Saturday, December 21, 2013

BUAT PENCINTA ILMU...

Buat pencinta ilmu...sudi ke korang nak baca??..aku tertarik dengan kata2 dia..aku jumpa kat FB kawan aku..aku harap orang tu izinkan aku kongsikan kata2 dia kat sini..aku tak tau FB dia..cuma aku copy balik apa yang dia tulis..mohon tuan sudi berkongsi..benda berisi...elokla sama2 rasai..time kasih :)



Maqomah ilmiah dlm bahasa arab99...bahasanya agak mendalam...


"Aku timba ilmu dan aku dapatinya,jauh tak disangka-sangka,tak dapat diburu dengan anak panah,tak dapat ditilik dengan tukang tilik,tak dapat dilihat dalam tidur,tak dapat ditanda dengan kekam (benda kt mulut kuda),tak dapat diwarisi dengan turun-temurun,tak dapat dipinjam kemuliaannya,aku smpai kepadanya dengan jalan tempat yg jauh,dan tulis kt batu,dan melalui pelbagai kesusahan,melalui macam2 bahaya,dan ketagihan berjaga malam,dan banyak mengembara,dan banyak melihat,dan banyak berfikir,dan aku dapatinya ilmu tu tak akan dapat kecuali dengan menanam,dan ilmu tak dapat ditanam kalau tak ada jiwa,tak dapat diburu kecuali dengan sedikit sahaja,tak akan tumbuh kecuali dalam dada,kalau ada ilmu tak akan tertipu dengan orang lain,tak akan lekat kecuali dengan hafal,bawa ilmu tu dalam roh,dan pacakkan atas mata,dan aku sumbangkan hidup dengan ilmu,dan aku simpan dalam dada,dan aku bebaskan dengan mengajar..."

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Tuesday, December 3, 2013

PUISI "DUNIA"..

Assalamualaikum..semalam..sementara aku tunggu kelas aku..aku duduk jap mengadap tingkap..aku nampak burung2 hinggap kat tingkap..dalam otak aku mula terpikir "dunia..indahnya dunia..sampai burung pun boleh menghibur duka..ajaibnya dunia..sampai ramai manusia yang terleka..hanya sedikit yang masih dijalanNYA"..aku terus keluarkan buku..aku stat menulis..maaf kalau penulisan aku tahap baby baru lahir..ye..aku memang tak pandai nak kata..biarla aku belajar memerhati dulu..:)

DUNIA..
khabarkan kepadaku...
apa yang membuatkan manusia terlalu mencintaimu..
terlalu kemas mengenggammu..
hingga tiada satu jari yang terlurut dari genggaman itu..

DUNIA..
bahagia apa yang kau bawa..
hingga manusia lupa pada pencipta mereka..
lalai dan leka..
hingga mereka sendiri lupa bahawa kau juga hamba..

DUNIA..
kau bawa bahagia,kau bawa derita..
kau benarkan manusia berjalan diatasmu..
burung2 terbang bebas disetiap ruanganmu..
kau biar peperangan berlaku...
tangisan si kecil tumpah diatasmu...
ketawa si dajjal bergema disetiap penjurumu...

DUNIA..
hakikatnya...kau hanya fatamorgana..
bawa cahaya dalam derita..
bawa harapan sang pendusta..
bawa senyuman yang tiada makna...

DUNIA..
kejamnya jika aku menyalahkanmu..
kerana kita semua hamba..
tapi imanmu lebih ketara..
malunya kami denganmu DUNIA...
kau sedar dirimu hanya hamba..
sedang kami alpa hidup bagaikan RAJA DUNIA...


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..