SAYA mempunyai kemusykilan berkenaan hukum menanam uri. Adakah ada kesan kesihatan kepada bayi sekiranya melambat-lambatkan proses menanam uri?
Ini kerana selepas saja isteri melahirkan anak, saya pulang lewat malam dan tidak sempat menanam uri itu. Saudara saya memarahi saya kerana saya lambat menanam uri atas alasan ia akan membawa kemudaratan kepada bayi kelak.
Ada juga yang mengatakan orang dulu akan asapkan dengan sabut tempat uri ditanam apabila bayi senak perut.
GHANI, Melaka.
TIADA hukum khusus yang berkaitan dengan menanam uri bayi. Apa yang sebaik anda lakukan adalah uri itu hendaklah dibersihkan dan seterusnya ditanam.
Secara umumnya, ia bertujuan bagi mengelak binatang dari memakannya atau mengelak dari ia berbau busuk. Ia tidak ada kena mengena dengan kemudaratan atau kesihatan bagi bayi anda.
Begitu juga dengan mengasapkan tempat uri ditanam, tiada alasan yang benar dan sandaran hukum untuk berbuat demikian.
(sumber harian metro,ruangan fikrah doktor salam-doktor abd salam)
SAMA2LAH KITA FIKIR BALIK...kadang2 bagus gak adat melayu ni,kita bagus pun sebab adat dan adab kita,tapi janganla sampai seleweng lak adat tu..hati2...dalam masa yang sama marilah kita sama2 selidik tentang perkara ni kalau betul2 nak jawapan yang pasti.
Tuesday, January 18, 2011
Monday, January 17, 2011
SEJARAH & ANDA.(siapa cleopatra)..
NAMA CLEOPATRA DALAM TULISAN HIEOROGLIF.

GAMBAR PTOLEMY I YANG DIUKIR PADA SYILING PERAK.

CLEOPATRA BERJUMPA CEASER.

SYILING CLEOPATRA DARI ORTHOSIA PHEONICIA.

PAPARAN PADA DINDING KUIL DENDERA

Cleopatra Ptolemy VII (atau Cleopatra VII Thea Neotera atau Cleopatra Philopator -Кλеопатра — Januari 69 SM – 12 Ogos 30 SM) dikenali sebagai wanita paling bahaya dalam sejarah, penggoda yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia, iaitu Julius Caesar dan Marcus Antonius (atau Marc Antony). Legendanya diturunkan melalui mitos-mitos, buku-buku, novel-novel malah filem-filem. Keperibadiannya yang berbeza, daya penarikan yang unik dan bercita-cita serta berwawasan jauh menjadikannya ratu berani yang hampir menakluki seluruh dunia. Kehidupannya ibarat sebuah teka-teki yang mengagumkan. Walau bagaimanapun, di sebalik mitos, terdapat satu keperibadian yang menakjubkan, iaitu baginda mengimpikan sebuah empayar dunia, ratu kepada dunia. Baginda menjadi ratu kepada sebuah negara yang hampir sama usia dengan tamadun itu sendiri. Piramid Firaun itu adalah purba baginya sepertimana purbanya Cleopatra kepada kita.
40 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, Cleopatra telah menggugat Empayar Rom yang sedang meningkat kuasa malah lebih mengancam daripada kuasa lain di dunia. Kerana itu, sesetengahnya mengatakan baginda bermisteri dan mengagumkan.
Untuk mengenali Cleopatra, propaganda Rom dan Yunani harus dijauhi malah bukti dari Mesir purba adalah penting. Ini disebabkan baginda dikhianati malah diboikot musuhnya, iaitu dari Yunani dan Rom. Melalui mitos yang disebarkan, Cleopatra digambarkan sebagai wanita muda yang suka berfoya-foya tetapi bukti dari Mesir menunjukkan sebaliknya.Latar Belakang
[sunting]
Keluarga dan era sebelum pemerintahan
Salasilah adik-beradik Cleopatra

Baginda berketurunan Yunani, bukan Mesir. Dilahirkan pada awal 69 S.M., anak ke-3 daripada 6 adik beradik dan lahir di kalangan Dinasti Ptolemaik Yunani. Baginda mempunyai 2 orang kakak dan seorang adik perempuan serta dua adik lelaki. Baginda dilahirkan dan dibesarkan di bandar Iskandariah (Alexandria) iaitu bandar terbesar dan termewah ketika itu.
Keluarga Cleopatra tidak aman akibat tekanan dan konflik dari luar (Rom) dan dalam (perebutan kuasa). Semasa kecil lagi, Cleopatra telah melihat persengketaan dalam keluarganya sendiri. Ketika baginda berusia awal belasan tahun, baginda telah menyaksikan kejatuhan ayahandanya sendiri apabila ayahandanya menjadi boneka Empayar Rom akibat bebanan hutang yang terlalu tinggi tetapi masih mengharap agar Rom tidak menakluk Mesir. Keadaan itu menyebabkan Ptolemy XII diusir rakyat dari Iskandariah lalu melarikan diri ke Rom. Pada 58 S.M., ibundanya, Cleopatra V mengambil alih tampuk pemerintahan bersama anaknya, Berenice IV selama setahun sehingga ibundanya mangkat lalu Berenice IV memerintah seorang. Konflik perebutan takhta di antara Berenice IV dengan Cleopatra VI telah menyebabkan kematian. Terdapat pendapat mengatakan yang Berenice IV meracuni Cleopatra VI pada 57 S.M., tetapi pemerintahannya tak lama apabila pada tahun 55 S.M., ayahanda mereka mengambil semula takhta dan menghukum bunuh ke atas anaknya, Berenice IV. Ini menjadikan Cleopatra sebagai puteri mahkota.
Dari ayahandanya, Ptolemy XII, Cleopatra mengetahui akan kekuatan leluhurnya (datuk moyang). Leluhurnya telah melakukan penaklukan hebat hampir 3 abad yang lalu.
[sunting]
Misi Leluhur
Keturunan Ptolemy telah memerintah Mesir sejak 305 S.M, apabila Ptolemy I menggelarkan dirinya Raja Mesir selepas kemangkatan Alexander yang Agung.
Sebelum kedatangan Alexander, rakyat Mesir purba di bawah kekuasaan empayar Parsi. Akibat kejatuhan Parsi di tangan Alexander, Alexander dialu-alukan di Mesir pada tahun 332 S.M. Sejak pengisytiharan Alexander sebagai "Anak Amon" di Tempat Pemujaan Amon di Siwa, kini dia sudah bergelar Firaun.
Alexander memulakan pembinaan Iskandariah tetapi meninggalkan Mesir pada 331 S.M. dan menjadikan Cleomenes dari Naukratis untuk mengambil alih. Kemudian, Ptolemy menuntut kembali di pihak Alexander. Apabila Alexander mangkat, jeneral baginda membahagikan wilayah taklukan baginda lalu Ptolemy mewarisi kerajaan Mesir. Maka, bermulalah Dinasti Ptolemaik. Oleh kerana keturunan Ptolemy yang dari Yunani tidak beberapa bergaul dengan rakyat Mesir (walaupun diglear Raja Mesir), budaya Yunani telah diperkenalkan di Mesir.
Tiga Ptolemy yang pertama telah berjaya meluaskan empayar Mesir menjangkaui lebih dari sempadan asal. Malangnya, ketika menjelang era Cleopatra, empayar itu mengecut malah empayar itu ditekan oleh kerajaan Rom yang semakin menguat dan hutang yang bertambah akibat kelalaian raja Ptolemy yang kemudiannya. Tetapi, Mesir bernasib baik kerana kebanyakan jirannya sudahpun ditakluki Mesir. Perkara ini membangkitkan semangat Cleopatra untuk kembali menaikkan kegemilangan lelehur baginda. Baginda ingin mengembalikan visi Hellenistik (gabungan Timur dan Barat).
[sunting]
Pendidikan dan Pertabalan
Baginda diberikan pendidikan terkuat dan terkini menurut sukatan kurikulum termaju Yunani. Malah, baginda merupakan Ptolemy pertama yang mempelajari bahasa Mesir kerana sebelum itu, bahasa Yunani digunakan dan penterjemah diupah. Cleopatra dikatakan menguasai 9 bahasa (tidak termasuk Bahasa Latin) malah baginda juga pakar matematik dan perniagaan. Kepintaran baginda dihormati seluruh rakyat.
Pada tahun 51 S.M., Ptolemy XII mangkat. Takhta diwariskan kepada baginda yang masih berusia 18 tahun. Yang mengejutkan baginda, dia berkongsi takhta dengan adindanya, Ptolemy XIII yang masih berusia lebih kurang 10 tahun. Menurut undang-undang Mesir, Cleopatra telah dipaksa berkahwin dengan keturunannya sendiri. Baginda menerima tanpa terlalu mengendahkannya kerana baginda menerima takhta dengan cabaran yang sudah terikat bersama. Baginda mahu mengekalkan Mesir dari dijajah Rom dan berharap agar dapat menakluk semula jajahan leluhur baginda.
[sunting]
Pemerintah Mutlak Mesir
[sunting] Penguasaan Takhta
Wanita Ptolemy dalam dinasti itu sebelum era Cleopatra tidak berani merampas takhta tetapi Cleoptara berhasrat untuk menguasai takhta tanpa adik lelakinya, Ptolemy XIII. Malangnya, baginda masih belum mempunyai kekuatan dari pihak luar mahupun dalam. Oleh kerana itu, baginda menerima padahnya apabila dihalau dari istana di Iskandariah oleh golongan pengikut adiknya. Walau bagaimananpun, baginda tidak berdiam diri. Baginda bersubahat dengann puak gurun dan membentuk tentera baginda sendiri.
Pada September 48 S.M., ketika Cleopatra mengumpulkan bala tentera dalam keadaan terbuang, lelaki kuat dari Rom tiba ke Pelabuhan Iskandariah untuk menuntut hutang ayahanda Cleopatra, Ptolemy XII. Bagi Cleopatra, lelaki itu amat bahaya tetapi berpotensi untuk mengalahkan adiknya.
Cleopatra berjumpa Caesar
Ketika Caesar berlabuh, rusuhan anti-Rom berlaku di pelabuhan Iskandariah. Walau bagaimanapun, Caesar bukanlah orang yang mudah ditakutkan. Dia mendiami istana diraja, menuntut hutang dan meminta perbalahan keluarga diraja untuk dihentikan. Untuk itu, Cleopatra dan adiknya diminta untuk datang menghadapnya. Demi mengelakkan diri daripada tentera adiknya, Cleopatra menyembunyikan diri di dalam permaidani dan menyeludup masuk berjumpa Caesar. Keadaan itu memukau imaginasi ramai sejak berabad-abad lamanya.
Caesar, 52 tahun, panglima yang berpengalaman, ahli potlitik yang pintar, cendekiawan dan telah berumah tangga manakala Cleopatra, 21 tahun. Mereka saling tertarik dengan serta merta dan hubungan mereka amat menakjubkan. Caesar merupakan lelaki yang sofistikated dan tidak mudah dikawal nafsu. Beliau terkenal dengan akal yang tajam seperti Cleopatra juga. Pada malam pertemuan itu, Cleopatra berbincang untuk menewaskan adiknya dan waktu yang sama mereka menjadi kekasih.
Persoalan tentang bagaimana Cleopatra memikat Julius Caesar masih ditanya. Ahli sejarah membuktikan dengan jelas bahawa anggapan filem-filem Hollywood terhadap Cleopatra adalah salah. Julius Caesar tidak tertarik kerana wajah Cleopatra yang menggoda tetapi kerana mereka mempunyai matlamat yang sama. Mungkin ia telah menguatkan lagi perhubungan di antara mereka.
Pada keesokan paginya, Julius Caesar membuat dekri (perjanjian) agar kakak dan adik memerintah Mesir dengan damai. Bagi beberapa minggu kemudian, segalanya berjalan lancar. Julius Caesar sempat berehat dan manikmati suasana Iskandariah yang aman dan ceria. Walau bagaimanapun, keamanan tidak bertahan lama apabila adik Cleopatra, Ptolemy XIII mencetuskan perang saudara yang sengit. Untuk berbulan-bulan lamanya, tentera Cleopatra dan Julius Caesar menentang dan akhirnya menang. Ptolemy XIII yang masih muda remaja itu mati lemas di sungai Nil.
Maka, sekali lagi takhta dikembalikan kepada Cleopatra. Adiknya yang lagi satu, Ptolemy XIV dijadikan suami (seperti yang disaran undang-undang) dan memerintah bersama tetapi sebenarnya baginda memerintah seorang.
[sunting]
Pemergian Caesar
Julius Caesar akhirnya meninggalkan Mesir. Cleopatra pula mengandungkan anak baginda. Ujian diturunkan kepada baginda apabila Sungai Nil tidak melimpah. Bandar Iskandariah yang mewah turut mengalami kebuluran. Dengan kebijaksanaan baginda walaupun sedang sarat, baginda sanggup turun untuk membuka gudang Perbendaharaan negara dan membahagikan makanan simpanan yang sepatutnya digunakan untuk membayar hutang Rom. Baginda juga mengeluarkan edik dari papirus dan mengarahkan supaya jagung tidak dihantar ke kawasan selatan kerana akan memungkinkan harga makanan melambung. Jagung diarahkan dihantar ke Iskandariah kerana prihatin untuk memberi kepada penduduk bandar yang tiada pertanian sara diri berbanding kawasan selatan.
Syiling Cleopatra dari Orthosia di Pheonicia
Akhirnya baginda mendapat seorang anak lelaki dan dipanggil Ptolemy Caesar. Penduduk Iskandariah menggelarkannya Caesarion, anak Caesar. Terdapat syiling menunjukkan Cleopatra menyusukan anaknya dalam rupa Isis menyusukan aaknya, Horus.
Kemudian, Cleopatra dijemput oleh seorang pembantu Caesar ke Rom. Cleopatra menolak selagi Caesar tidak datang menjemput sendiri. Akhirnya baginda mengalah lalu belayar ke Rom bersama anaknya untuk berjumpa Julius Caesar. Beliau menjemputnya tinggal di pinggir bandar tetapi perlakuannya itu mengejutkan penduduk Rom.
Tidak diketahui sama ada Julis Caesar mengiktiraf budak itu sebagai anaknya ataupun tidak namun rasa hormat terhadap ibunya adalah ketara. Dalam kuil suci Venus, beliau meletakkan patung Cleopatra yang sememangnya itu merupakan satu tidakan yang berani. Julius Caesar menghormati Cleopatra sebagai ratu dalam bahasa yang menyentuh hati rakyat.
Ada pendapat mengatakan bahawa Julius dan Cleopatra sedang merangka untuk menggabungkan Mesir, Rom, Eropah dan Asia di bawah kuasa pemerintahan mereka. Itu menimbulkan keraguan rakyat jika beliau membubarkan Dewan Senat. Maka, pada 15 Mac 44 S.M., kumpulan berkomplot menunjuk perasaan di Dewan Senat dan Caesar yang agung dibunuh beramai-ramai dengan tikaman pedang dan pisau.
Paparan pada dinding Kuil Dendera
Impian Cleopatra turut terkubur bersamanya apabila wasiat Caesar tidak mewariskan takhta kepada Cleopatra mahupun Caesarion tetapi kepada cucu saudaranya, Octavius. Cleopatra pulang dengan hati yang terluka. Beberapa minggu kemudian, adik lelakinya, Ptolemy XIV terbunuh. Baginda terpaksa memerintah bersama anaknya yang berusia 3 tahun. Tanpa sokongan orang Rom, Cleopatra kini terpaksa mempertahankan pemerintahan untuk dirinya dan anaknya. Kini, Ratu Mesir dan anak Caesar sedayanya merancang untuk menguasai dunia Mediterranean.
Untuk itu, di kuil Dendera, selatan Mesir, dalam ukiran yang sangat besar baginda membuat pernyataan yang peling berani berani kepada rakyat Mesir. Cleopatra dipaparkan sedang menyembah dewa-dewi bersama puteranya sebagai Firaun yang sudah dewasa. Di hadapan mereka, dewa Horus dan dewi Isi, ibu Horus. Pernyataan yang seperti papan iklan itu memeparkan bahawa nasib Cleopatra dan Caesarion seperti Isis dan anaknya Horus. Malah, ia menunjukkan seperti mana cara dinasti, Horus sah mewarisi bapanya Osiris yang (dalam keagamaan), begitu juga Caesarion sah mewarisi takhta Caesar.
[sunting]
Cleopatra dan Antony
Di Rom, 2 kuasa telah menguasai takhta Caesar iaitu Octavius yang masih berusia 19 tahun, saudara Julius Caesar dan Marc Antony, pembantu Caesar yang paling dipercayai. Mereka membahagikan empayar jajahan Caesar dengan Octavius mengambil bahagian Barat Eropah yang agak sejuk dan Marc Antony mengambil bahagian barat Eropah yang subur berhampiran Mesir. Setelah mendapat bahagiannya, dengan segera Marc Antony mengumpulkan wang untuk bala tenteranya di jajahan baru itu. Sewaktu beliau memasuki jajahan barunya, beliau digelar Dionysus baru, iaitu dewa wain, keghairahan dan keabadian masyarakat Yunani purba.
41 SM, Cleopatra menerima sepucuk surat yang menarik minatnya iaitu Antony meminta bantuan Mesir untuk menawan Parthia (Iran kini). Walau bagaimanapun, Cleopatra membuatnya tertunggu-tunggu akan jawapannya selepas beberapa minggu. Akhirnya, baginda ingin berjumpa dengan Marc Antony di Tarsus (Tenggara Turki kini). Cleopatra mempamerkan ketibaannya sebagai satu acara meriah, di atas sebuah baj diraja dan dengan buritan keemasan dan layar berwarna ungu. Baginda pula bersandar di bawah kanopi berpakaian keemasan seperti dewi Aphrodite, dewi kecintaan Yunani.
Baginda melayan Antony dengan jamuan besar-besaran selama 4 hari dan sekali lagi penglima besar Rom terpikat. Tambahan pula, atas dasar politik dan ekonomi (kayu balak yang diperlukan dan kekuasaan yang dimiliki), ikatan mereka semakin erat. Walau bagaimanapun, Cleopatra mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu baginda berharap yang Marc Antony boleh menggantikan tempat Caesar sebagai sekutu baginya.
Di Tarsus, pernyataan mereka bagaikan pernyataan dewa-dewi yang popular, Dewi Aphrodite dan Dewa Dionysus. Itu cara Cleopatra untuk menarik Marc Antony bersatu dan memerintah Mediterranean.
Terdapat kisah daripada Plutarch (penulis Yunani):
Ketika Marc Antony sedang memancing ikan dan Cleopatra memerhatikan Marc Antony mengail jorannya dengan ikan kering. Marc Antony menarik Cleopatra dan Cleopatra menyindirnya, "Awak tak sepatutnya memancing sampah ini. Awak sepatutnya memancing jajahan dan empayar!".
Tak lama kemudian, Marc Antony terpaksa pulang ke Rom apabila isteri pertamanya, Fulvia, meninggal dunia. Sepanjang pemergiannya, Cleopatra melahirkan anak kembar Antony. Walau bagaimanapun, Marc Antony berkahwin dengan adik Octavius iaitu Octavia yang berasaskan politik. Tetapi, Cleopatra merasakan seolah-olah kehilangan cengkamannya terhadap Rom.
3 tahun kemudian, Cleopatra menumpukan perhatian kepada pemerintahan Mesir. Baginda kelihatan seperti pemerintah popular dan berwibawa tetapi untuk mendapatkan kembali jajahan luas leluhurnya adalah di luar jangkaan.
Pada musim bunga 37 SM, Antony berada di Syria untuk menakluk Parthia. Beliau meminta Cleopatra bersamanya dan menghabiskan musim sejuk dengan sungguh romantik. Seperti biasa, pasangan itu mempunyai motif politik yang kuat. Cleopatra telah memberikan duit, kapal dan tentera. Sebagai balasan, baginda meminta sebahagian tanah jajahan Rom dan itulah jajahan yang pernah ditakluk leluhur baginda.
Walau bagaimanapun, Antony kalah dengan ¾ telah terkorban. Walau macam mana sekalipun, Antony satu-satunya sekutu yang ada dan boleh dipercayai ketika itu. Tetapi keadaannya tak dapat merealisasikan impian Cleopatra.
Beberapa tahun kemudian, Antony berjaya menawan Armenia. Di Mesir, upacara yang besar telah menyambut beliau. Antony berpakaian seperti Dionysus dan Cleopatra bagaikan Dewi Isis. Ketika itu, Antony mengisytiharkan bahawa Caesarion adalah anak Julius Caesar yang sah dan Antony mengeluarkan syiling baru yang mempunyai gambar Cleopatra tetapi lebih tua dan tegap yang bersifat keibuan.
[sunting]
Konflik Mesir-Rom
Perkara yang telah berlaku memberi tamparan hebat buat Octavius. Beliau kini menyedari bahawa Rom telah menjadi sasaran Antony dan Cleopatra. Octavius membalasnya dengan propaganda yang dilancarkan terhadap Cleopatra. Gambaran propaganda yang dilepaskan Octavius itu telah dipercayai dan dipegang selama 2000 tahun iaitu Cleopatra sebagai seorang wanita yang mempunyai sifat penggoda, mengikut hawa nafsu, berzina dengan pesuruh dan orang gajinya dan membunuh jika tidak bersetubuh dengannya. Ternyata ia satu tentangan yang hebat buat Cleopatra.
Octavius menganggap Marc Antony telah disihir cinta. Rom menganggap bahawa rakyat Mesir tidak berakhlak kerana membiarkan mereka diperintah oleh seorang wanita. Lalu, Octavius meminta dewan senat menentang dan memerangi mereka. Ia bukan dituju kepada Marc Antony tetapi kepada Mesir dan ratunya, Cleopatra.
[sunting]
Perang Actium
Cleopatra sedar yang baginda harus menakluk Rom segera. Baginda menetapkan Greece sebagai medan perang. Baginda mengumpulkan armada terbesar yang pernah dilihat sejak era Alexander yang Agung, 500 kapal perang dan 7500 tentera. Octavius mempunyai bilangan yang kecil tetapi dipimpin oleh panglima yang hebat, Agrippa.
Perang Actium, karya Lorenzo A. Castro, 1672
Berlakulah kelicikan dan kejutan apabila Agrippa mengepung Antony dan Cleopatra di Teluk Actium yang menyebabkan 4 bulan terhalang.
Antony mahu memulakan tentera darat tetapi Cleopatra tidak mahu kerana baginda tidak mahu meninggalkan kapal. Pada 21 September 31 SM, armadanya keluar untuk menentang tentera Rom. Malangnya, pertempuran di Actium gagal.
Skuadran Cleopatra yang terdiri daripada 60 buah kapal melepasi pertahanan Rom dan melarikan diri dengan perbendaharaan Mesir secara selamat. Dengan segera Antony mengekorinya dan meninggalkan armadanya yang dikalahkan tentera laut Octavius. Dengan megah, Rom mengatakan bahawa Cleopatra melarikan diri namu analisis moden mencadangkan bahawa cadangan melarikan diri itu memang telah dirancang sebelumnya.
[sunting]
Kemangkatan Cleopatra
Pada musim bunga 30 SM, Cleopatra mendapat tahu yang Octavius mara bersama tenteranya. Baginda bersetuju untuk turun takhta jika putera-puterinya sudi menggantikannya. Marc Antony pula menawarkan nyawanya untuk menyelamatkan Cleopatra tetapi Octavius tidak mengendahkan semua itu.
Pada mulanya, tentera Antony menentang pasukan berkuda Octavius namun dikhabarkan pada malam itu, bunyi-bunyian alat muzik dan nyanyian yang berkumandang menyeramkan seolah-olah kumpulan yang bertemasya sedang meninggalkan Bandar itu. Menurut kepercayaan orang ramai, Dionysus sedang meninggalkan Antony.
Hari yang seterusnya, Cleopatra digesa bersembunyi di makamnya. Oleh kerana terputus dari pandangan orang ramai yang sedang menyelamatkan diri akan ketibaan Rom, khabar angin mengatakan Cleopatra telah mangkat. Setelah mendengar khabar itu, Marc Antony menikam dirinya. Beliau dibawa kepada Cleopatra dan meninggal dunia dalam pangkuan Cleopatra.
Cleopatra tidak dapat menerima yang dia telah ditawan Octavius. Baginda menunjukkan kehebatannya buat kali terakhir dengan memakai pakaian Isis dan bermahkotakan lambang ketuhanan.
Tidak diketahui bagaimana baginda mangkat tetapi menurut lagenda, baginda mengambil keputusan membunuh diri setelah menyedari yang baginda gagal dalam mencapai. Baginda mangkat akibat dipatuk ular tedung yang diseludupkan ke dalam makam melalui bakul yang berisi buah ara atau buah tin. Dikatakan dua kesan patukan dijumpai di lengan dan di dada baginda. Itulah cara yang sesuai bagi Ratu Mesir. Ular tedung, haiwan suci dan teman dewi Isis serta pelindung Firaun. Patukannya dipercayai boleh mempercepatkan kealam kematian dan membawa keabadian. Dalam detik-detik terakhir kegemilangan Cleopatra, baginda mengisytiharkan takdirnya sebagai dewi.
Walau bagaimanapun, menurut detektif dan kajian pakar forensik serta jenayah moden, mereka mendapati adalah mustahil baginda boleh mati akibat racun patukan ular mengikut konsep analisa masa, kekuatan racun dan sekeliling. Mereka berpendapat yang Cleopatra mati dibunuh oleh Octavius dan memandangkan Octavius adalah orang yang kuat dan berpengaruh, Octavius mampu mengubah sejarah dan fakta ketika itu. Walau bagaimanapun, pendapat mengatakan ia masih satu penghormatan Octavius kepada Cleopatra kerana mati di tanah kelahiran dan leluhur baginda. Ini dibuktikan sejarah yang kemudiannya, apabila Octavius menakluk sesebuah jajahan, ketua atau rajanya akan di bawa ke Rom untuk dimalukan di hadapan rakyat Rom.
Walau bagaimanapun, baginda mangkat pada 12 Ogos 30 SM dan penghormatan Octavius kepada baginda lebih jelas apabila baginda disemadikan bersebelahan jasad Marc Antony.
[sunting]
Waris dan Kenangan
Selepas kemangkatan Cleopatra, Octavius membunuh putera baginda, Caesarion (mungkin khuatir Caesarion akan cuba menuntut bela empayarnya dan kematian ibunya atau merampas empayar Rom kerana dia anak Caesar). Walau bagaimanapun, 3 anak yang lain hasil Cleopatra bersama Marc Antony telah dijaga Octavia iaitu isteri Antony dan adik Octavius sendiri walaupun Octavia tahu itu adalah anak suaminya yang bukan dikandungnya malahan dia tidak mempunyai anak. Cleopatra children.PNG
Di Mesir, selama ratusan tahun selepas kemangkatan baginda, Cleopatra disanjung sebagai serikandi dan wirawati negara yang berani dan bijak. Lebih-lebih lagi telah didorong oleh kemunduran Mesir selepas dijajah Rom dan malah sehingga tidak mempunyai kepentingan lagi.
[sunting]
Perwatakan, Fizikal dan Sumbangan
Terdapat dalam lagenda bahawa Cleopatra cantik dari paras rupa tetapi bukti sejarah memberikan gambaran berlainan. Ahli sejarah mengatakan:
Jika anda berada di pesta koktel, anda akan melihatnya sekali pandang dan tidak akan tertarik untuk memandang buat kali kedua.
Baginda mempunyai hidung yang mancung yang memang ciri Ptolemy. Orang mengatakan jika hidung Cleopatra pendek sedikit, dunia mungkin akan berubah seperti kesan senyuman Mona Lisa terhadap pandangan dunia. Walau bagaimanapun, rupanya mampu diatasi dengan perwatakannya. Menurut penulis Yunani, Plutarch, baginda seorang yang kuat daya penarikannya, perbualan yang mengagumkan dan suaranya mampu menggembirakan semua orang.
Baginda memiliki segala ciri-ciri sebagai seorang pemerintah tak kira sama ada seperti lelaki atau perempuan. Yang menariknya, sikap Cleopatra tidak bersikap seperti perempuan santun atau lelaki sejati tetapi sebagai seorang individu yang didorong matlamat dengan penuh disiplin.
Bagindalah satu-satunya ratu yang telah membangunkan semula negaranya, seorang ratu yang aktif dan telah menjauhkan Mesir dari Rom selama 20 tahun. Ketika penghujung zaman pemerintahan Cleopatra, baginda telah memerintah dengan begitu cekap sehingga khazanahnya telah menyebabkan kadar bunga hutang telah menurun sebanyak 2/3 apabila di bawa masuk ke Rom.
700 tahun selepas kemangkatan baginda, seorang yang warak di Mesir menggelarkan baginda Wanita yang Paling Popular dan Bijak. Itulah juga keabadian yang mungkin telah dipilih oleh baginda sendiri, abadi dan ternama dalam lipatan sejarah.
[sunting]
Pautan luar
Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:
Cleopatra VII dari Mesir
[sunting] Umum
* (Inggeris) The Queen Cleopatra at the Encyclopedia channel (230 biographical films about historical figures).
* (Inggeris) Cleopatra on the Web (Some 580 resources, including ancient and modern pictures).
* (Inggeris) Cleopatra VII Philopator (ancient sources).
* (Inggeris) Cleopatra VII (VI) at LacusCurtius (Chapter XIII of E. R. Bevan's House of Ptolemy, 1923).
* (Inggeris) Cleopatra, a Victorian children's book by Jacob Abbott, 1852, Project Gutenberg edition.
* (Inggeris) Genealogy of Cleopatra VII
* (Inggeris) James Grout: Cleopatra (part of the Encyclopædia Romana).
* (Inggeris) "Mysterious Death of Cleopatra" at the Discovery Channel
* (Inggeris) Cleopatra VII at BBC History
p • b • s
Pemerintah Mesir Purba Tersohor
Pemerintah Dinasti
Narmer · Hor-Aha · Menes
Ankh.svg
Pemerintah Kerajaan Lama
Djoser · Sneferu · Khufu · Khafra · Menkaura · Pepi II
Pemerintah Kerajaan Pertengahan
Mentuhotep II · Mentuhotep IV · Senusret III · Amenemhat III · Sobekneferu
Pemerintah Kerajaan Baru
Hatshepsut · Thutmose III · Amenhotep III · Akhenaten · Tutankhamun · Ramesses I · Seti I · Ramesses II
Pemerintah Lain
Shoshenq I · Piye · Taharqa · Psammetichus I · Necho II · Psammetichus III · Ptolemy I · Cleopatra VII · Ptolemy XIII
Pasangan Pemerintah
Tetisheri · Ahmose-Nefertari · Ahmose · Tiye · Nefertiti · Ankhesenamun · Nefertari · Mark Antony
Pegawai mahkamah
Imhotep · Weni · Ahmose, anak Ebana · Ineni · Senemut · Rekhmire · Yuya · Maya · Yuny · Manetho · Pothinus
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Cleopatra_VII_dari_Mesir"
Kategori: Rencana pilihan | Firaun | Mesir Purba
Alatan peribadi
* Laman ini diubah buat kali terakhir pada 14:40, 5 Disember 2010.
* Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

Saturday, January 15, 2011
HALWA HATI
BIBIK DAN TELEFON..
Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…
Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)
Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)
Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)
Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,
Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)
GAJAH MATI..
Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.
Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.
Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.
JAM BUDAK PUNK.
Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.
Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"
"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."
"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."
"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.
Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"
"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.
KISAH MAT REMPIT.
Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.
Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.
Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!
(TERIMA KASIH KEPADA GELIHATI.BLOGSPOT.COM)

ADA DUIT LEBIH????
SAYA DAPAT KOMEN DARIPADA PEMBACA BLOG KU,KATANYA DIA FOBIA TENGOK BLOG SAYA NI SEBAB ADA GAMBAR YANG MENGERIKAN..APA2 PUN ITULAH REALITI DUNIA NI YANG NTAH KEMANA HALA TUJUNYA..APA2 PUN SAYA SEJUKKAN BALIK MATA KORANG DENGAN KERETA2 YANG BAIK PUNYA..MY KESUKAAN CAR...HAHAHAHA..PAHAM KE TU???YANG PASTINYA BMW FIRST..LAYAN LA PHOTO2 NI...JANGAN TERMIMPI2 SUDAH..
2012 BMW 1 SERIES COUPE AND CONVERTIBLE...

MINI COUNTRYMAN 2012

MINI COUNTRYMAN

Monday, January 10, 2011
WAJIB TAHU!!!!
For everyone who works daily on a computer. The mistakes&nbs p ; daily mouse and keyboard usage will result in Carpal Tunnel Syndrome! Use the mouse and keyboard correctly.
View below for the surgery of a patient suffering from Carpal Tunnel Syndrome followed by the RIGHT TECHNIQUES for usage....

Correct way to work on the Computer

Hand Exercises for Carpal Tunnel Syndrome :

Sunday, January 9, 2011
lagu baru
hari ni dah msuk lagu yg best sikit,siap ada link lg,hahaha..pandaila2 nanti nak dgr...slmt dtg ke blog ku....datang..jgn tak dtg...
Saturday, January 8, 2011
BUAT2 SUKA JE LE..

salam..hari ni tergedik tangan jap nak ubah lagu,ubah punya ubah,last2 lagu yang nak tu takde,PADAN MUKA!!!!arghhhhh!!!!!!!!xpe2..rilek2..ni semua hal dunia belaka...tak tanya pun nnt masa dalam kubur...
tapi rasa macam kurg best sktla,sbb ni bukan lagu pilihan..tapi apa2 pun,korang yang tukang baca ni BUAT2 SUKA JE LE....
hmmm...hari xde bnda pun nak post tuk new post,sbb cbuk nak baca buku ni,nnt2 jela pas piksa nnt saya post la..cuba sbr sikit.........
saya tgh baca satu hukum ni...psl laki boleh kawin byk,berdasarkan ayat al-quran ni..tp ni ada byk pendapat tau,yg betulnya 4 je,jgn nak ngada2 lbh dari 4 lak,nnt tak pasal2 korang kena ikat kat pokok rambutan duduk ngn kerengga..hahahahah!!!padan muka..
ada pendapat yg kata boleh kawin smpi 9..ni pendapat tak boleh pakai ok..jd..jgn gatal2...
Subscribe to:
Posts (Atom)