SALAM...dah lama rasanya aku tak update blog aku ni,rasa kunjungan pembaca kat blog aku ni pun makin menurun rasanya..
Satu cerita realiti yang aku nak kongsikan disini,tentang hebatnya doa seorang manusia yang dizalimi,antara dia dan allah tiada penghijabnya..mahu bukti??ok..melalui kisah aku,pengalaman aku,aku jadikan sebagai bukti buat korang semua..jangan risau,cerita aku pendek je,korang takkan sempat rasa boring bila baca..
Aku ni memangla tergolong dari kalangan orang yang cepat terasa hati,tapi bila aku terasa,takdela sampai tahap aku berdendam,sakit hati waktu tu je,lepas tu aku ok je..tapi satu hari,ada satu kejadian yang tak boleh aku terima,yang buat hati aku sentap gila,air mata aku menitik laju setelah dikata..ye!!hanya kata-kata,tapi kata-kata tu menusuk sampai ke jiwa..aku cuba untuk bertahan supaya jangan menangis,nanti hausemate aku yang lain nampak,aku malu,tapi apa boleh buat,hati manusia ni lembut macam spongebob,nampak keras je kalau tak disentuh,tapi cuba korang picit dia,lembut jugakkan??
korang nak tahu apa aku buat??malam tu,aku solat maghrib,air mata aku tak henti-henti mengalir,diakhir solat aku,aku sujud lama,aku berdoa "ya allah,sungguh hati ku terasa sakit,rasa perit dengan kata-kata si dia,sungguh aku tak redha disakiti begini,minta dia diberi balasan sewajarnya,DIA TAKKAN LULUS DALAM PERIKSA DIA,SUNGGUH AKU TAK REDHA DENGAN APA YANG DIA LAKUKAN!!!"
korang tahu tak berapa kali aku ulang doa ni??berkali-kali,dan setiap kali itulah air mata aku tak henti-henti mengalir..
nak tahu apa kesannya???orang tu memang tak lulus exam,dan sampai sekarang dia tak dapat habiskan pengajian dia atas sebab tertentu...tapi sekarang aku rasa bersalah dengan doa aku tu,aku terfikir,disebabkan doa aku ke dia jadi macam tu???ambil masa yang lama untuk aku maafkan dia,and sekarang aku dah maafkan dia,aku berharap moga dia dapat sambung balik pengajian dia yang tak habis..
Dua pengajarannya yang perlu kita ambil tahu disini
1- JANGAN MENYAKITI HATI MANUSIA LAIN WALAUPUN HANYA SEKADAR BERGURAU,BERGURAU ADA BATASNYA.
2-JANGAN BERDOA ATAU BERKATA-KATA KETIKA KITA DIZALIMI,WALAUPUN HANYA SEKADAR KATA-KATA,TAPI BUKANKAH KATA-KATA ITU SATU DOA??FIKIR-FIKIRKAN!!
ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..
2 comments:
Tak perlu lah menyesal dengan doa tuh. Mungkin kebetulan jer.
Doa org dizalimi..memang dizalimi.takyah menyesal.moga pengajaran dia menjadi org yg lebih baik.
Post a Comment