Thursday, November 30, 2017

YOU WILL BE FINE...

Saja aku sembang dengan kawan aku haritu, friendship orang matang memang selalu jauh2.. hakikatnya itu cara untuk pujuk hati, kalau tak akan rasa forever alone.. dulu aku selalu cakap hidup bujang tu lagi bahagia, tak banyak masalah, memangla bahagia, seronok sebab tak perlu nak pikir banyak2 untuk masalah orang lain, tapi sedar ataupun tidak, manusia.. hidup mereka perlu sentiasa berteman, teman yang dipilih menjadi panduan dalam meniti kehidupan, teman yang baik dan sejati sentiasa membawa ketenangan hati, teman durjana umpama duri yang tersembunyi akan buat kau menangis diam dalam hati. 

Manusia tanpa teman, dibimbangi akan bersahabat dengan setan, tahu apa akibatnya kalau berdamping dengan makhluk tidak sepatutnya? dikhuatiri yang buruk disangkanya baik-baik belaka.. tapi perlu diingatkan juga, seberapa banyak teman yang dimiliki, diakhir cerita kita tetap sendiri, umpamanya kita ni la mata pena yang akan menggerakkan sebuah cerita yang penuh dengan sandiwara dunia... 

Manusia.. sampai satu fasa kita semua akan terasa payah untuk melangkah, bila banyak tanggungjawab datang menerpa, aku tahu korang semua akan rasa lesu dan tidak bermaya dengan kehidupan, tapi kuatkanlah semangat, tahu tak kita semua ni gagah dalam merempuh dugaan dunia yang tidak henti datang tanpa sebarang petanda.. manusia, hidup ini memang tak mudah, tapi apakan daya, kita sudah terpilih menjadi khalifah dimuka bumiNya.. act like that one!! you will be fine.. manusia, percayalah bahawa aku sedang melalui fasa itu, Demi Allah, aku mohon moga Allah pulihkan semangat kita yang makin tunduk lesu, kadang2 tiada bahasa yang dapat diucapkan untuk menggambarkan dugaan yang sedang dihadapi.. 

Manusia.. aku tak kenal kau, kau pun tak kenal aku.. tapi anggapala perkenalan kita atas nama ikatan ukhwah yang telah terjalin sejak zaman Nabi Adam..kita mungkin berbeza dari segi rupa, kulit, bangsa dan agama, tapi kita semua datang dari keturunan yang sama.. perbezaan ini sebenarnya hanyalah satu pelajaran yang Allah bagi kat kita supaya manusia lebih berfikir dan saling memahami cara hidup yang diamalkan.. 

Manusia.. siapa engkau dimasa lalu bukanlah urusan aku, sebaiknya yang sekarang cuba perbaiki supaya kau dapat membahagiakan orang-orang yang bakal bertandang dalam hidup kau.. and someday you will be fine
😁

ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana... conan

Monday, May 29, 2017

KENANGAN RAMADHAN

salam... dah laaaaaaaaaaama sangat aku tak menulis kat blog ni..saja aku baca balik entry aku yang dulu, nampak la dari zaman tidak matang aku, dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa, dan entry mengecam, belum yang acah speaking bi tu kan..hihihi..tapi apa yang aku suka, aku boleh baca apa yang aku pernah titipkan kat sini dari tahun 2009 tak silap aku.. ada yang bagus, ada yang sederhana dan ada yang merapu.. aku minta maaf pada entry yang lepas2 yang tak berapa nak matang tu.

Bersempena bulan ramadhan ni, aku nak imbas balik kenangan aku berpuasa di Mesir dulu..
Puasa kat sana memang best, setiap hari kau akan nampak orang pegang al-Quran tu macam baca novel je, dalam kenderaan, tempat kerja, kedai2 semuanya pasang ayat al-Quran. Time tu apa yang aku nampak, perangai depa baik sikit daripada bulan2 biasa. Nampakla disitu bahawa syaitan telah dibelenggu. Selalunya berpuasa pada musim panas, kau bayangkan panas padang pasir mcm mana..memang panas!! tapi aku bukannya duduk kat padang pasir, cuma nak gambarkan keadaan tu, dahla time nak berbuka tu lama, bila dah sampai time asar.. Allahhh... letih tak tau nak cakap. Musim panas siang dia panjang tau, selalunya lepas terawih memang aku tak tido sampai waktu sahur, sahur dalam 3.30@4.00 gitu, maghrib dalam 7lebih gitu..seingat aku orang malaysia bangkit sahur sampai depa bukak puasa kami tak iftar lagi..Seingat aku la ye..

