Friday, May 1, 2015

DONT WORRY..BE HAPPY...:)



Assalamualaikum..saat aku menaip ni,aku takde arah tujuan,takde tajuk apa pun nak dibangkikan...mood aku hari ni macam filem hindusan yang kejap happy kejap sedih...apa yang aku rasa sekarang..50/50...semalam aku dapat berita sedih pasal ayah kawan aku yang ditipu sampai berpuluh ribu,atas dasar simpati,ayah kawan aku tu tolong,tapi atas dasar rasa lahanat,cilaka tu menipu ayah kawan aku sampai dia terpaksa menanggung hutang yang berpuluh ribu,akibat tekanan yang melampau,keje dia sebagai guru terjejas,juga sebagai imam masjid,akhirnya dia diberhentikan kerja,dengan menanggug 6 orang anak,dan iserinya yang sakit,dia hilang punca,hilang pendapatan,akhir beliau berniaga nasi lemak,kelmarin masa tengah bungkus nasi lemak,beliau tiba2 pengsan,dokor sah kan berlaku pendarah teruk di bahagian otak,dah ditakdirkan allah setakat semalam je umur beliau...al-fatihah untuk beliau..ustaz mohammad bin haji ramli..takziah untuk kawan aku umaimah binti mohammad..

kawan aku tu muda lagi,dia anak sulung,mak dia sakit,terpaksa tanggung hutang,dari cara dia bercerita dengan aku dulu,dia ni rapat dengan ayah dia...sebab mak dia sakit,jadi dia banyak dengan ayah dia,walaupun kadang2 aku tengok dia ni macam orang akde perasaan,tapi dalam keadaan sekarang..korang rasa???aku pikir balik,aku rasa aku dah banyak sangat masalah,tapi bila aku dengar pasal kawan aku ni,masalah aku kecik sangat nak dibandingkan dengan dia...aku yang dengar pun dah rasa berat apatah lagi yang menanggungnya..

setiap manusia akan diuji ikut kemampuan dia,aku kadang rasa "berat" and "payah" sangat...korang akan tahu diri korang betul2 sedih bila korang sendiri tak mampu nak ungkapkan sesuatu walau 1 perkataan,air mata pun dah x sudi nak mengalir,korang just silent n berpikir with empty things kan??nothing...

aku cuba bawa hati aku "kenapa nak sedih2 sangat ni??dunia ni sementara,takde apa pun,dah mati baru stat kehidupan sebenar kita" "kenapa nak touching macam orang gila ni??" "kalau kau rasa kau susah,mak kau dulu lagi susah,cuba belajar dari mak macam mana dia lawan dunia sedih ni dengan semangat dia" ..

aku penat bila orang yang aku sayang selalu tinggalkan aku,aku penat sangat dengan perangai macam tu,aku penat dengan orang depan kita baik belakang macam lahanat,aku penat dengan orang pandai cakap tapi tak pandai buat,aku penat dengan dunia manusia yang pura2,aku penat nak berkawan,aku penat orang tengking2 aku,aku penat nak jadi baik,u know wht u get back...u heart is broken more than u can imagine,u know,hati korang lagi sakit dari kena toreh kaca..u know what...this is what we call "dunya"..yeah..enjoy guys,no pain no gain...people dont get it whn u try so hard to be nice,they even dont wnt to undrstnd,so wht u gonna do??

sorry guys,this is not abt people..people alwys nice...is about "dunya"..yup...dunya alwys promise to us wht he had..u konw wht "dunya" had??something evil for someone bad like shit,n something good for someone trying to be good like an angel...so people..u can choose..evil or angel...

i m not asking u to be evil in hell or angel in heaven..just be yourself,create your manner for the right way,dont hurt people around you,try your best to not hurt anyone especially your mom..she is an angel in your dunya,without her,your are nothing...

about friend...yeah..like i said..dont hurt,dont cheat your friend..believe me...your REAL FRIEND alwys bring your joys and happiness..so try to find someone who really honest to be your friend,if not..you are going to be hurt..dont worry..i feel it already..hahahaha....it fun like u must to eat a candy you hate to taste it..its ok..still candy,its sweet..

tapi apa pun..kita percaya..semua u ujian untuk kita supaya terus tabah dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik,allah uji tu bukan sebab benci,bukan saja2 nak pekena kita,tapi anggaplah ni salah satu cara allah nak ajar kita bahawa tempat pergantungan kita hanya allah..bila kita dahulukan allah lebih dari segala2nya,kita takkan pernah kecewa,persoalannya mampukah kita??tanya diri masing2...sekian saja bebelan aku..btw..macam mana english aku??hahaha..proses nak belajar sekarang dari dulu..zero!!aku tinggalkan korang satu lagu "dont worry be happy"..yeah..whtever happen,alwys be hpy...try to be hpy ok..:)



Don't Worry, Be Happy - Bobby McFerrin (Cover by Randler Music)





ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Saturday, April 25, 2015

ART OF DECEPTION " AMERIKA SANG PEMBUNUH " - JERRY D. GRAY

salam...aku rasa sekarang ni,beberapa bulan sekali baru aku update blog ni,sedih conan oii..takpela,lately,aku busy + pemalas..natijahnya memang beberapa bulan sekali baru ada new entry...hari ni aku nak bercerita pasal satu buku yang tengah aku baca sekarang,aku tertarik untuk kongsikan dengan korang...buku hasil tulisan JERRY D. GRAY seorang bekas prajurit tentera udara amerika (USAF) kini sudah memeluk islam,sekarang menetap di indonesia,dia tak boleh nak balik US sebab takut2 nanti dia kena tangkap gara2 banyak sangat pendedahan yang dibuat pasal kerajaan amerika ni yang memang bangang,memang truly terrorist punya orang...tapi dalam buku dia banyak kupas pasal kejadian 9/11..menarik kupasan dia..tentang penipuan yang dilakukan oleh pihak kerajaan amerika yang sememangnya berkhidmat untuk freemason&zionis gila,masing2 sedang merencanakan sesuatu yang pasti membuatkan dunia diambang WW3...

Hari ni aku nak bawakan antara salah satu catatan JERRY D.GRAY tentang "AMERIKA SANG PEMBUNUH" kalau sapa yang beli buku ni,boleh tengok muka surat 83-86.






BERIKUT ADALAH SENARAI PEMBUNUHAN DAN KEROSAKAN YANG DILAKUKAN OLEH AMERIKA SYARIKAT,PBB MENGABAIKAN FAKTA-FAKTA INI : 

1- 3 juta rakyat vietnam dibunuh sepanjang 30 tahun US berada di sana.

2- Lebih daripada 300 ribu rakyat jepun dibunuh ketika Amerika menyerang Tokyo dan menjatuhkan bom nuklear dikawasan padat awam Nagasaki dan Hiroshima.

3- Pengeboman antara tahun 1969 dan 1975 yang mebunuh sekurang-kurangnya 600 ribu rakyat Kemboja.

4- Lebih 5 juta mati di Loas ketika Amerika mensasarkan pengeboman rahsia sejak tahun 1964 -1973,menjatuhkan lebih dua juta tan bom ke negara itu. Lebih daripada 1/4 penduduk menjadi cacat. 

5- 100 ribu rakyat Korea dibunuh sebelum perang Korea, termasuk 30 ribu hingga 40 ribu rakyat terbunuh kerana pemberontakan petani di Pulau Cheiu.

6- Hingga 4.5 juta rakyat Korea terbunuh sejak 1951 - 1953 ketika perang korea.

7- 200 ribu orang terbunuh ketika angkatan bersenjata Amerika mengalahkan angkatan Bersenjata Filipina.

8- 23 ribu orang terbunuh di Taiwan oleh Angkatan Bersenjata yang disokong, ditaja oleh US pada akhir 1940-an.

9-Lebih dari 1.7 rakyat Iraq terbunuh akibat pengeboman yang dilakukan US. Sebahagian besar mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

10- Lebih dari 1 juta nyawa hilang sepanjang perang Iraq - Iran pada tahun 1980an . Ketika itu US menyokong Saddam Hussain dengan menyediakan senjata pemusnah kepada Iraq.

11- 35 ribu orang Kurdish terbunuh, 3500 perkampungan hancur, dan 2 - 3 juta rakyat kehilangan tempat tinggal .

12- Lebih daripada 1 juta orang terbunuh dalam perang saudara di Afghanistan dari tahun 1979 - 1992. Ketika itu US dengan kuat membantu mujahidin.

13- 45 ribu orang terbunuh di Lubnan Selatan sejak 1982 oleh Israel, yang sentiasa disokong oleh US. Ribuan orang terbunuh di Palestin dan jutaan terpaksa di penjarakan oleh Israel.

14- Lebih daripada 150 ribu orang terbunuh di Greece ketika US menjajah serta menjadi penasihat pada akhir tahun 1960an.

15- Lebih daripada 75 ribu rakyat terbunuh dan lebih dari satu juta pelarian di El Salvador sejak 1980 - 1994 ketika US hebat mendukung usaha sebuah rejim.

16- Penjaga Keamanan Nasional yang didokong oleh US di Nicaragua membunuh 400 ribu rakyat awam kerana sebuah masalah selama hampir 50 tahun.

17- 30 ribu terbunuh di Nicaragua sejak tahun 1979 - 1989 .

18- 200 ribu orang Guatemala diseksa sejak tahun 1960 -1990 oleh tentera yang dilatih, dilengkapi senjata, ditaja dan dibantu oleh US .

19- Lebih daripada 35 ribu rakyat Columbia terbunuh sepanjang perang Columbia yang didokong oleh US bagi menentang para pemberontak .

20- Lebih 4 ribu warga awam terbunuh di Panama sepanjang penaklukan US pada tahun 1989 .

21- Ratusan ribu terbunuh dalam penaklukan langsung dan tidak langsung yang dilakukan US di Brazil, Cile, Uruguay, Peru, dan Argentina sejak pertengahan tahun 60an hingga 80an. Kini kita faham mengapa presiden Chavec sangat membenci US.

22- 50 ribu orang Haiti terbunuh ketika tentera US menghancurkan pemberontakan petani pada tahun 1915 .

23- Antara 4 ribu - 5 ribu orang Haiti terbunuh pada awal tahun 1990 oleh angkatan tentera bersenjata yang dibentuk US.

24- Ribuan rakyat terbunuh di Republik Dominika pada tahun 1960 ketika US dan tentera Dominika menghancurkan pemberontakan pro-Bosch .

25- Lebih daripada 3 ribu orang terbunuh dan tidak terkira jumlah yang menderita kerana ditakluk oleh US di Cuba.

26- Ratusan orang terbunuh dan cedera ketika US menakluk Granada pada tahun 1983 .

27- US mendokong Siad Barre dan membunuh 50 ribu rakyat Somalia antara tahun 1978 - 1990 .

28- Hingga 10 ribu rakyat Somalia dibunuh tentera US sepanjang misi kemanusiaan Amerika pada tahun 1993 .

29- Pada tahun 1994, US menyokong penyeksaan kepada rakyat Rwanda, sebanyak 800 ribu orang terbunuh hanya dalam 100 hari!!! 

30- Lebih daripada 300 ribu orang terbunuh dan 80 ribu cacat di Angola dalam perang saudara yang didokong US.

31-Puluhan ribu terbunuh dan 200 ribu diseksa di Cad oleh Hissen Hebra dengan bantuan US sepanjang tahun 1980.

32- 1.5 juta orang terbunuh antara 1980 - 1988 di Afrika Selatan disebabkan Afrika Selatan yang dilengkapkan senjata oleh US.

33- Ribuan orang di Pulau Pasifik, Puerto Riko, Utah, California, Nevada, Washington, New Mexico, dan pelbagai tempat lain dibunuh, diseksa sebagai hasil daripada senjata eksperimen US.

34- Ratusan aktivis hak-hak warganegara diseksa, dipukul, difitnah dan dibunuh oleh US melalui ejen kerajaan.

35- Ratusan penyokong Black Panter dan Indian Amerika difitnah, diseksa, dan dibunuh oleh FBI dan agensinya pada akhir 60 - 70an.

36- Lebih daripada seribu Muslim Amerika " hilang " selepas peristiwa 911 dan ditahan tanpa bukti.

37- Hingga penerbitan buku ini, lebih daripada jutaan orang terbunuh di Afghanistan oleh Amerika dalam kempen memerangi pengganas.

38- Lebih daripada 1.5 juta mati di Iraq dalam perang yang masih berlaku di sana.

keseimpulan yang dibuat tentang perkara diatas oleh JERRY D. GRAY :

1- Amerika Syarikat - adalah pengganas terbesar di dunia.

2- Amerika Syarikat - adalah musuh bagi seluruh manusia.

3- Amerika Syarikat - sebuah negara yang melanggar hakl asasi manusia.

4- Amerika Syarikat - disokong oleh PBB.

5- Amerika Syarikta - bukan sebuah negara yang boleh dipercay

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..






Friday, February 27, 2015

EDISI TRAVEL - BACKPACK ( MATROUH )

ASSALAMUALAIKUM...aku nak share dengan korang pasal tempat2 menarik kat egypt tu,pada mereka2 yang selalu pikir mesir tu padang pasir je,unta lalu lalang penuh,orang2 dia pakai jubah + serban tak lepas...korang silap...sana banyak tempat2 menarik,cuma rajin dengan tak rajin je korang nak teroka...

hari ni aku nak bawak korang tengok keindahan pantai yang sangat2 cantik...banyak lagi gambar2 aku tangkap,tapi setakat ni jela gambar2 aku bagi korang tengok,lagipun ada jugak gambar2 yang aku tak tau aku save kat mana..antaranya gambar pantai yang mengadap hostel aku duduk...

tempat yang aku pergi ni nama dia "matrouh"...matrouh ni bukan setakat pelajar malaysia je datang jenguk,banyak negara2 arab lain akan turun kat sini disebabkan keindahan pantai dia yang tak terkata...kalau korang ada angan2 nak pergi,aku nasihatkan korang pergi musim panas,sebab tempat ni "hidup" time musim panas,risiko dia cuma sesak and tempat penginapan dia mungkin LE200 ke atas,aku pergi time tu dah nak sejuk,so tempat ni "mati",kedai2 banyak tutup,orang tak ramai of cozzz...dan kelebihan dia hostel kitorang duduk tu,mengadap pantai,bersih,sebelah masjid,harga dia cuma LE120!!murah sangatttt!!hehehe...sayangnya,gambar hostel aku mengadap laut tu aku tak jumpa kat mana aku save..sorry banyak2....

memandangkan aku dok kat alexandria,so takde masalah nak direct terus ke matrouh,sebab kalau korang dari cairo,korang kena turun alex dulu,gi mauaf ( stesen bas,tremco,peugot) kat alex tu,terpulang nak naik bas atau pun van..tambang dia korang bajetla dalam LE35...aku naik bas,lebih kurang 5jam untuk sampai ke sana,ni untuk mereka2 yang nak backpacking la,kalau dah memang ikut mana2 rombongan,tak payahla turun alex..terus je ke matrouh,cuma lagi jauhla..itu je..

Disebabkan aku takde gambar laut yang bertentang dengan hostel aku duduk tu,aku terus bawak korang ke "pantai ajibah"....nak tau kenapa dia nama "ajibah"..sebab keajaiban pantai ni yang ada 7kaler..betul..aku tak tipu..sebab tula aku suruh korang gi musim panas,ada time2 tertentu,korang akan nampak warna pantai tu sampai 7kaler...subhanallah!!!pantai dia sangat2 cantik...dari  hostel aku nak ke ajibah,makan masa lebih kurang sejam,sewa teksi dalam LE110..













lepastu aku minta ammu (pak cik) teksi tu bawak kitorang tengok hammam (tempat mandi) cleopatra...betul kat laut...cleopatra ni orang kulit hitam tapi tersangatla cantik,ada yang kata dia ni gundik ada yang kata dia isteri firaun,cleopatra ni banyak,bukan sorang je tau,cuma aku tak tau yang ni cleopatra yang ke berapa..tempat mandi dia memang gila brilliant!!satu lagi,really sorry,sebab nak tak nak korang kena pusing kepala korang tuk tengok gambar2 aku yang teleng2 belaka ni..



patung cleopatra




pandangan dari jauh hammam cleopatra...batu yang besar tu..jom kita terjah!!



pintu masuk hamam cleopatra..





pandangan dalam...lubang ni dibuat belah kiri dan kanan hammam...sebabnya..bila ombak datang,automatik akan masuk kat lubang kiri kanan tu dan akan keluar kat pintu masuk tadi...korang dapat bayang tak??tempat ni tertutup,senang cakap macam gua gitu..



ni tempat cleopatra duduk santai sambil menikmati air laut yang setiap kali masuk kat hammam dia..korang rotate sendiri gambo tu..





penat berjalan,berhenti makan jap...menu kitrorang macam biasa...nasi dengan ayam bakar..menu tambahan diorang bagi salad campur,sayur jeruk,kacang diorang buat macam mayonis tu,dengan roti bakar tu..sedappp...;p








sambung jalan2 lagi ke "souq libya" (pasar Libya)...tak dinafikan,matrouh ni dah dekat dengan libya,jadinya ramai pedagang dari libya masuk nak berniaga kat matrouh..macam2 benda korang boleh jumpa kat sini...







tapi aku paling tertarik kat souq libya ni..tuh!!bawang bukan sebaranag bawang,bukan bawang tuk korang buat kari,tumis sambal bagai,tu bawang tuk orang sakit kencing manis..hehehe...bawang firaun tu aku tak tau tuk sakit apa..itu istilah tuk penyakit gak tu..



 habis jalan2,balik tido,esoknya kitorang gi stesen bas,ambk bas,anytime terus beli,tak payah nak book2 ni..beli terus naik bas,n terus balik alex..puas hati dengan travel aku kali ni...mulut tak henti2 sebut subhanallah..kagum sangat2 dengan kecantikan yang aku nampak,sebab tula ramai orang luar berpusu2 datang time summer..aku nak bayangkan keindahan dia tu susah,kalau ada rezeki,korang sendiri datang tengok,baru ternganga mulut tengok!!next entry,aku akan bawak korang jelajah lagi dengan edisi #Backpacking aku...sekian..maaf atas kesulitan gambo teleng tu..



-diver bas bgtau aku,bas dari alex - matrouh cuma ada sekali sahaja..haritu aku naik dalam 8.30pagi-

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

ALEXANDRIA..I LOVE U..

ASSALAMUALAIKUM.....

walaupun dh agak berbulan aku sampai malaysia,hati aku masih lagi kat egypt...sampai malaysia 24/11/2014..bukannya niat hati nak lupa asal usul,apatah lagi sombong diri..tempat yang ada 1001 kenangan,penuh pengajaran aku nak lupa dalam sekelip mata...tak mudah...korang ingat senang aku nk seka air mata ego ni hanya untuk benda kecik yang entah apa2 korang nak kata...

aku dapat tawaran belajar kat malaysia...aku datang dan ushar keadaan tempat belajar aku..korang tahu berapa kali lagi aku seka air mata ego aku ni?? aku nangis bukan sebab aku xsuka dengan tempat aku belajar sekarang ni,taip aku xboleh lagi nak terima hakikat,senang kata..hati ni tak berapa nak redha..aku ada satu impian besar yang memang aku nak tunaikan kat sana,tapi kali ni takde rezeki aku...benda yang dah aku rancang 2 tahun lepas...itu sebab orang selalu cakap "allah sebaik2 perancang"...

tak dinafikan,belajar sana sistem dia macam gila sikit,kadang2 memerlukan kita fight sikit dengan diorang,gaduh2 tu benda biasa,aku tak suka dibuli,jadi aku memang kaki fight dengan diorang,tapi dalam dok fight2 gitu,banyak benda aku belajar..

aku tahu,ada yang cakap belajar negara arab ni x standard mana...kira katogeri cikai ah...tapi aku nak cakap kat korang...mana pun korang pergi,apa yang korang niat,itu yang korang dapat..kat mesir..pengalaman aku sendiri,aku nak belajar bukan setakat dalam kelas,tapi luar kelas,yup..aku dapat apa yang aku nak..

ye...aku memang belajar kat negara yang xberapa nak standard tu,sampai aku pernah dengar,mesir ni option terakhir tuk pelajar2 yg nk gi oversea ni..tapi korang tahu apa aku dapat??aku belajar tuk hormat orang walaupun dia xsama bangsa,aku tak sampai hati nak kata2 nak kutuk2 org luar yang datang negara kita,sebab aku sendiri dh rasa keadaan mcm tu,aku bljr tuk hargai makanan yang sedia ada,blajar dengan diorang tak segan silu tolong orang lain walaupun xkenal,kerap bagi salam,hatta kalau dengar orang bersin,orang yang sebelah kita tu akan jawab "yarhamikillah" ...

aku tengok budak2 yang tak sekolah sebab miskin,keje kutip sampah,dapat sebijik tembikai kat tempat sampah,melompat suka,aku tengok laki makan dicelah2 parking keta...makan sampah!!!aku tengok pelarian syria datang masjid minta makan,tak dinafikan jugak banyak kali aku jumpa arab sombong,berlagak..yang malas buat keje,sampai aku kena bergaduh2 dengan dia..kesudahannya dia tak peduli pun...

ye....memang...aku tak belajar tempat yang lengkap dengan banyak kemudahan,tak satndard orang kata...tapi satu benda yang paling aku hargai sampai sekarang...aku belajar dan sekurang2nya aku dapat selami macam mana perasaan rasulullah dulu masa nak berdakwah dikalangan arab jahiliyah...sekarang ni pun dah ada iman,tapi perangai diorangggg...kalau sapa tak tahan,memang balik malaysia terus!!kat sana bukan setakat didik kita dari segi ilmu,tapi rohani kita,percayala cakap aku..

akhir kata...mesir tempat nabi musa,tapi tempat firaun jugak...korang boleh pilih nak jadi macam sapa...sekian..santapan mata untuk korang..sekilas lalu gambar tempat aku dulu..alexandria...i love u..
















 








ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Friday, February 20, 2015

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat blogger....kira pakai jari...lama dh oi aku x aktif kat blog....lately...banyak cite best jadi dalam hidup..nak taip kat sinu busy + malas..itu yg buat aku tak tertaip kat sini....buka2 blog...bnda pertama yang aku dapat "maki hamun"..its ok...aku kurg buat research..xpe...skrg mmg aku tgh ber research...tapi tajuk apa,xyhla canang kat sini lak..xpe...bodo mmg kena belajar lagi...hahahaha...

oh...1lg..apa yang aku taip kat blog ni,kalau rasa2 byk auta,jgnla ikut,apa kata korang pun buat research jugak..pendek kata..xyh bc langsung,terus je bukak kitab,cr kesahihan dia sendiri...lg bagus,klu aku slh terus komen dgn statment yg sahih dr pihak korang..kan??bru share ilmu namanya...dari si cerdlik kpd yg xbrp nk cerdik sgt ni kan...lps ni aku tulis psl durian ke semut ke lg baik...lg fun,lagi enjoy...ok...sekian....slmt mlm manusia...

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan...:)

Monday, March 31, 2014

SECARA RINGKAS TENTANG APRIL FOOL..

SALAM...

aku rasa aku dah pernah tulis entry pasal APRIL FOOL...tapi lamanya entry la..xpela...aku taip sekali lagi sejarah pasal APRIL FOOL...

1 APRIL 1487...

ummat islam di spanyol ditipu oleh tentera salib lalu mereka semua dibunuh kejam di pelabuhan Granada,tentera salib bersorak gembira pada hari itu atas kejayaan mereka menipu ummat islam...

Tentera salib membuat pengumuman bahawa penduduk boleh keluar dengan selamat dan boleh menaiki kapal yang telah disediakan untuk keluar dari spanyol,sebaik sahaja ribuan ummat islam keluar,mereka dibunuh dengan kejam,rumah mereka dibakar,takde 1 pun yang terselamat,bahkan kapal yang dijanjikan itu juga turut dibakar...jadi...MASIH ADA YANG NAK SAMBUT APRIL FOOL??silakan kalau mahu,tapi secara teorinya "ANDA AKAN KELIHATAN BODOH JIKA ANDA MEMPERBODOHKAN ORANG LAIN"...tolonglah jangan jadi bodoh,sebab fitrah akal manusia,tuhan jadikan bukannya bodoh...

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

R4BIA : IA TELAH MENJADI SYI'AR ( video dan lirik )

SALAM...aku baru je layan satu video ni.nyanyian ramai2 dari penyanyi pelbagai negara tentang R4BIA,negara yang terlibat SYRIA,MESIR,PALESTIN,LUBNAN,AMERIKA,MALAYSIA,
MOROCCO,ALGERIA,TURKI,KUWAIT YAMAN..sorry kalau ada yang tak tersebut...

Sedih jugak bila aku dengar lagu tu..kesian aku rasa tengok rakyat mesir ni,bersungguh2 pertahankan negara dia,orang mesir ni semangat cintakan negara dia memang dahsyat sikit,antara sebab kenapa yahudi terus menerus menekan mesir sebab mesir adalah satu2nya negara yang punya ulama yang xakan makan sebarang bentuk suapan yg diorang tawarkan untuk ulama2 kat sini semata2 untuk diorang bertapak kat negara ni,lagipun kat mesir ni ada Al-Azhar,dan orang yahudi memang dah lama sangat nak hancurkan Al-Azhar..

kalau korang nak tahu,segala post kita yang berkaitan mesir akan sentiasa dipantau oleh mabahis ( spy ) mesir,dan xmustahil diorang boleh translate apa yg kita taip kat mana2 alam maya..pelajar2 dimesir di nasihatkan untuk tidak terlalu aktif komen tentang benda macam2 ni,bahaya sebenarnya...

Untuk tatapan korang.. 


http://www.youtube.com/watch?v=SFsLKZXyxQ0

sorry..aku letak link je sbb aku xleh nak  sub kan bwh video - youtube...boleh dia tulis kat "no video founds"..habis yang aku tengok kat youtube tu apa kebendanya!!haishhh..xpela..korang tekan jela link aku letak tu,cepat2 siki..aku takut nanti ada yang gatal tangan gi block video ni,yela,tak semua suka dengan R4BIA..korang paham2 sendirila...

Dalam video tu dah ada subtitle melayu dah..xpela..aku letak lagi untuk korang ok..

 .:: R4BIA : Ia Telah Menjadi Syi'ar ::.

Mais Shalash [Palestin] :
Pada suatu masa yang lalu,
Ada satu simbol yang telah membentuk sebuah medan,
Di mana impian penghuninya agar tanah air mereka dikembalikan,
Buat anak-anak generasi nanti.

Musa Mustafa [Syria]:
Medan berkembang menjadi sebuah tanah air,
Tanah air yang terbentuk dari jutaan medan.

*Chorus
R4BIA yang teguh,
R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah belah,

R4BIA yang teguh,
R4BIA itu sebuah harapan,
Buat semua pemburu kebebasan,
Ianya menjadi satu syiar.

Rashed Ghulam [Morocco]:
Dengan kasturi yang telah sebati dengan tanah,
Dengan darah dan air mata para pemuda,
Walau kau disakit hari ini,
Akan kembali padamu mentari yang bersinar.

Muhammad Ali Aslan [Turki] :
Pada hari ini seluruh medan telah menjunjung simbol Rab3ah wahai Saudaraku,
Dengan jutaan 'Asma' [Asmaa Beltagi]
Menggerakkan degupan jantung.

Ulang *Chorus.

Mais Shalash [Palestin] :
Pemburu kebebasan dan penjara-penjara buatan mereka yang pengecut,
Buatannya dari bumbung dan dinding,
Penjaraku terbuka mengadap langit (dunia),
Dan kalian adalah tawanan yang tercela dan penuh kehinaan.


Islam Shukry [Spain] :
Kerana harapan mereka adalah untuk hidup dalam kebebasan, mereka Memutuskan untuk turun ke medan-medan,
Kemudian mereka mati demi menggambarkan suara mereka,
Tidak mungkin kita akan melupakan mereka,
Tidak mungkin kita akan melupakan mereka.

Ulang *Chorus.

Abdurrahman Buhabileh [Algeria] :
Duhai pemburu kemerdekaan!
Siapakah yang mampu membinasakanmu dengan kau yang tetap thabat (teguh) dengan setiap langkahmu, setiap langkahmu,
Telah gugur sahabat-sahabatmu mendahuluimu,
Jaga-jaga! Jangan kau terduduk dengan diammu, diammu.

Ahmad Al Hajiri [Kuwait] :
Terik urat lehermu melaungkan laungan-laungan semangat,
Biar gerun tentera-tentera yang jelik,
Duhai perwira hidupmu sederhana demi mendapatkan semula hakmu untuk membuat pilihan,
Demi hakmu untuk membuat pilihan.

Ulang *Chorus.

Abdullah Al Zu'ubi [Lubnan] :
Revolusi para pemuda Mesir yang berkobar-kobar kecemburuannya, laluan Yang dipenuhi kesakitan dan penghujungnya cahaya,
Tidak mungkin menghalangnya walau seribu pagar,
Seorang yang ditangannya terdapat keputusan.

Yahya Hawwa [Syria] :
Medan Rab'ah rindu akan saat-saat berpuasa,
Dan suara Si Muhammad saat qiamullail,
Buat hati-hati yang disaksikan langit,
Ku hamparkan keatas tanahmu (rab'ah) dan aku tidur di situ.,
Dan kuhamparkan ke atas tanahmu, dan aku tidur.

Ulang *Chorus.

Native deen [Amerika] :
Duhai rakyat Mesir,
Kalian telah menunjukkan kepada kami erti cahaya dan harapan,
Kebebasan yang bersinar terang,
Namun kematian yang tidak masuk akal dan tragedi membuatkan masa depan kelihatan suram,
Apa yang telah terjadi pada cahaya yang pernah kalian tunjukkan padaku,
Wahai rakyat Mesir mari lah kita kembali bersama,
Kerana aku tahu kita akan dapat melakukannya walau apa pun,
Kita telah berjuang terlalu jauh untuk berputus asa begitu saja.

Ulang *Chorus.

Mustafa Musa [Syria] :
Wahai peneguh ruh di atas tanah air ini,
Telah terbakar urat sendi mereka dan dibaluti kafan,
Hakmu akan dikembalikan wahai syahid walau selama mana pun kami harus berjuang.

Abdul Qader Qauza' [Yaman] :
Kebenaran itu terlihat jelas buat mereka yang menyaksikan,
Akan menang menentang mereka yang batil dan pengecut,
Aku tidak akan menyerah kalah walau apa pun berlaku,
Pada kekerasan, ketakutan dan kemusnahan,
Pada kekerasan, ketakutan dan kemusnahan.

Ulang *Chorus.

Hamed Mousa [Mesir] :
Aku tetap teguh di tempat ku dan tidak akanku mundur,
Aku tidak akan mati dan tidak akan hidup,
Lepaskanlah tembakan peluru aku tidak peduli,
Impianku tidak akan terkubur dengan senjata api.

Ibrahim Ad dardasawi [Jordan] :
Kesabaran dan keteguhan itulah sahaja yang kau perlu lakukan,
Dan aku bertawakkal padamu wahai tuhanku,
Kami kembalikan semua harapan kami kepadaMU,
Teguhkanlah dan kurniakan lah kemenangan,
Teguhkan dan kurniakanlah kemenangan.

Ulang *Chorus.

Daqmie [malaysia] :
Mengapa kita sentiasa berdendam,
Mengapa kita turuti kejahatan,
Undang-undang rimba menguasai kita,
Senjata membunuh manusia.

Muadz Zulkifli [Malaysia] :
Kebenaran kekal tak lupus
Sekalipun kebatilan mendada dan angkuh,
Mari kita bina dengan kasih sayang,

Ulang *Chorus.

Khalid Ash sharif [Jordan] :
Fahaman ini tidak akan luntur dengan peluru,
Kebebasan itu telah menjadi impian pada hari ini,
Dan kebenaran itu akan tetap diperjuangkan walaupun dihalangi orang-orang zalim

Abdul Fattah Owainaat [Palestin] :
Wahai pemburu seluruh pembela kebebasan yang ada,
R4BIA adalah simbol keteguhan,
R4BIA adalah sebuah tanah air yang tiada sempadan,
R4BIA (pendek katanya) adalah sebuah kemuliaan,
R4BIA adalah kemuliaan.

Selang seli *Chorus.

Impian mencapai kemuliaan sudah kian hampir,
Sama ada kau hidup sebagai seorang perwira sejati,
Atau sebagai syahid kau mati,
Kau bina tanahmu dengan urat-urat sendi,
Kau sapu air mata sebuah tanah air yang terjajah,
Wahai seluruh pembela kemerdekaan,

R4BIA simbol sebuah keteguhan,
R4BIA sebuah tanah air tanpa sempadan,
R4BIA pendek katanya adalah sebuah kemuliaan.

Ulang *Chorus.



sumber [Terjemahan & Lirik] R4BIA : Ia Telah Menjadi Syi'ar

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..