Saturday, June 30, 2018

Assalamualaikum....

Tersenyum aku sendiri baca post aku yang lepas-lepas, boleh tahan puitis jugak aku ni, moga adala rezeki aku untuk jadi penulis ye..

Akhir-akhir ni...
Aku rasa sedih setiap masa, macam takde harapan pun untuk aku, aku dah penat sebab simpan lama rasa sedih ni, semuanya tekanan, aku takut untuk sebuah kehilangan, aku takut untuk nak hadap benda yang akan datang dek kerana pengalaman lepas yang sangat mengerikan, mengguris hati, yang buat aku jadi manusia yang lebih lemah. Lemahnya aku bila dah terlalu banyak diuji, aku duduk sendiri meratapi hati yang dah lama mati, aku menangis dalam hati, bila semua ni akan berakhir. aku dah tak kenal erti hidup lagi. Ujian yang datang boleh jadi pemangkin semangat untuk kau terus mengharung dugaan dan juga boleh jadi peruntuh semangat hidup kau hingga ke tahap zero, percayalah!! dengan hidup dan pelajaran aku banyak yang terumbang ambing, macam dah tak nampak hala tuju, hilang terus daripada pandangan, tiada perancangan masa hadapan, apa yang aku nak? rahsia!! 

Adakala...
Aku rasa give up dengan hidup aku, aku putus harapan dengan sesiapa pun, aku terlalu takut untuk percayakan orang lain.Aku rasa takde apa yang boleh buat aku happy lagi, entah apa lagi duga yang menanti. Cara yang boleh buat aku happy dengan happykan orang lain. Setelah beberapa tahun aku lupa apa itu "SAHABAT" sehingga aku kenal sahabat baik aku sekarang, aku termakan sumpahan aku sendiri yang dulu aku pernah bersumpah aku takkan ada lagi sahabat baik, tapi dah terkenal sahabat aku ni, dengan buat dia happy pun dah cukup buat aku happy. Apa yang terdaya aku tolong untuk lihat dia bahagia. no matter sahabat, your happines is my happiness and your sadness is mine too.. 

Buat mereka yang membaca...
Doakanlah aku, moga satu hari nanti aku jumpa bahagia aku yang sebenar, moga aku terus kuat dan tabah nak hadap semua ni, ada kekuatan untuk selesaikan semua permasalah yang datang, sabar dengan dugaan, supaya aku dapat menggantikan air mata kesedihan dengan air mata kegembiraan, tapi buat masa sekarang percayalah, aku sentiasa sunyi berteman dengan kesedihan, jangan tanya dah berapa lama aku macam ni, cukup lama sampai aku rasa dah tak tertanggung lagi. Aku tak salahkan sapa-sapa, mungkin sekarang diri aku yang lemah, lemah sangat...









Thursday, November 30, 2017

YOU WILL BE FINE...

Saja aku sembang dengan kawan aku haritu, friendship orang matang memang selalu jauh2.. hakikatnya itu cara untuk pujuk hati, kalau tak akan rasa forever alone.. dulu aku selalu cakap hidup bujang tu lagi bahagia, tak banyak masalah, memangla bahagia, seronok sebab tak perlu nak pikir banyak2 untuk masalah orang lain, tapi sedar ataupun tidak, manusia.. hidup mereka perlu sentiasa berteman, teman yang dipilih menjadi panduan dalam meniti kehidupan, teman yang baik dan sejati sentiasa membawa ketenangan hati, teman durjana umpama duri yang tersembunyi akan buat kau menangis diam dalam hati. 

Manusia tanpa teman, dibimbangi akan bersahabat dengan setan, tahu apa akibatnya kalau berdamping dengan makhluk tidak sepatutnya? dikhuatiri yang buruk disangkanya baik-baik belaka.. tapi perlu diingatkan juga, seberapa banyak teman yang dimiliki, diakhir cerita kita tetap sendiri, umpamanya kita ni la mata pena yang akan menggerakkan sebuah cerita yang penuh dengan sandiwara dunia... 

Manusia.. sampai satu fasa kita semua akan terasa payah untuk melangkah, bila banyak tanggungjawab datang menerpa, aku tahu korang semua akan rasa lesu dan tidak bermaya dengan kehidupan, tapi kuatkanlah semangat, tahu tak kita semua ni gagah dalam merempuh dugaan dunia yang tidak henti datang tanpa sebarang petanda.. manusia, hidup ini memang tak mudah, tapi apakan daya, kita sudah terpilih menjadi khalifah dimuka bumiNya.. act like that one!! you will be fine.. manusia, percayalah bahawa aku sedang melalui fasa itu, Demi Allah, aku mohon moga Allah pulihkan semangat kita yang makin tunduk lesu, kadang2 tiada bahasa yang dapat diucapkan untuk menggambarkan dugaan yang sedang dihadapi.. 

Manusia.. aku tak kenal kau, kau pun tak kenal aku.. tapi anggapala perkenalan kita atas nama ikatan ukhwah yang telah terjalin sejak zaman Nabi Adam..kita mungkin berbeza dari segi rupa, kulit, bangsa dan agama, tapi kita semua datang dari keturunan yang sama.. perbezaan ini sebenarnya hanyalah satu pelajaran yang Allah bagi kat kita supaya manusia lebih berfikir dan saling memahami cara hidup yang diamalkan.. 

Manusia.. siapa engkau dimasa lalu bukanlah urusan aku, sebaiknya yang sekarang cuba perbaiki supaya kau dapat membahagiakan orang-orang yang bakal bertandang dalam hidup kau.. and someday you will be fine
😁

ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana... conan

Monday, May 29, 2017

KENANGAN RAMADHAN

salam... dah laaaaaaaaaaama sangat aku tak menulis kat blog ni..saja aku baca balik entry aku yang dulu, nampak la dari zaman tidak matang aku, dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa, dan entry mengecam, belum yang acah speaking bi tu kan..hihihi..tapi apa yang aku suka, aku boleh baca apa yang aku pernah titipkan kat sini dari tahun 2009 tak silap aku.. ada yang bagus, ada yang sederhana dan ada yang merapu.. aku minta maaf pada entry yang lepas2 yang tak berapa nak matang tu.

Bersempena bulan ramadhan ni, aku nak imbas balik kenangan aku berpuasa di Mesir dulu..
Puasa kat sana memang best, setiap hari kau akan nampak orang pegang al-Quran tu macam baca novel je, dalam kenderaan, tempat kerja, kedai2 semuanya pasang ayat al-Quran. Time tu apa yang aku nampak, perangai depa baik sikit daripada bulan2 biasa. Nampakla disitu bahawa syaitan telah dibelenggu. Selalunya berpuasa pada musim panas, kau bayangkan panas padang pasir mcm mana..memang panas!! tapi aku bukannya duduk kat padang pasir, cuma nak gambarkan keadaan tu, dahla time nak berbuka tu lama, bila dah sampai time asar.. Allahhh... letih tak tau nak cakap. Musim panas siang dia panjang tau, selalunya lepas terawih memang aku tak tido sampai waktu sahur, sahur dalam 3.30@4.00 gitu, maghrib dalam 7lebih gitu..seingat aku orang malaysia bangkit sahur sampai depa bukak puasa kami tak iftar lagi..Seingat aku la ye..

Bila time nak berbuka, ada yang tak sempat sampai rumah, akan ada orang agih2kan makanan kat tepi jalan, kurma ke, buah2 ke, selalunya yang ringan2 jela, lengkap dengan air, kalau ada yang tak nak ambik, dia akan paksa kau ambik, kalau tak nak jugak, dia baling suruh ambik 😂 Aku selalunya berbuka kat "Maidah al-Rahman"..Maidah al-Rahman tempat iftar free..terbuka untuk semua jenis manusia, kau akan jumpa dia kat mana2 je, mana2 mesti ada, kadang dia tarik kau untuk iftar sekali, jadi kami ni kalau nak jalan mana2 pun tak pernah risau nak berbuka kat mana, sebab akan ada maidah al-rahman. Selalunya depa akan buat khemah besar, bukak meja. Menu dia terpulangla, ada setengah tempat tu makan roti, ada yang makan nasi daging..Tapi yang pastinya, makanan tersebut adalah selera arab la ye..

