Jom kita tengok hadis yang berkaitan solat dhuha..
1-“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
2-Daripada abu hurairah,dalam satu riwayatnya..katanya..Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
3-“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Cukup tak tiga hadis nie??solat dhuha selalunya orang akan buat 2rakaat,klu sapa yang rajin tu,bolehla buat 4,6,8,12 rakaat..ada bacaan surah tertentu..rakaat pertama al-fatihah dengan surah as-syam,rakaat kedua al-fatihah dengan surah ad-duha..tapi kalau ada yang tak hafal,jangala anggap benda ni susah..bacalah apa yang korang hafal pun..benda mudah jangan sulitkan..niat dia "sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana allah taala" pasal niat pun,setengah ada yang tak hafal yang arab,baca jela yang melayu,kan saya dah kata,jangan sulitkan benda yang senang..kan??
Solat dhuha,kunci rezeki kita setiap hari..tak kira la busy macam mana pun kita,sekurang-kurangnya buatla solat dhuha ni..aku pun takdela alim mana pun..cuma sama-sama nak ajak korang join sekali..benda baik kita kongsi sama-sama..sama-sama kita refresh kan pagi kita,refresh kan hati kita,refresh kan rezeki kita..jangan berlagak sangat dengan kejayaan yang kita dapat sekarang..kita bekerja 1000 tahun,kalau allah nak tarik rezeki kita tu,tak payah sampai sehari,sesaat pun DIA boleh buat..
okla..tak payah aku nak ceramah panjang2..nanti orang bosan nak baca..cuma satu kalam aku untuk kita semua "bila kita lakukan sesuatu,janganlah terlalu mengharapkan timpalan tapi sentiasalah mengharapkan ketenangan"
Ada video untuk korang,doa solat dhuha..lengkap dengan lirik dia dan terjemahan doa..boleh hafal..tak panjang mana pun,hafal lagu korea boleh takkan hafal doa yang 2minit lebih ni tak boleh lak kan...sama-sama kita amalkan apa yang kita dapat..maaf kalau penulisan aku ni menyinggung perasaan korang-korang..kalau tak suka..boleh DISLIKE kat ruang komen..time kasih...
ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..
No comments:
Post a Comment