Tuesday, December 3, 2013

PUISI "DUNIA"..

Assalamualaikum..semalam..sementara aku tunggu kelas aku..aku duduk jap mengadap tingkap..aku nampak burung2 hinggap kat tingkap..dalam otak aku mula terpikir "dunia..indahnya dunia..sampai burung pun boleh menghibur duka..ajaibnya dunia..sampai ramai manusia yang terleka..hanya sedikit yang masih dijalanNYA"..aku terus keluarkan buku..aku stat menulis..maaf kalau penulisan aku tahap baby baru lahir..ye..aku memang tak pandai nak kata..biarla aku belajar memerhati dulu..:)

DUNIA..
khabarkan kepadaku...
apa yang membuatkan manusia terlalu mencintaimu..
terlalu kemas mengenggammu..
hingga tiada satu jari yang terlurut dari genggaman itu..

DUNIA..
bahagia apa yang kau bawa..
hingga manusia lupa pada pencipta mereka..
lalai dan leka..
hingga mereka sendiri lupa bahawa kau juga hamba..

DUNIA..
kau bawa bahagia,kau bawa derita..
kau benarkan manusia berjalan diatasmu..
burung2 terbang bebas disetiap ruanganmu..
kau biar peperangan berlaku...
tangisan si kecil tumpah diatasmu...
ketawa si dajjal bergema disetiap penjurumu...

DUNIA..
hakikatnya...kau hanya fatamorgana..
bawa cahaya dalam derita..
bawa harapan sang pendusta..
bawa senyuman yang tiada makna...

DUNIA..
kejamnya jika aku menyalahkanmu..
kerana kita semua hamba..
tapi imanmu lebih ketara..
malunya kami denganmu DUNIA...
kau sedar dirimu hanya hamba..
sedang kami alpa hidup bagaikan RAJA DUNIA...


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..




































No comments: