Tuesday, August 30, 2011

GAMBAR2 SIMPANAN GOOGLE.

tiba2 aku terjumpa gambar2 ni dalam simpanan google..jadi aku copy tuk tatapan korang..aku tengok gambar2 ni tak tau nak gelak ke nak diam je..korang tengoklah sendir,pastu cuba tanya diri..mana hati..



ni namanya jimat minyak..dan jimat duit..satu keluarga satu moto cukup..




ni sebab tuan dia terlalu sayangkan lembu dia,ni kira bersiar2 bersama binatang yang tersayang.




kata beruang "aku pun konfius,moto ni dicipta untuk manusia naik ke untuk binatang spesis aku" jangan konpius beruang,awak bawak je terus moto tu gi masjid..solat..dapat pahala..




ini namanya memudahkan cara,kira kalau dia pegi mana2 majlis,tapi tempat duduk dah penuh,dia dah ada kerusia dah..takyah berebut2..




betul sangat kalau pakai slogan "jangan hanya pandang diatas sahaja,yang bawah kadang2 lebih baik"..kata lembu..




yang ni aku tak tau nak cakap apa..moto yang tak cukup berat ke atau dia yang kurang berat??




yang ni..malas nak layan orang2 yang diatas..buat taik mata lagi berguna..


ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana..conan..

CITE SEMALAM DAN SEMALAMNYA LAGI..

salam..korang..hari ni aku nak cite pasal cite semalam..semalam maknanya raya pertama la ye..aku sempat tido setengah jam je,pastu bangun gi solat raya,konon nak rebut solat raya ngan arab la..sekali pegi,orang dah rakaat terakhir dah..maka beraturla kami menjadi satu barisan kat tepi kedai tu,tengok jela orang duduk tahiyat akhir tu..kat sini diorang solat kat jalan je tau..penuh gile..sepanjang2 jalan tu..sebab tu kitorang berebut nak solat raya sekali ngan diorang..

memang aku bengang tak terkata sebab terlepas solat kat situ,sebabnya ada benda lain yang menyebabkan aku tak sempat nak gi solat sekali..hmm..malas nak cite..biarlah..tak guna nak salahkan orang lain,itu maknanya takde rezekila namanya..bila aku marah,lebih baik aku diam,kalau tak,satgi kuar ayat2 yang pelik lak..apa2 pun,benda dah lepas,takyah nak ingat2 dah..

pas raya,apa lagi..gi jamu perut la..kat rumah kawan2..baru rumah pertama,perut aku dah macam kena isi minyak petrol dah..penuh gile..habis je rumah pertama,merayap ke rumah yang seterusnya..dengan panas teriknya,aku berjalan kaki,habis kulit ku yang agak hitam ni bertambah2 hitam..takpe..hitam2 ni kan cool..huhuhuhu..

tapikan,masa malam raya,kat rumah aku ni,takde sapa pun nak takbir raya..sedih tau..hilang mood raya aku..aku heran betulla,esok nak raya,diorang boleh buat muka sardin je..boleh lak gi ketuk tong gas,jual tong gas,pastu dok cbuk repair rumah,lepak2 kat kedai teh sambil layan syisya..tu takde keja lain la tu,,bergosip la tu..eh!tak baik salah sangka ngan orang kan??takdela..diorang bukan bergosip,tapi berbincang macam mana untuk membina tandas yang lebih berkualiti dan tahan lasak..haaa!!!!kan2..:)

aku ni nak la gak merasa mood raya..kurang2 kalau malas sangat pun nak takbir lama2,korang letak jela radio yang ada takbir raya,tak pun,kalau rajin sangat,letak je video takbir raya kat surau tu,letak microfon kt video tu..jadilah kan daripada tak takbir langsung..

takkan aku ni lak yang nak kena gi takbir,kalau aku yang takbir satgi,mesti popular gile nama aku,kang satgi banyak lak jemputan raya yang aku dapat..itu yang aku tak nak tu..

tengok!!apa yang aku merepek ni..dah mula la tu..ok la..aku out dulu..


ikhlas dari hamba allah serba sedehana..conan..

Sunday, August 28, 2011

TRAGEDI SEMALAM!!!

salam..korang..tinggal sehari je lagi kita nak berpuasa..jadi,janganlah malas2 nak puasa perabis..aku confirm..sekarang ni mesti korang dah siapkan apa yang patut untuk raya ni,cuma tunggu hari pengumuman raya je kan??pastu malam raya,pakat pi takbir kat masjid,suaru dan kat rumah orang.maka masa tu,bermulalah operasi mengumpul duit raya..kan2??

semalam aku gi beli baju raya,dalam masa sehari je,siapkan semua,dari beli,adjust baju kat abang jahit,sampi siap,complete..dalam masa sehari je!!!teror tak??pastu,bila malam,lenguh kaki tak terkata..mana taknya..berjalan ke hulu ke hilir..tempurung lutut aku punya panas tak terkatala,kalau masak kuih dalam tempurung lutut aku tu,mesti masak punya..ahhh..nampak tak??nampak tak ayat propa@lbh mesra kita panggil auta banyak dalam ayat aku ni??rilekla..propa@auta tu kadang2 diperlukan dalam ayat2 yang macam ni,nak mengambarkan betapa dahsyatnya hari aku semalam..hahaha

aku ni bukan tak mampu nak beli keta,tapi aku tak mampu nak bayar minyak keta..ha??macam mana tu??ada ke orang beli keta,tapi tak pakai,simpan sebab tak mampu nak isi minyak keta..kalau macam tu aku rasa,baik tak yahh beli keta,beli jela mesin rumput,habis cite..apa kaitan lak antara keta dan mesin rumput??ntah..aku pun tak tau..hehehe

berjalan kaki tu kan menyihatkan badan..berjalan sampai sakit tulang belakang aku...eh??apa kena mengena lak tulang belakang ngn jalan ni??ahhhh..nampak tak??nampak tak lagi..ni lah yang dinamakan ayat propa..hahaha..

aku tengok baju raya aku tu macam baju pengantin lak..segan lak aku nak pakai..tak pernah2 aku pakai baju meriah sangat..hehehe..tapi tengokla dulu macam mana..kalau nak timbulkan riak dan sifat ingin menunjuk,maka aku akan pakai..hahahaha...

aku main2 je ok..takde kejenya aku nak gi menunjuk2 kecantikan baju aku tu yang dah memang sedia cantik kat orang lain..aku bukan apa,takut diorang berkenan lak ngan baju tu,nanti tiba2 diorang nak pinjam lak..nahas aku..aku bukan kedekut,tapi aku rasa macam nak jadi kedekut sikit..boleh pakai ke ayat ni??

tengok ni!!apa yang aku merapu dalam ni..huhuhuhu..ok la..salam raya dari aku untuk korang..makan jangan banyak2 sangat raya ni,nanti naik mendadak lak badan tu..tapi aku rasa,masa rayala kite kena makan banyak2..kite kan nak meraikan hari raya,lagipun bukan senang nak kumpul sanak saudara..jadi..enjoyla bersama yang tersayang..tapi ingat!!enjoy,enjoy gak..tapi solat jangan lupa..dok sibuk sangat raya merata,sampai solat tercicir..peringatan tuk aku juga..


ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana..conan..

Friday, August 26, 2011

SAPA NAK SEDEKAH DUIT RAYA??

salam..korang..serius aku tak tau nak wat entry apa hari ni..memandangkan nak raya dah ni,aku tak taula nak sembang apa ngn korang nie..huhuhuhu..kering idea jap..

korang dah habis beli barang ke??wat ketupat...wa..memang best betulla dapat raya ngan family..gotong royong rumah,masak ketupat,masak rendang..ok...jangan buat ayat sedih..nanti aku teringat kat family aku lak..

dan yang paling aku tunggu sekali,DUIT RAYA!!!hahahaha..itu paling best...raya je yang special..mana ada hari2 biasa orang nak bagi duit free2 je..ok2..mungkin adala..tapi masa tu perasaan nak terima duit tu lain sikit..apa2 pun..sebenarnya makin meningkat umur kita makin jarang dapat duit raya,tapi kalau sekali dapat,banyak tuuu!!!!!!!

apa2 pun,bila tak balik beraya tahun ni,baru aku tahu erti sebenarnya beraya ngan family..huhhuhu..nikmat ok..jadi korang jangan sia2kan peluang yang ada ni..

okla..malas nak ulas panjang2 pasal raya ni..satgi aku gak yang sedih..korang keje baca je kan...ok la..selamat hari raya untuk korang semua..kalau sapa2 yang baik hati nak bagi duit raya kat aku,bolehlah tinggalkan pesan kat blog aku ni,nanti aku bagi no akaun kat korang..hahahaha..itu kalau yang baik hati nak bagi la kan..tapi ada ke??hehehehe..

ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana..conan..

Tuesday, August 23, 2011

BINATANG BETUL DIA NIE!!!

salam..ok..aku sekarang ni memang dah lama bengang ngan binatang sekor ni..dia ni memang binatang betulla!!!aku mendidih nie!!

dok level 12 tak habis2 lagi..asal nak sipi2 lagi menang,mesti bianatang ni tak puas hati..dia ni memang dah lama jelos ngan keteroran aku yang memang semula jadi ni..dia dengki ngan bakat aku yang sememangnya hebat!!

dia nie memang tak puas hati ngan aku..sebab tu jadi macam nie..sebab tu aku berani binatangkan dia..dan aku rasa dia layak untuk dipanggil binatang..korang kenapa??tak puas hati ke?aku panggil dia binatang??ada yang nak hentam aku balik ke??

hello!!!aku ni bukan senang2 je tau nak bagi status binatang..tengok dulu kat sapa yang aku nak panggil binatang nie..korang tengok sendiri kalau tak puas hati!!



ni pntu gerbang rumah dia..





selamat datang ke rumah binatang nie!!!




nila dia binatang tu!!!memang binatang betul dia nie!!!dah la takde bulu mata!!


puas hati korang sekarang???dia memang binatang pun,salah ke aku membinatangkan dia..


suka2 dari hamba allah yang serba sederhana..conan..

PERUTUSAN IKHLAS DARI KU...;)


korang nampak tak aku tulis ni??kalau tak nampak korang besarkanlah ye gambar ni..aku tak tau lak camne nak besarkan tulisan ni..ala..bukan susah sangat pun nak klik kat gambar nie..


ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana..conan..

APAHAL NGAN KAPAK NI LAK???



salam..ok..mesti korang terkejutkan..asal tiba2 lak ada gambar kapak ni,nak gaduh ke???huhuhu..jgn risau,aku bukan nak bagi korang pun kapak ni,bukannya nak suh potong kayu pun..aku ada benda ni nak cite ni..

semalam kawan aku ada cite kat aku satu story ni..aku berminat lak dengan cite tu..best..aku suka..ada kene mengena ngan kapak..jadi..aku akan memulakan cite ku ini..baca betul2...

ada satu cite seorang manusia ni..dia ni kira orang kaya lah pada zaman tu..harta dia banyak gile..gile pun tak banyak cam tu..memang giler2 la banyaknya..eh..apa aku merepek ni kan..aku cuma nak bagi gambaran je betapa harta dia banyak sangat...

satu hari dia wasiatkan kat pamily dia,nanti bila dia mati,tanam sekali harta dia dengan dia,pastu kalau ada orang yang sanggup teman dia dalam kubur nanti dia akan bagi harta dia kat orang tu..bukanlah selama2nya orang tu teman dia..tapi ada tempoh dia lah..mati keringla kalau ada orang yang temankan dia selama2nya..

pastu ada seorang pemuda ni,pemuda ni tukang potong kayu..dia ni miskin..dia pun ambik peluang ni untuk nak dapatkan harta orang kaya tu..dah sampai ajal agaknya,maka matilah orang kaya tu,macam dijanjikan,pemotong kayu tu memang masuk sekali dalam lahad teman orang kaya yang dah mati tu...dia bawak sekali kapak dia masuk kubur..

tiba2 datanglah malaikat..malaikat pun tanyalah kat pemotong kayu tu,siapa dia??dia pun jawablah dia ni pemotong kayu,dia masuk dalam kubur ni sebab nak teman orang kaya nak mampus ni,sebab dia dah janji,orang yang sanggup teman dia dalam kubur nanti akan dapat harta dia..

pastu,dalam masa 3 hari je si pemotong kayu tu dok dalam kubur orang kaya tu,lepas tu dia tak sanggup dah,dia kuar terus dari kubur orang tu..disebabkan si pemotong kayu tu dok dalam kubur tu tak sampai tempoh yang ditetapkan,maka tak dapatlah harta orang kaya tu..tapi dia tak kisah pun kalau tak dapat harta tu..dia sanggup lagi hidup miskin,dia dah tak sanggup nak dok dalam kubur tu lagi...

nak tahu kenapa dia dok 3 hari je??sebab dia tak sanggup malaikat asyik tanya dia pasal kapak dia je..selama 3 hari,malaikat keje dok tanya pasal kapak dia je..apa yang dia buat ngan kapak dia,macam2 soklan lah..dia jadi takut..

harta dia cuma kapak tu je,tapi malaikat dah tanya banyak soklan pasal kapak dia saje!!bayangkan kalau dia kaya,banyak harta..macam mana dia nak jawab ngan malaikat nanti???jadi lebih baik dia jadi pemotong kayu macam biasa je daripada kaya..

ha!!korang paham tak cite nie??penat tau aku cite ni..jadi..beringatlah..pada orang kaya2 kat luar sana,jangan berlagak sangat ngan harta korang tu..jangan salah gunakan harta tu,esok mati,tak larat nak jawab ngan malaikat kot..susah2,sedekah je kat aku yang tengah belajar nie..dapat pahala gak..hehehe..

kalau ada orang yang kedekut nak mampus ngan harta dia tu,besok,bila dia mati,tanam je sekali ngan harta2 dia..duit ke,almari emas dia ke,peti besi,rantai binatang daripada emas,simen2 bilik air,kasut berjenama,jam tangan,hair dryer ke,beg tangan ke,pinggan mangkuk,hatta lap kaki bilik air dia pun..tanam je semua sekali..habis cite..dah masa hidup kedekut sangat,sayang sangat harta tu..biar harta tu ikut dia sampai mati..hmm..apa macam..good idea x??

time kasih pada kawan ku itu atas cite yang menarik ni..memang best cite ni dan banyak pengajaran..jadi..pesanan pada orang kaya gile..janganlah kedekut!!!sekian..ok..semua boleh tido..cite dah habis..:)

ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana...conan..