak gitu??

morsi kini di tahan oleh pihak tentera,tapi tidak diketahui lokasinya,menurut agensi berita MENA,morsi hanya menunggu hari untuk di dakwa atas kesalahan mengintip untuk hamas dan memecah masuk penjara semasa revolusi 18 hari yang menjatuhkan hosni mubarak,satu dakwaaan yang takde kena kena dengan jawatan dia sebagai presiden.

dari pemerhatian aku,samseng bersenjata yang membuat kecoh dan membantai orang yang terlibat perhimpunan aman dari penyokong morsi banyak berlaku di iskandariah..kalau korang tak caya,korang tengok sendiri gambar2 kat bawah ni..silakan..




seronoknya mak cik joget bulan puasa..penyokong sisi menunjukkan sokongan penuh mereka pada as-sisi.



 bila samseng dan polis bergabung..


 






dari dalam masjid qaed ibrahim,lebih kurang 80-90 terperangkap didalamnya dikepung polis dan samseng,kedengaran teriakan dari dalam masjid gara2 takut jika mereka dikasari pihak samseng..





medan rabiatu adawiyah : penyokong morsi
tahrir : penyokong as-sisi.
aswan : penyokong morsi.
el-arisy : penyokong morsi.
medan nadhah : penyokong morsi..
korang nilai sendiri.




pemandangan dari perkarangan masjid qaed ibrahim ketika solat terawih semalam..ini la satu2nya masjid yang saya berhajat untuk berterawih...moga allah sampaikan hajat saya..




ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..