Saturday, March 24, 2012

"KEJAHATAN" YANG DILAKUKAN MUAMMAR GHADAFI...

salam..hari ni aku dapat satu lagi story yang sangat-sangat best..pasal muammar ghadafi..sebenarnya aku dah lama cari fakta pasal muammar ghadafi ni,sebab mak aku pernah cakap,sebenarnya muammar ghadafi ni adalah pemimpin yang paling ditakuti oleh mereka yang cuba untuk menjatuhkan negara-negara islam ni,korang faham-faham sendirila siapa mereka itu..amerika dan sekutunya la..

puas aku jejak fakta-fakta pasal dia,dan tadi aku dah jumpa pasal fakta yang aku nak cari tu..jadi,aku nak berkongsi dengan korang tentang fakta-fakta "kejahatan" yang telah dilakukan beliau keatas rakyat nya yang sangat budiman dan sangat kenang budi ini..

1-Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2-Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3-Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba’.

4-Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa
punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5-Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6-Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7-Tidak ada bil elektrik di Libya.

8-Kemudahan perubatan adalah percuma.

9-Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan.

10-Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

11-Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat.


kalau korang nak tahu lebih lanjut,korang boleh pergi ke blog ni http://mix-rojak.blogspot.com/2012/01/misteri-libya-dan-kematian-muammar.html ..terima kasih kepada blogger tersebut,sudi berkongsi ilmu seadanya..

jadi..apa kata korang tentang kejahatan yang dia lakukan.memang sadiskan??jadi memang layaklah rakyat-rakyatnya yang budiman itu membalas "kejahatan" beliau dengan mempamerkan mayatnya berhari-hari dikhalayak ramai dengan bertujuan supaya semua manusia diseluruh alam ni mengingati "kekejaman" yang dia lakukan..

kalau benci sekalipun,siapa kita untuk menghukum manusia sampai macam tu sekali,semua orang islam sedia maklum,tak elok untuk kita lambat-lambatkan dalam pengurusan jenazah,itu boleh menyiksa jenazah tersebut...

P/S : maaf,blog aku ni ada masalah letak link tu,kalau korang nak tengok blog tersebut,korang kena copy link tu dan buka di google ye..maaf atas kesuliatn yang berlaku..

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

No comments: