Wednesday, February 1, 2012
BOLEH KE TIDAK GANTUNG GAMBAR KAT DINDING??
salam korang..hari ni aku akan taip dengan sepantas yang mungkin sebab aku perlu tidur sekarang..dah malam weiiii!!takpe-takpe..walau tak detail,tapi aku harap jawapan yang aku dapat ni sedikit membantu..
ada yang tanye aku,boleh ke tidak gantung gambar konvo atau gambar family kat dinding??ok..aku dah rujuk benda ni kepada yang lebih pakar,jadi inilah jawapan yang aku dapat :
kalau gambar tu sekerat,tak penuhla maksudnya,takde masalah pun,tapi kalau gambar tu penuh,ada pendapat sikit..
IMAM YUSUF AL-QARADAWI-boleh gantung jika sekirangnya gambar tu takde bayang dan kita gantung tu bukannya tujuan untuk menunjuk-nunjuk.maksud dengan yang ada bayang tu,bila kita letak gambar tu kat bawah cahaya,keluar bayang tak?maksudnya bayang orang dalam gambar tu,bukannya bayang keping gambar tu..faham ke tak ni??
kalau gambar biasa tu,jawapannya memang tak la kan..maksud yang ada bayang kat sini ialah patung,patung yang disembah-sembah tu korang janganla simpan kat rumah buat hiasan pulak,yang tu memang tak bolehla..
PENDAPAT IMAM-IMAM LAIN-memang tak bagi langsung gantung gambar,tak kirala ada bayang ke tak ke,nak menunjuk ke tak..tapi kalau setakat nak gantung kat tempat yang orang tak nampak,atau tempat yang rendah tu boleh..
tapi disini,aku lebih suka berpegang pada pandangan imam yusuf al-qardawi,sebab pandangan-pendangan beliau kebanyakkannya mengikut peredaran zaman dan mudah diterima oleh masyarakat..tapi terpulanglah kat korang nak ikut yang mana satu..
kalau ikutkan,aku pernah baca 1 entry tu,nak letak gambar mak ayah atas meje study ni pun tak boleh..selalu orang-orang yang masih belajar akan buat macam ni kan,tapi aku dah tanye kat ustaz tu,kalau setakat letak atas meja boleh!
jadi,setakat ini dulu penerangan aku,kalau ada yang tak kena dengan jawapan aku,kita boleh bincang sama-sama ok..
ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment