Friday, November 15, 2013

UJIAN "BEBANAN" YANG MENJANJIKAN GANJARAN...




Bila bercakap tentang ujian..ramai manusia yang mengeluh..merintih..tak tahan dan tak sanggup untuk menghadapinya..ramai yang minta untuk sentiasa gembira tanpa perlu menghadapi sebarang kesusahan…

Manusia…
Ramai kita yang tak sanggup nak hadapi detik 2 paling menyedihkan dalam kehidupan kita,tapi tidakkah kita sedar,kesusahan itula yang memberi kita nafas baru untuk terus melangkah meneruskan sisa kehidupan yang bakal mendatang..

Manusia..
Bila ada yang cuba bagi nasihat..mudahnya kau berkata “kau tak kena senangla kau kata”..sekarang saya pula nak kata “kalau awak ditempat saya,mampukah awak tanggung bebanan saya??”…kalau awak tak mampu nak tanggung bebanan saya begitu juga saya,mungkin saya juga tak mampu nak tanggung bebanan awak..

Manusia..
Kan tuhan dah kata “seseorang tu tidak akan diberi tanggungan yang diluar kemampuan dia”  maknanya masing2 ada bahagian tersendiri…tuhan tahu tahap kemampuan kita,kerana itu bebanan kita berbeza..

Manusia..
“bebanan” yang saya kata ini,kalau kita mampu redha dan sabar,bertambah pula pahala kita..tapi sabar itu payah,redha itu perit…kan??itulah syurga..syurga bukan murah dan mudah..syurga itu mahal dan eksklusif..hanya vvip yang punya tiket keimanan yang tinggi mampu untuk membeli tiketnya…

Manusia…
Sampai masa kita semua akan diuji..kadang ujian yang menimpa buat kita tak mampu lagi untuk berdiri..terduduk menangis hiba..janganlah gusar..kerana ketika itu allah memandang kita dengan penuh ihsan dan penuh dengan kasih sayang yang tiada batasnya..allah sentiasa ada untuk kita… dia tak pernah lupa kita..dia tak biar kita sendirian..jauh sekali mengkhianati kita..mana mungkin si pencipta membiarkan ciptaannya “rosak” sendirian…



Manusia…
Para nabi dan rasul mereka juga diuji..mereka bahagia dalam derita..mereka kaya dalam papa..jesteru..apa lagi yang kalian gusarkan duhai manusia..
 


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan...

No comments: