Friday, February 27, 2015

ALEXANDRIA..I LOVE U..

ASSALAMUALAIKUM.....

walaupun dh agak berbulan aku sampai malaysia,hati aku masih lagi kat egypt...sampai malaysia 24/11/2014..bukannya niat hati nak lupa asal usul,apatah lagi sombong diri..tempat yang ada 1001 kenangan,penuh pengajaran aku nak lupa dalam sekelip mata...tak mudah...korang ingat senang aku nk seka air mata ego ni hanya untuk benda kecik yang entah apa2 korang nak kata...

aku dapat tawaran belajar kat malaysia...aku datang dan ushar keadaan tempat belajar aku..korang tahu berapa kali lagi aku seka air mata ego aku ni?? aku nangis bukan sebab aku xsuka dengan tempat aku belajar sekarang ni,taip aku xboleh lagi nak terima hakikat,senang kata..hati ni tak berapa nak redha..aku ada satu impian besar yang memang aku nak tunaikan kat sana,tapi kali ni takde rezeki aku...benda yang dah aku rancang 2 tahun lepas...itu sebab orang selalu cakap "allah sebaik2 perancang"...

tak dinafikan,belajar sana sistem dia macam gila sikit,kadang2 memerlukan kita fight sikit dengan diorang,gaduh2 tu benda biasa,aku tak suka dibuli,jadi aku memang kaki fight dengan diorang,tapi dalam dok fight2 gitu,banyak benda aku belajar..

aku tahu,ada yang cakap belajar negara arab ni x standard mana...kira katogeri cikai ah...tapi aku nak cakap kat korang...mana pun korang pergi,apa yang korang niat,itu yang korang dapat..kat mesir..pengalaman aku sendiri,aku nak belajar bukan setakat dalam kelas,tapi luar kelas,yup..aku dapat apa yang aku nak..

ye...aku memang belajar kat negara yang xberapa nak standard tu,sampai aku pernah dengar,mesir ni option terakhir tuk pelajar2 yg nk gi oversea ni..tapi korang tahu apa aku dapat??aku belajar tuk hormat orang walaupun dia xsama bangsa,aku tak sampai hati nak kata2 nak kutuk2 org luar yang datang negara kita,sebab aku sendiri dh rasa keadaan mcm tu,aku bljr tuk hargai makanan yang sedia ada,blajar dengan diorang tak segan silu tolong orang lain walaupun xkenal,kerap bagi salam,hatta kalau dengar orang bersin,orang yang sebelah kita tu akan jawab "yarhamikillah" ...

aku tengok budak2 yang tak sekolah sebab miskin,keje kutip sampah,dapat sebijik tembikai kat tempat sampah,melompat suka,aku tengok laki makan dicelah2 parking keta...makan sampah!!!aku tengok pelarian syria datang masjid minta makan,tak dinafikan jugak banyak kali aku jumpa arab sombong,berlagak..yang malas buat keje,sampai aku kena bergaduh2 dengan dia..kesudahannya dia tak peduli pun...

ye....memang...aku tak belajar tempat yang lengkap dengan banyak kemudahan,tak satndard orang kata...tapi satu benda yang paling aku hargai sampai sekarang...aku belajar dan sekurang2nya aku dapat selami macam mana perasaan rasulullah dulu masa nak berdakwah dikalangan arab jahiliyah...sekarang ni pun dah ada iman,tapi perangai diorangggg...kalau sapa tak tahan,memang balik malaysia terus!!kat sana bukan setakat didik kita dari segi ilmu,tapi rohani kita,percayala cakap aku..

akhir kata...mesir tempat nabi musa,tapi tempat firaun jugak...korang boleh pilih nak jadi macam sapa...sekian..santapan mata untuk korang..sekilas lalu gambar tempat aku dulu..alexandria...i love u..
















 








ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

No comments: