Friday, February 27, 2015

EDISI TRAVEL - BACKPACK ( MATROUH )

ASSALAMUALAIKUM...aku nak share dengan korang pasal tempat2 menarik kat egypt tu,pada mereka2 yang selalu pikir mesir tu padang pasir je,unta lalu lalang penuh,orang2 dia pakai jubah + serban tak lepas...korang silap...sana banyak tempat2 menarik,cuma rajin dengan tak rajin je korang nak teroka...

hari ni aku nak bawak korang tengok keindahan pantai yang sangat2 cantik...banyak lagi gambar2 aku tangkap,tapi setakat ni jela gambar2 aku bagi korang tengok,lagipun ada jugak gambar2 yang aku tak tau aku save kat mana..antaranya gambar pantai yang mengadap hostel aku duduk...

tempat yang aku pergi ni nama dia "matrouh"...matrouh ni bukan setakat pelajar malaysia je datang jenguk,banyak negara2 arab lain akan turun kat sini disebabkan keindahan pantai dia yang tak terkata...kalau korang ada angan2 nak pergi,aku nasihatkan korang pergi musim panas,sebab tempat ni "hidup" time musim panas,risiko dia cuma sesak and tempat penginapan dia mungkin LE200 ke atas,aku pergi time tu dah nak sejuk,so tempat ni "mati",kedai2 banyak tutup,orang tak ramai of cozzz...dan kelebihan dia hostel kitorang duduk tu,mengadap pantai,bersih,sebelah masjid,harga dia cuma LE120!!murah sangatttt!!hehehe...sayangnya,gambar hostel aku mengadap laut tu aku tak jumpa kat mana aku save..sorry banyak2....

memandangkan aku dok kat alexandria,so takde masalah nak direct terus ke matrouh,sebab kalau korang dari cairo,korang kena turun alex dulu,gi mauaf ( stesen bas,tremco,peugot) kat alex tu,terpulang nak naik bas atau pun van..tambang dia korang bajetla dalam LE35...aku naik bas,lebih kurang 5jam untuk sampai ke sana,ni untuk mereka2 yang nak backpacking la,kalau dah memang ikut mana2 rombongan,tak payahla turun alex..terus je ke matrouh,cuma lagi jauhla..itu je..

Disebabkan aku takde gambar laut yang bertentang dengan hostel aku duduk tu,aku terus bawak korang ke "pantai ajibah"....nak tau kenapa dia nama "ajibah"..sebab keajaiban pantai ni yang ada 7kaler..betul..aku tak tipu..sebab tula aku suruh korang gi musim panas,ada time2 tertentu,korang akan nampak warna pantai tu sampai 7kaler...subhanallah!!!pantai dia sangat2 cantik...dari  hostel aku nak ke ajibah,makan masa lebih kurang sejam,sewa teksi dalam LE110..













lepastu aku minta ammu (pak cik) teksi tu bawak kitorang tengok hammam (tempat mandi) cleopatra...betul kat laut...cleopatra ni orang kulit hitam tapi tersangatla cantik,ada yang kata dia ni gundik ada yang kata dia isteri firaun,cleopatra ni banyak,bukan sorang je tau,cuma aku tak tau yang ni cleopatra yang ke berapa..tempat mandi dia memang gila brilliant!!satu lagi,really sorry,sebab nak tak nak korang kena pusing kepala korang tuk tengok gambar2 aku yang teleng2 belaka ni..



patung cleopatra




pandangan dari jauh hammam cleopatra...batu yang besar tu..jom kita terjah!!



pintu masuk hamam cleopatra..





pandangan dalam...lubang ni dibuat belah kiri dan kanan hammam...sebabnya..bila ombak datang,automatik akan masuk kat lubang kiri kanan tu dan akan keluar kat pintu masuk tadi...korang dapat bayang tak??tempat ni tertutup,senang cakap macam gua gitu..



ni tempat cleopatra duduk santai sambil menikmati air laut yang setiap kali masuk kat hammam dia..korang rotate sendiri gambo tu..





penat berjalan,berhenti makan jap...menu kitrorang macam biasa...nasi dengan ayam bakar..menu tambahan diorang bagi salad campur,sayur jeruk,kacang diorang buat macam mayonis tu,dengan roti bakar tu..sedappp...;p








sambung jalan2 lagi ke "souq libya" (pasar Libya)...tak dinafikan,matrouh ni dah dekat dengan libya,jadinya ramai pedagang dari libya masuk nak berniaga kat matrouh..macam2 benda korang boleh jumpa kat sini...







tapi aku paling tertarik kat souq libya ni..tuh!!bawang bukan sebaranag bawang,bukan bawang tuk korang buat kari,tumis sambal bagai,tu bawang tuk orang sakit kencing manis..hehehe...bawang firaun tu aku tak tau tuk sakit apa..itu istilah tuk penyakit gak tu..



 habis jalan2,balik tido,esoknya kitorang gi stesen bas,ambk bas,anytime terus beli,tak payah nak book2 ni..beli terus naik bas,n terus balik alex..puas hati dengan travel aku kali ni...mulut tak henti2 sebut subhanallah..kagum sangat2 dengan kecantikan yang aku nampak,sebab tula ramai orang luar berpusu2 datang time summer..aku nak bayangkan keindahan dia tu susah,kalau ada rezeki,korang sendiri datang tengok,baru ternganga mulut tengok!!next entry,aku akan bawak korang jelajah lagi dengan edisi #Backpacking aku...sekian..maaf atas kesulitan gambo teleng tu..



-diver bas bgtau aku,bas dari alex - matrouh cuma ada sekali sahaja..haritu aku naik dalam 8.30pagi-

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

No comments: