Wednesday, November 7, 2012

TUHAN BAWAH MIMBAR???

Salam kasih dan sayang dari saya..
Tersebutlah al-kisah pada zaman dahulu..
Adanya seorang wali allah yang terkenal dengan ilmunya..
Bagus pekertinya..mulia akhlaknya..tinggi munajatnya..
Tanggungjawab agama diberikan rakyat kepadanya..
Walau berat terasa,tetap dipikulnya bila mengenangkan kewajipannya..
Menjelang jumaat..penghulu segala hari..
Berdiri diatas mimbar dengan penuh rendah diri..
Simpulan khutbh diakhiri
Dengan katanya telah disalah erti..
"Ketahuilah bahawa dibawah mimbar aku berdiri ni terdapatnya tuhan"
Si wali dijatuhkan hukuman mati..
Dikatanya sesat..mana mungkin tuhan yang mulia boleh terletak dikaki..

Selang beberapa tahun berganti..
Muncul seorang ulama lagi..
"Bawah mimbar ini wujudnya emas yang berduyun mencukupi sampai kamu mati"
Berlari manusia meninggalkan ulama seorang diri
Berlari mendapatkan si mimbar yang kaku berdiri..
Semuanya sudah buta hati..

Benarlah kata si wali..
Tuhan benar-benar wujud di bawah mimbar ini.
Tempat ia berdiri,tapi manusia hanya mengikut hati..
Menghukum si wali tanpa sebarang bukti..
Hanya sekadar kata-kata tidak mencukupi..
Bukankah harta menjadi tuhan manusia kini??
Itulah maksud si wali..
Moga cerita ini memberi erti..
Harta dunia tidak boleh dibawa mati..
Harta akhirat yang wajib kita cari..
Buat bekalan diakhirat nanti.
Jangan dah mati baru menyesali..
Bila dah mati musthil kita akan dihidupkan kembali..
Beringat dan berwaspadalah setiap hari...


sorryla..puisi aku ni biasa2 je..budak mentah baru belajar..mana yang mampu jela..moga ada pengajarannya buat kita semua..

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..








Monday, November 5, 2012

BERTEMU HIDAYAH KETIKA UMUR 25 TAHUN..

salam...rumah aku takde internet,buat hal lagi!!!!berapa kali dah gi jumpa tauke,bagi alasan yang sama..bosan!!!datang rumah kawan,update blog jap...

hari ni aku nak share dengan korang pasal seorang pemuda moroco yang dapat hidayahmyang mencari kebenaran,dan dia dapat semua tu ketika umur dia 25tahun!!aku harap sangat korang tengok video ni,buat pengajaran untuk kita..

pada mereka yang rasa penuh ilmu agama didada,jangan lupa sebarkan...ingat,tuhan akan tanya kita terlebih dahulu diakhirat nanti,sebab kita terlebih dulu tahu berbanding mereka yang tak tahu..jangan sampai kita mengusung sekali dosa mereka ke kubur,kita merasa azab nya atas kelalaian kita sendiri...



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan...

Thursday, November 1, 2012

MERPATI SUJUD DIMASJIDIL HARAM,MEKAH.

salam..aku betul-betul takjub,kagum,terpesona dan segala-galanya yang ter-ter ni bila aku tengok si merpati ni sujud kat masjidil haram,mekah..itu binatang weiii!!binatang pun reti sujud,ni kan pulak kita manusia..agaknya kalau binatang ni dah boleh wat pergerakan solat macam kita,dah ada kot sebijik masjid untuk deme2 ni solat..kita manusia ni,cuba selidik balik,solat 5waktu penuh x??kalau penuh,buat tu last2 minute ke apa??aku bukan nak kata orang je,aku pun kena muhasabah diri balik..

Kadang-kadang kita terlalu sibuk sangat dengan hal keje sampai kadang tu solat pun dilewatkan,dan yang paling sedih tinggal terus!!sedar ke tak,rezeki tu datang dari sapa??aku malas nak ceramah panjang-panjang..korang sendiri fahamla..

Burung pun tahu camne cara nak bersyukur pada allah,padahal dia cuma binatang yang tak pernah risau rezeki dia setiap hari,setiap hari dia akan keluar cari rezeki tanpa perlu memikirkan rezeki untuk hari esok..tapi diorang tetap bersyukur..ini kan pulak kita,yang kumpul harta setiap hari,tapi kenapa tak pernah cukup dan risau rezeki untuk hari esok??kumpul harta sampai 1000 tahun pun kalau tak reti nak solat apa maknaya tu..sia-sia jela..



kalau korang tak percaya lagi dengan gambar kat atas tu,korang boleh tengok video nie..




ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..


note : harta yang takkan kurang dan tak pernah berkurang adalah ilmu,setuju??

PEREMPUAN ISRAEL SELAMATKAN SEORANG BUDAK PALESTIN..

Seorang wanita yahudi israel telah menyelamatkan seorang budak palestin dari dihempuk oleh tentera zionis israel..tindakan berani wanita tersebut menjadi bualan hangat..tindakan wanita ni jelas menunjukkan sebenarnya warga yahudi israel sendiri dah muak dengan tindakan tentera zionis israel yang kejam lagi bangang itu..

korang boleh tengok sendiri gambar-gambar kat bawah ni...sumber












ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Friday, October 26, 2012

HARGA ROKOK TERKINI 2012..

Harga rokok akan naik sebanyak 20 sen bermula 22 oktober 2012..jom tengok jap harga rokok yang bertuah itu..

RANGKAIAN DUNHILL ,KENT,BENSON & HEDGES : RM 10.20.

RANGKAIAN PETER STUYVESANT,PALL MALL : RM 8.70.

RANGKAIAN PALL MALL BIASA,LUCKY STRIKE,ROTHMANS INTERNATIONAL : 10.60.







nak merokok jangan datang sini..


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..


NUKILAN BUKU NOTA...

Salam..korang dah bersedia ke untuk entry terpanjang aku untuk hari nie??bersedia ke tak aku tak kira,korang kena baca gak!!hahaha..ni kira promosi secara paksaan,boleh diguna pakai bila waktu terdesak sahaja..hahahaha..

Al-kisah bermula bila aku tengah syok2 kemas barang aku,tetiba aku terjumpa something yang mengingatkan aku tentang kisah silam..kira memori aku dulu2la...seorang kawan yang pernah jadi kawan rapat aku,dia tinggalkan sedikit nukilan kat buku nota aku yang mana aku tak perasan pun dia tulis kat situ..jom sama-sama kita baca nukilan dia..


" Indahnya wanita bukan pada rupanya tapi nilai peribadinya yang dipandang tinggi.Mulia wanita bukan pada budinya,tapi pada akhlaknya.Jadilah wanita yang indah dipandang dari kejauhan.Kita di umpamakan sekuntum bunga yang jauh di jurang,orang yang ingin menggapainya tidak mampu berbuat apa-apa hanya boleh tengok dari tebing jurang..A***, kita wanita mempunyai naluri yang amat sensitif,seego manapun kita,kita tak dapat lari dari memikirkan hal perasaan hati kita.Cantik kita bukan untuk ditayangkan tapi untuk diberi pada yang tersayang.Tiada apa yang istimewa dalam diri seorang wanita jika dibandingkan dengan lelaki,kita merupakan golongan yang paling banyak berada di neraka.Apakah kita mahu tergolong dalam golongan itu???Biarlah kita teruk di hina oleh manusia tapi tinggi nilai kita disisiNYA...Peliharalah diri dari fitnah.
Dalam sedar atau tidak,kadang-kadang kita adalah penyumbang fitnah,janganlah kaum lelaki lalai kerana kita.semoga islam maju dengan wujudnya serikandi sepertimu...."


