penyokong morsi telah mengadakan perhimpunanan "jumaat al-furqan" manakala as-sisi menyeru rakyat egypt agar keluar berhimpun pada hari jumaat semalam sebagai tanda sokongan pada tentera untuk terus memerintah egypt,mungkin dah tertekan agaknya kerana sejak penggulingan morsi,penyokong morsi tak pernah berganjak dari tempat perhimpunan menuntut kembali morsi menjadi presiden egypt.
ingin di ingatkan,presiden sementara menggantikan morsi adalah adly mansor,tapi yang peliknya kenapa abdul fatah as-sisi yang sibuk2 sangat..itu persoalan utama yang perlu di fikirkan..
kedengarannya samseng2 itu telah diberi kebenaran untuk menggunakan senjata jika berlakunya keganasan,tapi persoalannya,siapa dulu yang mencetuskan keganasan..pihak samseng dibenarkan memegang senjata,jika penyokong morsi juga memegang senjata,sudah tentu mereka dianggap pengganas,tak gitu??
morsi kini di tahan oleh pihak tentera,tapi tidak diketahui lokasinya,menurut agensi berita MENA,morsi hanya menunggu hari untuk di dakwa atas kesalahan mengintip untuk hamas dan memecah masuk penjara semasa revolusi 18 hari yang menjatuhkan hosni mubarak,satu dakwaaan yang takde kena kena dengan jawatan dia sebagai presiden.
dari pemerhatian aku,samseng bersenjata yang membuat kecoh dan membantai orang yang terlibat perhimpunan aman dari penyokong morsi banyak berlaku di iskandariah..kalau korang tak caya,korang tengok sendiri gambar2 kat bawah ni..silakan..
seronoknya mak cik joget bulan puasa..penyokong sisi menunjukkan sokongan penuh mereka pada as-sisi.
bila samseng dan polis bergabung..
dari dalam masjid qaed ibrahim,lebih kurang 80-90 terperangkap didalamnya dikepung polis dan samseng,kedengaran teriakan dari dalam masjid gara2 takut jika mereka dikasari pihak samseng..
medan rabiatu adawiyah : penyokong morsi
tahrir : penyokong as-sisi.
aswan : penyokong morsi.
el-arisy : penyokong morsi.
medan nadhah : penyokong morsi..
korang nilai sendiri.
pemandangan dari perkarangan masjid qaed ibrahim ketika solat terawih semalam..ini la satu2nya masjid yang saya berhajat untuk berterawih...moga allah sampaikan hajat saya..
ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..
No comments:
Post a Comment