Saturday, March 31, 2012

BERGEMBIRALAH SEPERTI MEREKA-MEREKA INI..



salam...memandangkan entry yang lepas tu agak kejam,mesti ada yang termuntah-muntahkan???jadi aku nak bagi korang rileks sikit dengan entry ni..hahaha..sorry-sorry...

memandangkan kita semua dihujung minggu ni,jadi janganlah masam-masam muka,senyum dan bergembiralah seperti mereka-mereka dibawah ini...




























gelak lah puas-puas seperti dia dibawah ni,sampai guling-guling.......









ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

AWEK CUN!!!PLEASE!!!JANGAN TENGOK!!




salam....amboiiii!!!!pantang letak gambar awek cun je,mesti pulun nak buka gak walaupun dah dibagi warning supaya jangan tengok..korang tak paham-paham ke,kan aku dah cakap jangan buka,asal korang buka gak..okla..aku perkenalkan perempuan-perempuan cun yang kat bawah ni,ni mesti korang kenal kan.karena kapoor with her sister...

tapi ni bukan tajuk utama aku untuk entry ni,disebabkan korang baca gak entry ni,walaupun aku dah kata jangan baca,aku bagi extra picture kat korang,pastu satgi kalau ada yang pengsan tak bangun-bangun dah,jangan salahkan aku,aku dah bagi warning!!!!jom layan gambar paling cun itu...


 



??
???
 ????????
 ??????????????
 ??????????????????????????
????????????????????????????????????
???????????????????????????????????????????
???????????????????????????????????????????????????????????
?????????????????????????????????????????????????????????????????????
?????????????????????????????????????????????????????????????????????????


 


nah hambik!!!!gambar paling cun yang korang ternanti-nantikan tu...tengok puas-puas..ada yang pengsan ke???oh tidakkkkk...bukannya dibawah tangunggjawaban ku...sudah diberi amaran tapi tidak diendahkan,makanya rasa sendiri la kawannnnnnn.......hahahahaha (lawak sengal)


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

CARA NAK KIRA JANGKA HAYAT KORANG..




salam...nah!!!ni jangka hayat aku yang telah pun aku kira..aku pun dapat maklumat ni melalui perkongsian bloger-bloger lain..mungkin ini sekadar bancian daripada kerajaan ataupun benda lain yang aku pun tak tahu,tapi yang pentingnya,jangka hayat korang jangan percaya sudahla..berapa hayat kita ni tu tuhan je yang tahu,kita jangan mandai-mandai sendiri lak ye..faham-faham sendirila..

ok..korang nak try kira..sila klik kat sini.. http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=135&lang=bm

yang atas tu contoh la ye untuk korang yang baru nak try,yang tu aku punya..ok..kesimpulannya,buat boleh,percaya jangan!!! saje suka-suka isi masa lapang tu boleh la..hehehe...


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Thursday, March 29, 2012

CARA DIET RASULULLAH..



salam..hari ni nak ajak korang berdiet cara rasulullah..aku lupa nama  blog yang post entry ni..tapi apa-apa pun jom kita tengok cara-cara diet rasulullah...


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Saturday, March 24, 2012

"KEJAHATAN" YANG DILAKUKAN MUAMMAR GHADAFI...

salam..hari ni aku dapat satu lagi story yang sangat-sangat best..pasal muammar ghadafi..sebenarnya aku dah lama cari fakta pasal muammar ghadafi ni,sebab mak aku pernah cakap,sebenarnya muammar ghadafi ni adalah pemimpin yang paling ditakuti oleh mereka yang cuba untuk menjatuhkan negara-negara islam ni,korang faham-faham sendirila siapa mereka itu..amerika dan sekutunya la..

puas aku jejak fakta-fakta pasal dia,dan tadi aku dah jumpa pasal fakta yang aku nak cari tu..jadi,aku nak berkongsi dengan korang tentang fakta-fakta "kejahatan" yang telah dilakukan beliau keatas rakyat nya yang sangat budiman dan sangat kenang budi ini..

1-Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2-Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3-Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba’.

4-Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa
punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5-Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6-Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7-Tidak ada bil elektrik di Libya.

8-Kemudahan perubatan adalah percuma.

9-Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan.

10-Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

11-Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat.


kalau korang nak tahu lebih lanjut,korang boleh pergi ke blog ni http://mix-rojak.blogspot.com/2012/01/misteri-libya-dan-kematian-muammar.html ..terima kasih kepada blogger tersebut,sudi berkongsi ilmu seadanya..

jadi..apa kata korang tentang kejahatan yang dia lakukan.memang sadiskan??jadi memang layaklah rakyat-rakyatnya yang budiman itu membalas "kejahatan" beliau dengan mempamerkan mayatnya berhari-hari dikhalayak ramai dengan bertujuan supaya semua manusia diseluruh alam ni mengingati "kekejaman" yang dia lakukan..

kalau benci sekalipun,siapa kita untuk menghukum manusia sampai macam tu sekali,semua orang islam sedia maklum,tak elok untuk kita lambat-lambatkan dalam pengurusan jenazah,itu boleh menyiksa jenazah tersebut...

P/S : maaf,blog aku ni ada masalah letak link tu,kalau korang nak tengok blog tersebut,korang kena copy link tu dan buka di google ye..maaf atas kesuliatn yang berlaku..

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Friday, March 23, 2012

KASUT TUMIT TINGGI YANG PALiNG HOT DAN COOL..

salam..buat kaum wanita yang gemar kasut2 tumit tinggi..ada entry yang special untuk korang semua..jom layan..kredit tuk blogsanasini.blogspot.com


dalam banyak-banyak kasut ni,aku paling suka yang kuning ni..korang suka yang mana?







































ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Thursday, March 22, 2012

"KENANGAN BERSAMA P.RAMLEE" (OLEH ZAINUDDIN MAIDIN)




salam..ni pula story yang aku dapat kat forum CariGold.com berdasarkan pengalaman si pencenrita itu sendiri,dan aku tidak mengubah mana-mana fakta didalamnya walau satu ayat,jadi jom sama-sama kita baca..


"Kenangan bersama P. Ramlee" ( Oleh Zainuddin Maidin )..

SAYA tidak boleh mendakwa sebagai seorang wartawan yang rapat dengan Seniman Agung P. Ramlee seperti wartawan- wartawan yang memulakan karier mereka di Singapura sejak awal tahun 50-an ketika bintang seniman itu mula bersinar .

Cuma sekali pada awal tahun 60-an kami wartawan-wartawan dari Kuala Lumpur secara kebetulan bertemu P. Ramlee di Pantai Motel, Kuala Terenganu (sekarang Park Royal Primula) ketika mengikuti lawatan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak ke Terengganu. Bila mengetahui kami adalah wartawan P. Ramlee duduk dan bercerita panjang dengan kami.

Kesan pertemuan pertama itu ialah saya mengingati P. Ramlee di usia mudanya sebagai sebagai seorang lelaki yang kacak, wajahnya kemerahan, tampan, gagah, pandai bercerita dengan cara yang menarik dan tidak menjemukan. Beliau tidak sahaja menarik di dalam filem tetapi juga di luar dalam dirinya yang sebenar, lengkap dan sempurna sebagai seorang seniman. Anda boleh duduk berjam-jam mendengarnya bercerita tanpa jemu. Ramai juga seniman yang saya jumpa perwatakannya kaku dan pendiam di luar sekalipun begitu hebat dalam lakonan.

Sejak pertemuan di Primula itu saya tidak menemuinya lagi kecuali setelah sinaran bintangnya mulai pudar apabila berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1966 dan beliau menjadi teman karib Osman Abadi, Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu yang juga seorang penulis skrip filem dan drama yang prolifik.

P. Ramlee sering datang menemui Osman di pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur dan kerana bilik Osman bersebelahan dengan bilik saya maka saya kerap melihat P. Ramlee sering menghabiskan masanya berjam-jam bercerita dengan Osman.

Oleh kerana kesibukan sebagai Pengarang Berita, saya tidak berkesempatan untuk menjalin hubungan rapat dengannya. Hal ini saya kesalkan hingga sekarang kerana melepaskan peluang untuk mendekati orang yang sukar untuk dicari ganti.

Beberapa episod pertemuan pendek dengan P. Ramlee meninggalkan kenangan yang mendalam kepada saya, mungkin kerana saya tidak banyak berinteraksi dengannya dan pengalaman sesekali bertemu sepintas lalu menjadi begitu berharga.

Suatu insiden yang tidak mungkin saya lupakan ialah apabila saya menyinggung perasaannya ketika menghantar Osman Abadi untuk lawatan ke Amerika Syarikat pada penghujung tahun 60-an. Turut menghantar ialah Sasterawan A. Samad Said dan isteri dari Berita Harian dan wartawan- wartawan Utusan antaranya Zakri Abadi, Subky Latiff (sekarang orang kuat Pas), Ali Salim Ketua Penyunting dan lain-lain lagi anggota Jabatan Pengarang Utusan Melayu.

Ketika itu P. Ramlee telah mulai dilupakan kerana televisyen telah memberi kesan kepada panggung wayang. RTM satu satunya stesen televisyen pada masa itu kurang memberikan kesempatan kepada P. Ramlee untuk programnya sendiri kecuali menayangkan semula filem-filem lamanya. Di samping itu kemunculan pop yeh yeh (penyanyi tahun 60-an) juga telah melindungi P. Ramlee.

Saya lalu bertanya kepada P. Ramlee "kenapa che Ramlee tidak muncul di televisyen, sekarang orang tidak lagi melihat filem di panggung-panggung wayang seperti dahulu".

Di luar jangkaan saya pertanyaan dan kenyataan saya itu menimbulkan kemarahannya menyebabkan beliau terus menjawab "You ingat muka I ni murah ke ? Orang macam you tak tengoklah, tetapi orang kampung, petani dan nelayan masih melihat saya. Orang tengok televisyen, orang pergi kencing, pergi buang air besar, orang tidak tumpu macam tengok filem di panggung wayang, orang tak tinggalkan kerusi."

Saya tahu telah menyentuh perasaannya, tetapi saya tidak berniat untuk merendahkannya.

Lakonan

Tidak lama kemudiannya RTM menayangkan gambar lakonan P. Ramlee, Orang Bunian dan secara kebetulan esoknya saya ke Pasar Chow Kit dengan membawa anak perempuan saya yang berumur kira- kira lima tahun. Secara kebetulan terjumpa dengan P. Ramlee sedang minum di Restoran Yusoff Suria berhampiran dengan pasar itu. Saya terus bertanya pada anak saya sama ada kenal atau tidak orang ini? Anak saya terus mengenalinya "Orang Bunian, P. Ramlee".

Sejak itu P.Ramlee kembali berbaik-baik dengan saya. Saya menyedari hakikat betapa perasaan seniman mudah terluka dan juga mudah disembuhkan dengan penghargaan yang ikhlas.

Bila beliau meninggal pada 29 Mei 1973, saya bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Melayu Pulau Pinang. Saya tidak tahu tentang kematiannya sehingga malamnya setelah Allahyarham dikebumikan kerana pada hari itu saya ditugaskan ke Thailand oleh Ketua Pengarang Mazlan Nordin (Tan Sri).

Ketika sarapan malam isteri saya secara bersahaja memberitahu bahawa P. Ramlee mati. Saya tergamam, tidak dapat lagi menyuap nasi ke mulut. Suatu perasaan yang sukar untuk dimengertikan tiba-tiba menyelubungi jiwa, perasaan kesayuan dan kesepian yang amat memilukan

Isteri saya tidak mengerti perasaan saya ketika itu. Saya tinggalkan meja makan dan pergi ke ruang tamu dan menangis panjang seorang diri. Saya dimaklumkan oleh Osman Abadi beberapa jam sebelum kematiannya pada jam empat pagi 29 Mei 1973, P. Ramlee telah menelefonnya ketika beliau sedang menyiapkan skrip filem Azizah untuk arahan dan terbitan P. Ramlee. Osman tidak dapat memenuhi permintaannya untuk keluar bersama malam itu tetapi telah meminta beliau menyanyikan lagu Azizah untuk mendapat ilham dan penghayatan. Apabila menerima berita kematian itu, Osman terpaksa dipapah untuk menelefon Ketua Pengarang Utusan Melayu Mazlan Nordin.

Saya tidak tahu apa yang berlaku di Kuala Lumpur tetapi di Pulau Pinang pejabat Utusan Melayu di Jalan Argyll didatangi ramai orang yang mahu menyatakan perasaan sedih mereka. Kematiannya lebih dirasakan di Pulau Pinang tempat kelahirannya selain menggemparkan dan mengharukan perasaan peminatnya di seluruh negara.

Berita telah disampaikan kepada saya tentang ada orang tercedera kerana tanpa sedar terjun menerusi tingkap untuk memberitahu jirannya tentang kematian P. Ramlee bila mendengar beritanya di radio.

Anak-anak muda memainkan lagu lagunya sepanjang hari seolah-olah hendak menafikan kematiannya.

Kisah hidup P. Ramlee melariskan jualan akhbar-akhbar Melayu berbulan lamanya sejak lepas kematiannya, tetapi ada juga seorang dua yang menganggap diri mereka sebagai intelektual telah mengecam akhbar- akhbar yang terbawa dalam arus perasaan ini.

Dibanjiri

Kira-kira sebulan sebelum kematiannya P. Ramlee mengadakan pertunjukan di Butterworth yang dibanjiri oleh lebih 40,000 penonton yang seolah-olah hendak menunjukkan kemarahan orang Pulau Pinang terhadap pihak yang menganggap P. Ramlee sudah tidak laku lagi kerana adanya pop yeh yeh. Malam itu tentunya P. Ramlee yang juga sedang dapat merasakan zaman menurunnya telah kembali bersemangat.

Perasaan kehilangan, kesedihan, kemurungan, kesayuan, kepiluan dan keharuan atas kehilangan seniman agung ini menyapu perasaan pelbagai peringkat masyarakat di seluruh negara lebih sebulan lamanya.

Hampir sebulan selepas kematian P. Ramlee , pejuang kemerdekaan Pak Sako (Ishak Haji Muhammad ) mencatitkan dalam ruangan mingguannya "Itu Ini dan lain-lain" dalam Utusan Melayu "entah kenapa aku merasakan hari-hari yang sungguh sepi."

Demikianlah perasaan manusia terhadap kehilangan seorang manusia yang telah berjaya membina tugu dalam diri mereka dengan keupayaannya berada dalam tangis dan tawa mereka, kebencian dan kecintaan mereka, keindahan cinta dan kekecewaannya, kebinatangan dan kemanusiaannya.

Tugu P. Ramlee berada dalam jiwa mereka kerana beliau dapat melakonkan dan merasakan apa yang dilakukan dan dirasakan manusia setiap hari dalam kehidupan yang sebenar. Mereka merasakan P. Ramlee adalah mereka.

Lebih 10 tahun selepas kematiannya perbincangan berterusan di dalam media dan juga di kalangan pemimpin politik , budayawan dan sasterawan tentang apakah yang seharusnya dibuat untuk membina kenangan abadi kepada seniman agung P. Ramlee tetapi tidak menghasilkan sebarang tindakan dan pelaksanaan yang konkrit yang benar benar bernilai dan berkesan yang boleh diingati oleh orang ramai setiap masa. Berbagai jawatankuasa juga ditubuhkan untuk tujuan itu.

Saya telah memberitahu Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir tentang keadaan ini ketika beliau menghadiri malam keluarga Utusan sempena 43 tahun Utusan Melayu di Dewan Nirwana Hotel Hilton Kuala Lumpur pada 6 Jun 1983.

Mahathir memberitahu saya bahawa beliau akan mengambil langkah segera yang benar benar berkesan bagi memperingati jasa seniman agung itu.

Sekalipun ini hanya merupakan bualan saya dengannya tetapi saya telah jadikannya sebagai berita utama Utusan Malaysia keluaran 17 Jun 1983 bertajuk "Mahathir Mahu Langkah Berkesan Kenang Seniman Agung P. Ramlee."

Berikutan dengan itu pada 6 Julai 1983, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Dr. Elyas Omar mengumumkan bahawa Jalan Parry yang merupakan sebuah jalan utama di kawasan perdagangan mahal di ibu kota akan ditukarkan namanya ke Jalan P. Ramlee. Katanya dengan itu setiap orang yang melaluinya akan mengenangnya dan menjadikan P. Ramlee dikenang sepanjang masa.

Pada 14 Julai nama P. Ramlee secara rasmi mengambil tempat di jalan yang penting di ibu negara itu.

Utusan Malaysia 17 Julai 1983 melaporkan "Bagi Mahathir yang mengenali P. Ramlee sebagai seorang yang rajin dan dedikasi terhadap kerjanya menganggap Allahyarham benar-benar seorang seniman rakyat kerana walaupun telah 10 tahun meninggal dunia tetapi masih terus di minati oleh semua generasi tua dan muda."

Kata orang, Seniman Agung tidak pernah mati...

( dicatat pada tarikh 06-11-2010 12:08 AM )

itulah kisahnya..korang sendiri dah baca..agak panjang lebar kan?hehehe..jadi siapa yang nak tahu pasal kisah ni,mesti dia akan bacakan,kalau tak nak baca pun takpe..terpulang kat korang sendiri..


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

10 PERKARA YANG MENARIK TENTANG ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE.



salam...siapa yang tak kenal dengan lagenda besar malaysia allahyarham Tan Sri P. Ramlee atau nama betulnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh,dilahirkan pada 22 Mac 1929,dan meninggal dunia pada 27 Mei 1973 (umur 44).

hari ni aku nak kongsikan dengan korang beberapa perkara penting ataupun yang tak berapa penting yang kita tak pernah tahu tentang allahyarham Tan Sri P.Ramlee ni..jom sama-sama kita baca...

1-P.Ramlee akan berhenti dari melakukan sebarang kerja selama 1 minit tepat pada jam 12 malam.

2-P.Ramlee sangat fasih berbahasa jepun dan mahir bermain alat muzik seperti biola,ukulele,trompet,tetap tidak tahu bermain saksofon!

3-P.Ramlee mendapat bayaran tertinggi dalam sejarah filem dalam Filem Bujang Lapok, iaitu sebanyak RM 30,000( 1958).

4-Atas nasihat ibunya (che mat) p.ramlee telah memulakan filem "ibu mertuaku" pada malam jumaat.

5-Tidak mendapat sebarang bayaran untuk filem "ibu mertuaku" walaupun beliau memenangi anugerah ” The Most Versatile Actor” kerana telah membuat perjanjian bertulis dengan Shaw Brothers bahawa filem ini mesti disiapkan dalam tempoh satu bulan dan beliau gagal berbuat demikian.

6-Beliau juga telah mendapat bayaran tertinggi dalam sejarah filem dalam filem bujanag lapok,dengan bayaran sebanyak RM 30,000.

7-Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi.

