Wednesday, July 4, 2012

"MANA HILANGNYA JUWITA"

salam..walaupun busy macam orang yang ada syarikat sendiri,aku tetap menulis,tak kiralah apa pun tajuknya,janji benda tu dapat dikongsikan dengan korang..hari ni..jom tonton..aku nk citer sikit tentang satu drama bersiri yang agak menarik,aku tengok video promo dia,aku agak tertarik la untuk tengok..tambah-tambah lagi citer pasal penyiasatan,lagi aku suka,sesuaila dengan nama aku,CONAN...bagi mereka yang kenal aku,aku dah tau apa diorang nak kata kat aku,sampai susah payah aku promosi citer ni,mungkin betul gak dengan apa yang diorang nak kata tu,tapi satu lagi sebabnya,aku suka sebab drama ni berunsurkan penyiasatan!!!jadi pada mereka2 yang nak kata tu,sila  gariskan jugak ok alasan aku yang satu tu...


SINOPSIS MANA HILANGNYA JUWITA.


Anggun (Lisa Surihani) yang datang ke kuala lumpur untuk mencari adiknya juwita yang hilang,pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dihadapinya sehingga membawa dia ke rumah pelacuran dan terpaksa berhadapan dengan hidup yang penuh glamor dan penuh dengan kegelapan.

Anggun telah bertemu dengan bekas kekasihnya haider,anggun meminta tolong haider dan pihak polis untuk mencari adiknya.


Drama 15 epsod ini akan menemui penonton di astro ria 9julai,jam 10malam.






setakat yang aku baca hari tu,4 episod sudah disiapkan..itu haritu..sekarang mungkin dah 5 episod ke kan..aku ni bukan pengarahnya,jadi tak taula secara terperincinya ye..


Drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat antaranya Lisa Surihani,Erra Fazira,Umie Aida,Zahiril Adzim,Raja Ilya...



(PROMO) MANA HILANGNYA JUWITA..



tengok Erra Fazira dalam citer ni gayanya cam jahat je kan,Umie Aida jadi polis..memang aku tunggu sangat2 Erra Fazira pegang watak jahat,watak jahat yang betul2 jahat...selalunya dia pegang watak nangis2 je kan,selalu dia je yang kena,kali ni,kasi orang lain lak yang terkena olehnya..hahahahahaha...apa2 pun,aku harap citernya biarla sebest video promo yang kita tengok tu.


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Friday, June 29, 2012

JOM TONTON "GHOST GAME"

salam..korang..hari ni nak ajak korang masuk segmen jom tonton..cewahh!!!dah macam rancangan tv lak ek..hahahahaha...okla..aku nak singkap balik 1 filem seram dari thailand yang memang favorites aku dari dulu sampai sekarang,baru2 ni aku downlod balik,tak sia2 aku download balik pun,cite ni memang best..


sedikit sinopsis untuk cerita ni,cerita bermula apabila sebuah stesen tv telah mengadakan satu game yang sangat-sangat mencabar dengan menawarkan 5juta Bhat sebagai hadiah buat pemenang utamanya.peserta dikehendaki menginap dan bermain dengan game yang disediakan disebuah pulau yang menjadi tempat penyiksaan para tahanan pada zaman 1986..dimana para tahanan disiksa dan dibunuh dengan kejam,ketua tentera ketika itu juga bertindak membunuh kesemua tenteranya dan akhirnya dia membunuh dirinya sendiri pada tarikah 9 may.

setiap malam pihak penganjur menyediakan game untuk setiap peserta,setiap pergerakan peserta dirakam dan disiarakan secara langsung oleh setesn tv berkenaan,sebelum game bermula,sebahagian peserta telah mula diganggu,hari berikutnya ada yang telah mula dirasuk,dan ada juga yang mula menarik diri..para peserta sering diganggu oleh hantu perempuan yang pada hakikatnya ingin memberitahu sesuatu kepada mereka...

kejadian yang lebih dahsyat mula berlaku apabila tibanya tarikh 9 may... 11 peserta berentap,siapakah pemenangnya??mampukah peserta mengharungi "game" yang lebih dahsyat dari jangkaan mereka dan pihak penganjur??apa yang terjadi apabila tibanya 9 may???kalau nak tahu..jom tonton..."GHOST GAME"




















peserta yang bertanding



GHOST GAME TRAILER




ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan...

