Wednesday, February 2, 2011

AMAN VS DARURAT????

salam...lama dah aku tak update blog ni..nak update cm ne..keadaan tak mengizinkan...rasanya semua dah tahu pasal rusuhan kat mesir ni..

korang nak tahu apa aku rasa???hahahaha....rasa macam jakun ada,takut ada,sedih ada...nak tahu kenapa??

malam2 kat depan rumah aku ni ramai sangat orang bawak kayu,parang,besi,masing2 ada sorang satu,pastu kat lengan atau kepala diorang ikat kain putih,malam2 orang perempuan takde yang kuar,kalau ada pun sorang dua je,sapa tak takut...semua orang takut...tapi kat sini..orang sentiasa jaga setiap kawasan,mybe taknak bagi apa2 berlaku kat orang lain...sampai pagi diorang gilir2 jaga...itu satu perkara yang bgus dan aku puji diorang ni,sebab diorang ni berani..dan satu lagi..orang2 sini sentiasa menjaga wanita diorang,sekali sentuh,sepuluh kali diorag balun orang yang sentuh tu..

perintah berkurung mula2 kul 4 ptg,lama2 diawalkan jadi 1ptg,sblm kul 1 ptg ramai yang kuar,macam xde apa2,bila masuk je kul 1,dah mula orang laki kuar dengan senjata masing2,itu aku nampak sndr dpn rumah aku ni...

lagi satu,bila kuar nak beli barang,sesaknya...tuhan je yang tahu,semua tumpu kat kedai runcit sebab kedai2 sebab pasar raya yang jadi tumpuan kat kawasan aku ni ditutup..kalau tak tutup silap haribulan kena bom la...aku terpaksa bersesak2 ngan orang2 arab yang badan diorang besar2 tu,berebut nak beli barang..tepung habis,telur habis,ayam pun habis..so kitorang makanla apa yang ada..redha je...harga barang kat sini semuanya jadi mahal..sebab tula rakyat marah...

semalam masa aku kat dapur ngan kawan aku,aku dengar macam satu letupan..xdela kuat sangat..aku tak pasti apa,tapi aku dengar dua kali,sakit telinga aku,dia macam berdengung..aku tak tau nak cite cm ne,aku taknak cakap dia bom,sebab aku nak sejukkan hati aku..bunyi tembakan pun selalu gak aku dengar...setiap malam benda ni la yang kitorang dengar..

masa mula2 rusuhahan lagi dahsyat...balai polis kena bom,kat depan pasar raya tu ada kereta kebal,banyak sangat askar..sekarang ni polis dah tak berkuasa lagi..yang berkuasa sekarang hanya askar..aku dok iskandariah...kat sini ramai banduan yang dah terlepas,itu yang paling aku takut....tempat kami semua perempuan..lagi kami takut..

line semua putus..line internet takde,nak hantar meseg tak boleh,kami terputus hubungan nagan orang malaysia,kami terpaksa top up untuk tepon orang malaysia...1 minit 5 genih..bayangkanla kalau kami top up 30 genih,kami hanya boleh cakap 3 minit sahaja!!!!!!yang paling teruk..kami tak boleh kuarkan duit...duit kami makin kurang,kami terpaksa bayar sewa...

sekarang...internet dah mula ada..duit??aku tak tau boleh cucuk kat bank ke tak...tapi perintah berkurung,rusuhan,tembak menembak tetap seperti biasa..setiap hari kami doa supaya kami boleh balik malay,sebab kawan singapura,indonesia dan brunei dah balik,rusia pun dah balik!!!!!kenapa kami masih tak balik...

sekarang..allah dah dengar doa kami...aku difahamkan orang2 yang dikaherah akan ada 7 pesawat yang akan datang ambik diorang,bermula malam ini....begitu jugak cawangan mansurah,aku difahamkan akan ada pesawat akan ambik diorang bermula 5 haribulan...
cawangan2 lain aku tak pasti..mungkin mereka dahulukna cawangan2 yang dalam bahaya,setakat ni 3 cawangan yang dikatakan bahaya..kaherah,iskandariah ngan mansurah..

kami....bermula 4 haribulan ni akan datang dua buah kapal ambik kitorang kat sini bawa ke jeddah..kat sana kitorang akan dikumpulkan and dibawa pulang ke malaysia..alhamdulillah...

dikabahrkan kuliah kami ditangguh setahun,,ha.....rasa macam tak sanggup je lama2...lama dah kat sini..tak sabar nak habis belajar.....

pesanan aku..kita patut syukur..kat malaysia aman..xde bunyi orang tembak2,itukan satu nikmat..janganla kita nak sia2 kan nikmat tu..bagi aku..aku tak sanggup..dan aku pasti..korang takkan sekali2 sanggup..percayalah..cukuplah sekadar yang aku rasa sekarang ni...

keamanan adalah suatu kebahagian untuk kita yang bernama manusia..percayalah!!!!!!

No comments: