Saturday, November 26, 2011

PERBUALAN TENTANG KEJADIAN MAKHLUK DAN PAYUNG EMAS...

salam korang..first sekali aku nak minta maaf,sebab tulisan aku tuk entry hari ni aku guna yang normal punya,tapi bagi aku kecik,sebab aku selalu guna yang large,tapi hari ni,blog aku buat perangai sikit,jadi aku minta maaf kalau ada yang tak selesa masa baca entry ni,bila blog aku dah ok,aku akan edit balik,insyallah..blog aku ni memang nak kena!!!nanti dia,aku nak bagi tuisyen free kat dia jap lagi!!

hari ni aku nak share sesuatu yang agak menarik,dulu aku pernah buat 1 entry tentang binatang dijadikan daripada apa,tapi sebenarnya aku tak puas hati dengan pencarian aku yang haritu,jadi aku terus cuba mengkaji,dan akhirnya terjadilah perbualan aku dengan seorang ustaz dalam jurusan usuluddin akidah&falsafah..

kitorang cuma sembang dalam YM sahaja,dan telah diedit balik oleh aku sendiri...ada 2 benda yang aku tanye kat dia,1 pasal kejadian manusia&binatang,dan 1 lagi tentang payung emas untuk mereka yang bermadu,ini adalah antara perbualan aku dan dia,kami masih sama2 belajar lagi,jadi ini hanya sekadar perbincangan,sekiranya ada yang ingin berkongsi ilmu,silakan..







CONAN: binatang dijadikan daripada apa?

USTAZ: erm

CONAN: ok2... xpe..buka SURAH AN-NUR ayat 45

USTAZ: tak jumpe dalil secara daqiq(terperinci)tentang hal ni..

CONAN: xpe2…buka dulu al-quran,tengok jap surah annur tu,ade soklan lagi di sebalik ayat tu..

USTAZ: ok

CONAN: sekarang ni saya nak tahu…1-perkataan "DABBAH" dalam ayat tu betul2 khusus untuk binatang saje ke??atau termasuk manusia??

USTAZ: Dah baca tafsir belum?

CONAN: dah...2-air dalam ayat mungkin bermaksud air mani,manusia pun dijadikan daripada air mani

USTAZ: pastu?

CONAN: tapi manusia selalu dikaitkan dengan tanah,tapi binatang sebaliknya,kalau kata 'DABBAH" dalam ayat tu manusia dan binatang,takkan allah nak samakan kejadian manusia dengan binatang??sedangkan manusia sebaik2 kahlifah di muka bumi ni..boleh tolong jawab?

USTAZ: Erm…jawapan dia begini,dari sudut kedudukan, atau martabat.. memang martabat manusia tak sama dengan binatang,tetapi dari sudut penciptaan sama saje…contoh.. cube cari ayat al Quran yang berbunyi “Waja'alna minal maa' kulla syai'in hayyin..”maksudnye : dan kami jadikan daripada air itu, semua benda yang hidup..Penciptaan manusia daripada air sama dengan binatang, bukan bermakna manusia setaraf dengan binatang secara mutlak..

CONAN: maknanye..ayat tu menunjukkan binatang&manusia,cam tu?

USTAZ: yup..iaitu : semua binatang dan manusia diciptakan daripada air..pokok pun sama..dan.. ada manusia yang martabatnya lebih tinggi daripada malaikat..cth Nabi Muhammad SAW..juga daripada air,tengok dalam ayat tadi,SURAH AN-NISA' sebut manusia diciptakan daripada tanah,bukan daripada air,jawapannye..yang diciptakan daripada tanah tu adalah Nabi Adam AS sahaja,dan semua keturunan dia yang lain, semuanya daripada air.. iaitu air mani,jelas tak?

CONAN: kalau macam tu,kenapa manusia dikaitkan dengan tanah??

USTAZ: manusia dikaitkan daripada tanah nisbah kepada Nabi Adam AS,tapi, kalau kita.. takkan la "ahmad" (cth) diciptakan daripada tanah,mestilah daripada air mani ayah dia (sebagai contoh) tapi kalau kita tengok jasad kita, takda pun tanah..air ada la..jadi jawapannya ialah..jasad kita terkandung unsur-unsur tanah.. seperti magnesium, besi dan lain2.. cuba rujuk dalam kitab2 berkaitan i'jazul quran.manusia diciptakan dari tanah tidak menafikan penciptaannya daripada air..jelas tak?

CONAN: ok..boleh terima jawapan tu..

USTAZ: ulasan ana ni.. semuanya dah dihuraikan secara ringkas oleh SYEIKH SAYYID AHMAD MUSYYAR RA, di dalam QADHYA INSANIAH..







CONAN: soklan kedua

CONAN: boleh tak saya nak tau,hadis mana yang menyebutkan bahawa sekiranya bini prtama sanggup brmadu,di akhirat dia akan mendapat payung emas?adakah payung emas tu betul2 payung emas,ataupun ade makna disebalik payung emas tu?

USTAZ: Sebenarnye hadis tu ana tak tau martabatnye,tapi...kalau hadis Dhoif boleh je nak beramal,nak berhujah takleh,kalau hadis maudhu'.. kene buang jauh2.

CONAN: PYUNG EMAS tu sebenarnya MAJAZI je ke ataupun HAKIKI?

USTAZ: erm..jawapan tentang payung emas gini : dalam kitab JAUHARAH TAUHID SYARAH SOWI sebut.. nikmat syurga adalah benda yang tidak terbayang dek akal,bunyi dia gini.. “Ma la Ainun Ra'at.. Wa la Uzunun Sami'at.. Wala Khatara Ala Qalbil Basyar” maksud dia nikmat syurga ni..tidak sepertimana yang pernah dilihat oleh mata..tidak sepertimana yang pernah didengari oleh telinga..tidak sepertimana yang pernah terlintas oleh hati manusia..kalau tak silap ana.. ni pun hadis gak atau kalam ulama',ana x pasti..maksudnye,Payung Emas tu .. adalah MAJAZI,sebab kalau kita kata hakiki..bermakna.. nikmat syurga ni boleh terbayang,Payung yang dibuat daripada emas,kan boleh digambarkan dalam hati..jadi.. nikmat syurga bukanlah payung emas seperti di dunia ni..tetapi payung emas yang lain..tu pertama,iaitu SEKIRANYA IA MAJAZI...

SEKIRANYA HAKIKI.. memang payung emas betul.. tetapi tak sama dengan dunia,itu sekiranya maksudnya hakiki,jadi ada 2 tafsiran..Majazi atau Hakiki..rumusan dia.. kena rujuk balik syarah hadis tersebut..nak kata majazi pun boleh.. nak kata hakiki pun boleh,cuma, nak yang sebetulnya, kene tgk syarah hadis,ana tak tau,Kalau syarahan dia kata Majazi.. majazilah..kalau hakiki.. hakikilah..

CONANn: saya berpuas hati dengan jawapan ni.

USTAZ: Contoh lain.. ulama sendiri khilaf(berbeza pendapat).. adakah sungai arak dalam syurga tu hakiki atau majazi

CONAN: khulasahnya(kesimpulannya)ustaz?

USTAZ: khulasahnye(kesimpulannya)kene rujuk Syarah Hadis.. jangan jadi macam golongan wahhabi..baca hadis.. pastu tafsir ikut suka.. diorang tak pakai syarah Hadis..


ini adalah perbualan kami berdua,sekiranya ada yang lebih tahu tentang perkara ni,boleh sama2 kita bincang ok??korang puas hati tak dengan entry ni??kalau aku,aku memang tak puas hati sebab tulisan dia kecik!!!bila dah elok blog ni,akan ku edit secepat mungkin!!!


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Friday, November 25, 2011

MANUSIA PALING BENGONG SEPANJANG TAHUN NI!!!!!

salam korang...tadi masa aku tengah BW tadi,aku terjumpa gambar2 ni..aku pun klik kat gambar ni then keluar sekali dengan citer pasal gambar ni,jadi hari ini aku nak share dengan korang pasal gambar ni..

katanya kejadian ni berlaku di Denmark,katanya sapa yang bunuh paling banyak IKAN DOLPHIN ni,dah menunjukkan dia sudah dewasa dan matang...ya allah..aku nak katogerikan takde otak ke bangang ni???habis tu kalau tiap2 hari sapa2 nak jadi matang,gi je laut tu sorang2,pastu bunuh sekor??camtu??matang pun nak bagitahu orang!!tak payah bagitau pun orang dah tahula!!!nila masalahnya otak letak kat lutut..lutut je yang cerdik,patutla lutut pun dapat pebgiktirafan,sebab ada nama biskut "BISKUT LUTUT" tuan dia yang gelong sikit..hei!!!menyirap darah aku la weiiiii!!!!!aku ni nak bunuh semut pun tak sampai hati tau!!!

korang tengokla cara dia bunuh macam mana??main cakuk je,korang ingat binatang tu dihidupkan untuk perkara yang sia2 ke??ya allah..aku memang panas hati betulla...sedarla sikit weiiii!!!!dunia nak kiamat dah..biar nanti kat akhirat ikan tu cakuk kepala korang yang bengong2 ni dengan besi dari neraka yang paling bawah sekali!!!!masa tu baru korang tahu erti PENYESALAN!!!!

yang penonton pun sama tak reti gak dengan yang tukang buat pun!!!!hei!!!belajar tinggi2..nilai kasih sayang pun tak tau ke...negara korang takde subjek sivik kew?????hei...aku tak boleh betulla bab2 binatang ni..pasal aku ni memang sayang gile dengan binatang..dengan ayam aku pun aku boleh dok nyembang lagi tau...kalau diorang ni bukan setakat ayam,harimau putih yang paling ganas tu pun lari kalau jumpa diorang..lari bukan sebab takut,tapi lari sebab MELUAT tengok muka diorang yang lebih hodoh dari makhluk yang terhodoh...harimau tu nak termuntah!!

dahla...malas aku nak bebel panjang2 ni,satgi lagi aku cakap yang bukan2..nasihat aku...setiap manusia yang hidup kat dunia ni kena ada pegangan masing2..bila takde pegangan..macam nila jadinya nanti...kalau korang nak tengok lebih lagi gambar2 dia,korang boleh masuk kat blog ni http://fazemy.blogspot.com/2009/12/pembunuhan-paling-bodoh-di-denmark.html kredit tuk blogger ni,dan terima kasih atas perkongsian ini..

1 lagi aku nak bagitahu korang..blog aku ni pelik sikit..nak letak link susah..banyak kali gak try,tapi tak boleh2,jadinya korang copyla balik link yang aku bagi tadi dan paste kannya di google ok..ala..senang je tu...

korang tengokla sendiri gambar2 ni..aku malas nak cakap lebih2,tahun baru ni,satgi buku aku penuh dengan pen merah je sebab asyik dok kata kat manusia2 yang takde otak kat bawah ni...



















ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

SALAM TAHUN BARU BULAN HIJRAH...

salam..korang...sihatke??salam tahun baru bulan hijrah..korang...tahun baru ni..buku amalan pun dah baru,jadinya,mulakanlah 1 muharam ni dengan perkara yang baik2 dan diberkati allah..moga azam korang semua pun diperbaharui..jadilah orang yang maju dari segala segi..

semalam korang sempat baca tak doa akhir dengan awal tahun??hehehe..harap2nya sempatlah ye..jadi hari ni..aku saje je nak letak doa n akhir dengan awal tahun kat sini..kot2la ada sapa2 yang nak simpan wat tahun depan lak ke..silakan...takde sapa yang nak halang..jadi..selamat tahun baru korang...










ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

Saturday, November 19, 2011

PERHATIAN!!!GAMBAR2 NI SEMUA REAL!!!

salam korang..dengan sepantas kilatnya..aku update lagi blog aku ni dengan 1 lagi entry..perhatian!!!gambar2 ni semua real ok!!aku rasa gambar2 ni mesti dah tersebar luas..betul tak??sapa2 yang ada citer pasal binatang2 ni semua atau lebih mesra korang panggilan angry birds,bolehla kongsi dengan aku..time kasih..

tapi aku agak2 je,gambar2 ni semua real..korang tengok sendirilah..pastu nilai sendiri..tak mustahilla kalau semua benda ni real..jadi..jom layannnnnnn....



















ni bukan binatang ok,sapa yang cakap binatang,memang tak pernah masuk sekolah agaknya..aku cadangkn,pasni takyah susah2 nak penuhkan peti ais dengan sayur2,letak je kat kepala..habis citer!!!senang keje..




ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

ZIKIR HARIAN...

salam..korang..maap..lama dah aku tak update blog..sejak akhir2 ni banyak lak ragam si internet ni..macam2la..

ok..sedikit entry yang sangat2 ringkas,ada benda sikit nak kongsi dengan korang sempena hujung minggu ni..aku nak update panjang2 pun,kat sini dah pukul 2pagi,tapi demi pembaca blog ku yang setia(ada kew)aku update gak walaupun dah pukul 2pagi..

benda ni sangat2 bermanfaat tuk kita semua..yang paling penting sekali,peringatan untuk tuan punya blog ni..huhuhuhu...

jadi selamat berhujung minggu...enjoyla dengan hari cuti korang..aku???minta maafla..takde maknanya nak cuti hari ni..kuliah!!!!!

jadi baca elok2 ok benda yang kat bawah ni..





ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

Thursday, November 10, 2011

BINATANG PALING COMEL..

salam..korang..korang tengok binatang kat bawah ni..gabungan ular dengan kura2..wahahahaha..comel tak??hahaha..gambar ni aku jumpa kat google..menarik lak rasanya..jadi aku letak kat blog aku ni..

terlalu comel sampai rasa nak buat binatang angkat lak..hahahaha..ingat manusia je yang tahu berangkat2,binatang pun ada tau..dok hahahah sangat,satgi ada yang kena lempang gak..ok la..minta diri dulu..wassalam!!!






ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan...

KALAU KORANG BERANI..CUBA TRY TENGOKKK!!

ok..aku dapat gambar2 ni masa aku tengah BW kat blog orang..yela..blog orangla kan,takkan beruang lak..aku agak tertarik dengan latihan2 ketenteraan yang diberikan kepada mereka2 yang bercita2 nak jadi tentera ni dicina..memang dahsyat,hebat jugakla diorang ni ek..jadi aku nasihatkan,jangan sapa2 pun berani cari pasal dengan diorang,sebab diorang boleh hentak korang dengan jari telunjuk je kalau diorang marah..tak caya??tak caya tengok gambar2 kat bawah ni..










push up pun pakai jari je,kalau setakat nak hentak orang pakai jari..hmmm...no hal la..






ok...latihan2 ni aku rasa sesuai sangatla untuk orang2 yang terfikirkan cara diet paling cepat dan pantas,tak caya,try tengok sminggu..baru tahu kesan dia..selama mencuba..


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..