Aku nukilkan balik nukilan dia kat blog aku ni tanpa ada sedikit perubahan pun...A*** tu gelaran aku yang dia selalu guna,takyahla aku nak tulis apa..tipula aku tak sedih bila ingat kat dia..walau apa jadi pun,dia tetap salah seorang yang pernah ada dalam kotak memori aku..semarah mana pun aku kat dia,dia tetap pernah jadi sebahagian dari hidup aku..dia selalu ada masa susah senang aku..itulah orang kata,persahabatan itu lebih kuat ikatannya berbanding yang lain..

Dulu masa ada dia,aku banyak bergantung dengan dia,sampaikan aku masuk kelas pun,kadang-kadang dia yang catatkan untuk aku apa yang pembentang cakap,semua perkara yang penting yang aku kena ingat sendiri,dia yang tolong ingatkan..aku sakit,dia ada sebelah aku,bila aku ada masalah,dia yang bertungkus lumus selesaikan..kadang-kadang tu aku bukan malas,cuma aku saja nak gedik-gedik dengan dia..yela..aku pun masa tu muda lagi..muda sangat-sangat..dok negara orang pulak..

Tapi sekarang dah tak macam dulu..tahun dah berubah,banyak jugak yang berubah..ada hikmah jugak bila kitorang dah jauh,jauh sangat-sangat,aku mula belajar hidup sendiri,cari jalan aku sendiri,masalah selesaikan sendiri,berdiri atas kaki sendiri..aku pun ada masalah aku sendiri,tak perlu aku nak ceritakan kat sini..semuanya aku buat sendiri..tapi satu perkara yang aku takut "kehilangan"..aku dah takut nak letak sesiapa pun dalam hati aku sapa yang aku sayang..hampir 5 tahun aku kenal dia,tapi tak sampai setahun..kitorang dah macam tak berapa kenal antara satu sama lain..sapa yang tak sedih..korang jawabla sendiri..aku berterima kasih kat dia sebab bagi aku rasa apa yang dikatakan manis dalam bersahabat..



Hadiah yang dia bagi kat aku masa akhir tahu 2007...aku tak pernah pakai sampai sekarang,sebab aku sayang,siap ada bunyi lagi bear ni..tadi masa kemas beg,aku terjumpa balik bear sekor ni..dari dulu sampai sekarang,memang tak pernah berubah,asyik dok peluk love tu jela keje dia..hish!!





Ni lak plastik coklat..aku simpan sampai sekarang..ni bukan kira hadiah ke apa..ni kebetulan je,saja nak kudap-kudap..aku beli coklat ni,aku bagi dia satu,aku satu,perisa pisang,aku beli masa tu baru balik kuliah..aku simpan sampai sekarang..harga dia murah je,macam gula-gula biasa tu je..sweat tak???sweat laaaaaaa....hahahahaha...

Memang panjang pun kan entry aku kali ni..tak kisahla ada orang nak baca ke tak..aku menghargai sebuah persahabatan yang terjalin,semua yang terjadi ada hikmahnya,andai kata aku akan rasa lagi situasi yang sama,aku minta pada tuhan,tabahkan hati,jangan ada perasaan dengki,aku cuma manusia yang punya hati,dan...dan...dan...dah2!!!aku malas nak jiwang2 sangat..nanti boleh jadi satu puisi lak kat entry ni..time kasih pada yang sudi membaca..setiap kita ada story..boleh share kalau korang sudi,jangan malu pada diri,untuk luahkan apa yang terpendam dalam hati..nampak!!!dah..aku stop sampai sini....bye!!



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..




SULTAN JOHOR DIHINA....




Seorang lelaki bernama Zul Yahya dengan sesuka hatinya menghina sultan johor dengan 
ayat yang berunsur peghinaan dan melampau didalam FBnya..ekoran penghinaan tersebut ianya telah mengundang kontroversi dan kemarahan rakyat johor..haaaa...dah jadi ala-ala pembaca berita lak ayat aku ni..ni la masalahnya orang kita ni,elok2 takde kontroversi gatal gi cari kontroversi,esok-esok kalau kena ketuk sendiri mau ingat la brader..saje la tu,nak cari publisiti murahan tanpa berbayar...




ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..