Wednesday, June 20, 2012

LAGU RAKYAT EGYPT UNTUK MORSI...

salam...baru-baru ni aku ada post 1 entry yang pasal rakyat egypt raikan kemenangan mohammed morsi sebagai presiden baru egypt,boleh tengok kat SINI siap ada video lagi..dalam video tu ada lagu sekalikan..tu lagu lebih kurang tentang kegembiraan diorang nak menyambut presiden baru egypt ni..hari ni,aku nak share kat korang lagu penuh dia..lirik dia aku tak dapat lagi..jenuh aku search..tak jumpa-jumpa lagi..nanti kalau aku dah dapat,aku update kat sini ok..tapi..buat sementara waktu..korang layan dulu video kat bawah ni ok...


dalam entry yang lepas tu gak,aku ada cakap yang hari khamis ni (21/6/2012) diorang akan buat pengumuman rasmi tentang perlantikan morsi sebagai presiden egypt yang baru,tapi tadi aku baru terbaca yang pengumuman tu telah dibatalkan,tak taula bila diorang nak buat,biasala..bab2 politik ramai je yang tak puas,ada jela benda yang diorang nak buat..apa2 pun,kita tunggu jela camne ok..



BAKAL PRESIDEN EGYPT 2012




MOHAMMED MORSI DAN ISTERINYA NAJLA'






ارفع راسك فوق  لا للفلول رئيسنا مرسي "   ابراههيم فرج"





ikhlas dari hamba allah serba sederhana....conan..


SINDIKET MUSIM PERIKSA..

salam....asal musim piksa,ada je orang arab datang mintak duit kat pelajar-pelajar malaysia..ok..apa kena mengena sindiket musim periksa dengan cite aku hari ni..baru-baru ni,,aku dengan kawan aku baru balik dari kuliah,baru habis exam masa tu,tiba-tiba datang seorang orang pompuan arab,dia tanye kitorang,korang kuliah apa??piksa bila??macamla dia tanya..ingatkan nak berkenalan ke apa,rupa2nya yang dia tanye panjang2 tu baru intro je,hajat dia yang sebenarnya,dia nak duit daripada kitorang,alasan dia,dia nak balik rumah dia takde duit tambang,habis tu masa dia datang piksa tadi tu ambik duit mana???setahu aku tambang ketapi diorang tu takdela mahal mana pun..dia budak kuliah aku,cuma kos je lain...


dia minta duit kat kitorang,pastu dia kata nanti dia bayar balik..masalahnya bilanya nak jumpa??orang kat kuliah tu dahla ramai,kotla kalau dia nak bagi barang dia sebagai jaminan yang dia akan datang jumpa kitorang dan bayar balik...


aku lak time tu memang takde duit,yang ada kat aku cuma 5kupang je pun,cukup2 tambang nak balik rumah satgi..kira aku tak tipu dia la kan kata yang aku takde duit..hehehehehe..


pastu tadi,masa balik dari exam tadi,aku jumpa balik budak yang sama,dok minta duit kat kawan aku lagi,tapi kawan aku tak bagi pun,pastu arab tu tengok kitorang,agaknya dia kenal kitorang kot,sebab hari tu kan dia pernah pow kitorang..hahahahaha...


tak dapat duit dengan kawan aku tadi,dia gi cari mangsa lain lak,tapi yang pastinya,mangsa dia seterusnya itu,tetap pelajar malaysia...takkanla setiap kali datang periksa takde duit kot cik kak oiiiii!!!!masa datang ada duit,bila balik takde duit,pastu yang musykil sangat2 tu,minta kat orang malaysia je,dengan bangsa dia sendiri dia tak minta pun..agak2la nak menipu pun...


apa2 pun..nila yang aku panggil sindiket musim periksa,sebab selalunya kita akan jumpa dengan orang macam ni pada waktu periksa sahaja,dan ianya makin berleluasa,jadi berhati2lah wahai pelajar malaysia sekelian bila tibanya musim periksa...


sekian..terima kasih...



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Monday, June 18, 2012

MERAIKAN KEMENANGAN MOHD MORSI (PRESIDEN BARU EGYPT)

salam...korang...entry kali ni memang betul-betul mencabar iman dan kesabaran aku...mana tak nya,aku try uplod video,sekali tak boleh lak,banyak kali tau,sampai satu tahap aku terpaksa uplod video aku ke utube,pastu aku downlod balik dari utube dan post kat entry aku ni..cer teka berapa jam aku buat keje ni..hampir2 sejam setengah tau..demi korang...aku sanggup menunggu sebegitu lama tau..usaha tangga kejayaan kan..jangan main-main dengan aku,aku jenis selagi tak dapat apa yang aku nak aku akan buat sampai dapat...hehehehe...


ok...panjang lak aku membebel pasal aku..hari ni aku nak nak cite sikit kejadian disebalik gambar-gambar kat bawah ni...malam tadi..kat bawah rumah aku ni ada perarakan beramai-ramai oleh rakyat mesir,sempena nak meraikan kemenangan mohammed morsi atas kemenangan beliau dalam pilihan raya presiden egypt...kiraan undi terakhir yang dibuat,mohammed morsi berjaya mengalahkan lawannya ahmad syafiq dengan undian sebanyak 12,713,327 (51.8%),sementara ahmad syfaiq cuma memperolehi undian 11,834,906 (48.2%).secara automatiknya,mohammed morsi disahkan sebagai presiden egypt,tapi secara tak rasmila,perlantikan rasminya insyallah pada hari khamis ni  21/6/2012...korang tungguuuuuuu....


husni mubarak dah memerintah selama 30tahun,semua rakyat tak puas hati dengan dia,pemimpin zalim,sapa yang suka kan..sekarang dah meringkuk dalam penjara dah pun.ahmad syafiq yang turut bertanding dalam pilihan raya presiden egypt tu sebenarnya pro mubarak,dahla main tipu masa mengundi,dia bayar orang suruh undi dia dengan harga setinggi LE1000-200...ikut pada kawasan masing2...gila kan??tapi tak menang pun..harap takde lagi halangan untuk mohammed morsi menjadi presiden egypt secara rasminya pada hari khamis ni,dan moga beliau lebih bertanggungjawab dan perihatin terhadap tugas dan rakyatnya...


kat bawah ni,antara gambar-gambar yang sempat aku tangkap malam tadi..nak tangkap banyak2 pun tak boleh,bateri aku dah low gila..tunggu masa nak mati je enset tu...tapi ada je lagi gambar yang lain,cuma aku rasa cukuplah kot dengan gambar2 nie..,satu lagi aku nak minta maafla ye sebab ada gangguan tali tu,tu tali ampaian rumah aku,takkanla aku nak cabut lak kan..

























pastu sebelum enset aku mati tak sedar diri,sempatla gak aku rakam video ni,maafla tak penuh mana pun,kan aku dah cakap tadi,enset aku tu dah tenat masa tu,dia pun tak larat nak rakan lama-lama...tapi apa yang menariknya dalam video ni,nampak jelas kegembiraan diorang,dah lama menderita kan,30tahun bawah husni mubarak..kawan-kawan aku yang turut ada masa tu pun,diorang sebak bila tengok keadaan ni,tambah2 lagi dengar lagu diorang ni..ni bukan lagu tak tentu hala,tapi lagu tentang kesatuan diorang sepanjang menuntut keadilan..paling aku suka dalam lagu ni,ada 1 bait tu dia cakap "muslim aw nasrani,fi wahdah!!!!(orang islam dan orang kristian tetap bersatu!!!)..tak silap aku masa minit ke 1:25 paling jelas dia sebut bait ni..berbaloi mereka yang syahid pada rusuhan 25januari yang lalu..al-fatihah buat mereka yang terkorban..


sebenarnya aku pun agak tersentuh gak tengok diorang,tak tau nak cakap cmne,sapa yang ada masa tu,mungkin lebih rasa situasi ni...apa2 pun..kita doakan yang terbaik buat rakyat mesir ni..dan korang tontonlah video ni ye..tak lama pun vidoe ni dirakam..cuma 1:32 minit sahaja..



  •                                 


sebelum aku akhiri entry ni,aku nak cite sikit,masa aku tengah sibuk2 dengan video aku ni,aku dengar suria fm jap,aku nak tergelak bila halim othman ajukan soklan teka teki kat nabil ngn kenchana..soklan dia..dalam banyak-banyak gua,gua apa yang paling gelap??aku tak pasti gua ke dunia,lupa lak..tiba-tiba nabil cakap camni.."hei abang ni..abang ni kenapa..bagi soklan pastu pandang kenchana" hahahahaha..korang paham sendirila ye,tapi ini dah buatkan saya pecah perut...:)



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Saturday, June 16, 2012

ACCIDENT,MENINGGAL DUNIA,IDENTITI GAGAL DIKESAN..







salam...korang...aku dapat berita ni pagi tadi bila tiba-tiba kawan aku terjah bilik aku bagitau ada seorang budak accident kat sidi gaber..tapi identitinya tidak dapat dikesan..pihak hospital tak jumpa sebarang dokumen pengesahan yang ada bersama-sama arwah..


diminta kawan-kawan untuk mengecam jenazah secepat mungkin...terutama pelajar-pelajr iskanariah..tak pasti samada pelajar malaysia,indonesia,thailand atau singapura...


aku post kat blog aku ni untuk memudahkan kawan-kawan blogger iskandariah aku tak tercicir maklumat ni...al-fatihah untuk arwah..


okla..aku dah tak fokus nak taip panjag-panjang,aku sebenarnya takut gak dok tatap lama-lama...okla..aku blah dulu..



ikhlas daripada hamba allah serba sederhana...conan..

Friday, June 15, 2012

JOM TONTON : INSIDIOUS!!!!

salam...korang...lama sudah kita tidak ketemu ye..rindu tak kat detektif super duper bagus ni..conan..hehehehehe...
ok..tajuk kita hari ni...INSIDIOUS...filem ni dah lama sebenarnya keluar,saje je aku nak citer kat blog aku hari ni,kalau-kalau ada yang berminat untuk tonton cerita ni nanti..korang pernah tengok belum filem ni??kalau belum cepat-cepatlah tengok..aku jamin..citer ni memang best gila!!!


sedikit sinopsis untuk citer ni..mengisahkan sepasang suami isteri josh Lambert (Patrick Wilson) dan Renai (Rose Byrne) menyangka bahawa rumah mereka telah dihantui oleh sesuatu yang sangat aneh..beberapa kejadian aneh telah berlaku...anak mereka Dalton (Ty Simpkins) telah terjatuh,dan disahkan koma oleh doktor...renai mula menyedari bahawa ada sesuatu yang menakutkan sedang menghantui mereka sekeluarga,lalu dia mendesak josh untuk berpindah ke tempat lain.malangnya kejadian aneh dan menakutkan masih menghantui mereka sekeluarga..

ternyata rumah bukanlah punca mereka dihantui,tetapi ada sesuatu yang tersembunyi yang perlu dirungkaikan dalam keluarga mereka secepat mungkin.pertembungan dua alam berlaku..adakah mereka berjaya merungkai persoalan yang menghantui mereka?korang boleh tengok sendiri citer ni dan nilai sendiri filem yang diarahkan oleh pengarah filem SAW james wan.



























INSIDIOUS MOVIE TRAILER..







ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..