salam..teman2...kali ni saya nak bawakkan 1 perkara yang penting dalam kehidupan kita...kematian..semua orang tak tahu bila dia nak mati,kalau dia nak mati esok pasti seharian dia tak berganjak dari sejadah,tapi allah tu maha pengasih,dia beri kita tanda-tanda untuk kita tahu bahawa kita telah hampir pada kematian,sapa yang betul2 beriman,dia akan dapat kesan tanda-tanda tersebut,dibawah saya ceritkan tanda-tanda tersebut..
TANDA-TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN...
tanda ini hanya disedari oleh orang-orang yang tertentu sahaja,lazimnya ia berlaku selepas asar..seluruh badan iaitu daripada hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.
getaran tersebut seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti,kita akan dapati daging itu seakan-akan bergetar..
jika orang beriman,dia akan sedar,tapi sebaik sahaja ia sedar,getaran tersebut akan berhenti.bagi orang yang lalai,getaran tersebut akan lenyap begitu sahaja tanpa manfaat.
40 HARI SEBELUM KEMATIAN...
lazimnya akan berlaku lepas asar..bahagian pusat akan berdenyut-denyut dan ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang terletak di arasy allah,maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula melakukan persiapan untuk mencabut nyawa kita,antaranya ia akan mengikut kita sepanjang masa.
akan ada juga malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas pandang,jika ini terjadi,mereka yang terpilih akan merasa seakan-akan terpinga-pinga seketika.
7 HARI SEBELUM KEMATIAN..
tanda ini akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan,dimana orang yang sakit itu tak berselera untuk makan akan jadi cukup berselera untuk makan dengan tiba-tiba.mungkin ini adalah salah satu rahmat allah kepada hambanya.
3 HARI SEBELUM KEMATIAN..
Jika ini terjadi pada orang yang sakit,maka dia akan merasa denyutan di bahagian tengah dahinya iaitu diantara dahi kanan dan kiri,jika tanda ini dirasakan,maka berpuasalah supaya tiada najis dalam perut kita,ini memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
kalau sedang mengamati orang yang sedang sakit parah,dan kelihatan hanya menunggu masa sahaja,maka perhatikan tanda-tanda ini :
1-mata hitam tidak lagi bersinar dan bagi orang yang sakit hidungnya akan jatuh perlahan-lahan jika dilihat di bahagian sisinya.
2-telinganya akan layu dibahagian hujungnya akan beransur masuk kedalam.
3-telapak kakinya yang terlunjur perlahan-lahan jatuh kedepan dan sukar di tegakkan.
1 HARI SEBELUM KEMATIAN...
akan berlaku selepas asar..akan merasa satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan bahawa kita tak sempat untuk menemui waktu asar esoknya.
TANDA UNTUK HARI YANG TERAKHIR...
akan merasa sejuk dibahagian pusat,rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke halkum,ketika ini hendaklah mengucap dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH LAYARI KHALID ABDULLAH.COM
teman...saya bawakan 1 kalam saidina umar..."SETIAP HARI AKU MENDENGAR SI POLAN DAN SI POLAN ITU MENINGGAL DUNIA,NANTI AKAN ADA SATU HARI YANG MANA ORANG AKAN MENDENGAR BAHAWA UMAR TELAH MENINGGAL DUNIA"
teman2...berdasarkan kalam tadi,cuba teman2 gantikan nama saidina umar tu kepada nama teman2 sendiri....sudah bersedia untuk bertemu malaikat maut dan mengadap allah yang maha esa????
saya bawakan 2 kisah benar yang berbeza keadaannya....baca cerita ini dan pahatkan dalam otak masing-masing,jika ada yang masih meragui tentang kebenaran dan kekuasaan allah maka izinkanlah saya untuk mengeluarkan perkataan ini...BODOHNYA KAMU WAHAI SI POLAN..
KISAH PERTAMA..
ada seorang hamba allah yang mana begitu taat kepada allah,meninggalkan segala larangan allah..ketika saat akhir hidupnya datang malaikat maut untuk mencabut nyawanya,dengan wajah yang tersenyum dia berkata kepada malaikat maut " SELAMAT DATANG WAHAI MALAIKAT MAUT,SUDAH 50 TAHUN AKU MENANTI KEDATANGANMU.."
bayangkan teman2...adakah kita juga akan berkata begitu pada malaikat maut kelak???
kisah kedua...
ada seorang laki yang sedang nazak akibat accident,kawannya datang kepadanya sambil menyuruhnya mengucap...tapi laki tersebut tidak mengucap.dia hanya berkata"AKU DI DALAM SAQAR.."dan terus meninggal dunia.
kawan laki tersebut merasa hairan,dan selepas itu dia pergi berjumpa keluarga si mati,dia bertanya apa yang telah dilakukan oleh arwah sepanjang hidupnya.keluarganya menjawab bahawa arwah tidak pernah menunaikan solat..
teman2 tahu apa itu saqar????sila buka surah AL-MUDASSIR..SURAH YANG KE 74 MENGIKUT SUSUNANNYA DIDALAM ALQURAN,SILA RUJUK AYAT YANG KE-42&43,ada menerangkan makna saqar..
bukan saya tidak mahu menerangkan makna saqar disini,tapi didalam al quran,ayat tersebut sudah jelas menerangkan apa itu saqar dan kenapa laki tersebut berkata aku didalam saqar..lagipun saya rasa ini adalah satu peluang bagi mereka yang dah lama tidak membuka al quran untuk membuka kembali al quran..
saya yakin..yakin kalian akan paham apa yang akan diterangkan oleh ayat tersebut..jika ada yang tidak paham..bagitahu saya..tapi apa yang saya nak,tolongla selak dan cari ayat yang saya maksudkan tadi...lagipun ini bukanlah satu perbuatan yang sia2,hanya mengambil masa tak sampai 5 minit...
teman2,tajuk yang saya bawakan kali ni,di harapkan dapat menjadi pedoman kita bersama,persiapkanlah diri,ingat,segala apa yang ada didunia ini hanya sementara,syurga bagi orang yang beriman hanyala disyurga,bukannya di dunia yang sementara ini,sebelum mengakhiri tajuk kali,saya nak bawakan 1 lagi kisah 2 sahabat ini...
ada 2 sahabat yang musafir,apabila menjelangnya waktu malam,mereka mencari tempat untuk berteduh,tiba-tiba mereka ternampak sebuah istana,mereka berkata kepada pengawal istana " bolehkah aku menumpang tidur disini??"jawab pengawal "tak boleh,ini istana" mereka bertanya lagi "istana ni siapa yang punya","sultan si polan bin si polan yang punya".mereka meminta izin untuk berjumpa sultan.pengawal membenarkan..
mereka pun meminta izin kepada sultan untuk menumpang tidur disini,tapi sultan tak benarkan,katanya,ini adalah istana...maka salah seorang dari mereka bertanya kepada sultan "sebelum tuanku,siapakah pemilik istana ini??",jawab sulatan " datuk beta",dia bertanya lagi " sebelum datuk tuanku,siapakah pemilik istana ini??","moyang beta" jawab sultan tersebut.
dia bertanya lagi " kalau ditakdirkan tuanku mati nanti,siapa pula pemilik untuk istana ini??,sultan menjawab " anak beta".."jika anak tuanku mati,siapa pula pemilik istana ini" dia bertanya lagi," sudah tentu cucu beta".."jika cucu tuanku mati,siapa pula???"...jawab sultan " cicit beta"..
akhirnya pemuda itu bertanya buat kali terakhir..."sebenarnya,siapakah pemilik mutlak untuk istana ini?????"
sekadar ini dulu kisah saya..harap dapat dijadikan iktibar bersama..
No comments:
Post a Comment