Friday, January 7, 2011

DIROGOL DAN DIMAKAN

gambr2 ini dikatakan menjadi mangsa rogol kemudian dibunuh,dagingnya disiat-siat kemudian dimakan oleh peogolnya...

diberitakan perogolnya seorang lelaki bangladesh,kejadian berlaku di arab saudi...

info daripada borakkosong.com..time ksh...






EXAM.....




salam..exam nak dkt dah....10 ni dah stat,buat kwn2 yg bakal menduduki exam...buat yg terbik tuk thn ni..bg sm2 cpt najah..

nak blk cpt..nak jg mak,lama dah mak tunggu aku..sbr ye mak...nak jg ikan,nak jg ayam,cian kat diorg,xde sp nk tgk selalu...ya allah..bg la kami semua ni najah dgn senajah2nya,permudahkanla urusan kami dunia dan akhirat..amin...

BELAJAR BUKAN UNTUK CEMERLANG TAPI BELAJAR UNTUK ILMU...

Wednesday, January 5, 2011

TIADA ALASAN NAK JADI GRO-NASIHAT DARI UST ZAHARUDDIN ABD RAHMAN..

PEMBABITAN dalam kerjaya yang jelas status pengharamannya masih banyak berlaku di dalam negara kita.

Pelbagai alasan diberi oleh sebahagian mereka untuk mengurangkan rasa berdosa atau lebih berbahaya, menyatakan dan ‘membenarkan’ tindakan mereka sebagai halal atau harus.

Menyentuh hal ini, saya bersetuju kita tidak boleh terus menghina petugas seperti itu seolah-olah mereka tiada lagi peluang untuk memperbaiki kerjaya mereka.

Khususnya penghinaan tanpa usul periksa kerana mungkin ada yang terjebak kerana diperangkap sindiket ‘hitam’ akibat nafsu muda atau kerana kejahilan sendiri.


Namun begitu, kita harus sedar teguran dan kecaman terhadap mengutuk pekerja- pekerja yang rela dan dengan sendirinya memilih kerjaya terbabit.


Kutukan perlu dibuat terhadap kerjaya kotor itu dan bukan tertumpu sangat kepada individu, ini perlu dilakukan sesuatu pihak supaya kesedaran dan kehinaan dosa itu dapat dibangkitkan.

Pada masa sama, ada pula pihak pendakwah lain mencuba teknik berbeza iaitu dengan kaedah lembut dan memujuk. Namun, kita tidak boleh menyalahkan teknik ‘kutukan’ dan ‘kecaman’ kerana teknik itu juga bersumber daripada al-Quran dan al-Hadis.

Kita perlu sedar, teknik dakwah adalah hal yang perlu diambil perhatian, kerjaya GRO atau Guest Relation Officer mempunyai banyak takrifan dan bidang tugasan.

Bagaimanapun, selepas melakukan semakan, kedapatan ada GRO yang mempunyai tugasan tertulis yang ‘neutral’ dan benar-benar bersifat pentadbiran.

Namun begitu, tugasan yang ‘tidak bertulis’ itulah yang merumitkan, di mana ia kerap melewati tugasan tidak sihat iaitu melayan kehendak pelanggan walau hingga ke dalam bilik.

Jelas di sini, tema utama tugasan adalah ‘melayan pelanggan sehingga sasaran perniagaan tercapai’.

Merujuk kepada situasi ini, penggunaan GRO di negara kita perlu dikaji berikutan ia bercampur antara dua bidang tugas iaitu yang haram serta yang tidak haram.

Ini kerana, jika dilihat daripada laporan media, kerjaya GRO digambarkan dan digunakan secara kerap kepada ‘kerjaya pelacur’.

Justeru, menjadi tanggungjawab pendakwah untuk membidas tugasan ini daripada dilakukan mana- mana wanita atau lelaki Islam, walau dalam apa keadaan mereka sekalipun.

Oleh itu, saya ingin menegaskan secara umum kepada sesiapa saja yang cuba mencari alasan dan ‘justifikasi’ untuk membenarkan umat Islam bertugas dalam kerjaya GRO dan yang sepertinya dengan beberapa fakta iaitu:


1. Apa saja tugasan dan kerjaya haram mesti disebut sebagai ‘haram’, khususnya kerjaya GRO dan pelacur.

Menjadi tanggungjawab mereka yang berilmu untuk memaklumkan gesaan berhenti serta-merta dan bukan memberi masa. Jangan sesekali kita bertindak luar biasa untuk memberi apa saja kenyataan yang seolah-olah memberi izin untuk mereka meneruskan kerjaya itu atas alasan darurat.

Klasifikasi darurat tidak boleh diguna pakai tanpa ilmu dan kajian khusus. Jangan sewenang-wenangnya menggelar keadaan itu darurat bagi mengharuskan yang haram.

Perlu diingat kaedah fiqhi yang menyebut, “apa yang diharuskan kerana darurat mesti diikat dengan limitasinya (batasan).”

Sejauh mana batasannya dipantau dan dipatuhi? Jika darurat, ia perlu dinilai mengikut timbangan kerosakan dan kebaikan yang terhasil, jika kerosakan lebih banyak, ia maslahat yang tertolak.

Oleh itu, yang perlu ditegaskan adalah gesaan mencari kerjaya lain dan bertaubat dengan serta-merta.

Taubat di dalam Islam memang perlu disegerakan kerana Imam Al-Ghazzali mendefinisikan taubat sebagai: “Meninggalkan maksiat dengan serta-merta dan berazam kukuh untuk meninggalkannya pada masa depan, dan berusaha menebus dosa lalu.” (Ihya ‘Ulumiddin, 4/5)


2. Kerjaya haram GRO dan yang sepertinya akan mengakibatkan hilangnya keberkatan dalam kehidupan petugas itu, akibatnya akan menjauhkannya daripada kesedaran dan bukan memberi ruang untuk dia meneruskannya.

Justeru tidak wajar timbul cadangan dari sesiapa juga untuk ‘biarkan sehingga dia merasa bosan dan sedar’, atau memberinya masa terus bergelumang dengan dosa.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang mukmin itu, adalah apabila dia melakukan dosa, wujudlah satu titik hitam di hatinya, apabila dia taubat, hilanglah titik hitam itu dan licinlah hatinya semula, namun apabila ditambah dosanya, semakin tertutuplah hatinya, maka itulah karat yang disebut oleh Allah di dalam Kitab-Nya.” (Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim)


3. Rasulullah SAW mengajar umatnya supaya usah bertangguh dalam mengerjakan hal baik, khususnya taubat.

Dalam hal ini kita sewajarnya menyeru pekerja dalam sektor haram sebegitu dan yang lainnya untuk segera bertaubat dan bukan memberi mereka masa seolah-olah kerjayanya boleh diterima dengan hujah inginkan perubahan dengan kesedaran dan bukan dipaksa.

Fakta sebenar di dalam ilmu Islam, perkara haram dilarang kerana ia memudaratkan diri dan orang lain, ia mesti dihentikan serta-merta tanpa tangguh.

Sesiapa saja yang ingin memberi motivasi dan membetulkan keadaan tidak boleh berlagak kononnya ingin memahami kesukaran petugas GRO, menjaga hatinya lalu sewenangnya ‘memberi tangguh’ sedang Allah dan Rasul-Nya tidak memberi tangguh dalam hal maksiat.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa, 17)

Imam Al-Ghazzali juga menjelaskan bahawa: “Wajibnya taubat itu adalah dengan segera tanpa keraguan dan tangguh, kerana sifat maksiat itu pemusnah iman seseorang. ( Ihya ‘Ulumiddin, 4/7). Namun, jika setelah kita memberi nasihat, lalu pelaku maksiat dengan sendirinya ingin mengambil masa sebelum berubah, itu adalah isu lain, namun kita tak boleh memperuntukkan tempoh tangguh tersebut.


4. Tidak boleh diterima alasan bahawa dia tidak mampu membuat kerja lain atau pihak berwajib atau pendakwah belum menyediakan tugasan alternatif untuk pekerja sebegitu, ini kerana selaku manusia yang sihat, setiap individu yang diberikan oleh Allah akal dan tubuh yang sihat.

Manusia sepatutnya bijak dan bertanggungjawab penuh menggunakan seluruh anggotanya untuk belajar sesuatu yang berfaedah dan menggunakan ‘skil’ itu untuk memperoleh pendapatan halal, bukan menjual tubuhnya untuk nafsu serakah manusia.

Kewujudan tugasan alternatif bukan syarat untuk berhenti dari melakukan dosa terbabit, kerana alternatif sebenarnya wajib difikirkan dan diusahakan oleh si pelaku itu sendiri jika dia masih beragama Islam.

Tanggungjawab menyediakan alternatif seterusnya jatuh pada ketua agama di sesebuah negara. Pada hukum asalnya, itu bukan dibebani oleh pendakwah dan pemberi nasihat.

Ketiadaannya jangan sekali menyekat pendakwah daripada memberi nasihat dan teguran tepat walau pedas dan berbisa. Lihat saja kisah Nabi Musa AS dan Harun menegur Firaun dengan terang dan jelas. Cuma nadanya yang lembut dan tenang serta petah, iaitu bukan dengan maki hamun.

Imam al-ghazzali menyifatkan orang yang melakukan dosa tanpa taubat dan berhenti tapi ingin Rahmat Allah SWT dan dimudahkan kepada pendapatan, kehidupan yang bersih dan halal adalah seperti: “seorang yang membelanjakan semua hartanya, dan meninggalkan diri dan keluarganya dalam keadaan fakir, namun sentiasa menunggu kurniaan dari Allah untuk memberinya rezeki, menemui harta yang tersimpan di dataran yang kontang. (Ihya Ulumiddin, 4/58)

Beliau mengulas lagi selepas itu dengan berkata, penantian itu memang boleh dilakukan tetapi ia adalah suatu tahap kebodohan dan kejahilan yang tinggi. (Ihya Ulumiddin, 4/58)

Jika ada yang mengatakan petugas ini boleh berniat tidak reda dan berusaha sedikit demi sedikit untuk mencari kerjaya lain, kenyataan sebegitu adalah tersasar kerana pelakuan maksiat yang dilakukan tanpa paksaan ke atas nyawa dan harta tidak diterima di dalam Islam.

Malah perbuatan itu menghancurkan objektif (maqasid al-shariah) yang lebih tinggi iaitu kerana kerjaya itu bakal menghancurkan agama si pelaku, menyebabkan maruah dan kehormatannya hilang, menyebabkan tali keturunannya rosak dan hartanya tidak diberkati.

Kesimpulannya, ada pihak menjadi cemburu atau tertarik dengan jumlah pendapatan lumayan yang berjaya diperoleh melalui kerjaya ini berbanding kerjaya halal tapi bergaji rendah.

Ingat, jika pekerja GRO atau mana-mana petugas dalam industri haram terus dalam pekerjaan kotornya dan kelihatan mampu menyara hidup dengan baik hasil duit kotor itu, malah kelihatan lebih mewah dan ‘berjaya’ daripada mereka yang berpendapatan halal, ia secocok dengan sabda Rasulullah SAW bahawasanya: “Apabila kamu lihat Allah memberi limpahan kurnia di dunia kepada hambanya, sedang segala maksiat disukainya (dan diperbuat), ketahuilah sesungguhnya itu ‘istidraj’.”

Kemudian Rasulullah SAW menyatakan, Allah SWT berfirman bahawa: “Dan tatkala mereka melupakan apa yang diingatkan kepada mereka, kami sengaja memberi kurniaan dunia dari pintu yang pelbagai, sehingga apabila mereka bergembira dengan yang diperoleh, kami akan rampas darinya secara tiba-tiba, ketika itulah mereka berputus asa.” Al-An’Am ayat 44. (Riwayat Ahmad & At-Tabrani)

‘Istidraj’ yang disebut di dalam hadis tadi bermaksud kurniaan ganjaran keduniaan kepada penjahat dan pelaku dosa dan maksiat untuk menghumbannya terus ke neraka tanpa peluang kembali ke pangkal jalan.

Hal ini serasi dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada penyakit (dosa dan mereka biarkan), lalu Allah menambahkan penyakit di dalam hati mereka.”

Oleh itu, mereka yang berilmu dibenarkan untuk memaksa pekerja sebegini berhenti daripada kerja GRO, pelacuran dan lain-lain kerjaya haram sama ada melalui nasihat atau kecaman.

Jangan sekali-kali membuka jalan serta memberikan gambaran wujudnya ruang keharusan untuk dia terus bekerja di situ.

Namun, hulurkan bantuan dan kasih sayang, antara tanda kasih sayang itu adalah menasihatkannya supaya terus berhenti dan pihak berwajib perlu menyediakan alternatif dengan segera.

GEMUK KERANA DITINGGAL KEKASIH..



LONDON: Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason memberitahu kekecewaan ditinggalkan kekasih mendorong nafsu makannya menjadi-jadi hinggakan berat badannya mencecah 444 kilogram.

Mason, 50, tidak berhenti makan 24 jam sehari semata-mata untuk memulihkan hatinya yang terluka. Menjelang 2009 keadaan tubuhnya menjadi terlalu gemuk sehinggakan dia tidak dapat berjalan.

Akhbar ketika itu mendedahkan bagaimana dia memerlukan pembedahan bagi mengurangkan makanan yang diambil jika dia mahu terus hidup.

Sejak itu Mason yang berasal dari Ipswich sudah mengurangkan lebih 190 kilogram dan melepaskan gelaran Lelaki Paling Gemuk di Dunia dipegangnya. Dia juga berharap akan menemui cinta baru.

Mason mendedahkan dia menghadiri makan malam dengan seorang wanita istimewa pada Hari Tinju.

Namun, dia mengakui: “Makanan adalah dadah saya. Ia memerlukan usaha untuk memperoleh saiz sekarang ini. Saya tidak pernah makan begini ketika muda. Saya kurus dan aktif ketika itu.”

“Amalan makan tanpa henti 24 jam sehari disebabkan oleh sesuatu perkara yang berlaku ketika saya berusia 20-an. Anda boleh kata yang saya makan untuk menyembuhkan hati saya yang terluka.


“Saya bertemu seorang wanita pada usia 21 tahun dan dia membuatkan hidup saya cukup sempurna.

“Dia berbeza dengan wanita lain yang saya temui sebelum itu. Dia berusia 39 tahun dan lebih tua daripada saya. Saya masih berasa sedih untuk menceritakan apa yang berlaku.


“Saya memanggilnya Char. Saya menyukainya dan berfikir akan meneruskan hidup ini bersamanya.

“Dia mempunyai kediaman sendiri dan saya membantunya untuk menghias rumahnya. Kemudian, secara tiba-tiba dia memutuskan hubungan kami.

“Kejadian itu berlaku pada 1986 ketika saya berusia 26 tahun. Dia bertemu dengan lelaki lain dan kemudian terus bertunang.” - Agensi

TABIAT WANITA MENGIKUT HARI KELAHIRAN.....(SJ..SUKA2)

ISNIN
wanita ini bersikap jujur,tak cepat mengelabah atau panik,berhati-hati,tidak mudah mengalah,pandai menjaga diri dan pergaulan.ramai teman lelaki dan wanita menyukainya.dia juga mudah memberi pertolongan,cergas dan berusaha kuat.pandai menguruskan wang,namun jika marah berapi-api dan menakutkan,jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran,dia mencurahkan kesetiaan tak berbelah bagi dan sedia berkorban.seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suaminya.namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.apabila tidak sukakan seseorang dia sentiasa mencari salahnya.hatinya keras dan sukar di lembutkan.tetapi mudah mengalah dan meminta pertolongan orang lain.pandai simpan rahsia,hanya orang tertentu sahaja tahu rahsianya,keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh.dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.dalam soal kewangan dia pandai berjimat cermat.tak kedekut,dia juga rajin bekerja dan bertanggungjawab,suka dipuji tetapi memerlukan bimbingan dalam banyak perkara.

RABU
suka berdendam jika ada orang buat jahat padanya,dia akan berbuat lebih jahat pada orang itu.namun dia pandai dalam pergaulan,pandai mengambil hati orang lain dan pandai menghargai orang.suka mementingkan teman dari dirinya sendiri.berfikiran terbuka dan tak pandai simpan rahsia,tidak suka diperintah dalam bekerja.keputusannya tidak seimbang,kurang berpengalaman.hatinya keras dan tidak mudak termakan pujuk.hanya orang2 tertentu sahaja tahu melembutkan hatinya.dalam soal kewangan dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.seksualnya tinggi dan kuat,romantik di tempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
dia suka menyinggung hati orang lain,cakapnya kesat,kemahuan kuat,dan bersikap agresif,rajin dan tekun bekerja,tak suka diganggu ketika bekerja,dan bercita2 tinggi.boleh terpikat pada lelaki walaupun ada kekasih dan suami.namum dia tak mudah jatuh cinta,suka menyelidik dahulu sebelum jatuh cinta.hatinya tidak tetap,mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk.dia pandai mengurus dan merancang kewangan.pada awal perkahwinan,dia tunduk pada suami,akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.seksualnya tinggi.jika tak pandai mengawal nafsu akan terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.bangga diri,suka berbelanja,suka dipuji dan suka melakukan perkara merbahaya dan sia-sia.bersemangat waja,pandai simpan rahsia.tak suka mengaku kesalahan sendiri.dalam soal kewangan tak pandai berjimat cermat.cintanya sejati dan tidak mudah berubahcuma kadang kala tidak telus.seksualnya sangat teristimewa,menyeronokan,penuh kelembutan,tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
kuat cemburu,suka kebendaan,tak suka kanak-kanak,suka bertikam lidah.namun kuat pendirian,cerdas dalam pemikiraan,dan teliti dalam banyak hal.tidak pernah berasa puas,rela berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.apabila bercinta,akan menyelidik terlebih dahulu latarbelakang pasangan dan suka menguji.pandai berjimat dan suka berfikir untuk masa depan.wanita ini sentiasa akur dengan kata suami.seksualnya agak dingin,tetapi apabila bermula,seksnya kuat dan tahan lama.tidak tergesa2 dan dilakukan dengan lembut.

AHAD
wanita yang lahir pada hari ini biasanya suka kemewahan dan menunjuk2 diri.apabila bersuami taat pada suaminya.namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri.dia tidak suka mendengar nasihat,mudah terpedaya dengan kata2.suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya.percintaannya tidak telus tapi sanggup berkorban apa saja bila hati dah suka.pandai simpan rahsia,rajin bekerja dan berusaha,tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.rangsangan seksualnya tinggi namun apabila tidak puas akan mencari jalan lain.

AMARAN : ENTRI NI SUKA2 JE,JANGANLA GATAL2 NAK PERCAYAT SANGAT...

Saturday, January 1, 2011

Egypt Christians vent anger after deadly church blast -1.1.2011

ALEXANDRIA - President Hosni Mubarak urged Egypt's Christians and Muslims to unite against "terrorism" after a New Year's bomb killed 21 people at a church, but tempers continued to flare hours later as Christian protestors clashed with police.

The interior ministry said evidence showed that the attack on a church in the Mediterranean port city of Alexandria was carried out by a suicide bomber and that it was the work of "foreign elements."

There was no immediate claim, but Al-Qaeda has threatened Christians everywhere, and called for punishment of Egypt's Copts, over claims that two priests' wives they say had converted to Islam were being held by the church against their will.

Click here to find out more!Click here to find out more!
A health ministry official in Alexandria said 21 people were killed and 79 wounded.

The interior ministry said eight of those wounded were Muslims, as there is a mosque across the street.

A witness had told private television On-TV that he had seen a car park outside the church shortly after midnight, that two men got out and that the explosion occurred almost immediately afterwards.

But the interior ministry ruled out the hypotheses of a car bomb, saying it was "probable that the bomb ... was carried by a suicide bomber who died among the crowd."

The device was packed with pieces of metal to cause the maximum amount of harm, it added.

And the circumstances of the explosion, "given the methods that currently prevail in terrorist activities at the global and regional level, clearly indicate" that that the bombing was "planned and carried out by foreign elements."

Nermin Nabil, who was injured in the attack, said hundreds of people were still inside the church at the time of the blast, and that "if the bishop had finished saying mass two minutes earlier, the bloodbath would have been worse." In a country suffering from growing sectarian tensions, Mubarak urged Christians and Muslims to unite and confront "terrorism."

He called on the "children of Egypt - Copts and Muslims - to close ranks and confront the forces of terrorism and those who want to undermine the security, stability and unity of the children of this nation," state news agency MENA said.

Pope Benedict XVI, during New Year's mass, urged world leaders to defend Christians against abuse and intolerance.

"I once again launch a pressing appeal not to give in to discouragement and resignation," said the pontiff.

And in Damascus, an official said "Syria strongly denounces this terrorist crime, which is targeting the national unity and religious pluralism of Egypt and other Arab countries."

Refaa al-Tahtawi, spokesman for Al-Azhar, Sunni Islam's Cairo-based main institution of learning, denounced the attack and appealed for calm, as did a senior Coptic official, but to no avail.

Nearly 12 hours after the bombing, dozens of Christians were continuing to vent their anger. They clashed with baton-wielding police who had set up a cordon to block access to the church and shouted slogans against Mubarak's regime.

One demonstrator brandished a large cross to which were attached bloody remnants of clothing from the victims.

Protesters shouted "where is the government," blaming it for the incident and saying it was singling out the Copts because of their political views. "The government is involved," said Ishaq Habib.

"They want to break the Copts. They know that the Copts do not love Gamal Mubarak," the president's son, who has been widely viewed as a candidate to succeed him in power.

The attack came two months after gunmen stormed a Baghdad cathedral in an operation that left 44 worshippers, two priests and seven security forces dead. The attack was claimed by Al-Qaeda's Iraq affiliate, the Islamic State of Iraq, which said its purpose was to force the release of the two women in Egypt. "All Christian centres, organisations and institutions, leaders and followers, are legitimate targets for the mujahedeen (holy warriors) wherever they can reach them," the group said.

"Let these idolaters, and at their forefront, the hallucinating tyrant of the Vatican, know that the killing sword will not be lifted from the necks of their followers until they declare their innocence from what the dog of the Egyptian Church is doing," the ISI said.

It also demanded that the Christians "show to the mujahedeen their seriousness to pressure this belligerent church to release the captive women from the prisons of their monasteries."

Saturday's attack came just two days after more anti-Christian violence in Baghdad, when a series of bombings killed two Christians and wounded 16. Protection around Copt places of worship was discreetly stepped up after the threats, as Mubarak said he was committed to protecting the Christians "faced with the forces of terrorism and extremism".

The Copts account for up to 10 per cent of Egypt's 80-million population, and often complain of discrimination and have been the target of sectarian attacks.

HUKUM MENJUAL CICAK POKKE-UST AZHAR IDRUS