Sunday, August 7, 2011

BEKAS BAKAL TUNANG AKU!!!

perhatian!!!sapa2 yang jumpa jejaka dibawah ini,sila bagitahu aku dengan segera..dia ni sebenarnya bekas bakal tunang aku..mana taknya jadi bekas..lagi berapa bulan nak tunang,dia hilang lak..frust tul aku masa tu..mentang2la dia hensem,senang je orang lain kebas..aku tahu,dia bukan saja2 nak tinggalkan aku,tapi ada orang lain yang dah sihirkan dia..sebab terlampau macho,ramaila peminatkan??

apa??korang tak caya dia tu macho..takpe2..kalau korang tak caya,korang tengokla sendiri kemachoan dia..aku warning korang khususnya kaum wanita,nanti bila tengah tengok gambar dia,pastikan korang tak potong buah atau sayur,aku takut,nanti akibat terlampau macho sangat dia tu takut korang terpotong jari..nak tengok takpe,ambik takleh!!!ingat tu!!

satu lagi pesan aku,dia ni memang macho..sapa yang cakap dia tak macho....korang tetap kena cakap dia tu machoooooooooooo!!!!!!!!!!!!!faham?!!!









ha!!!!hensemkan??korang tengokla tu..pandai bergambar..siap posing maut lagi tu..wahhhh....

apa??hensem??hahaha..kan aku dah kata..korang yang tak caya..hahahaha..aku sukax100..

FUNGSI BENDA YANG SATU NIII....



salam..kawan2..korang cht kew??hehehe..aku nak tanya ni,korang kenal syeikh jibril???ha...tak silap aku puasa baru ni dia dijemput jadi imam terwaih kat masjid sungai besi..betul x??insyallah..mesti ada yang ingatkan..

aku nak cite,malam tadi aku dapat mesej daripada pihak telekomunikasi,sapa2 nakkan perkhidmatan doa daripada syeikh jibril,senang je..TAIP-JIBRIL DAN HANTARKAN KE 1666..setiap langganan anda akan dicas sebanyak 47 sen untuk setiap 2 hari...

dasatkan??hahaha..nak katanya..jangan ingat henset ni fungsi dia cuma tepon,hantar mesej,pastu downlod ringtone la bagai kan..doa pun ada..insyallah..langgan doa,enset korang lagi berkat dan lebih terjamin..hehehe

nak cite tu jew..ok..tapi perkhidmatan ni bukan kat malaysia tau,kat sini jew..gtau siap2,satgi kang ada yang ambik enset dia terus langgan doa ni..pihak telekom sana pun pening..apa benda yang budak ni nak?ha!!!pelik diorang....

tapi diharapkan,pihak telekomunikasi kat malaysia akan datang,sediakanlah lebih banyak khidmat doa ni....langgan I LAP U,U LAP ME,AND ME SO HAPPY tu dah berlambak..satgi bunyi budak gelak la,pastu stgi malam2 takleh tido,ingatkan suara hantu...macam2 lah..

apa2 jelah..oklah..itu saja setakat ni untuk entry hari ini..selamat memulakan hari isnin korang dan selamat bekerja kembali..

Saturday, August 6, 2011

KATA SAYANG BLOGGER...APA LAGI...UNDILAH..

ok..korang..entry yang sangat2 pendek..aku terbaca satu blog ni..agak teruja aku tengok semangat dia prmosi video dia..bukan senangkan nak raih undi orang ni..tapi aku tengok dia agak bersemangatla dalam mempromosikan video dia..hasil usaha sendiri,mestila bersemangat kan..

ok..aku tahu..pembaca blog aku ni takdela ramai mana pun,tapi aku tak kisah..yang penting,jomlah sama2 kita tolong abang blogger sorang ni..masa nilah nak buktikan semangat setia saudara dalam berblog ni kan..jadi..meh sama2 kita buktikan..

http://logokoko.blogspot.com/2011/08/logorithms-mrt-logo-video-promo.html

korang boleh masuk blog dia..tuk pemilik blog..kalau dah rezeki awak,ianya takkan kemana ok..yang penting doa dan usaha..moga awak berjaya..

Friday, August 5, 2011

JANGAN LUPA KOREKSI DIRI..

salam..kawan2..saja nak mengajak korang untuk bermuhasabah diri balik..aku pun nak muhasabah gak..sapa nak join jomla..

aku mula nak koreksi diri..apa yang kurang dalam diri..sampai setiap hari rasa susah hati..apa sebabnya sampai aku jadi macam ni..timbul rasa macam dah putus asa dengan illahi..inilah punca kenapa aku jadi begini..putus asa ngan illahi tak patut terjadi,kita hanya makhluk,hanya menumpang dibumi sementara,mengumpul amalan untuk dibawa pulang nanti,tapi nikmat yang diberi,lebih dari cukup buat seorang hamba,tapi masih tak tahu nak bersyukur..

buruk sangka dan dendam,punca manusia lari jauh dari konsep hamba,asyik memikirkan hal orang,sampai diri ngan tuhan terabai,masih mahu mencari lagikah silap diri???setiap ujian dikatakan menyusahkan diri,setiap doa bila lambat dikabulkan katanya tuhan tidak menyanyangi,bila gembira datang tiap2 hari,lupa tuhan pula,bila doa dikabulkan bangga diri pula..apa yang sebenarnya mahu dalam hati??cuba jelaskan secara terperinci..

keyakinan dalam setiap doa yang dipohon,adalah kunci utama bagi setiap manusia..tapi kemana hilangnya keyakinan itu semua??

jadi.baikilah diri,teruskan berdoa dan meminta pada allah,jangan rasa putus asa jika doa tidak dikabulkan,mungkin lambat sikit agaknya..hidup biarlah menyanyangi tuhan,kelak segala bencana dan derita dapat dilalui dengan sempurna..jangan terlalu memikirkan tentang derita yang dilalui,ditakuti kita akan rasa putus asa..ingatlah....ujian yang lama itulah sebenarnya indah..

Wednesday, August 3, 2011

MERCUN DAN PAK CIK BESEN..



assalamualaikum..kawan2..aku ada cite sikit nak cite ni..dah 4 hari puasa,tapi diorang kat sini tak habis2 kejenya nak main mercun jew,sakit telinga aku tiap2 hari nak mengadap dengar diorang main mercun..lama2 boleh terbakar hati aku ni..aku bukan apa,nak main tu boleh,tapi boleh tak jangan main kat depan rumah aku,dekat ngan bilik aku lak..aduhaiii..ganggu aku nak tido la!!!kalau kat malaysia ni,mesti dah kena baling tomato busuk dah ni,tapi tu hukuman paling ringanla,kalau paling berat..saman!!!menganggu ketenteraman awam!!

korang nak tau tak diorang main cam ne??mula2 diorang cucuh mercun tu,pastu baling kat tengah2 jalan,diorang lak pas baling tu wat muka sardin je macam takde apa2..ni alkisah nak kenakan orangla ni..sepanjang pemerhatian aku,takde lagila yang menjerit sebab terkejut ngan mercun diorang tu..tapi kadang2 tu aku dengar je macam ada orang marah pas diorang baling mercun tu..sapa tak marah kan???

tapi aku dok bayang,macam mana kalau orang melayu kena??orang melayu kan kuat melatah..satgi dia melatah kat tengah2 jalan tu tak henti2,naya jawabnya..tiba2 lak dia melatah "opocot mak hang punya!!!"..ha...macam mana tu..sapa nak tolong translet kat diorang tu!!ha...kalau mak cik2 lagi best..dia kejar pakai parang,satgi tak cukup tanah kot lari..padan muka!!sapa suh kenakan orang..hahahahaha....aku suka..aku suka..aku suka..hahahahahaha...

lagi satu yang wat aku bengang sikit,sikit jela..pak cik besen..nak tau kenapa aku panggil dia pak cik besen???sebab pak cik ni akan ketuk besen pagi2 kat rumah sapa2 jela semata2 nak kejutkan orang bangkit sahur..sepanjang jalan dia ketuknya besen dia tu..yang buat aku sakit hati sikit tu,dia ketuk bukan kejap,kira lama gak la..bising!!dah la baru pas dengar orang main mercun,tiba2 lak datang pak cik besen ni..aduhai...satgi adalah yang baik hati bagi pak cik tu makanan..cian..dia pun nak sahur gak..dok asyik sangat ketuk besen nanti sampai tak sahur lak..nasibla jiran2 ni perihatin,bagi gak makanan suh sahur..

sebenarnya pak cik besen ni banyak berjasa tau..setahu akulah kan..30 hari puasa 30 harila dia dok ketuk besen kejut orang sahur..korang bayangkanlah jasa dia..tapi diorang ni bukannya reti tidor pun..main mercunla..satgi main kejar2 la..kul 2,3 pagi main kejar2 lagi..aduhh..aku pun tak berapa nak paham la ngan diorang ni...

nila..nak ceritanya kemeriahan bulan puasa kat sini..best tau..mana2 kita gi,mesti jumpa ngan orang yang baca al-quran,tak kirala laki ke pompuan ke muda ke tua ke..pastu rajin benor bersedekah..

ni lah kelebihan bulan ramadhan..kalau korang nak belajar,belajarlah dari bulan ramadhan ni,sebab bulan ramadhan ni sebaik2 guru untuk umat islam..percayalah cakap aku!!!

JANGAN JADI ORANG KUNO!!!



salam..dah lama rasanya aku tak update blog ni..mana taknya..tak tahu nak buat entry apa..pening..geleng kepala dok memikir..apala aku nak letak ni kat dalam blog aku..kebosanan tahap impak maksiam menjadikan aku seorang yang dungu kejap..otak terberhenti untuk berfikir buat semetara waktu..

dah 3 hari berpuasa,tapi aku masih tak ucapkan selamat berpuasa untuk seluruh umat islam didunia..SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA..

Ok..bercakap pasal bulan ramadhan ni kan,sebenarnya banyak kenangan yang manis dalam ramadhan..masa kecik2 dulu suka bagi alasan terlupa semata2 untuk mendapat seteguk air..dahaga giler la katakan masa tu..otak selalu ligat nak cari alasan semata2 nak buka puasa..itu takpela kan.nama pun budak kecik..tapi yang aku hairan sangat ni..orang dewasa...apa citer???

ok..sekarang ni korang janganla bagi alasan yang korang terlupa bulan ni ialah bulan puasa sebab sekarang ni masing2 ada facebook,twitter and blog..dan aku yakin masing2 dah letak status SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..so mustahil sangat2 korang tak tahu ni bulan ramdhan melainkan korang dok dalam gua macam orang sakai tu..ntah2 orang sakai pun tahu ni bulan puasa..buat malu je...

satu lagi..kalau tanya,puasa tak???puasa...tapi kalau tanya..solat tak???gulp!!!asal terkejut???ha...ni maknanya ada ada batu disebalik batu tapi kita tak tahu ada batu kat belakang batu tu..ha!!ambik kau peribahasa..aku pun tak paham...ha..jadinya,beringatla..puasa penuh,tapi solat rompong-rompong..kalau tanya,solat penuh tak bulan puasa,dia jawab,penuh je..solat jumaat je yang penuh..macam mana tu...

satu lagi..kalau terlupa boleh dimaafkan,tapi kalau buat2 lupa..nanti korang gantilah puasa..ganti puasa janga buat2 lupa lak..kalau puasa taknak,ganti puasa pun tak nak,solat pun tak nak..gi duduk dalam gua jela..senang..habis cite..kire korang cuba untuk mendidik diri untuk jadi manusia yang tak tahu apa langsung dan secara tak langsung mendidik diri jadi gile..bila dah gile..takyah la susah2 nak puasa n solat..senang cite kan??

di bulan ramadhan ni..sama2 lah kita renungkan kenapa allah jadikan bulan ramadhan ni untuk hamba2 dia..korang yang baca blog ni dah besar2 dan boleh berfikir semua,jadi,marilah kita sama2 guna otak pemberian allah tu agar jangan dibiarkan kosong..rugi!!!

Saturday, July 30, 2011

PENGUMUMAN PENTING!!!!!

assalamualaikum..bismillahirrahmanirrahim..dengan nama allah..aku memulakan tulisan aku hari ini..esok genapnya 1 0gos,bermakna umat islam akan memulakan ibadah puasa..aku hari ni,nak mohon maaf kat semua pembaca blog aku,kiranya kalau aku terkasar bahasa ataupun ada ayat yang kurang sopan kat dalam blog aku ni..aku minta maaf..

kadang2 aku tak update tiap2 hari..aku kadang2 tu takde idea..kering jap otak aku..aku mintaa maaf..minta maaf ni tak semestinya hari raya je..tiap2 hari kite kena minta maaf sebab kita tak tahu,umur kita sampai takat mana..takut tak sempat nak minta maaf..

so,hari ini,aku ada nak wat sikit pengumuman,andainya satu hari nanti,blog aku ni "terdiam" agak lama,tanpa di update..maknanya akan berlaku salah satu daripada tiga perkara ni..:-

1-mungkin sebab line internet kat sini dh terputus,memandangkan situasi kat sini makin hampri pada pilihan raya,kemungkinan besar internet akan terputus disemua tempat..macam rusuhan hari tula..semua line internet takde,tapi harapnya,biarla line internat ada macam biasa...

2-mungkin sebab aku dah balik malaysia,kat malaysia,rumah aku takde internet..maka aku tak berpeluang lansung nak update blog ni..aku minta maaf..

3-benda ni bukan aku sorang je yang akan alami,tapi semua benda hidup akan alaminya,cuma masa je yang berbeza...mati!!!aku bukan minta dipercepatkan tarikh kematian aku,tapi hanya dengan mengingati mati,aku lebih tahu dan sedar tentang hukum alam...lebih kenal siapa tuhan..

inilah 3 perkara yang akan berlaku sekiranya blog aku ni lama "mendiamkan diri"..sesungguhnya aku manusia biasa,ampunkan salah aku,aku tulis benda ni bukan apa,untuk mengelakkan syak wasangkan dikalangan pembaca blog aku nanti..

apa2 pun..selamat menyambut ramadhan..kejarlah nikmat ramadhan,kejarlah fadhilat yang terkandung didalamnya..aku berdoa pada tuhan,agar aku dan seluruh umat islam nanti,bila ada antara kita yang bakal di bawa berjumpa tuhan kelak,biarlah dalam keadaan syahadah..insyallah...semua perkara kerana allah..