Bila dah berbuka, solat terawih pulak, aku ni suka merayap merata, selalunya aku dengan kawan aku sorang ni, kami rajin buat masjid tour tau.. selgi ada masjid, kami suka tukar2 masjid, tapi sayangnya aku tak sempat pergi masjid Qaid Ibrahim, paling ramai jemaah sejauh mata memandang, sampai melimpah ke jalan besar..takde masalah, tak timbul masalah jalan jam ke apa, tak pernah langsung timbul isu.Ada jugak yang tak sempat ke masjid, xjadi masalah langsung, depa solat tepi jalan je, atas rumput, depan kedai.. korang akan dengar suara imam bergema kat mana2 je.. Bila sampai 10 malam terakhir, lagila sakan..doa dia lagi panjang. 

Habis terawih, kitorng tunggu sahur pulak, ada sesetangah masjid, depa memang sediakan sahur, tapi aku sahur kat rumah jela, ada pernah aku tinggal sorang2 je kat rumah, aku sahur air oren je, xde selera wei sahur sorang2 ni. Bila masuk waktu sahur, akan ada seorang lelaki tolong kejutkan, dia akan jalan kat setiap corok lorong yang ada, sambil ketuk gendang dia, sambil baca apa entah, aku tak paham..huhuhu..time tu ramai yang akan bagi makanan kat dia untuk sahur, kadang tu sampai dia tak nak, tak nak bukan saja2, tak nak sebab tak larat makan, banyak sangat orang bagi, last2 dia yang kena marah..hahaha.. 

Gitula serba sedikit al-kisahnya, ramadhan kat sana memang hidup, kau akan jumpa orang yang rajin sedekah, rajin mengaji, n sentiasa tolong kau, cakap pun baik, tak marah2..tapi masih adala yang kurang ajar tu, bergantung keadaan, kalau kurang ajar dia tu melampau, aku pun terpaksala mengajar dia kembali erti adab. Dalam bulan ramadhan, diorang selalu cakap "Ramadham kareem", kita pun jawabla "Allahu Akram", pastu banyak sangat banner depa gantung dengan tulisan "Ahlan wa sahlan ya Ramdhan" "Ramadhan kareem" etc. Macam2 hiasan depa letak. Diorang sangat2 sukakan ramadhan berbanding syawal, bila diumumkan tarikh syawal, depa macam x berapa bestla. 



antara maidah al-rahman aku pernah pergi


Beberapa keping gambar yang sempat aku snap time iftar di sebuah mall terkemuka di cairo, bersepah je depa makan, sebab meja kat food court dah penuh. Ini semua tiada masalah, janji berbuka itu yang utama.







sekian saja dari aku.. bila kenangan itu membahagiakan..moga ramadhan kita kali ini lebih bermakna..

Ikhlas dari hamba Allah serba sederhana...Conan.





Sunday, February 28, 2016

DUNIA..
hanya tempat persinggahan sementara
penuh dengan aktor yang berpura melebih yang telus hatinya
susah untuk dibaca,sukar dijangka
meramal hati bukan kerja manusia
cuma sentisa harus waspada dalam menjangka
tapi kadang tergelincir dalam lubang yang sama
bukan bermakna kita leka
tapi ada dugaan datang menyapa 
betapa kita diduga dengan penuh tawa
tawa dari sang pemerhati yang busuk hatinya
lumrah manusia pasti akan terluka 
apabila hati mula terguris dengan sendu berirama
mula timbul keraguan kenapa aku diduga..

MANUSIA...
persoalan aneh mula menerpa
bisikan si durjana penghuni neraka
layaknya mereput dijurang paling hina
tapi kita masih membukukan nasihatnya
sedia mengetahui hakikatnya
tapi masih menapak dihamparan fatamorgana dunia
ah..senangnya menipu hati yang tak bernyawa
disiram nikmat dunia yang tiada bahagia
penipuan yang jelas nyata 
ketepikan baja syurga hanya untuk menikmati baja dunia
satu percaturan yang lumayan kiranya
bagi manusia yang lemah iman, angkuh berbicara
lemah akhlaknya,sentiasa buruk sangkaannya.

BAHAGIA..
ramai gila memburunya
terkadang diperolehi dengan tenangnya hati
kadang dengan cara paksa
pedulikan..janji ia milik aku selamanya
hatta orang gila bahagia dengan dunianya
orang sakit bahagia dalam mimpinya
orang mati bahagia dengan syurganya
tubuh yang masih bernyawa sudah lama terkubur sunyi
mengharapkan bahagia yang sentiasa diduga 
boleh saja ku kira ia sebagai "duga"
pandai pula dia bercanda dengan gurauan seolah mendenda
untuk sampai kepada matlamat yang nyata..
kadang aku biar bahagia terbang diulas manja 
tetapi menyimpan derita dalam kotak yang dimangga
hairannya manusia.. mengutamakan derita dari segalanya 
bagitahu aku perkataan yang nyata tentang bahagia..

MANUSIA...
aku tak label diri aku sebagai manusia sempurna
biasalah, terkadang aku terlepas kata
buruk bahasanya, hina pertuturannya
jelik tingkah lakunya 
fitrahnya manusia itu tidak buruk segalanya
tapi sendiri bikin malu dihadapan penonton lainnya
beraksi dipentas sementara andaikan kita bagus segala..

DUNIA...
semakin lelah aku rasa
aku tunduk sendu dipenghujungnya
aku sesal dengan ujian yang datang menimpa
nampak aku senyum sentiasa, itu tuntutan dunia
hampir saja akidah aku tertanggal 
syaitan terlucut akidah, tergelincir ke neraka
hanya kerana persoalan yang entah apa2..
dibawanya pula kita sebagai pewarisnya
pemikirian generasi seperti kita yang mampu bersama2nya ke neraka.
sukanya syaitan dapat mempengaruhi sebahagian anak adam..
kah kah kah..bodohnya manusia.. 

aku tak minta orang selami apa aku rasa
perkara yang sia2..
manusia bawa bahagia dan juga bawanya pergi dengan bangga
manusia tabur janji manis setia
jika hanya kata-kata
pastinya cendekiawan tidak perlukan usaha untu majukan dunia
manusia memuji hanya untuk kepentingan mereka
hakikatnya sahabat yang akrab tidak sesekali akan memuji sahabat lainnya
bukanlah namanya manusia hingga dijadikan penghargaan baginya
ketawa hanya bersifat sementara 
kerana sendu akan sentiasa menjadi teman setia
kadang perlu juga kita tunduk untuk mengutip permata bahagia
sifat manusia yang selalu mendongak dan cuba mengapai awan yang jauh dari mata
sehingga terlupa tanah yang dipijak yang sentiasa dibawah kita
tunduk dan kutip walaupun ia kelihatan hitam dan menjijikkan 
realiti itu perlu dihadapi
jangan hanya angan yang sentiasa muncul dalam mimpi.
kalau sekali dah langkah pergi jangan cuba reverse untuk kembali
aku susah dan benci untuk membenci
aku penat jadi manusia yang berbudi
berkata-kata penuh dengan puisi
aku tengah cuba loading jadi manusia busuk hati
kalau kau terasa hati,sorry
kalau kau benci,boleh pergi
aku bukan seniman penghibur hati...

 
















Wednesday, February 17, 2016






salam..just a short post for tonite ..... a few things i want to write here,if u think this is will make you feel annoying,feel free to go,i nvr asked u to read my post..

1- im just feel my life is suck!!i lost my old me ... too much thinking,i cant focus for what i doing rite now,everything is just like "melepas batuk ditangga" i just do what i have to do.,one of my friend just ask me to talk with someone or just see a counselor,,and i've  been thinking about this and take too much time,i just scared to talk...but i know,i have too,give me time.

2- my prob is when i keep blaming my past, i know,this is not the right way, i keep blaming myself too..

3- we need more time for our self,i dont want to live like this forever,will find a way out from all this fukcing mess!! 

4- i knew my freind being sad rite now, something happen, she dont want to tell me , i oredi know, i dont like when this happen to my friend, i always wanna make my friend smile and happy, always pray for her,may allah ease everythng baby.

5- i asked my mother if i can go to palestine someday,i expect she never allowed me to go,but her answer is like a green light for me "everything will happen when you in palestine,are you ready for that?" "inshallah mak,its better than i just sit and scroll everything on the internet".

6-  im not trying to be "omputih" or change my life style into "omputih, i am just trying to learn about english, so please, im stat from zero, and now alhamdulillah i can write like this,but still got nervous when i have to speak english..hehehe...

7- i feel more pain now, i hope someone will come to me and punch/kick me hard!!so i hope that pain come from my fizikal will make me forget about pain in my heart.

8- everything happen for a reason baby..

9- people can give some advice,but only you can change youself..if only "change" is easy,so i dont have to ask any advice.. i dont trust people,after what i got, tq for everything you had done to me,its priceless!!

Thursday, February 11, 2016

Don’t Forget Allah : Farid Sanullah


You down and out
You just can’t come
You wanna shout
you lost all hope
On your knees, begging please
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there
Whoever you are, because he cares
Then you forget to say thank you Allah ,
You forget to say Insyallah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands
Alhamdulillah

Let’s flashback, let’s back drive
Towards a time like yours and mine
The story of the three
Who'll long to be
To who be free of their misery

To the one floor he opens the door
Gave him empty of his bounty

Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands Alhamdulillah

Can’t you see His promise to you
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah
He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands, Alhamdulillah

Get down and out
You just can’t go
you wanna shout
you lost all hope
On your knees
begging please
You turn and pray
to find your way




ASSALAMUALAIKUM...

terasa nak menulis kat sni malam ni,terus terang aku cakap,aku xberapa nak gembira sejak aku balik malaysia,rasa macam life aku bukan kat sni,aku rasa banyak masalah,bukan rasa,memang ada pun,suka hati korangla kalau nak kata aku banyak pikir negetif ke apa,tapi kalau aku tak pikir pun benda tu memang jadi..dulu aku belajar kat mesir dengan tujuan untuk lari dari masalah yang aku kena hadap setelah sekian lamanya,bila dah balik malaysia,aku tetap kena hadap jugak..

 aku boleh rasa aku lost myself,macam hilang sesuatu,aku tak happy!!dan bosan dengan life yang sekarang...ada kawan cadangkan aku jumpa pakar kaunseling,luahkan apa yang aku rasa,tapi aku jenis tak suka nak talk dgn golongan profesional macam tu,tambah kalau aku tengok DR kat situ,memang awal2 lagi aku cabut..aku mengaku hidup n study aku terganggu...

aku bosan dengan segala2nya sekarang ni...aku tahu,korang mesti cakap "baik ngadu kat allah je" ye..aku tahu..tapi aku percaya,manusia ni kdg2 dia perlukan pendengar yang lain yg sudi dengar masalah dia..aku rasa setiap hari aku nak lalui tu rasa berat sangat...aku xtau nak cakap cmne...baru2 ni aku cakap kat mak aku,aku nak pergi palestin,not as visitor,tapi aku nak stay kat sana,bukan hanya nak tngkp gambar keindahan masjid sakhra dan aqsa,tapi aku nak tangkap gambar segala2nya penceritaan tentang rakyat yang tertindas tu,yup,aku memang suka tngkp gambar walaupun skill aku lemah,kwn2 aku pelik dgn aku,kdg brhnti tgh jalan smata2 nk tngkp gambar,bg aku,stp gambar tu ada seni dia..aku prefer gambar binatang,alam,even bnda2 yg plik berbanding gambar aku sendiri..

mak aku kata,orang yang pergi sana jangan berharap untuk pulang hidup2,ye..aku tahu..ajal mana2 pun blh dtg,aku bknnya nk ckp xtkut mati,tp aku rasa,itu cara untuk aku isi kekosongan hidup aku,bukannya dgn keadaan yg skrg,n yg plg aku menyampah bila orang tanya bila nak kawen??kau ingat kebahagiaan tu datang hanya dalam perkahwinan je ke??aku percaya bahagia datang dari pelbagai sudut...n aku x perlukan orang lain untuk aku jadi bahagia,aku pun dah mula rasa bosan dengan manusia ni,even orang yang rapat pun buat kita sdh jatuh terduduk,kecewa...

sometime being heatless is better.. im so tired for loving some1,n believe at some1 its just smthng u got only in ur dream,n oredi gone whn u wake up ...