Sunday, July 28, 2013

PUISI 26 JULAI 2012..



Sakitnya hati ku menanggung sesuatu
Sesuatu yang susah untuk aku tafsirkan dengan kata

Sukar dipendamkan dalam hati yang luka

Tuhan…aku berdoa setiap waktu

Agar engkau hadirkan dia

Untuk aku seperti dahulu

 Walaupun Cuma untuk seketika waktu

Tuhan betapa rindunya aku pada saat manis itu

Walau ianya telah berlalu

Tapi tak mungkin untuk aku biarkan ia pergi begitu

Walau kini dia telah jauh dari aku

Hati aku masih lagi sepi

Aku sekarang bukanlah diriku yang dulu

Sentiasa menanti tanpa jawapan..

Menganggung sedih sendiri

Tiada lagi dia disisi

Yang sentiasa ada untuk memerhati

Membela nasib diri yang kerdil ini

Tiada lagi yang memahami

Tiada lagi yang memuji

Tiada lagi yang menyeka air mata ini

Tiada lagi senyuman pengubat luka hati

Tiada lagi yang dapat memberi

Semua ini dengan seikhlas hati

Melainkan hanya dia saja yang mengetahui


Teman sejati telah pergi

Tinggal aku sendiri

Tuhan tolong sampaikan salam ku ini

Letaklah dia dalam jagaanmu

Dakaplah dia ketika dia bersedih hati

Jangan biarkan dia disakiti

Aku mohon padamu ya illahi….

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

KATA-KATA HIKMAH ALMARHUM SYEIKH AL-TANTAWI...

KATA-KATA HIKMAH ALMARHUM SYEIKH AL-TANTAWI...




لا يلزم ان تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik
untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik..

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji 
kerana mahu menjadi seorang yang disukai..

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya
untuk menjadi seorang yang bahagia.

يكفي أن ترضي ربك
 وهو سيجعلك عند الناس جميلا ومحبوبا وسعيدا
Cukuplah dengan membuatkan tuhanmu redha dan kasih padamu,
pasti DIA akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia,
disukai dan disenangi oleh semua,
serta hidup bahagia.

لو اصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau melakukan 99 kebaikan,
tetapi berbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahakanmu dengan kesilapan yang satu itu,
dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain.

هؤلاء هم البشر !!
Itulaha hakikatnya manusia!!

ولو اخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan,
dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لغفر الله ال 99 وقبل الواحدة 
Allah akan amupnkan semua 99 kesilapanmu
dan menerima amal baktimu yang satu itu.

ذاك هو ربي
Itulah dia tuhanku!!! 

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..






Friday, July 26, 2013

UPDATE TERKINI #EGYPT

Ini bukan caranya awak nak leraikan keganasan wahai as-sisi...

"Gerakan pembunuhan beramai-ramai sedang dilakukan kepada penyokong legitimasi sekarang oleh As Sisi."

sumber  FB mesir kini.. #update terkini dari madinah nasr egypt

doakan mereka wahai saudara2 yang perihatin..





ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

PERHIMPUNAN TERBESAR PENYOKONG DR MORSI VS AS-SISI (26 JULAI 2013)

salam...semalam ( 26 julai 2013 bersamaan 17 ramadhan) telah berlakunya perhimpunan antara penyokong morsi dan juga penyokong menteri pertahanan mesir abdul fatah as-sisi,orang yang bertanggungjawab menggulingkan presiden morsi pada 3julai yang lalu..7 orang dilaporkan terkorban manakala 247 yang lain cedera di iskandariah @ alexandria egypt.

penyokong morsi telah mengadakan perhimpunanan "jumaat al-furqan" manakala as-sisi menyeru rakyat egypt agar keluar berhimpun pada hari jumaat semalam sebagai tanda sokongan pada tentera untuk terus memerintah egypt,mungkin dah tertekan agaknya kerana sejak penggulingan morsi,penyokong morsi tak pernah berganjak dari tempat perhimpunan menuntut kembali morsi menjadi presiden egypt.

ingin di ingatkan,presiden sementara menggantikan morsi adalah adly mansor,tapi yang peliknya kenapa abdul fatah as-sisi yang sibuk2 sangat..itu persoalan utama yang perlu di fikirkan..

kedengarannya samseng2 itu telah diberi kebenaran untuk menggunakan senjata jika berlakunya keganasan,tapi persoalannya,siapa dulu yang mencetuskan keganasan..pihak samseng dibenarkan memegang senjata,jika penyokong morsi juga memegang senjata,sudah tentu mereka dianggap pengganas,tak gitu??

morsi kini di tahan oleh pihak tentera,tapi tidak diketahui lokasinya,menurut agensi berita MENA,morsi hanya menunggu hari untuk di dakwa atas kesalahan mengintip untuk hamas dan memecah masuk penjara semasa revolusi 18 hari yang menjatuhkan hosni mubarak,satu dakwaaan yang takde kena kena dengan jawatan dia sebagai presiden.

dari pemerhatian aku,samseng bersenjata yang membuat kecoh dan membantai orang yang terlibat perhimpunan aman dari penyokong morsi banyak berlaku di iskandariah..kalau korang tak caya,korang tengok sendiri gambar2 kat bawah ni..silakan..




seronoknya mak cik joget bulan puasa..penyokong sisi menunjukkan sokongan penuh mereka pada as-sisi.



 bila samseng dan polis bergabung..


 






dari dalam masjid qaed ibrahim,lebih kurang 80-90 terperangkap didalamnya dikepung polis dan samseng,kedengaran teriakan dari dalam masjid gara2 takut jika mereka dikasari pihak samseng..





medan rabiatu adawiyah : penyokong morsi
tahrir : penyokong as-sisi.
aswan : penyokong morsi.
el-arisy : penyokong morsi.
medan nadhah : penyokong morsi..
korang nilai sendiri.




pemandangan dari perkarangan masjid qaed ibrahim ketika solat terawih semalam..ini la satu2nya masjid yang saya berhajat untuk berterawih...moga allah sampaikan hajat saya..




ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..





Thursday, June 13, 2013

MSG FROM DR ZAKIR NAIK..







salam..sedikit perkongsian..dapat mesej yang telah diforwadkan oleh rakan-rakanku..mesej dari DR ZAKIR NAIK..

MSG from Dr.Zakir Naik....

Dear muslim..
dont say "mosque" say "masjid" because islamic organization has found that mosque = mosquitoes
Dont write "mecca" write always correctly "makkah" because mecca = House Of Wines.
Dont write "moh'd",write always completely mohammad,because moh'd = The dog With big Mouth.
DO NOT drink new FANTA APPLE !! it contains carcinogenic ( E211.E224 ) FAT OF PIG!!


selalunya orang cakap kalau mesej fwrd ni tak berapa nak betul,tapi samada betul ataupun tidak,ini untuk kebaikan kita juga,lepas ni tak payahla nak taip ringkas-ringkas sangat,lagipun air fanta tu tak elok minum,minum air masak sudah!!!


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

PEMBERSIHAN ETNIK ISLAM OLEH SKUAD 969 (ROHINGYA)

salam....rasanya semua dah sedia maklum dengan apa yang terjadi dirohingya,umat islam dibantai teruk oleh pengikut buddha,kerja "pembersihan" kaum islam dirohingya telah dijalankan,bagi memudahkan kerja bangang mereka ini,SKUAD 969 telah ditubuhkan,yang mana ianya telah diketuai oleh seorang sami yang pernah dipenjarakan pada tahun 2003 atas kesalahan yang melibatkan kekejaman terhadap umat islam,nama si sami gila ini ialah ASHIN WIRATHU berusia 45 tahun..

haritu saya ada baca pasal 20orang telah dibakar hidup-hidup dimadrasah (sekolah) mereka termasuk 4 orang tenaga pengajar,dan saya sendiri telah menyaksikan video yang membabitkan seorang lelaki islam dibantai oleh sekumpulan perusuh,pembantaian berakhir bila mana lelaki muslim itu dilibas dengan parang oleh seorang pak cik tua yang bangang.

baru-baru ni,kita dikejutkan pula dengan sebuah video yang merakamkan seorang lelaki muslim dibakar sampai mati oleh SKUAD 969 yang jahanam ini,dengan disaksikan polis yang makan gaji buta,kedengaran didalam video tersebut suara seseorang yang meminta air untuk menyelamatkan lelaki tersebut,tetapi telah dihalang oleh perusuh dan juga SKUAD 969 jahanam ini.

Disini saya sertakan gambar-gambar ketika kejadian pembakaran lelaki muslim oleh SKUAD 969 yang jahanam ini..tak nak letak video,kejam sangat,nak tengok pun tak sanggup..













inilah ASHIN WIRATHU,muka macam alim la konon,tapi dia tak sedar,dah macam muka orang neraka jahanam dah aku tengok..


Di bangladesh umat islam turut dibantai,di syria,setiap hari umat islam dizalimi oleh ahli syiah yang terdiri dari tentera bashar,baru semalam jugak saya tengok video seorang lelaki muslim di syria dipukul teruk oleh tentera bashar asad dan disuruh mengaku bashar adalah tuhan,tapi jawapan lelaki tersebut adalah "OHHHH ALLAH!!!" hanya itu yang dia sebut..

Bukannya nak suruh turun pergi perang sekali dengan diorang,tapi sekurang-kurangnya,setiap kali selepas kita solat,tolong doakan saudara-saudara kita yang teraniaya,jangan sampai nanti mereka tuntut hak mereka,dan allah persoalkan,apa yang dah kita buat untuk bantu mereka..


ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana...conan..

Sunday, June 9, 2013

CORETAN REALITI,APABILA DIA DIZALIMI..

SALAM...dah lama rasanya aku tak update blog aku ni,rasa kunjungan pembaca kat blog aku ni pun makin menurun rasanya..

Satu cerita realiti yang aku nak kongsikan disini,tentang hebatnya doa seorang manusia yang dizalimi,antara dia dan allah tiada penghijabnya..mahu bukti??ok..melalui kisah aku,pengalaman aku,aku jadikan sebagai bukti buat korang semua..jangan risau,cerita aku pendek je,korang takkan sempat rasa boring bila baca..

Aku ni memangla tergolong dari kalangan orang yang cepat terasa hati,tapi bila aku terasa,takdela sampai tahap aku berdendam,sakit hati waktu tu je,lepas tu aku ok je..tapi satu hari,ada satu kejadian yang tak boleh aku terima,yang buat hati aku sentap gila,air mata aku menitik laju setelah dikata..ye!!hanya kata-kata,tapi kata-kata tu menusuk sampai ke jiwa..aku cuba untuk bertahan supaya jangan menangis,nanti hausemate aku yang lain nampak,aku malu,tapi apa boleh buat,hati manusia ni lembut macam spongebob,nampak keras je kalau tak disentuh,tapi cuba korang picit dia,lembut jugakkan??

korang nak tahu apa aku buat??malam tu,aku solat maghrib,air mata aku tak henti-henti mengalir,diakhir solat aku,aku sujud lama,aku berdoa "ya allah,sungguh hati ku terasa sakit,rasa perit dengan kata-kata si dia,sungguh aku tak redha disakiti begini,minta dia diberi balasan sewajarnya,DIA TAKKAN LULUS DALAM PERIKSA DIA,SUNGGUH AKU TAK REDHA DENGAN APA YANG DIA LAKUKAN!!!"
korang tahu tak berapa kali aku ulang doa ni??berkali-kali,dan setiap kali itulah air mata aku tak henti-henti mengalir..

nak tahu apa kesannya???orang tu memang tak lulus exam,dan sampai sekarang dia tak dapat habiskan pengajian dia atas sebab tertentu...tapi sekarang aku rasa bersalah dengan doa aku tu,aku terfikir,disebabkan doa aku ke dia jadi macam tu???ambil masa yang lama untuk aku maafkan dia,and sekarang aku dah maafkan dia,aku berharap moga dia dapat sambung balik pengajian dia yang tak habis..

Dua pengajarannya yang perlu kita ambil tahu disini 

1- JANGAN MENYAKITI HATI MANUSIA LAIN WALAUPUN HANYA SEKADAR BERGURAU,BERGURAU ADA BATASNYA.

2-JANGAN BERDOA ATAU BERKATA-KATA KETIKA KITA DIZALIMI,WALAUPUN HANYA SEKADAR KATA-KATA,TAPI BUKANKAH KATA-KATA ITU SATU DOA??FIKIR-FIKIRKAN!!

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..