Thursday, February 14, 2013

SELAWAT RANCAK ( MOHAMMAD NOOR ) BY HARMONY BAND (VIDEO + LIRIK )

assalamualaikum..salam jumaat untuk korang semua...sedikit selawat yang dinyanyikan oleh harmony band ..selawat dia agak rancak,siap ada rap lagi..jarang saya jumpa selawat yang serancak ni,dengar pun sampai ulang berpuluh2 kali..nak selawat pun jadi semangat..

saya sertakan sekali lirik dia,tapi dalam tulisan arab..takpela ye..bukan senang nak cari lirik dia ni,sambil dengar,sambil tengok lirik dia..sama2 kita share benda ni...ok..dah tak tau nak cakap apa..layan jela video ni..

kalau korang nak kenal diorang dengan lebih dekat boleh masuk FACEBOOK atau TWITTER diorang ni..


MOHAMMAD NOOR BY HARMONY BAND




يا ربي بالمصطفى بلغ مقاصدنا واغفر لنا ما مضى يا واسع الكرم
هو الحبيب الذي ترجى شفاعته لكل هول من الاهوال مقتحم

يا ربي بالمصطفى بلغ مقاصدنا واغفر لنا ما مضى يا واسع الكرم

محمد نور محمد نور مديحو زاد فينا سرور
مشي فينا بدرب النور
محمد نور
محمد نور

يا رسول الله سلام عليك يا عظيم الجاه والكرم

وطر على ناقة الاشواق في سحر ما اطيب الوصل حظا حين تقترب

نعم سرى طيف من اهوى فارقني والحب يعترض اللذات بالالم

فالتوسل هو طلب حصول منفعة او اندفاع مضرة من الله بذكر اسم نبي او ولي اكراما للمتوسل به
الطلب من الله لان الانبياء والاولياء لا يخلقون مضرة ولا منفعة ولكن نحن نسال الله بهم رجاء تحقيق مطالبنا
فنقول
يا ربي بالمصطفى بلغ مقاصدنا واغفر لنا ما مضى يا واسع الكرم
 يا خير من دفنت بالترب اعظمه فطاب من طيبهن القاع والاكم

يا رسول الله سلام عليك يا عظيم الجاه والكرم

شد الرحال الى القبر الذي قصدت ترجو التبرك منه العجم والعرب

محمد سيد الكونين والثقلين والفريقين من عرب ومن عجم

محمد نور محمد نور مديحو زاد فينا سرور
مشي فينا بدرب النور
محمد نور
محمد نور

فاق النبيين في خلق وفي خلق ولم يدانوه في علم ولا كرم

يا رسول الله سلام عليك يا عظيم الجاه والكرم

عظم تولى ترنم كرم احترمن اتبع تنسك تنل تعظيمه يجب

وانسب الى ذاته ما شئت من شرف وانسب الى قدره ما شئت من عظم



فالتوسل هو طلب حصول منفعة او اندفاع مضرة من الله بذكر اسم نبي او ولي اكراما للمتوسل به
الطلب من الله لان الانبياء والاولياء لا يخلقون مضرة ولا منفعة ولكن نحن نسال الله بهم رجاء تحقيق مطالبنا
فنقول
محمد نور محمد نور مديحو زاد فينا سرور
مشي فينا بدرب النور
محمد نور
محمد نور

فمبلغ العلم فيه انه بشر وانه خير خلق الله كلهم
محمد سيد الكونين والثقلين والفريقين من عرب ومن عجم
هو الحبيب الذي ترجى شفاعته لكل هول من الاهوال مقتحم

محمد نور محمد نور مديحو زاد فينا سرور
مشي فينا بدرب النور
محمد نور
محمد نور






ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..







Wednesday, February 13, 2013

(VIDEO LAWAK) LAGU BERUS GIGI..

Assalamualaikum..dah lama benar tak update blog ni,merata2 sarang labah2...ok..takyah nak merapu sangat..tapi entry kali ni memang nak merapu pun..1 video ni saya dapat dari kawan saya..kisah lagu dan berus gigi..nama penyanyi dalam video ni loius amstrong..katanya la ye,saya pun tak berapa kenal sangat..rasanya video ni ramai dah kot yang publish kat blog atau mana2 jela..tak kisahla,sapa yang belum tengok,boleh tengok kat sini..

Apa2 pun..video ni hanya untuk suka2,moga dapat menceriakan hari korang..jangan masam2...jangan sedih2..mulakan hari dengan senyuman..tapi sebelum tu..JANGAN LUPA BERUS GIGI!!!!selamat pagi malaysia..boleh klik dan layan video ni..




 


ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

Monday, November 26, 2012

NASIHAT KUBUR!!..

NASIHAT KUBUR...


1- Aku adalah tempat yang paling GELAP diantara yang gelap,maka terangilah aku dengan TAHAJJUD..

2- Aku adalah tempat yang paling SEMPIT,maka luaskanlah aku dengan BERSILATURRAHMI..

3- Aku adalah tempat yang paling SEPI,maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan membaca AL-QURAN..

4- Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikkan maka racunilah aku dengan AMAL SEDEKAH.

5- Aku yang MENYEPITmu hingga hancur bilamana tidak solat,bebaskan kesempitan itu dengan SOLAT..

6- Aku adalah tempat yang MERENDAMmu dengan cairan yang sangat sakit,bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7- Aku adalah tempat MUNKAR dan NAKIR bertanya,maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucapkan kalimah "LAILAHAILALLAH"

"saat kamu membawa al-quran ,syaitan biasa-biasa sahaja,saat kamu membukanya,syaitan mula curiga,saat kamu membacanya,ia mulai gelisah,saat kamu memahaminya,ia mula kejang!!saat kamu mengamalkan dalam kehidupan seharian ia stroke!!..terus dan terus amalkan agar syaitan-syaitan itu kejang dan terus sakit sepajang hayatnya"


"sekecil apa pun amal ibadahmu,allah SWT menghargainya puluhan kali ganda"


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan...


Saturday, November 24, 2012

PERSAHABATAN KUCING DAN MUSANG..

kisah comel dua ekor binatang ni buat aku tertarik nak isi kan citer diorang dalam blog aku ni..hidup ditepi tasik van,kucing dan musang ni dilihat bermain bersama-bersama dan berkongsi ikan yang telah ditinggalkan oleh nelayan..kejadian ini disaksikan oleh nelayan berhampiran....











kredit untuk blogger ini


ikhlas dari hamba allah serba sederhana....conan..

IBU AYAM CULIK ANAK KUCING..

salam...aku suka untuk berkongsi dengan korang kisah sekor ibu ayam yang telah menculik anak kucing!!al-kisahnya si ibu ayam ni ingat anak-anak kucing tu anak dia,dia pun "culik" dan buat macam anak sendiri dan tidak "membenarkan" si ibu kucing ambik balik anak dia..mula-mula tu memang bergaduh sakan,tapi last2 berbaik gak la akhirnya..mungkin dah bincang dan ibu ayam bersetuju untuk mengambil anak-anak kucing tu sebagai anak angkat dia..hehehehe..comel tak kisah diorang ni??hahahahaha...




kredit untuk blogger ini...

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Tuesday, November 20, 2012

"POWER KAABAH - SEDANGKAN SABUN PUN ADA POWER MASAKAN KAABAH TIADA POWER"

Salam..entry aku untuk kali ni agak berat sikit..aku terpanggil untuk menaip sikit tentang gerakan al-arqam yang tak habis2 dengan abuya mereka tu..segala2nya adalah untuk abuya..100% roh perlu diserahkan kepada abuya supaya semua amalan pengikut dia mudah sampai dan diterima allah..apa nie??

"Tanpa Abuya kita tidak tahu pun perihal sembahyang itu agong dan mampu membina peribadi agong. Tanpa Abuya kita tak tahu pun rupa-rupanya puasa ialah kuasa pencuci roh yang mampu melonjakkan roh agar aktif dan bertaqwa. Tanpa Abuya kita tak tahu pun bahawa berjuang dan berkorban ialah cara hidup orang bertaqwa. Tanpa Abuya kita pun tak tahu untuk menuju Allah sewaktu Haji atau Umrah. Maka kalau begitulah halnya, tentulah kita tidak dapat elak dari Abuya, bila mana kita benar-benar ingin dapatkan semua itu dalam hidup kita." 

"Ketahuilah wahai orang Islam bahawa nikmat seks yang Allah beri kepada kita adalah sesuatu yang  diingini oleh musuh-musuh, namun mereka tdk mendapatkannya. Mmg mereka mempunyai wanita-wanita Thailand yang mampu grip (kemut) sampai boleh buka tutup botol coca cola, tapi sebanyak manapun mereka ber-seks dengan itu, tetaplah mereka tdk mengalami kepuasan yang sebenar-benar yang diinginkan. Walhal orang roh, dibantu oleh tongkat Ali dan kacip Fatimah, kerana dapat bersatu hati, atas nama roh, dapat mengalami dengan izin Allah, nikmat seks yang senikmat-nikmatnya. Orang roh makin melakukan makin lazat."

"Orang-orang roh itu ialah ahli Syurga. Oleh kerana di Syurga itu orangnya dibuatkan Allah kuat-kuat seks belaka supaya padan dengan ramainya bidadari dan wildan mereka, maka sedikit nikmat itu sudah dirasakan juga di dunia lagi pada orang-orang roh. Yakni sebagai hadiah kepada perjuangan dan pengorbanan mereka untuk dapatkan Abuya 100%."

Tiga petikan diatas aku ambik dari khutbah raya aidul fitri diorang tahun lepas...korang baca dan nilai sendiri..patut ke tidak dia cakap macam tu,dalam khutbah,sempena sambutan kemenangan umat islam dalam melawan hawa nafsu selama sebulan benda ini yang di khutbah kan??detail gila tupai lak tu..korang fikirla sendiri..kalau nak baca lebih lagi pasal khutbah ni dan lain2 entry boleh masuk sini

pada mereka yang masih ragu2 lagi "ajaran diorang ni terpesong ke tak ha??" meh sini aku bagi satu lagi petikan dari berita harian bertarikh 16 februari 2011 :

Hatijah,57,yang dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan bekas pengikut al-arqam,mendakwa memperoleh kebolehan itu selepas mendapat 'power kaabah' ketika melakukan tawaf tahun lalu sehingga mampu menghubungi Rasulullah,Asaari datau Abuya serta Imam Mahdi.

"Kuncinya itu dibuka oleh tangan saya,Walhal Abuya anak kuncinya,Rasulullah dan Saidi (Syeikh Muhammad As-Shuhaimi yang dipercayai Iman Mahdi) adalah tuannya" katanya.


kalau korang tak caya lagi,dan nak baca lebih lagi.boleh baca sendiri kat sini

semua yang aku letak kat sini bukan aku cakap saja..semua dari apa yang aku baca..dan kita sendiri boleh buat kesimpulan,betul atau tidak apa yang dicakapkan..bukan aku sorang je yang tahu hakikat ni,ramai lagi..ni satu lagi aku nak bagi korang tengok..nyanyian al-arqam,tajuk dia "POWER KAABAH"

aku nak tanye korang,kaabah ni baru sekarang ke ada power??dulu2 tu dia ada saja,macam perhiasan dunia,takde apa2 power pun..sekarang baru ada power bila si ummu jah bini kepada abuya tu buka dengan tangan dia sendiri..kaabah dah dibuat sejak zaman nabi ibrahim lagi,dah berapa kurun,berapa generasi pergi sana,baru sekarang diorang sedar kaabah tu ada power??

"Kini kembali bersama Abuya Al-Fatta At-Tamimi keluar dari kaabah berkat lambaian tangan isterinya (ibu para ikhwan) kepada baitullah ketika tawaf quddum keluarnya power itu bagaikan aliran eletrik,sumbernya ialah roh al-quran hidup gabungan roh aurad muhammadiah yakni nur muhammad bersama roh imamul mahdi dan roh putera bani tamim itulah power kaabah abuya cetuskan untuk mengangkat ikhwan menjadi orang roh menjadi peribadi agung..."

yang kat atas ni antara lirik yang ada dalam video kat bawah ni,kalau tanya aku secara peribadi la kan,lirik entah apa2 entah..sampai sabun pun ada.."sedangkan sabun pun ada power masakan kaabah tiada power"..ingat ni power rangers ke apa..siap ada tarian lagi..aduhhhh..korang tengokla sendiri..kalau aku,tak sampai seminit aku dah menyampah...katanya tarian ahli sufi..erkk??ahli sufi ni segala sudut dia jaga..pandangan mata pun jaga,ni kan pulak tarian2...

malas nak komen panjang2..kita ni kalau cakap baik2 tu takpe,tapi jangan banyak2 sangat,takut satgi jadi dosa lak..yelah..gitula kisahnya..layan jela..sendiri..







ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Monday, November 12, 2012

DOA SOLAT DHUHA LENGKAP LIRIK DAN TERJEMAHAN...

Salam..satu video yang menarik untuk aku kongsikan dengan korang semua..walaupun ada yang dah tahu,tapi aku tetap nak letak gak kat entry aku nie..bila sebut solat dhuha ni semua orang dah tahu..lepas subuh..dah cerah sikit,matahari pun masa tu dah kenyit-kenyit mata kat kita,masa tu kita dah boleh buat solat sunat dhuha..dah nama pun solat sunat..jadi buat pun takpe,tak buat pun takpe,kalau tak buat tak dapat apa-apa,kalau buat dapat pahala..kan??

Jom kita tengok hadis yang berkaitan solat dhuha..

1-“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi

2-Daripada abu hurairah,dalam satu riwayatnya..katanya..Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

3-“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Cukup tak tiga hadis nie??solat dhuha selalunya orang akan buat 2rakaat,klu sapa yang rajin tu,bolehla buat 4,6,8,12 rakaat..ada bacaan surah tertentu..rakaat pertama al-fatihah dengan surah as-syam,rakaat kedua al-fatihah dengan surah ad-duha..tapi kalau ada yang tak hafal,jangala anggap benda ni susah..bacalah apa yang korang hafal pun..benda mudah jangan sulitkan..niat dia "sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana allah taala" pasal niat pun,setengah ada yang tak hafal yang arab,baca jela yang melayu,kan saya dah kata,jangan sulitkan benda yang senang..kan??

Solat dhuha,kunci rezeki kita setiap hari..tak kira la busy macam mana pun kita,sekurang-kurangnya buatla solat dhuha ni..aku pun takdela alim mana pun..cuma sama-sama nak ajak korang join sekali..benda baik kita kongsi sama-sama..sama-sama kita refresh kan pagi kita,refresh kan hati kita,refresh kan rezeki kita..jangan berlagak sangat dengan kejayaan yang kita dapat sekarang..kita bekerja 1000 tahun,kalau allah nak tarik rezeki kita tu,tak payah sampai sehari,sesaat pun DIA boleh buat..

okla..tak payah aku nak ceramah panjang2..nanti orang bosan nak baca..cuma satu kalam aku untuk kita semua "bila kita lakukan sesuatu,janganlah terlalu mengharapkan timpalan tapi sentiasalah mengharapkan ketenangan"

Ada video untuk korang,doa solat dhuha..lengkap dengan lirik dia dan terjemahan doa..boleh hafal..tak panjang mana pun,hafal lagu korea boleh takkan hafal doa yang 2minit lebih ni tak boleh lak kan...sama-sama kita amalkan apa yang kita dapat..maaf kalau penulisan aku ni menyinggung perasaan korang-korang..kalau tak suka..boleh DISLIKE kat ruang komen..time kasih...





ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..