Wednesday, November 7, 2012

TUHAN BAWAH MIMBAR???

Salam kasih dan sayang dari saya..
Tersebutlah al-kisah pada zaman dahulu..
Adanya seorang wali allah yang terkenal dengan ilmunya..
Bagus pekertinya..mulia akhlaknya..tinggi munajatnya..
Tanggungjawab agama diberikan rakyat kepadanya..
Walau berat terasa,tetap dipikulnya bila mengenangkan kewajipannya..
Menjelang jumaat..penghulu segala hari..
Berdiri diatas mimbar dengan penuh rendah diri..
Simpulan khutbh diakhiri
Dengan katanya telah disalah erti..
"Ketahuilah bahawa dibawah mimbar aku berdiri ni terdapatnya tuhan"
Si wali dijatuhkan hukuman mati..
Dikatanya sesat..mana mungkin tuhan yang mulia boleh terletak dikaki..

Selang beberapa tahun berganti..
Muncul seorang ulama lagi..
"Bawah mimbar ini wujudnya emas yang berduyun mencukupi sampai kamu mati"
Berlari manusia meninggalkan ulama seorang diri
Berlari mendapatkan si mimbar yang kaku berdiri..
Semuanya sudah buta hati..

Benarlah kata si wali..
Tuhan benar-benar wujud di bawah mimbar ini.
Tempat ia berdiri,tapi manusia hanya mengikut hati..
Menghukum si wali tanpa sebarang bukti..
Hanya sekadar kata-kata tidak mencukupi..
Bukankah harta menjadi tuhan manusia kini??
Itulah maksud si wali..
Moga cerita ini memberi erti..
Harta dunia tidak boleh dibawa mati..
Harta akhirat yang wajib kita cari..
Buat bekalan diakhirat nanti.
Jangan dah mati baru menyesali..
Bila dah mati musthil kita akan dihidupkan kembali..
Beringat dan berwaspadalah setiap hari...


sorryla..puisi aku ni biasa2 je..budak mentah baru belajar..mana yang mampu jela..moga ada pengajarannya buat kita semua..

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..








No comments: