Saturday, May 12, 2012

SEDIKIT KATA-KATA UNTUK MEREKA "DUHAI IBU"

FIRMAN ALLAH DIDALAM KITABNYA "Dan kami wajibkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun,(dan yang demikian) bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu,dan ingatlah,kepada akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)" (Q.S Luqman, 31:14).




Duhai ibu...
Kami anak-anakmu..
Memohon restu...
menempuh jalan yang berliku..

Duhai ibu..
Izinkan daku..
Mengesat air matamu..
Kerana daku tidak mahu..
Melihat dirimu dalam sendu..

 Duhai ibu...
Jangan kau menangis kerana dunia..
Dunia ini hanyalah fatamorgana..
Tangisanmu hanya layak disyurga..
Akan ku pastikan ianya terlaksana..

Duhai ibu...
Jika dirimu sakit..
Aku sedia menjadi penawarnya..
jika dirimu terjatuh..
Aku sedia menjadi tongkatnya..
kerana itulah tugasku selayaknya...

Duhai ibu...
Jangan sesekali kau menangis melihat kesakitanku..
Kerana aku merasa amat perit dengan tangisanmu..
Yakinlah esok pasti akan kembali seperti dahulu..

Duhai ibu...
Kelahiranku bukannya untuk mendukacitakan..
Tetapi cahaya yang mengembirakan..
Jika seketika aku hilang dari pandangan..
Pejamkan mata dan buatlah hitungan..
Aku pasti muncul dihadapan..
Membawa kembali cahaya kegembiraan...
Untukmu ibu segalanya akan ku tunaikan..


khas buat ibuku dan untuk mereka yang tersayang....






ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

No comments: