Assalamualaikum....
Tersenyum aku sendiri baca post aku yang lepas-lepas, boleh tahan puitis jugak aku ni, moga adala rezeki aku untuk jadi penulis ye..
Akhir-akhir ni...
Aku rasa sedih setiap masa, macam takde harapan pun untuk aku, aku dah penat sebab simpan lama rasa sedih ni, semuanya tekanan, aku takut untuk sebuah kehilangan, aku takut untuk nak hadap benda yang akan datang dek kerana pengalaman lepas yang sangat mengerikan, mengguris hati, yang buat aku jadi manusia yang lebih lemah. Lemahnya aku bila dah terlalu banyak diuji, aku duduk sendiri meratapi hati yang dah lama mati, aku menangis dalam hati, bila semua ni akan berakhir. aku dah tak kenal erti hidup lagi. Ujian yang datang boleh jadi pemangkin semangat untuk kau terus mengharung dugaan dan juga boleh jadi peruntuh semangat hidup kau hingga ke tahap zero, percayalah!! dengan hidup dan pelajaran aku banyak yang terumbang ambing, macam dah tak nampak hala tuju, hilang terus daripada pandangan, tiada perancangan masa hadapan, apa yang aku nak? rahsia!!
Adakala...
Aku rasa give up dengan hidup aku, aku putus harapan dengan sesiapa pun, aku terlalu takut untuk percayakan orang lain.Aku rasa takde apa yang boleh buat aku happy lagi, entah apa lagi duga yang menanti. Cara yang boleh buat aku happy dengan happykan orang lain. Setelah beberapa tahun aku lupa apa itu "SAHABAT" sehingga aku kenal sahabat baik aku sekarang, aku termakan sumpahan aku sendiri yang dulu aku pernah bersumpah aku takkan ada lagi sahabat baik, tapi dah terkenal sahabat aku ni, dengan buat dia happy pun dah cukup buat aku happy. Apa yang terdaya aku tolong untuk lihat dia bahagia. no matter sahabat, your happines is my happiness and your sadness is mine too..
Buat mereka yang membaca...
Doakanlah aku, moga satu hari nanti aku jumpa bahagia aku yang sebenar, moga aku terus kuat dan tabah nak hadap semua ni, ada kekuatan untuk selesaikan semua permasalah yang datang, sabar dengan dugaan, supaya aku dapat menggantikan air mata kesedihan dengan air mata kegembiraan, tapi buat masa sekarang percayalah, aku sentiasa sunyi berteman dengan kesedihan, jangan tanya dah berapa lama aku macam ni, cukup lama sampai aku rasa dah tak tertanggung lagi. Aku tak salahkan sapa-sapa, mungkin sekarang diri aku yang lemah, lemah sangat...
No comments:
Post a Comment