Friday, October 26, 2012

HARGA ROKOK TERKINI 2012..

Harga rokok akan naik sebanyak 20 sen bermula 22 oktober 2012..jom tengok jap harga rokok yang bertuah itu..

RANGKAIAN DUNHILL ,KENT,BENSON & HEDGES : RM 10.20.

RANGKAIAN PETER STUYVESANT,PALL MALL : RM 8.70.

RANGKAIAN PALL MALL BIASA,LUCKY STRIKE,ROTHMANS INTERNATIONAL : 10.60.







nak merokok jangan datang sini..


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..


NUKILAN BUKU NOTA...

Salam..korang dah bersedia ke untuk entry terpanjang aku untuk hari nie??bersedia ke tak aku tak kira,korang kena baca gak!!hahaha..ni kira promosi secara paksaan,boleh diguna pakai bila waktu terdesak sahaja..hahahaha..

Al-kisah bermula bila aku tengah syok2 kemas barang aku,tetiba aku terjumpa something yang mengingatkan aku tentang kisah silam..kira memori aku dulu2la...seorang kawan yang pernah jadi kawan rapat aku,dia tinggalkan sedikit nukilan kat buku nota aku yang mana aku tak perasan pun dia tulis kat situ..jom sama-sama kita baca nukilan dia..


" Indahnya wanita bukan pada rupanya tapi nilai peribadinya yang dipandang tinggi.Mulia wanita bukan pada budinya,tapi pada akhlaknya.Jadilah wanita yang indah dipandang dari kejauhan.Kita di umpamakan sekuntum bunga yang jauh di jurang,orang yang ingin menggapainya tidak mampu berbuat apa-apa hanya boleh tengok dari tebing jurang..A***, kita wanita mempunyai naluri yang amat sensitif,seego manapun kita,kita tak dapat lari dari memikirkan hal perasaan hati kita.Cantik kita bukan untuk ditayangkan tapi untuk diberi pada yang tersayang.Tiada apa yang istimewa dalam diri seorang wanita jika dibandingkan dengan lelaki,kita merupakan golongan yang paling banyak berada di neraka.Apakah kita mahu tergolong dalam golongan itu???Biarlah kita teruk di hina oleh manusia tapi tinggi nilai kita disisiNYA...Peliharalah diri dari fitnah.
Dalam sedar atau tidak,kadang-kadang kita adalah penyumbang fitnah,janganlah kaum lelaki lalai kerana kita.semoga islam maju dengan wujudnya serikandi sepertimu...."


Aku nukilkan balik nukilan dia kat blog aku ni tanpa ada sedikit perubahan pun...A*** tu gelaran aku yang dia selalu guna,takyahla aku nak tulis apa..tipula aku tak sedih bila ingat kat dia..walau apa jadi pun,dia tetap salah seorang yang pernah ada dalam kotak memori aku..semarah mana pun aku kat dia,dia tetap pernah jadi sebahagian dari hidup aku..dia selalu ada masa susah senang aku..itulah orang kata,persahabatan itu lebih kuat ikatannya berbanding yang lain..

Dulu masa ada dia,aku banyak bergantung dengan dia,sampaikan aku masuk kelas pun,kadang-kadang dia yang catatkan untuk aku apa yang pembentang cakap,semua perkara yang penting yang aku kena ingat sendiri,dia yang tolong ingatkan..aku sakit,dia ada sebelah aku,bila aku ada masalah,dia yang bertungkus lumus selesaikan..kadang-kadang tu aku bukan malas,cuma aku saja nak gedik-gedik dengan dia..yela..aku pun masa tu muda lagi..muda sangat-sangat..dok negara orang pulak..

Tapi sekarang dah tak macam dulu..tahun dah berubah,banyak jugak yang berubah..ada hikmah jugak bila kitorang dah jauh,jauh sangat-sangat,aku mula belajar hidup sendiri,cari jalan aku sendiri,masalah selesaikan sendiri,berdiri atas kaki sendiri..aku pun ada masalah aku sendiri,tak perlu aku nak ceritakan kat sini..semuanya aku buat sendiri..tapi satu perkara yang aku takut "kehilangan"..aku dah takut nak letak sesiapa pun dalam hati aku sapa yang aku sayang..hampir 5 tahun aku kenal dia,tapi tak sampai setahun..kitorang dah macam tak berapa kenal antara satu sama lain..sapa yang tak sedih..korang jawabla sendiri..aku berterima kasih kat dia sebab bagi aku rasa apa yang dikatakan manis dalam bersahabat..



Hadiah yang dia bagi kat aku masa akhir tahu 2007...aku tak pernah pakai sampai sekarang,sebab aku sayang,siap ada bunyi lagi bear ni..tadi masa kemas beg,aku terjumpa balik bear sekor ni..dari dulu sampai sekarang,memang tak pernah berubah,asyik dok peluk love tu jela keje dia..hish!!





Ni lak plastik coklat..aku simpan sampai sekarang..ni bukan kira hadiah ke apa..ni kebetulan je,saja nak kudap-kudap..aku beli coklat ni,aku bagi dia satu,aku satu,perisa pisang,aku beli masa tu baru balik kuliah..aku simpan sampai sekarang..harga dia murah je,macam gula-gula biasa tu je..sweat tak???sweat laaaaaaa....hahahahaha...

Memang panjang pun kan entry aku kali ni..tak kisahla ada orang nak baca ke tak..aku menghargai sebuah persahabatan yang terjalin,semua yang terjadi ada hikmahnya,andai kata aku akan rasa lagi situasi yang sama,aku minta pada tuhan,tabahkan hati,jangan ada perasaan dengki,aku cuma manusia yang punya hati,dan...dan...dan...dah2!!!aku malas nak jiwang2 sangat..nanti boleh jadi satu puisi lak kat entry ni..time kasih pada yang sudi membaca..setiap kita ada story..boleh share kalau korang sudi,jangan malu pada diri,untuk luahkan apa yang terpendam dalam hati..nampak!!!dah..aku stop sampai sini....bye!!



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..




SULTAN JOHOR DIHINA....




Seorang lelaki bernama Zul Yahya dengan sesuka hatinya menghina sultan johor dengan 
ayat yang berunsur peghinaan dan melampau didalam FBnya..ekoran penghinaan tersebut ianya telah mengundang kontroversi dan kemarahan rakyat johor..haaaa...dah jadi ala-ala pembaca berita lak ayat aku ni..ni la masalahnya orang kita ni,elok2 takde kontroversi gatal gi cari kontroversi,esok-esok kalau kena ketuk sendiri mau ingat la brader..saje la tu,nak cari publisiti murahan tanpa berbayar...




ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

FURSAN ASALNYA DARI ATM..KEINSAFAN DIRI..



Salam..setelah lama gila aku tak mengupdate blog aku..malas nak bagi alasan apa2 pun..lagipun blog aku ni kira part time je..nak kata full time tu idokla..ok..hari ni aku nak perkenalkan kat korang semua kumpulan fursan..sebenarnya aku tak kenal mana pun dengan kumpulan ni,aku cuma berkenan dengan lagu dia "KEINSAFAN DIRI"..jom kita baca sikit pasal kumpulan nie..

Kumpulan fursan adalan kumpulan nasyid yang dianggotai oleh lima orang pegawai dan anggota Kor Agama Angkata Tentera (KAGAT) Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) .Ditubuhkan sejak tahun 1992,telah menghasilkan sebuah album bertajuk IBTIDA' pada awal tahun 2010..

Korang boleh jenguk blog diorang sini untuk nak tau lebih lanjut...

Aku teruja jugak bila dapat tahu diorang ni kagat,sebab aku memang bercita-cita nak jadi kagat satu hari nanti..tapi tak tau la lagi cmne,tengok rezeki aku nanti..kita hanya merancang,tuhan yang tentukan..tak gitu kawan2??




FURSAN - KEINSAFAN DIRI.. 


Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu

Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu

Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi



ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..