Sunday, July 28, 2013

PUISI 26 JULAI 2012..



Sakitnya hati ku menanggung sesuatu
Sesuatu yang susah untuk aku tafsirkan dengan kata

Sukar dipendamkan dalam hati yang luka

Tuhan…aku berdoa setiap waktu

Agar engkau hadirkan dia

Untuk aku seperti dahulu

 Walaupun Cuma untuk seketika waktu

Tuhan betapa rindunya aku pada saat manis itu

Walau ianya telah berlalu

Tapi tak mungkin untuk aku biarkan ia pergi begitu

Walau kini dia telah jauh dari aku

Hati aku masih lagi sepi

Aku sekarang bukanlah diriku yang dulu

Sentiasa menanti tanpa jawapan..

Menganggung sedih sendiri

Tiada lagi dia disisi

Yang sentiasa ada untuk memerhati

Membela nasib diri yang kerdil ini

Tiada lagi yang memahami

Tiada lagi yang memuji

Tiada lagi yang menyeka air mata ini

Tiada lagi senyuman pengubat luka hati

Tiada lagi yang dapat memberi

Semua ini dengan seikhlas hati

Melainkan hanya dia saja yang mengetahui


Teman sejati telah pergi

Tinggal aku sendiri

Tuhan tolong sampaikan salam ku ini

Letaklah dia dalam jagaanmu

Dakaplah dia ketika dia bersedih hati

Jangan biarkan dia disakiti

Aku mohon padamu ya illahi….

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

No comments: