Monday, July 11, 2011

SAPA NAK JOIN!!!!!!

bosannya..dah habis piksa ni,tula habis awal sangat..orang lain tak habis lagi..agak kebosanan..hmm...apa nk buat ye...(tengah berpikir)..buat bodo je...hahahaha...
hmmm..aku rasa dah lama aku tak tengok cite hantu,rasa2nya last tengok cite "SHOMBA"..hantu thailand..best gile..wa cakap sama lu..memang best...ni aku jamu jap korang ngan gambar2 CUTE shomba ni ek..







CUTE tak si shomba ni..dia ada fecebook..nanti boleh add dia ek..jadi freind dia..hahahaha..ha..cakap pasal facebook,dengar citenya ada cite baru..SETAN FACEBOOK..waaaa..macam best je kan..jom ushar SETAN FACEBOOK..



YIHAAAAA!!!sapa nak join..jom layannnnn.....

Sunday, July 10, 2011

PERHATIAN!!UJI BAKAT SEDANG DIJALANKAN!!

hahaha...gelak besar aku bila tengok video ni,serius!!!!si betina marah,yang si jantan tu tunduk je..ni barulah dinamakan QUEN CONTROL...peringatan tuk kucing2 jantan,jangan curang!!!..(video ni sekadar suka2 je)...

MOGA SATU HARI AWAK AKAN BACA..



Duhai si empunya diri
Ini hanya sekadar karya biasa
Bukan untuk memuja atau mengagung
Sekadar coretan biasa ikhlas dari kata.

Duhai si empunya diri
Izinkan aku berkata
Dirimu telah lama berada di atas sana
Berkat hasil usaha..

Duhai si empunya diri
Izinkan aku berkata lagi
Kisahmu telah banyakku baca
Kadang ada yang baiknya
Kadang ada yang buruknya
Tapi ku percaya
Hanya kau dan tuhan yang mengerti sebenarnya

Duhai si empunya diri
Kau juga manusia biasa
Tidak mahu aku terlalu memuja
Jauh sekali mengagungkanya
Tapi cukuplah jika kukagumi seadanya.

Duhai si empunya diri
Tolong dengarkan lagi
Puisi ini bukan untk menarik hati
Tapi sekadar tatapan buat diri..

Bolehkah engkau membacanya lagi??
Ntah mengapa hatiku mula berkata
Kau bukan wanita yang meninggi diri
Tapi hatimu penuh dengan sifat yang tersendiri
Kerana itu kau mula kecapi kebahagian hingga kini
Biar dulu laluanmu agak perit sekali
Tapi lihatlah kini
Kau Berjaya mengatasi..

Kenapa aku berkata seolah2 aku mengerti segalanya
adakah kita pernah saling mengenali??
Tidak!!!itulah jawapan pasti
Kau didunia sendiri
Begitu juga aku didunia ku sendiri

Aku tahu segalanya
Kerana aku percaya
Kau juga manusia biasa
Inginkan kebebasan selamanya
Seorang wanita biasa
Juga hamba allah yang taat pada perintahnya
Pasti memiliki perasan yang sama
Tiada bezanya makhluk didunia
Yang membezakannya hanya iman mereka.

Gambarmu sering terpampang dimedan akhbar
kisahmu tatapan utama buat manusia
Tapi aku percaya
Disebalik senyuman dan ceritamu
Pasti tersembunyi seribu kepahitan
Sejuta kegembiraan
Buat pengajarn untuk diri
Perkongsian dalam hati
Sebagai ingatan selama abadi

Wahai empunya diri
Aku berdoa kepada illahi
Supaya kau sentiasa menyiapkan diri
Menghadapi dunia hakiki
Dan akhirat yang kekal abadi

Pesan ku..
Jangan kau susah hati bila diuji
Jangan kau gentar bila dilupai
Tapi menangislah jika kau tidak berguna lagi

Satu kata-katamu
Yang sering kujadikan azimat buat diri
“YANG PAHIT ITULAH PENAWAR,DAN PENAWAR ITULAH YANG MENCIPTA KETENANGAN”
Terima kasih buat azimat ini
Sering kuingati
Bila diri terasa perit untuk melangkah lagi..
Harapanku..
Agar dipertemukan denganmu
Bukan untuk mengenali “SIAPA KAMU”
Tapi untuk mengenali “SIAPA DIRIMU”

Aku sentiasa berada dibelakangmu
Hatta satu hari nanti ramai yang meninggalkanmu
Kerana aku mengasihimu bukan kerana namamu
Tapi aku mengasihimu atas nama allah
Atas tiket persaudaraan
Atas landasan iman..

Duhai si empunya diri
Terlintas dihati untuk mencipta puisi ini
Bukan untuk memuji
Tapi cukuplah untuk sekadar tatapan hati
Kerana yang dipujai
Sentiasa berada dihati
Dialah RABBUL IZZATI..

Saturday, July 9, 2011

DENGARKANLAH AKU...



TUHAN..
aku tahu kau sedang mendengar rintihan ku
kerana dirimu sentiasa bersama hambamu
wajarlah "yang maha esa" sebagai gelaranmu
kerana tiada yang musthail bagi dirimu

TUHAN..
ingin aku membuka kisahku
aku tahu
pasti kau mendengarnya
kerana itulah aku berani untuk meluahkannya pada mu

TUHAN..
sungguh aku adalah pendalam ilmumu
tapi aku bukanlah manusia yang serba serbinya tahu
aku sekadar hamba
yang sentiasa memburu redhamu

TUHAN..
salahkah jika aku menegur manusia lain
hanya sekadar perkongsian
bukan niat untuk mengadili manusia lain
kerana tak layak rasanya manusia mengadili sesama mereka

TUHAN..
aku mula bercerita lagi
banyaknya pengajaran yang kau berikan padaku
tak ternilai rasanya setiap pengajarn itu
tapi biarlah seimbang dengan keperitan ku..

TUHAN..
susahnya untuk aku mempercayai manusia lagi
kenapa ini mula membentuk dalam diri
aku masih memburu jawapan yang tidak pasti
sehingga kini aku masih lagi sendiri..

TUHAN..
aku masih menantikan satu kepastian
perkara yang aku nantikan dalam kehidupan
satu perkara satu impian
biar tergapai jua dengan keradhaan..

TUHAN..
kini aku masih lagi disini
membetulkan diri
mencari jawapan sendiri
menunggu impian terealisasi..

Thursday, July 7, 2011

RINDUNYA AKU PADA KORANG..

oh my darling i LOVE U..hehehe..kadang2 aku berpikir,lebih senang berkawan ngan binatang daripada kawan ngan orang ni..kalau binatang diorang setia,diorang paham perasan kita,dia tahu bila kita sedih..semuanya diorang tahu..tak caya??

aku pernah main kejar2 ngan kucing aku..korang tak caya??aku pernah suruh dia kejut aku sahur,dia kejut aku betul2 tau..caya tak??tak caya sudah..tapi sekarang dia dah lama hilang..aku menangis dia hilang..dah takde periang hati aku,dulu kalau selalu kena marah ngan cikgu,aku akan gi kat kucing aku,aku ngadu kat dia,kalau dia tengah tido,dia mesti dengar cite aku sampai habis..sungguh..AKULAH PENCINTA KUCING!!!

tapi gambar2 kat bawah ni bukan kucing aku..aku "jumpa dia" kat google..aku harap kucing2 aku tu dapat teruskan hidup dengan baik..walaupun tanpa tuan dia yang selalu bagi makan kat dia,insyallah..dia boleh hidup diluar sana..

aku memang sayang kat diorang,tapi bukan kehendak aku nak diorang hilang,walaupun diorang binatang,mungkin dah tertulis nasib diorang macam mana masa kat dunia ni..kalau diberi pilihan..aku nak jumpa balik semua kucing2 aku kat syurga nanti...aminnnnn...









MAK..ANDAI MAK BACA KALAM NI..



Ibu…anakmu disini amat merindui mu…
Tak terungkap dengan kata2
Tak terzahir dek alis mata
Betapa aku bersyukur mempunyai ibu sepertimu..

Ibu..aku tidak memrlukan tongkat selain dari dirimu
Aku tidak memerlukan kasih sayang selain dari dirimu
Aku tidak menagih simpati selain dari dirimu
Aku hanya inginkan dirimu

susahnya dirimu membesarkan ku
hanya dengan setitik susu
kini aku membesar dengan penuh bahagia
tak terkira jasamu jika dibilang semuanya

andai tiap titisan darah dari badan ku sendiri
masih tak dapat membilang jasamu
robeknya hatiku jika melihatkan kesakitanmu
pedihnya hatiku bila kau menanggung siksa
ramai yang mengkritikmu
tapi sedikit pula yang menyanyangimu
tak terkira lagi air matamu yang gugur
kerana manusia yang sentiasa ingin mencari salahmu
bila ditanya “kenapa ibu”
inilah jawapan mu “tiada apa anakku,semuanya baik2 sahaja”
sungguh dirimu buat aku tersinggung lagi
kenapa setiap masa perlu untuk membohongi ku??
Ibu izinkanlah aku merasai keperitanmu
Disebalik senyuman terselit seribu kepedihan
Yang dah bertahun lamanya kau menanggung sendirian
Izinkanlah aku berjalan seiringan denganmu.
Anakmu ini dah cukup dewasa untuk memahami apa yang bertapak dalam hati mu..

ibu..terima kasih atas jasamu
segala kasih sayangmu
ya allah..bersyukurnya aku atas nikmat mu yang satu ini

ibu..dirimu tiada perumpamaan dalam dunia ini
kerana tiada apa pun yang dapat diumpamakan dengan kasih sayangmu
andai dapat aku tanggung sedih mu
pasti aku lakukan..

ibu….saat ini..hampir jatuh air mata keegoan ku
mengenangkan diri mu yang jauh disana
apa khabar dirimu disana
apa yang telah manusia lakukan padamu??

Saat ini,adakah kau tersenyum gembira??
Atau lara dihati masih membekas??
Walau apa pun yang bakal mendatang
Pergantunganmu hanya pada yang Satu
ALLAH…

Duhai dunia..
Tiadakah penghargaan buat sang ibu
Jasa mereka lebih besar dari dirimu
Mereka sentiasa menjanjikan pada kami
Janji yang nyata dan bahagia
Sedangkan engkau hnya nikmat sementara
Jika diikuti belum tentu bahagia..

Duhai si penderhaka..
Tidakkah kau merasa malu dengan dirimu
Sungguh hina mereka yang memderhaka ibunya sendiri
Tiada tempat dalam dunia ini untuk mereka
Yang seperti ini..

Puisi ku tak seindah kalam penyair
Juga tidak segah kalam pemidato dunia
Tapi ikhlas dari hati
Luahan rasa dari seorang anak
Buat ibunya..

BERSABARLAH SAYANG...

salam..kawan2..agak terkejut bila dikhabarkan dengan kematian ibu kawan aku pagi tadi,mungkin waktu malaysia kot..aku pun baru tahu tadi..aku nak curi masa korang,2 mint pun dah ok..sedekahkan al-fatihah tuk arwah..AL-FATIHAH..

touching gak aku ngan benda ni,rasa simpati pun ada,kawan aku tu piksa hari ni,kebetulan hari ni last dia piksa..dengar cite lak dia nak balik kawin pas ni..sapa tak sedih ooooo....pedih hati...

aku boleh rasa macam mana dia rasa,mungkin tak sepenuhnya la apa yang dia rasa..tapi..boleh tersungkur tu..mak lak yang meninggal..aduhh..kalau aku..ntahla..boleh pengsan 2 minggu!!serius!!

bagi aku,susah sangat nak hidup tanpa ibu,bagi aku,setiap anak yang sayangkan ibu dia,apa yang dia buat sekarang ni semata2 untuk ibu dia,dia berjaya atas doa ibu dia,dia bahagia atas doa ibu dia..ya allah..besarnya jasa seorang ibu..semoga ibu2 diseluruh dunia ni dikurniakan syurga buat diorang..

jika diberi pilihan,aku sanggup untuk membahagikanpahala untuk ibu aku..dia penyokong hidup aku...dan aku yakin..anda pun pasti akan rasa benda yang sama..

apa yang aku harapkan..korang hargailah ibu korang sementara dia masih ada ni,jangan sia2kan kasih dia,jangan pandang hina dengan doa dia,ingat..ibu koranglah manusia pertama yang bagi korang makan,tanpa susu diorang tak mungkin korang hidup sihat sampai hari ni...

"saat ini aku menadah tangan ku,meminta darimu yang maha esa,kau ampunilah dosa ibu kami dan peliharalah dia dari azab dunia dan akhirat,sesungguhnya dari dialah kami mula mengenal baik jahatnya dunia,dan dari dialah jua kami mula mengenal tentang keesan mu ya allah".