Sunday, December 4, 2011

KUCING2 YANG MATI TIDAK "BERNISAN.."

salam..korang...sebelum aku stat menulis ni,aku minta maaf sekiranya korang tak puas hati dengan huruf2 yang kecik ni...ok..terus pada perbahasan aku hari ni..tolong bagitahu kat aku,manusia mana yang paling menyampah bila tengok kucing??sila angkat tangan kalau korang adalah manusia yang jenis macam tu,tapi,kalau korang benci sekalipun,tak bermakna korang boleh sesuka suki hati je siksa kucing...ok..aku bagi contoh kat korang antara manusia2 yang bila mana otak dia telah diletakkan dilutut..sila layan gambar2 dan baca kisah disebalik gambar2 ni..






ok..dua gambar diatas menunjukkan,bagaimana proses penyumbatan kucing kedalam bekas kaca tu untuk dijual..cara dia mudah je,masukkan je sekor anak kucing dalam bekas tu hidup2,pastu diorang suntik kat anak kucing tu supaya tulang2 dia jadi lembut,maka berakhirlah riwayat si anak kucing yang comel didalam bekas kaca tu,siap untuk dijual!!!!





ini punya kisah pulak,rasa2nya tak payah kot aku nak cite panjang2,korang tengok sendiri pun dah tahu agaknya kot..anak kucing kena bakar hidup2..betapa bangang dan bengongnya manusia itu!!!!









ni pulak,sekor kucing telah diguanakan sebagai makanan untuk sekor ular sawa belaan,tuan dia saje je letak kucing tu dekat dengan ular sawa tu,kucing tu mestila nak larikan kalau dah nampak bahaya depan dia,manusia pun kalau jumpa ular mesti lari jugakkan,silap haribulan,ada yang cirit agaknya!!

tapi tuan ular sawa tu saje je tolak kucing tu supaya lebih dekat dengan ular sawa tu,akhirnya,seperti yang korang tengok,kucing tu telah dikuburkan hidup2 kat dalam perut ular tu,tinggal nak letak batu nisan dia je..manusia macam ni,eloknya dia sendiri lak yang dimakan oleh ular sawa belaan dia tu..mak aku pernah pesan,dalam banyak2 binatang,hanya ular saje yang akan makan tuan dia balik satu hari nanti!!!





ni lak terlebih seni..sampai tak tau nak buat apa dah,kucing pun dia boleh bekukan!!ni mesti kat sekolah dulu dia tak diberi perhatian sangat oleh cikgu2 dia akan bakat seni dia tu,sebab tu bila dah tua baru dia tunjukkan bakat dia..orang macam ni,elok bila dia tido tu,pasang aircond kuat2,biar mati beku dia kat situ!!!





akhir sekali,aku harap2 sangat satu hari nanti ada wakil dari kalangan kucing sendiri yang berani tampil untuk menuntut hak mereka sebagai warganegara dibumi ini,mereka juga berhak hidup aman seperti manusia..kerana mereka juga makhluk,bumi bukanlah hak mutlak manusia,ianya bukan hak mutlak sesiapa,ini semua pinjaman,hanya "DIA"lah pemilik kita dan bumi ini..

aku malas dah nak melenting sangat dah..moga manusia2 yang terkalih otak ni mendapat "ganjaran" yang setimpal dengan apa yang diorang buat,kalau ikut hati,aku nak bagi penendang 30 bijik je kat diorang..tapi apa kan daya...


ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

Wednesday, November 30, 2011

(PRAKTIKAL) KEWUJUDAN JIN&SYAITAN..JOM SAMA2 BUAT..





salam..korang..hari ni aku nak berkongsi sesuatu yang sangat2 simple..aku nak ajak korang buat praktikal sikit..praktikal dia mudah je,tak susah mana pun..tapi praktikal aku ni khusus untuk manusia2 yang tak percaya tentang wujudnya jin dan syaitan dan sepupu sepapatnya..buat manusia2 yang meminta bukti tentang wujudnya benda2 alah yang aku cakap tadi tu..special tuk korang ok..

korang percaya akan kewujudan tuhan,tapi korang tak percaya tentang wujudnya jin dan juga syaitan..maknanya korang memang bermasalah!!!jadinya,jom kita sama2 praktikal,korang ikut je apa yang aku cakap..

1-sebelum praktikal,aku nak korang sediakan sorang manusia kat sebelah korang(kalau boleh manusia yang tak percaya tentang kewujudan benda2 ghaib yang aku cakap tadi tu),kalau ramai pun ok gak..kalau ramai2 lagi bestkan?kalau aku,aku cari orang2 yang suka cari pasal dengan aku je..hehehehe...

2-sekarang,keje korang mudah je,korang lempang atau dalam bahasa sopan dia,TAMPAR je orang yang kat sebelah korang tadi,kalau yang ramai tu,lempang je semua,lagi kuat lagi bagus..hahahahaha...

3-bila dah lempang@tampar,korang tanye dia,SAKIT TAK???kalau dia jawab sakit..(mestila sakitkan,kalau dia tak sakit,maknanya dia kurang deria rasa)tanya dia,MANA DIA SAKIT TU??AKU TAK NAMPAK PUN???AKU NAK KAU TUNJUK KAT AKU MANA SAKIT TU??MACAM MANA RUPA DIA??

4-last sekali,korang minta maafla balik kat orang yang korang sedap2 lempang tadi tu..

korang dapat tangkap tak apa yang aku nak cakap kat sini??maksud aku,jin@syaitan ni sebenarnya memang wujud dikalangan kita...cumanya kita tak nampak diorang,ni semua benda2 ghaib yang memang perlu untuk disembunyikan dari pandangan mata kasar kita,kalau korang nampak,confirm!hidup korang takkan bahagia,korang dah tengok cite AL-HIJAB??jadi ambikla pengajaran dari citer tu..

samala jugak macam udara yang kita dok guna sepanjang hidup kita ni,kita tak nampak pun kan dia,ke ada sapa2 yang pernah nampak bentuk udara ni macam mana??kalau ada bagitahu aku ok,aku pun nak tumpang tengok gak..

aku tak nak ceramah panjang2 kat korang..jadi aku bagi sedikit INFO pasal benda2 yang aku cakap tadi tu...

Jin (bahasa arab : جن ) secara harfiah bererti sesuatu yang “tersembunyi” atau “tidak terlihat”. Dalam Islam dan mitologi Arab pra-Islam, jin adalah salah satu ras mahluk yang tidak terlihat dan diciptakan dari api.

"sesungguhnya ianya (jin) dan pengikut2nya melihat kalian (hai manusia) dari suatu tempat yang yang kamu tidak boleh melihatnya" (AL-A'RAF 7:27)

ANTARA TANDA2 KITA DIGANGGU JIN :

KETIKA WAKTU BERJAGA :

1. Badan terasa lemah, loyo, dan tidak ada gairah hidup.

2. Berat dan malas untuk melakukan sebarabg aktiviti, terutama untuk beribadah kepada Allah.

3. Banyak mengkhayal dan melamun, senyum dan bicara sendiri.

4. Tiba-tiba menangis atau tertawa tanpa sebab.

5. Sering merasa ada getaran, hawa dingin, atau panas,berdebar, dan sesak nafas saat membaca Al-Qur’an.

KETIKA SEDANG TIDUR,ANTARANYA :

1. Banyak tidur dan mengantuk berat, atau susah untuk tidur tanpa sebab.

2. Sering mengigau dengan kata-kata kotor.

3. Melakukan gerakan-gerakan aneh, seperti mengunyah dengan keras sampai beradu gigi.

4. Sering bermimpi buruk dan seram atau seakan-akan jatuh dari tempat yang tinggi.

5. Bermimpi melihat binatang-binatang seperti ular, kucing, anjing, singa, serigala yang seakan-akan menyerangnya.

6. Bermimpi ditemui jin yang mengaku arwah nenek moyang atau tokoh tertentu.

7. ketika tidur merasa seperti ada yang mencekik lehernya atau menendangnya.

ni je antara info yang aku dapat kongsikan dengan korang,kalau nak lebih lagi,korang google la sendiri,jangan malas!!!

idea praktikal ni aku dapat masa aku tengah layan cite,jadi aku kongsikan dengan korang,kalau sapa2 yang dah tahu kaedah ni,bagusla,kalau sapa2 yang tak tau lagi,ni la aku nak kasi tau ni..

jadi sekian sahaja entry aku untuk pagi2 khamis ni,jadi malam ni korang bolehla layan cite hantu ye..hehehe...

1 lagi aku nak pesan,kalau korang kena lempang balik dengan orang yang korang lempang tadi,aku tak bertanggungjawab ok..kalau dah tahu diri tu nak kena lempang balik,pergila cepat2 buat insurans ye,aku takut bukan setakat lempang je yang korang dapat,sepak,terajang,kayu hoki,semuanya naik atas kepala korang nanti..jadi...fikir2kan ok..hidup kena sentiasa bersedia..hehehehehe


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Sunday, November 27, 2011

CRAZY-CRAZY AMAZING PHOTOS(BHS APA NI??)

salam...korang...amacam??puas hati tengok entry aku kali ni..hambik!!!!lebih kurang 27 keping gambar yang aku uplodkan untuk korang hari ni..ha!!!ni qada untuk entry yang akan datang,entah bilala pulak aku nak update blog ni,aku dapat cuti 3 hari,esok aku dah stat kuliah,sebab tu aku rajin uplod blog..ala..korang jangan risaula,bukan korang yang kena susah2 pasal gambar2 ni,aku yang uplod,korang cuma tengok je..hahaha..senangkan??tak susah mana pun...

mana aku dapat gambar2 ni??hahaha..mana boleh bagitahu..adala...hehehehe...memang amazing kan semua gambar2 ni kan,saje je nak ajak korang cuci mata,entry2 tadi macam berat2 je,ni aku bagila yang ringan2 pulak,biar balance sikit...

jadi..jom layan gambar2 nieee..:)
















































































































korang puas hati tak??harapnya puas hatila ye..aku memang tak puas hati..apala masalah dengan blog aku ni..sapa2 yang teror bab2 blog ni,tolong aku ok,kenapa blog aku ni yang bahagian post cuma ada picture dengan preview je,yang lain semua takde,susah aku nak edit tulisan aku kat blog ni,sapa2 tolong aku..



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

(GAMBAR) LIVERPOOL VS MANCHESTER CITY..

salam..korang...hahahaha..bagi aku gelak jap..ada dua maksud kenapa aku gelak,yang pertama maksud dia aku gelak tak ikhlas sebab aku saje je nak bagi happy hati ni pasal blog aku ni buat maslah...apa sudah jadi nie!!!!blog pun dah pandai tunjuk perasaan,ingatkan orang je yang pandai wat rusuhan dan tunjuk perasaan,mentang2lah sekarang musim orang dok buat rusuhan,dia pun sibuk2 nak wat rusuhan..

maksud yang kedua,aku gelak sebab masuk ni dah 3 entry aku berkait dengan bola dalam waktu yang sama!!!nanti tak pasal2 blog aku ni jadi blog BOLA!!hahahaha...apa2 jela ek..

ok,masuk tajuk,ni perlawanan antara LIVERPOOL dengan MANCHESTER CITY yang berlangsung malam tadi 27 november masa korang tengah sedap tidola tadi!!keputusannya SERI 1-1...lega weiiiiiii!!!!!!!tengok bola ni kadang2 menyampah pun ada,satgi geram pun ada,satgi macam2la rasa...

gambar dia tak banyak yang aku dapat,korang layan jela....kurang2 aku dapat gak gambar dia,padahal baru je lawan tadi,kira dasat gakla aku ni ye..hehehehe...



















ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan...

(gambar) MALAYSIA VS SYRIA...

salam...korang..ni lagi aku letak gambar perlawanan antara MALAYSIA dengan SYRIA untuk kelayakan olimpik 2012 pada 23 november bertempat distadium nasional bukit jalil..betulkan??malaysia tewas ditangan syria dengan 0-2..

ok2...tak nak ulas panjang2 sebab aku rasa ramai yang dah tolong ulaskan benda ni,beberapa keping gambar sekitar perlawanan berlangsung..layannnnnn.......







































ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan...

(GAMBAR) MALAYSIA VS INDONESIA....

salam..korang...entry kali ni,walaupun aku dah ketinggalan zaman,tapi aku tetap nak letak gak gambar2 ni...perlawanan bola sepak antara malaysia dan indonesia pada 21 november lepas bertempat distadium bong karno...tahniah pada malaysia yang berjaya mengekalkan kejohanan sukan asia dua tahun berturut2 dengan berjaya menjaringkan sebanyak 4 gol,indonesia tertinggal 1 gol dibelakang malaysia..wahhhh!!!ayat dah macam tukang baca berita la pulak...

apa2 pun,malas nak tulis panjang2,sebab blog aku ni kenapa entah,dia jadi lain macam,aku tak boleh nak besarkan tulisan..sapa2..tolonglah daku..

dibawah beberapa keping gambar sekitar perlawanan bola sepak antara malaysia dan indonesia..


















































ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan...