Monday, March 31, 2014

SECARA RINGKAS TENTANG APRIL FOOL..

SALAM...

aku rasa aku dah pernah tulis entry pasal APRIL FOOL...tapi lamanya entry la..xpela...aku taip sekali lagi sejarah pasal APRIL FOOL...

1 APRIL 1487...

ummat islam di spanyol ditipu oleh tentera salib lalu mereka semua dibunuh kejam di pelabuhan Granada,tentera salib bersorak gembira pada hari itu atas kejayaan mereka menipu ummat islam...

Tentera salib membuat pengumuman bahawa penduduk boleh keluar dengan selamat dan boleh menaiki kapal yang telah disediakan untuk keluar dari spanyol,sebaik sahaja ribuan ummat islam keluar,mereka dibunuh dengan kejam,rumah mereka dibakar,takde 1 pun yang terselamat,bahkan kapal yang dijanjikan itu juga turut dibakar...jadi...MASIH ADA YANG NAK SAMBUT APRIL FOOL??silakan kalau mahu,tapi secara teorinya "ANDA AKAN KELIHATAN BODOH JIKA ANDA MEMPERBODOHKAN ORANG LAIN"...tolonglah jangan jadi bodoh,sebab fitrah akal manusia,tuhan jadikan bukannya bodoh...

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

R4BIA : IA TELAH MENJADI SYI'AR ( video dan lirik )

SALAM...aku baru je layan satu video ni.nyanyian ramai2 dari penyanyi pelbagai negara tentang R4BIA,negara yang terlibat SYRIA,MESIR,PALESTIN,LUBNAN,AMERIKA,MALAYSIA,
MOROCCO,ALGERIA,TURKI,KUWAIT YAMAN..sorry kalau ada yang tak tersebut...

Sedih jugak bila aku dengar lagu tu..kesian aku rasa tengok rakyat mesir ni,bersungguh2 pertahankan negara dia,orang mesir ni semangat cintakan negara dia memang dahsyat sikit,antara sebab kenapa yahudi terus menerus menekan mesir sebab mesir adalah satu2nya negara yang punya ulama yang xakan makan sebarang bentuk suapan yg diorang tawarkan untuk ulama2 kat sini semata2 untuk diorang bertapak kat negara ni,lagipun kat mesir ni ada Al-Azhar,dan orang yahudi memang dah lama sangat nak hancurkan Al-Azhar..

kalau korang nak tahu,segala post kita yang berkaitan mesir akan sentiasa dipantau oleh mabahis ( spy ) mesir,dan xmustahil diorang boleh translate apa yg kita taip kat mana2 alam maya..pelajar2 dimesir di nasihatkan untuk tidak terlalu aktif komen tentang benda macam2 ni,bahaya sebenarnya...

Untuk tatapan korang.. 


http://www.youtube.com/watch?v=SFsLKZXyxQ0

sorry..aku letak link je sbb aku xleh nak  sub kan bwh video - youtube...boleh dia tulis kat "no video founds"..habis yang aku tengok kat youtube tu apa kebendanya!!haishhh..xpela..korang tekan jela link aku letak tu,cepat2 siki..aku takut nanti ada yang gatal tangan gi block video ni,yela,tak semua suka dengan R4BIA..korang paham2 sendirila...

Dalam video tu dah ada subtitle melayu dah..xpela..aku letak lagi untuk korang ok..

 .:: R4BIA : Ia Telah Menjadi Syi'ar ::.

Mais Shalash [Palestin] :
Pada suatu masa yang lalu,
Ada satu simbol yang telah membentuk sebuah medan,
Di mana impian penghuninya agar tanah air mereka dikembalikan,
Buat anak-anak generasi nanti.

Musa Mustafa [Syria]:
Medan berkembang menjadi sebuah tanah air,
Tanah air yang terbentuk dari jutaan medan.

*Chorus
R4BIA yang teguh,
R4BIA itu sebuah harapan,
R4BIA tidak akan berpecah belah,

R4BIA yang teguh,
R4BIA itu sebuah harapan,
Buat semua pemburu kebebasan,
Ianya menjadi satu syiar.

Rashed Ghulam [Morocco]:
Dengan kasturi yang telah sebati dengan tanah,
Dengan darah dan air mata para pemuda,
Walau kau disakit hari ini,
Akan kembali padamu mentari yang bersinar.

Muhammad Ali Aslan [Turki] :
Pada hari ini seluruh medan telah menjunjung simbol Rab3ah wahai Saudaraku,
Dengan jutaan 'Asma' [Asmaa Beltagi]
Menggerakkan degupan jantung.

Ulang *Chorus.

Mais Shalash [Palestin] :
Pemburu kebebasan dan penjara-penjara buatan mereka yang pengecut,
Buatannya dari bumbung dan dinding,
Penjaraku terbuka mengadap langit (dunia),
Dan kalian adalah tawanan yang tercela dan penuh kehinaan.


Islam Shukry [Spain] :
Kerana harapan mereka adalah untuk hidup dalam kebebasan, mereka Memutuskan untuk turun ke medan-medan,
Kemudian mereka mati demi menggambarkan suara mereka,
Tidak mungkin kita akan melupakan mereka,
Tidak mungkin kita akan melupakan mereka.

Ulang *Chorus.

Abdurrahman Buhabileh [Algeria] :
Duhai pemburu kemerdekaan!
Siapakah yang mampu membinasakanmu dengan kau yang tetap thabat (teguh) dengan setiap langkahmu, setiap langkahmu,
Telah gugur sahabat-sahabatmu mendahuluimu,
Jaga-jaga! Jangan kau terduduk dengan diammu, diammu.

Ahmad Al Hajiri [Kuwait] :
Terik urat lehermu melaungkan laungan-laungan semangat,
Biar gerun tentera-tentera yang jelik,
Duhai perwira hidupmu sederhana demi mendapatkan semula hakmu untuk membuat pilihan,
Demi hakmu untuk membuat pilihan.

Ulang *Chorus.

Abdullah Al Zu'ubi [Lubnan] :
Revolusi para pemuda Mesir yang berkobar-kobar kecemburuannya, laluan Yang dipenuhi kesakitan dan penghujungnya cahaya,
Tidak mungkin menghalangnya walau seribu pagar,
Seorang yang ditangannya terdapat keputusan.

Yahya Hawwa [Syria] :
Medan Rab'ah rindu akan saat-saat berpuasa,
Dan suara Si Muhammad saat qiamullail,
Buat hati-hati yang disaksikan langit,
Ku hamparkan keatas tanahmu (rab'ah) dan aku tidur di situ.,
Dan kuhamparkan ke atas tanahmu, dan aku tidur.

Ulang *Chorus.

Native deen [Amerika] :
Duhai rakyat Mesir,
Kalian telah menunjukkan kepada kami erti cahaya dan harapan,
Kebebasan yang bersinar terang,
Namun kematian yang tidak masuk akal dan tragedi membuatkan masa depan kelihatan suram,
Apa yang telah terjadi pada cahaya yang pernah kalian tunjukkan padaku,
Wahai rakyat Mesir mari lah kita kembali bersama,
Kerana aku tahu kita akan dapat melakukannya walau apa pun,
Kita telah berjuang terlalu jauh untuk berputus asa begitu saja.

Ulang *Chorus.

Mustafa Musa [Syria] :
Wahai peneguh ruh di atas tanah air ini,
Telah terbakar urat sendi mereka dan dibaluti kafan,
Hakmu akan dikembalikan wahai syahid walau selama mana pun kami harus berjuang.

Abdul Qader Qauza' [Yaman] :
Kebenaran itu terlihat jelas buat mereka yang menyaksikan,
Akan menang menentang mereka yang batil dan pengecut,
Aku tidak akan menyerah kalah walau apa pun berlaku,
Pada kekerasan, ketakutan dan kemusnahan,
Pada kekerasan, ketakutan dan kemusnahan.

Ulang *Chorus.

Hamed Mousa [Mesir] :
Aku tetap teguh di tempat ku dan tidak akanku mundur,
Aku tidak akan mati dan tidak akan hidup,
Lepaskanlah tembakan peluru aku tidak peduli,
Impianku tidak akan terkubur dengan senjata api.

Ibrahim Ad dardasawi [Jordan] :
Kesabaran dan keteguhan itulah sahaja yang kau perlu lakukan,
Dan aku bertawakkal padamu wahai tuhanku,
Kami kembalikan semua harapan kami kepadaMU,
Teguhkanlah dan kurniakan lah kemenangan,
Teguhkan dan kurniakanlah kemenangan.

Ulang *Chorus.

Daqmie [malaysia] :
Mengapa kita sentiasa berdendam,
Mengapa kita turuti kejahatan,
Undang-undang rimba menguasai kita,
Senjata membunuh manusia.

Muadz Zulkifli [Malaysia] :
Kebenaran kekal tak lupus
Sekalipun kebatilan mendada dan angkuh,
Mari kita bina dengan kasih sayang,

Ulang *Chorus.

Khalid Ash sharif [Jordan] :
Fahaman ini tidak akan luntur dengan peluru,
Kebebasan itu telah menjadi impian pada hari ini,
Dan kebenaran itu akan tetap diperjuangkan walaupun dihalangi orang-orang zalim

Abdul Fattah Owainaat [Palestin] :
Wahai pemburu seluruh pembela kebebasan yang ada,
R4BIA adalah simbol keteguhan,
R4BIA adalah sebuah tanah air yang tiada sempadan,
R4BIA (pendek katanya) adalah sebuah kemuliaan,
R4BIA adalah kemuliaan.

Selang seli *Chorus.

Impian mencapai kemuliaan sudah kian hampir,
Sama ada kau hidup sebagai seorang perwira sejati,
Atau sebagai syahid kau mati,
Kau bina tanahmu dengan urat-urat sendi,
Kau sapu air mata sebuah tanah air yang terjajah,
Wahai seluruh pembela kemerdekaan,

R4BIA simbol sebuah keteguhan,
R4BIA sebuah tanah air tanpa sempadan,
R4BIA pendek katanya adalah sebuah kemuliaan.

Ulang *Chorus.



sumber [Terjemahan & Lirik] R4BIA : Ia Telah Menjadi Syi'ar

ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..