Saturday, March 17, 2012

DOA DIMUDAHKAN ZURIAT.

salam...hari ini aku nak kongsikan dengan korang doa untuk cepat dapat anak...ada pasangan yang dah kawin lama,tapi tak dapat anak,kadang-kadang tu sampai bertahun-tahun,tapi tak dapat jugak,bila dah kawin ni,isu "bila nak dapat anak" ni selalu jadi isu berbangkit dan rasanya isu ni tak akan ditutup sampai bila-bila pun dikalangan orang yang dah berumahtangga ni..

macam-macam usaha dah buat,tapi mungkin rezeki tu tak sampai lagi,usaha tu usaha jugak,tapi doa tu penting,bukan ke doa tu senjata untuk umat islam??jadi mari amalkan doa ni setiap hari,himpunan doa dari ustaz Harun Din.

kalau mereka yang dah ada anak,dan berkeinginan untuk menambahkan zuriat,boleh juga untuk amalkan doa ni,amalkan setiap hari,moga allah mendengar permintaan kita dan membantu kita..amin..

*Baca Surah Al-fatihah.
*Doa mohon zuriat seperti dibawah ini..


*Wahai Tuhanku, janganlah engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik2 Yang Mewarisi" (Al Anbiya:89)
*"Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan Yang baik, Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" (Ali Imran:38)
*Dan tidaklah orang2 kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap2 benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (An-Anbiya:30)



*Baca doa ini sebanyak 7kali.


Maha suci Tuhan yang urusannya antara "kaf" dan "nun". Maha suci Allah yang urusannya apabila DIA menghendaki sesuatu, Ia berkata "Jadilah. maka akan jadilah". Aku bermohon kepada Allah yang maha Agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung agar DIA menyembuhkan dikau.


moga perkongsian kali ni bermanfaat untuk kita semua,usaha itu penting,tapi jangan lupa untuk berdoa kerana kita cuma hamba,yang nak bagi tu adalah allah,maha pencipta,maha mendengar,maha berkuasa atas sesuatu..

terima kasih kepada http://kongsibersamanora.blogspot.com atas info yang sangat berguna ni.


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

1 comment:

Unknown said...

salam..doa yang bgus..mohon share ke blog sy boleh? My LuRve Iman