Saturday, January 4, 2014

KENAPA NABI IBRAHIM DISEBUT DALAM TAHIYAT AKHIR ( SALAWAT IBRAHIM )

SALAM...

salam buat warga pembaca..dulu aku selalu terpikir..kenapa dalam tahiyat akhir dalam solat kita tu kena ada selawat buat nabi ibrahim..kenapa tak nabi-nabi yang lain??lama jugak soalan ni bermain dalam otak aku..dan akhirnya...tadi baru aku jumpa jawapannya bila aku baca kat FB suara al-azhar..jawapan yang diberikan oleh SYEIKH DR MASMU' ABU THALIB

"NABI IBRAHIM,selain dari bapa dari para nabi dan juga titik pertemuan agama2 samawi,nabi ibrahim juga pernah mendoakan kita semua :

" Ya tuhan kami,beri ampunlah aku dan kedua ibubapa ku serta orang-orang mukin sekalian pada hari terjadinya hisab ( hari kiamat) " (QS ibrahim : 41).

Dan doa beliau yang paling istimewa :

" Ya tuhan kami,utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka,yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat engkau,dan mengajarkan kepada mereka AL-KITAB ( al-quran) dan AL-HIKMAH ( sunnah) serta menyucikan mereka " ( QS . al-baqarah : 129 ) 

Dan nabi muhammad Saw adalah anugerah terindah dalam hidup kita. "


Terjawab sudah persoalan aku dan jugak korang yang selama ni hanya buntu tanpa jawapan yang sahih..moga bermanfaat untuk kita semua..

Mari sama2 kita perbanyakkan selawat buat nabi kita,selain sebagai hadiah buat beliau,dapat juga meleburkan dosa kita..tambah pulak dibulan yang mulia,bulan kelahiran nabi paling mulia..



اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم. في العالمين إنك حميد مجيد



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan...











1 comment:

Wan Azri said...

sedikit share pendapat, jika salah, betul kan sy. Mungkin juga sebab nabi s.a.w berulang kali naik ke Arasy Allah mohon kurangkan lg waktu solat seperti nasihat nabi ibrahim, maka mungkin ke perihatinan nabi ibrahim tu, kita doa kan baginda juga di dalam tahiyat, allahumalam.