Sunday, December 19, 2010

MASIH SAYANGKAN SAHABAT ANDA???

10 PETUA UNTUK BERSAHABAT....

1)pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,tetapi jangan langsung mengenepikan orang yang tidak mempunyai persamaan dengan anda,bersikap terbuka baik untuk anda.

2)ingatlah pada 1 pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda di perlakukan.sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3)sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna,setiap orang pasti mempunyai sifat2 aneh dan mempunyai kecacatan,dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4)hargai pendapat antara satu sama lain.

5)sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.bina minat2 yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat yang lain..

6)komunikasi sangat penting,kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatn anda,beritahulah..

7)jangan biarkan faktor luaran(stress)menjejaskan persahabatan anda.kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasan kepada mereka,tetapi jangan mempergunakan mereka hanya untuk melepaskan perasan...dan sebagai alasan anda sepatutnya bersedia mendengar luahan perasan mereka.

8)belajar daripada satu sama lain.

9)jangan mengata di belakang kawan.

10)pilih kata2 anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

No comments: