Tuesday, March 20, 2012
SEJARAH DALAM HARI (ANDA PERLU TAHU!!!)
salam dan selamat pagi..korang..tadi aku blogwalking jap,sekali terjumpa 1 entry yang cerita pasal sejarah dalam setiap hari yang kita lalui,unik dan berguna untuk kita,jadi aku pun berminat nak kongsikan benda tu disini...kredit untuk ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com...terima kasih atas perkongsian anda..
jadi aku harap sangat-sangat korang baca entry ini untuk pengetahuan kita bersama,tak rugi pun kalau korang baca benda ni..kan??
jom layan sat sejarah dalam hari..
HARI ISNIN..
peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah :
1. Naiknya Nabi Idris a.s ke langit..
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina..
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia Nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keEsaan Allah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"
HARI SELASA..
peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah :
1. Wafatnya Jurjis..
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini..
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni..
6. Habil terbunuh hari selasa..
HARI RABU..
peristiwa yang berlaku pada hari ini :
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi..
2. Allah menghancurkan Firaun bersama pengikut2nya(dilaut)..
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya..
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s..
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..
HARI KHAMIS..
peristiwa yang berlaku pada hari ini..
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir..
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa ini, Yusof jadi raja mesir yang terkenal)..
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi Yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui..
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah..
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah...
HARI JUMAAT..
peristiwa pada hari ini :
1. Pernikahan antara Adam dan hawa..
2. Pernikahan antara Yusof dan Zulaikha..
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s..
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid..
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Sabar'..
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar..
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra..
HARI SABTU...
peristiwa yang berlaku pada hari ini :
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya..
2.Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka..
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir..
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa..
5. Orang-orang yahudi mengkhianati dan menejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit..
6. Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah..
7. Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian..
HARI AHAD...
perkara yang berlaku :
1. Allah menjadikan neraka..
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis..
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis..
4. Allah menjadikan 7 anggota adam..
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh..
6. Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar..
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh..
bila aku baca dan teliti balik semua kejadian yang berlaku ni,aku terpikir,betapa allah tu maha agung,dia dah susun semua peristiwa ini dengan teratur,kita ni hamba yang patut nilai dan berpikir tentang kekuasaan yang allah tunjukkan..allah tak pernah silap dan takkan sesekali silap!!
terima kasih sekali untuk ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com atas perkongsian ini..:)
ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment