Thursday, May 31, 2012

LAWAK KE SEDIH NIEEEEEE...

salam...korang...kali ni cite pasal orang meninggal gak..tapi aku pun tak taula nk cakap kategori apa nak letak ni..sedih ke lawak..ok-ok..korang baca dulu,pastu korang sendiri yang letak kategori apa..ok??


kisah bermula,apabila ada seorang lelaki bernama adam,merupakan pengedar kepada barangan kesihatan,adam bertemu seorang kawannya yang sedang berehat disurau,kelihatan lemah rakannya itu,adam mula menyapa..
ADAM : aji,kenapa ni??
AJI : aku sejak akhir-akhir ni kurang sihat la,dok kheja sakit ja.
ADAM : la..yaka..ada makan ubat apa-apa ke tak?
AJI : aku tak makan ubat pa pun,dok lagu ni ja la tiap hari.
ADAM : takpa..takpa..esok saya mai lain bagi kat aji ubat,saya dok jual ubat tu,nak bagi aji try dulu camne.
AJI : ok-ok..


esoknya adam datang ke rumah aji tersebut dengan membawa ubat yang dijanjikannya itu.Dua hari berlalu,adam bertemu lagi dengan aji.


AJI : awat dah dua hari aku tak nampak hang,ubat hang tu elok sungguh la..sok bawak mai lagi,aku nak makan lagi.
ADAM : insyallah..esok saya bawak mai lain..


esoknya adam datang lagi ke rumah aji tersebut,sebaik sampai diperkarangan rumah aji,sunyi sepi,kelihatan tiada orang dirumahnya,segera adam menghubungi aji.panggilan dijawab olelh isteri aji.


ADAM : aji ada?
ISTERI AJI : aji masuk hospital,ada kat ICU dah la ni,nak kena bedah sat lagi.


terkedu terus si adam tu,masa tu dia dah tak tentu arah dah..dia masih terfikir,kalau-kalau ubat tersebut adalah penyebab aji masuk ICU!!!esoknya..akibat terlalu takut,adam menyuruh sahabatnya yang lain menghubungi isteri aji bertanya tentang keadaan aji.panggilan dijawab isteri aji.


ISTERI AJI : aji dah meninggal...


melompat terus si adam bila mendengar berita tersebut!!!!kesian adam...tapi sebenarnya,aji meninggal bukannya disebabkan ubat tersebut,sebenarnya aji dah lama sakit,pengesahan doktor telah pun dilakukan...


kalau korang nak tau,ni kisah benar tau..tuan punya tu yang citer sendiri kat aku..maafla ye,masa aku dengar cite ni,gelak kukik2 aku,takleh tahan la..konon nak promote ubat dia la kan,sekali orang tu baru makan 2 hari dah meninggal..tapi,kan aku dah cakap tadi,arwah meninggal bukan sebab ubat tu.lagi satu,nama-nama aku pakai tu bukan nama betul diorang.


jadi..apa jawapan korang..nak letak kategori apa ni???


ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..















NUKILAN SEJAM SEBELUM KEMATIAN(KISAH BENAR)








salam....salam jumaat semua..setiap diri yang bernyawa dimuka bumi ini pasti akan menemui kematian,cumanya ianya dirahsiakan dan tidak diketahui bilakah saat itu akan tiba menjelma menngundang kita pergi bertemuNYA.


sedikit kisah benar yang ingin saku kongsikan dengan korang semua,kisah benar yang telak diceritakan oleh mak aku sendiri..cerita tentang kematian kawan mak aku.mak aku mendapat berita tentang kematian kawannya ketika mak aku sedang berkrusus..apa yang aku nak ceritakan ini merupakan kisah benar,sebelum kematian,arwah kawan mak aku sempat menulis sesuatu tentang kematian,percaya atau tidak,arwah sempat menulis apa yang dia rasa lebih kurang sejam sebelum kematiannya!!!aku akan kongsikan dengan korang apa yang dah arwah tulis,apa yang aku tulis hasil dari sumber yang mak aku bagi,dan sumber itu datangnya dari nukilan arwah sendiri dalam masa lebih kurang sejam sebelum arwah "pergi".aku tidak akan mengubah walau satu ayat pun!!!




"RASA KETAT/PENUH DADA/SANGAT SAKIT JANTUNG/3 HARI SUDAH TU YANG TERUK/MASA DARAH NAIK 243/RASA BENDA HITAM MENYARUNG KEPALA-TERSONDOL-SONDOL MENCARI RUANG BERNAFAS.SANGAT DAHSYAT MASA TU,TERASA SEPERTI HENDAK PERGI,TERNAMPAK 1 RUANG SEMPIT UNTUK PERGI-NAMPAK 1 RUANG SANGAT LUAS,EMAS BERTIMBUN-TIMBUN (INI RUANG SYAITAN),SAYA HANYA INGAT BIAR RUANG SEMPIT ASAL JALAN ALLAH,LAILAHAILLAH..ITU SAHAJA,SANGAT DAHSYAT NAK MATI RUPANYA."


nukilan ini ditulis diatas kertas kecil dan diberikan kepada kawan arwah yang datang melawatnya.selepas kepulangan kawan arwah,sejam selepas itu berita kematian arwah diterima.al-fatihah untuk arwah..


saya tak dapat pastikan dengan jelas tarikh kematiannya samada 24@25 mei yang lalu,meninggal pada jam 12 tengah hari..




samada korang nak percaya atau tidak,itu korang punya hal,tapi korang kena ingat,tiada yang musthil bagi allah untuk melakukan sesuatu yang bagi kita ianya luar biasa,tapi bagiNYA hanya perkara biasa.difahamkan arwah meninggal disebabkan kanser payudara,pada usia 55 tahun..


ini cara allah menjemput arwah,kita bagaimana agaknya??adakah ruang yang bertimbun dengan emas akan kita pilih,atau ruang sempit itu yang akan kita lalui??sekarang mungkin kita boleh buat keputusan,tapi bila berdepan dengan kematian,hanya iman yang dapat mejawab persoalan,akal adalah penyelamat kita didunia,tapi iman penyelamat kita di alam sana.



"allahumma,akkhir hayatana bi kalimati lailahaillah wa muhammadur rasulullah"....(ya allah,akhirilah hayat kami dengan kalimah lailahaillah wa muhammadur rasulullah)




ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..
























Sunday, May 27, 2012

SINOPSIS "THE DEVIL INSIDE"

salam...ni semua gara-gara kawan aku yang mempromosikan cite ni,makanya aku berusaha sedaya upaya aku untuk mendownlod cite ni,tapi tak berjaya nampaknya...tap aku berminat sangat-sangat dengan cite ni,jadi sapa-sapa yang ada link yang membolehkan aku untuk mendownlod cite,silalah bagitau aku secepat mungkin ye..tajuk cite ni THE DEVIL INSIDE..terpampang dah tajuk kat gambar tu,takkan tak nampak kan..jom layan sikit sinopsis cite ni.


kisah bermula apabila secara tiba-tiba Maria Rossi (Suzan Crowley) telah menghubungi 911 dan mengaku bahawa dia telah membunuh tiga orang dengan cara yang sangat sadis,ramai yang menilai bahawa maria tak mungkin akan melakukan pembunuhan itu,tetapi bahan bukti yang ditemui,kebanyakannya mengesahkan bahawa pembunuhan tersebut telah dilakukan oleh maria sendiri.


setelah 20 tahun,Isabella (Fernanda Andrade) anak perempuan maria tampil untuk mencari jawapan diatas kejadian ini,baginya,tak mungkin ibunya sanggup melakukan pembunuhan yang sangat kejam.ibunya telah ditempatkan didalam rumah sakit jiwa yang mana telah memisahkan isabella dari ibunya selama 20 tahun.isabella cuba mengumpul bukti untuk mengesahkan bahawa ibunya tidak bersalah.


Isabella percaya bahawa ibunya telah dirasuk,usaha untuk mengumpulkan kesemua bukti itu menjadi semakin sulit,dan Isabella sendiri terpaksa mengajak dua orang yang mahir dalam pengusiran hantu untuk melakukan ritual terhadap ibunya yang berada dirumah sakit jiwa,mereka telah mengabungkan perubatan tradisional serta seluruh pengetahuan mereka sebagai alternatif untuk membantu maria.


nak tau best atau tak cite ni,jom la sama-sama kita tengok hasil karya William Brent Bell.gempak ke tak cite ni,itu terpulng kat korang,masing-masing yang tengok,sendiri nilai la ye..











ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Sunday, May 13, 2012

SEKILAS CERITA TENTANG SYRIA...


para penyokong bashar al-asad bersujud diatas gambarnya...


salam..korang..aku dah lama nak tulis entry pasal pergolakan disyria ni,tapi entah kenapa hari ni baru aku tergerak untuk menulisnya,maafkan diriku yang mengambil sikap sambil lewa dalam menyebarkan perkara yang sepatutnya...


Syria sekarang telah dipimpin oleh seorang pemimpin yang sangat-sangat jahat yang bernama bahsar al-assad,merupakan puak syiah yang sangat dengki pada umat islam sunni..korang tau tak syiah tu sapa sunni tu sapa..syiah tu mereka yang menyokong saidina ali dan mengenepikan nabi muhammad,sedangkan sunni adalah mereka yang berpegang pada allah dan rasulullah..kalau nak tau lebih lagi,korang boleh search sendiri..


Punca pergolakan disyria berlaku apabila ada sekumpulan kanak-kanak yang menulis didinding KAMI MAHU MENJATUHKAN KERAJAAN...mereka semua telah ditangkap oleh rejim si bashar al-assad ni,dan kanak-kanak tersebut telah disiksa dengan mencabut kuku mereka,dan sebahagian daripada kanak-kanak tersebut telah mati akibat teruk disiksa.
Datang ibu bapa mereka untuk menuntut anak masing-masing,tapi pihak rejim telah meletakkan syarat,jika mereka ingin mengambil anak mereka,mereka perlu menyediakan puak sunni sebagai ganti..(ini versi yang aku dengar,tapi ada versi lain yang cakap diorang kena sediakan wanita-wanita dari kalangan sunni untuk dikahwinkan dengan diorang,ini merupakan 1penghinaan kerana wanita-wanti itu sebenarnya bukan untuk dikahwini tapi akan dirogol oleh puak syiah)


Untuk pengetahuan korang..jumlah puak syiah disyria hanya 6% ,10% kritisan,dan selebihnya adalah muslim..


Banyak dah sebenarnya si bashar al-assad dan pengikutnya buat jahat,antara kejahatan diorang :

1-kalimah syahada diubah!

2-wanita-wanita dirogol dihadapan ahli keluarga.

3-413 orang telah syahid di dalam penjara.

4-Dilarang menyebut takbir,dan jika ini terjadi,ianya merupakan 1 kesalahan..

5- Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

maklumat lanjut boleh tengok sini sumber




kalimah syahadah diubah!!




surah al-ikhlas diubah dengan memasukkan namanya(al-assad)!!



korang boleh nilai sendiri islam ke tak lagi si bahsar al-assad bangang ni....berapa ribu nyawa yang dah dia ambik!!kalau sampai ayat al-quran pun dia dah ubah,siap suruh sujud kat dia lagi,islam ke lagi??



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Saturday, May 12, 2012

SEDIKIT KATA-KATA UNTUK MEREKA "DUHAI IBU"

FIRMAN ALLAH DIDALAM KITABNYA "Dan kami wajibkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun,(dan yang demikian) bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu,dan ingatlah,kepada akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)" (Q.S Luqman, 31:14).




Duhai ibu...
Kami anak-anakmu..
Memohon restu...
menempuh jalan yang berliku..

Duhai ibu..
Izinkan daku..
Mengesat air matamu..
Kerana daku tidak mahu..
Melihat dirimu dalam sendu..

 Duhai ibu...
Jangan kau menangis kerana dunia..
Dunia ini hanyalah fatamorgana..
Tangisanmu hanya layak disyurga..
Akan ku pastikan ianya terlaksana..

Duhai ibu...
Jika dirimu sakit..
Aku sedia menjadi penawarnya..
jika dirimu terjatuh..
Aku sedia menjadi tongkatnya..
kerana itulah tugasku selayaknya...

Duhai ibu...
Jangan sesekali kau menangis melihat kesakitanku..
Kerana aku merasa amat perit dengan tangisanmu..
Yakinlah esok pasti akan kembali seperti dahulu..

Duhai ibu...
Kelahiranku bukannya untuk mendukacitakan..
Tetapi cahaya yang mengembirakan..
Jika seketika aku hilang dari pandangan..
Pejamkan mata dan buatlah hitungan..
Aku pasti muncul dihadapan..
Membawa kembali cahaya kegembiraan...
Untukmu ibu segalanya akan ku tunaikan..


khas buat ibuku dan untuk mereka yang tersayang....






ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Friday, May 11, 2012

BILA ITIK MULA PERASAN CANTIK...:)

salam..korang..entry aku hari ni cuma untuk meringankan otak korang supaya tak payah nak pikir banyak-banyak..jom sama-sama layan gambar-gambar "apabila itik mula perasan cantik"























ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

JERSEY BARU UNTUK SETIAP KELAB 2012/2013

salam...ini antara jersey baru 2012/2013 untuk setiap kelab..jom sama-sama ushar..mana yang paling best!!!!


LIVERPOOL






MANCHESTER UNITED






CHELSEA




ARSENAL






SWANSEA CITY




EVERTON






STOKE CITY




NEWCASTLE UNITED





NORWICH CITY





AGAK-AGAKNYA NI JERSEY BARU MANCHESTER CITY KE??


ikhlah dari hamba allah serba sederhana..conan..

Monday, May 7, 2012

PELANCONG HAMPIR DIBAHAM CHEETAH...

salam...niat di hati cuma ingin bergambar dan bermesra dengan si cheetah bertukar menjadi mimpi ngeri buat pelancong ini apabila si cheetah telah bertindak mengigitnya..tapi pelancong ini selamat,menurut si pelatih cheetah a.k.a penjaga si cheetah,tindakan tadi bagi si cheetah adalah satu gurauan..

P/S : (banyak lagi binatang yang cute boleh dimain kenapa si cheetah yang mempunyai tabiat liar dan ganas ni jugak yang dipilih..manusia zaman sekarang..ish...ish..ish..)

 

:::::::
::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::




it's not funny!!!aku lempang gak binatang ni kang!!!pembaca semua..harap boleh ampunkan dosa binatang ni,dia hidup kat laut je,jadi tak pernah jumpa si cheetah tu..sebab tu dia tak faham story kita tadi...(tuan blog pun nak tergelak gak..kah..kah...kah..kah..kah..)




ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

CARA MENCEGAH MAKSIAT DIKALANGAN KUCING!!

salam...ingat manusia je ke yang ada penjegah maksiat..kucing pun ada...jadi amaran pada kucing-kucing diluar sana..dilarang berdating tanpa hubungan yang sah!!!



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..





BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG!!!

salam....budak-budak zaman sekarang..korang tengok sendirila kat bawah ni..nak tergelak pun ada..tapi ibu bapa kena ambik langkah berjaga-jagala..bahaya la jugak kalau dah sampai bawak gi sekolah benda-benda macam ni.....


 


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..



















(GAMBAR) KENANGAN MENGAMIT MEMORY...

salam..korang..dah lama betul aku tak update blog aku..bulan april berapa kerat je entry aku letak..huhuhu...biasala..nak dekat dengan exam ni..banyak keje aku nak kena kejar..tambah-tambah lak sejak akhir-akhir ni internet tak berapa nak sihat..


ok..gambar kat bawah ni aku dapat dah lama,cuma hari ni aku baru berpeluang nak publish kat sini..ni pun aku dapat dari blog orang lain..sorry..aku pun dah lupa nama blog tu..nak kata lama sangat la tu konon..sampai lupa-lupa..hahahaha..


gambar yang mengamit memori..
merindui mereka yang jauh pergi..
Entah bila mereka akan kembali...
Perpisahan yang tidak dirancang terjadi...
Sekligus menjatuhkan air mata si ego ini..
Setiap hari berpura-pura happy..
Tapi hati menangis lagi..
Hati berdoa setiap hari..
Agar kita bisa ketemu kembali..
Walau jauh dimata ini..
Tetapi hati selalu mengingati..
Moga allah pertemukana kalian dengan mereka yang disayangi..
Tapi sebelum ini terjadi..
Tabahkan hati!!!!









ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..