Bila time nak berbuka, ada yang tak sempat sampai rumah, akan ada orang agih2kan makanan kat tepi jalan, kurma ke, buah2 ke, selalunya yang ringan2 jela, lengkap dengan air, kalau ada yang tak nak ambik, dia akan paksa kau ambik, kalau tak nak jugak, dia baling suruh ambik 😂 Aku selalunya berbuka kat "Maidah al-Rahman"..Maidah al-Rahman tempat iftar free..terbuka untuk semua jenis manusia, kau akan jumpa dia kat mana2 je, mana2 mesti ada, kadang dia tarik kau untuk iftar sekali, jadi kami ni kalau nak jalan mana2 pun tak pernah risau nak berbuka kat mana, sebab akan ada maidah al-rahman. Selalunya depa akan buat khemah besar, bukak meja. Menu dia terpulangla, ada setengah tempat tu makan roti, ada yang makan nasi daging..Tapi yang pastinya, makanan tersebut adalah selera arab la ye..

Bila dah berbuka, solat terawih pulak, aku ni suka merayap merata, selalunya aku dengan kawan aku sorang ni, kami rajin buat masjid tour tau.. selgi ada masjid, kami suka tukar2 masjid, tapi sayangnya aku tak sempat pergi masjid Qaid Ibrahim, paling ramai jemaah sejauh mata memandang, sampai melimpah ke jalan besar..takde masalah, tak timbul masalah jalan jam ke apa, tak pernah langsung timbul isu.Ada jugak yang tak sempat ke masjid, xjadi masalah langsung, depa solat tepi jalan je, atas rumput, depan kedai.. korang akan dengar suara imam bergema kat mana2 je.. Bila sampai 10 malam terakhir, lagila sakan..doa dia lagi panjang. 

Habis terawih, kitorng tunggu sahur pulak, ada sesetangah masjid, depa memang sediakan sahur, tapi aku sahur kat rumah jela, ada pernah aku tinggal sorang2 je kat rumah, aku sahur air oren je, xde selera wei sahur sorang2 ni. Bila masuk waktu sahur, akan ada seorang lelaki tolong kejutkan, dia akan jalan kat setiap corok lorong yang ada, sambil ketuk gendang dia, sambil baca apa entah, aku tak paham..huhuhu..time tu ramai yang akan bagi makanan kat dia untuk sahur, kadang tu sampai dia tak nak, tak nak bukan saja2, tak nak sebab tak larat makan, banyak sangat orang bagi, last2 dia yang kena marah..hahaha.. 

Gitula serba sedikit al-kisahnya, ramadhan kat sana memang hidup, kau akan jumpa orang yang rajin sedekah, rajin mengaji, n sentiasa tolong kau, cakap pun baik, tak marah2..tapi masih adala yang kurang ajar tu, bergantung keadaan, kalau kurang ajar dia tu melampau, aku pun terpaksala mengajar dia kembali erti adab. Dalam bulan ramadhan, diorang selalu cakap "Ramadham kareem", kita pun jawabla "Allahu Akram", pastu banyak sangat banner depa gantung dengan tulisan "Ahlan wa sahlan ya Ramdhan" "Ramadhan kareem" etc. Macam2 hiasan depa letak. Diorang sangat2 sukakan ramadhan berbanding syawal, bila diumumkan tarikh syawal, depa macam x berapa bestla. 



antara maidah al-rahman aku pernah pergi


Beberapa keping gambar yang sempat aku snap time iftar di sebuah mall terkemuka di cairo, bersepah je depa makan, sebab meja kat food court dah penuh. Ini semua tiada masalah, janji berbuka itu yang utama.







sekian saja dari aku.. bila kenangan itu membahagiakan..moga ramadhan kita kali ini lebih bermakna..

Ikhlas dari hamba Allah serba sederhana...Conan.