Monday, July 4, 2011

JAHATNYA DIORANG NI...

ada sedikit luahan dari hati yang ingin aku kongsikan pada hari ini..agak terkilan bila ada yang cakap "ORANG ARAB NI JAHAT DAN KUAT MENIPU!!"...ye..memang betul diorang ni kuat menipu..tapi betul ke diorang ni jahat???

aku sendiri sekarang berada di negara arab,dan apa yang aku lihat,diorang tak jahat,cuma diorang kuat menipu..sebab tulah nabi diturunkan dikalangan orang arab,sebab tulah dinamakan zaman jahiliyah,sebab semua serba serbi diorang tak tahu..

diorang jahat ke??negara diorang kotor..itulah yang orang selalu cakap tentang orang arab..ok..kalau nak jugak kata diorang jahat,takpe,silakan..aku akan bagitahu korang apa kejahatn yang diorang dah lakukan...

1-diorang selalu berzikir,mulut diorang sentiasa dibasahi dengan selawat.

2-kalau diorang bertembung dengan sapa2 pun pasti diorang akan bagi salam.

3-diorang sangat menghormati tetamu.

4-bila azan berkumandang,masing2 lari meninggalkan urusan yang lain semata2 untuk menunaikan solat.

5-masjid diorang tak cantik,tapi sentiasa penuh dengan orang yang datang menunaikan solat 5 waktu.

6-ditepi2 jalan diorang menyediakan air minuman untuk sesiapa sahaja yang dahaga.

7-bila bulan puasa,amalan bersedekah dan membaca al-quran umpama perkara wajib yang perlu dilakukan setiap hari.

8-kaum wanita selalu dilindungi.

9-sentiasa mendoakan kesejahteraan orang lain.

10-dan yang penting..BERANI MEMPERTAHANKAN NEGARA DIORANG SENDIRI.

adakah ini dinamakan kejahatan??banyak betul ye kajahatan diorang ni..hmmmm..banyak lagi kebaikan yang ada pada diorang ni,tapi kenapa orang tak peduli dengan kebaikan ni tapi lebih suka memandang keburukan yang ada..nak kata jahat..sapa2 pun boleh jadi jahat,kat malaysia pun tak semua yang baik,ada gak yang jahat,tapi kenapa yang tu orang tak pandang??

sejahat2 diorang pun,kebanyakan bumi arab ni diberkati,bumi para nabi,dan ada disebut didalam al-quran..mungkin negara diorang tak seindah korea,jepun,london,bangkok dan lain2,tapi keberkatan bumi diorang takde pada negara2 korea,jepun dan lain2..masih ramai para ulama berketurunan nabi yang masih hidup dan masih terus berdakwah..

apa2 pun..tak nak komen panjang2,kalau nak tau macam mana..datang sendiri dan rasa sendiri,baru boleh buat kesimpulan sendiri..

"MEMANG SIKAP MANUSIA SENTIASA MENCARI SALAH ORANG DARIPADA MENCARI SALAH SENDIRI"

TOLONG SENYUM BOLEH TAK...

salam..tadi aku baru jap baca entry sorang kawan aku ni..agak menarik tajuk dia..aku terpandang pada satu perkataan yang agak menarik "SENYUM"...

HA..inilah perkara yang tak dapat disangkal lagi kebenarannya..susahnya rakyat malaysia ni nak senyum..ada apa ntah dalam mulut tu sampai nak senyum pun susah..dalam mulut tu ada emas ke??tak pun tak gosok gigi sebulan kot,tu yang malas senyum,takut berbau satu pejabat lak nanti..

senyum kan satu sedekah..korang tak nak pahala ke??pahala nila paling senang nak buat,dalam masa yang sama,korang sentiasa nampak awet muda kalau selalu senyum...pengubat hati orang yang tengah sedih,orang nak marah pun tak jadi tengok kita senyum..

jadi marilah kita sama2 senyum..macam dalam lagu tu..senyum,tak perlu kata apa2...jom kita buat kempen "SENYUMLAH DALAM HARI ANDA,PENGUBAT JIWA,PENGAWET MUDA"


kambing pun reti senyum..kambing telah pun membuktikan slogan "SENYUM KAMBING" telah pun direalisasikan..






sapa kata orang hidup je berhak senyum,orang yang dah meninggaal pun ada hak tau untuk tersenyum..



aku lupa nak ingatkan..senyum tu biar berpada2,jangan nanti sampai nak tido pun senyum sorang2,orang tengah sakit pun senyum..itu namanya dah mula tempah tiket nak kena sepak tu..

MANUSIA OH MANUSIA..

ntah kenapa sekarang ni aku suka untuk bermuhasabah diri aku sendiri..banyak benda yang aku mula berfikir untuk diri aku sendiri..betapa aku sedih melihat manusia di sekeliling yang sudah mula kufur dengan nikmat tuhan..ini semua angkara iblis yang dibantu nafsu,mereka tak pernah berhenti untuk menyesatkan kesemua cucu adam dan hawa..dan pastinya sekarang mereka tersenyum puas dengan kejayaan mereka..misi dan visi telah tercapai,tapi mereka tidak pernah merasa puas..

begitulah juga sifat manusia,yang tak pernah puas dengan apa yang mereka ada..apa lagi yang manusia mahukan setelah mula melakukan kerosakan di muka bumi ini??aku tertunduk malu bila mengenangkan nasib diri aku,aku sendiri juga tak terlepas dari nikmat dunia yang makin laju memburu diriku..atau aku sendiri yang memburu dunia??

tuhan,andai esok kematian mula menjemput ku,aku mohon,tempatkanlah aku bersama orang2 yang beriman,tempatkanlah saudara2 seagama ku bersama orang2 yang ikhlas dalam ibadah..aku meminta semua ini kerana aku tahu,aku tidak mungkin dapat meminta agar diperlambatkan tarikh kematian ku,kerana semuanya telah termaktub di arasy mu ya allah..

aku masih tertunduk malu,sepanjang 22 tahun,apa lagi yang aku lakukan dalam hidup aku sebagai penyumbang kepada agama ku sendiri..tiada..lesu..segalanya pudar...

saudaraku..aku tidak mampu untuk mengubah kalian,apa yang aku mampu lakukan,hanyalah doa dari hamba kepada sang pencipta...doa ku untuk kalian..sungguh!!!allah sendiri tidak akan mengubah kalian kecuali kalian sendiri yang dapat mengubah diri kalian..ini bukan omongan kosong,tapi ianya telah termaktub dalam kitab suci..mahukah kalian mengingkarinya??

jangan merosakkan diri sendiri,kerana allah amat menyanyangi hambanya,nabi muhammad begitu kasih kepada umatnya,sehingga sanggup menanggung sakit kematian umatnya..kenapa kalian tidak perasan semua ini??

sesungguhnya baginda amat merindui kita,umatnya yang tidak pernah menatap wajahnya,sedarkah kita bahawa baginda selalu memrhatikan kelakuan umat2 nya di alam sana??tidak malukah kita dengan perlakuan kita sekarang??

kalian..moga tuhan sentiasa bersama kita,merahmati hari2 berbaki yang kita ada,moga segalanya di bawah naungan allah..

oppSSSS...aku dah mula berpuisi kembali..agak kelakar bila detektif conan berpuisi..tapi realiti kini berbeza dengan realiti sekarang..sungguh!!aku berharap agar satu hari nanti kita semua bersatu di bawah naungan allah..

akhir kata "kita umat yang diredai,sungguh rugilah jika kita mengabaikan setiap rahmat yang telah tersedia dihadapan,dan cuba mengambil kebencian allah di belakang"

allah berfirman "demi masa,sesungguhnya manusia dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihat utk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

Saturday, July 2, 2011

TAKDE APA YANG ISTIMEWA PUN PADA MANUSIA...

salam...kawan2..sebenarnya hari ni aku tak tau nak bawak tajuk apa tuk entry aku ni..tapi..aku cuba fikirkan mulai dari sekarang!!!!hehehehe..

aku mula berfikir..kenapa manusia memerlukan penghargaan??manusia sering untuk mencari perhatian orang,mereka selalu nak orang sayang mereka,mereka mahukan orang sentiasa memahami mereka...perlu ke???

ye!!!!aku mengaku..aku juga termasuk dalam salah seorang yang aku sebut di atas tadi,tapi..itu dulu...pengalaman banyak mengajar aku,bosannya jika aku cuba untuk menyanyangi seseorang lebih dari diri aku sendiri,sakitnya bila aku cuba mendapatkan perhatian orang lebih dari sang murabbi,hibanya jika aku sering mengharapkan balasan atas apa yang aku dah buat untuk orang lain..

waktu aku gembira,ramai orang disekeliling aku yang turut sama gembira,tapi bila aku kesedihan,mana mereka??dari sini aku mula belajar sesuatu..

"BILA KITA CUBA MENGEJAR NIKMAT DUNIA,SEBENARNYA NIKMAT ITU MAKIN JAUH DARI KITA,KERANA DIDUNIA INI TIDAK ADA SATU NIKMAT PUN YANG AKAN KEKAL LAMA"

aku turut bersedih bila aku terdengar ada manusia yang bersedih disebabkan manusia lain,kerana aku juga pernah merasai sama seperti mereka suatu ketika dahulu...

duhai manusia..
jangan engkau menghambakan diri pada dunia,
jauh sekali pada manusia,
kerana mereka tidak pernah menjanjikan apa2,

duhai manusia,
kite sering kali terpadaya,
dengan benda yang fatamorgana,
mungkin itu sifat manusia,
sering tertipu dengan kemewahan dunia.

duhai manusia,
cubalah mengingati "nya",
tadahlah tanganmu meminta dari "nya",
menangislah semata2 kerana "nya"

hiasilah dirimu dengan iman,
basahilah lidahmu dengan zikrullah,
sinarkanlah bibirmu dengan senyuman,
titis kanlah air matamu dengan taubat..

puisi aku ni takdelah best mana..tapi yang penting...setiap hari niatkanlah dalam hati "semua perkara yang aku lakukan hari ni adalah ikhlas tanpa mengharapkan balasan dari manusia,bukan juga kerana pahala,tapi cukuplah kerana redha allah"
insyallah..hari korang akan jadi lebih tenang dan mudah...

Thursday, June 30, 2011

MAKA BERMULA KISAHNYA.....

salam..kawan2..hari ni aku nak cite sikit,cerita yang telah diceritakan oleh kawan aku kepada aku tadi,dan aku rasa agak menarik gak cite tu untuk diceritakan disini..

begini kisahnya bermula...adala sorang mamat ni yang agaknya ingin membawa kemajuan kepada orang2 asli ulu yang tak reti langsung pasal dunia luar ni,so hari tu dia bertekad untuk gi ke perkampungan orang asli dengan menaiki kapal terbang,tapi bukan kapal terbang MAS tu,kapal terbang askar la kot agaknya...

so si mamat ni bawakla sebahagia orang2 asli ni naik kapal terbang tu,kat dalam kapal terbang tu bahagian belakang dia lapang,memang boleh main tuju guli la nak katanya betapa luas kat belakang tu...

tengah syok2 pilot tu bawak kapal terbang tu,tiba2 si mamat ni dengar orang asli kat belakang tu bising2,dia pun gi la jenguk,sekali gi tengok,diorang tengah lompat2 lak sambil bermain2 riang..so si mamat ni pun cakapla "eh,janganla macam ni,jangan main kat sini,kat sini tak boleh main,kalau nak main kena main kat luar"..so orang asli tu pun senyapla jap,si mamat ni pun gi la balik kat tempat duduk dia kat sebelah pilot tu..

dok asyik2 duduk kat depan tu,tiba2 si mamat ni tak sedap hati lak,asal senyap je kat belakang tu..dia pun gi la jenguk balik kat belakang tu,sekali jenguk,orang2 asli yang ramai tadi tu dah takde,yang tinggal cuma 4 orang je..dia pun hairan dan pelik,sambil mengaru2 kepalanya,dia pun bertanya pada orang asli yang masih stay kat situ "mana yang lain??"..orang asli pun jawab "tuan kata kat dalam ni tak boleh main,kalau nak main kena main kat luar,jadi diorang semua dah main kat luar"..

si mamat yang agak kaget dengan jawapn orang asli tu pun bertanya lagi "habis tu kenapa korang tak ikut??"..dengan selamba dan muka sardinnya,orang asli pun menjawab "KAMI NI PEMAIN SIMPANAN"...

agak2nya orang asli yang "main kat luar" tu mati syahid tak???hehehe..so kesimpulannya...lain kali kalau nak cakap dengan orang yang tak berapa reti ni kenala guna bahasa yang skema,yang lurus..jangan pakai bahasa yang tinggi2 ni...

jadi salam pagi jumaat tuk rakyat malaysia..biar smlm mngjr erti pyh,hari ini mngjr erti lelah,tp esok mnjnjikn 1000 hidyh dr allah buat sang hmba.

Wednesday, June 29, 2011

CARA2 NAK HILANGKAN LOYA..

kan aku dah janji nak letak gambar lain bagi korang hilang loya sebab tengok gambar dalam entry yang sebelum ni,setelah berpikir panjang,akhirnya aku rasa,hanya gambar ni je yang dapat hilangkan loya korang,korang pilihla mana satu yang korang berkenan...

harapnya pasni takdela loya korang tu..


JERUNG TERSALAH MAKAN..

hari ni aku nak share pic ni yang aku search kat net tadi,sebenarnya aku memang nak kongsikn dengan korang pasal jerung pun,tapi gambar lain lak yang dapat,takpela,korang layanla jela gambar2 ni..jerung makan manusia..ni memang dah nak muntah tahap nak tersembelit dah ni,dahla semalam tengok cite orang makan orang,tapi tu pun tengok tarik2 je,yang tu pun aku muntah dah tengok..

pelik tul manusia makan manusia ni..loya tekak aku tengok,takpela,korang layan dulu gambar2 ni,pasni aku letak gambar lain lak nak bagi hilang loya tu....