SAYA mempunyai kemusykilan berkenaan hukum menanam uri. Adakah ada kesan kesihatan kepada bayi sekiranya melambat-lambatkan proses menanam uri?
Ini kerana selepas saja isteri melahirkan anak, saya pulang lewat malam dan tidak sempat menanam uri itu. Saudara saya memarahi saya kerana saya lambat menanam uri atas alasan ia akan membawa kemudaratan kepada bayi kelak.
Ada juga yang mengatakan orang dulu akan asapkan dengan sabut tempat uri ditanam apabila bayi senak perut.
GHANI, Melaka.
TIADA hukum khusus yang berkaitan dengan menanam uri bayi. Apa yang sebaik anda lakukan adalah uri itu hendaklah dibersihkan dan seterusnya ditanam.
Secara umumnya, ia bertujuan bagi mengelak binatang dari memakannya atau mengelak dari ia berbau busuk. Ia tidak ada kena mengena dengan kemudaratan atau kesihatan bagi bayi anda.
Begitu juga dengan mengasapkan tempat uri ditanam, tiada alasan yang benar dan sandaran hukum untuk berbuat demikian.
(sumber harian metro,ruangan fikrah doktor salam-doktor abd salam)
SAMA2LAH KITA FIKIR BALIK...kadang2 bagus gak adat melayu ni,kita bagus pun sebab adat dan adab kita,tapi janganla sampai seleweng lak adat tu..hati2...dalam masa yang sama marilah kita sama2 selidik tentang perkara ni kalau betul2 nak jawapan yang pasti.
No comments:
Post a Comment