8-P.Ramlee lebih selesa mengenakan kain pelikat dan baju T-shirt pagoda putih ketika dirumah,beliau juga suka memasak,makanan kegemarannya ialah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.

9-Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!

10-orang yang pertama mengasaskan perkataan “PAWAGAM” nama singkat bagi Panggung Wayang Gambar.


banyak lagi jasa dan sumbangan beliau buat malaysia..al-fatihah buat allahyarham Tan Sri P.Ramlee..







sumber :Nikabdrahman72′s Blog,PenyuXP.



ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Wednesday, March 21, 2012

HANYA SATU KLIK!!!MEMBAWA 1000 TAFSIRAN..

salam..dengan hanya satu klik...ianya akan membawa seribu tafsiran..jadi..apa tafsiran korang tentang gambar ni???





ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

Tuesday, March 20, 2012

KUCING TAK SEDAR DIRI (LAWAK RINGAN)



KUCING 1 : terlepas la kita nak pergi tengok pertandingan gubahan bunga peringkat kampung,dah hujan macam ni..agak-agak sapala yang kalah ye..

KUCING 2 : aku lagi tension,tak dapat nak ngorat awek-awek yang buat gubahan tu...ish!!!!!melepas peluang aku!!!

KUCING 1 : satgi kalau aku cakap bodoh marah,cakap bangang dah memang sah2,ko tu kucing,sedarla sikit!!!!!


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

SEJARAH DALAM HARI (ANDA PERLU TAHU!!!)



salam dan selamat pagi..korang..tadi aku blogwalking jap,sekali terjumpa 1 entry yang cerita pasal sejarah dalam setiap hari yang kita lalui,unik dan berguna untuk kita,jadi aku pun berminat nak kongsikan benda tu disini...kredit untuk ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com...terima kasih atas perkongsian anda..

jadi aku harap sangat-sangat korang baca entry ini untuk pengetahuan kita bersama,tak rugi pun kalau korang baca benda ni..kan??

jom layan sat sejarah dalam hari..

HARI ISNIN..
peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah :
1. Naiknya Nabi Idris a.s ke langit..
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina..
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia Nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keEsaan Allah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"

HARI SELASA..
peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah :
1. Wafatnya Jurjis..
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini..
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni..
6. Habil terbunuh hari selasa..

HARI RABU..
peristiwa yang berlaku pada hari ini :
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi..
2. Allah menghancurkan Firaun bersama pengikut2nya(dilaut)..
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya..
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s..
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..

HARI KHAMIS..
peristiwa yang berlaku pada hari ini..
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir..
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa ini, Yusof jadi raja mesir yang terkenal)..
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi Yusof..
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui..
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah..
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah...

HARI JUMAAT..
peristiwa pada hari ini :
1. Pernikahan antara Adam dan hawa..
2. Pernikahan antara Yusof dan Zulaikha..
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s..
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid..
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Sabar'..
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar..
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra..

HARI SABTU...
peristiwa yang berlaku pada hari ini :
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab..

1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya..
2.Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka..
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir..
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa..
5. Orang-orang yahudi mengkhianati dan menejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit..
6. Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah..
7. Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian..

HARI AHAD...
perkara yang berlaku :
1. Allah menjadikan neraka..
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis..
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis..
4. Allah menjadikan 7 anggota adam..
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh..
6. Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar..
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh..

bila aku baca dan teliti balik semua kejadian yang berlaku ni,aku terpikir,betapa allah tu maha agung,dia dah susun semua peristiwa ini dengan teratur,kita ni hamba yang patut nilai dan berpikir tentang kekuasaan yang allah tunjukkan..allah tak pernah silap dan takkan sesekali silap!!

terima kasih sekali untuk ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com atas perkongsian ini..:)


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Saturday, March 17, 2012

DOA DIMUDAHKAN ZURIAT.

salam...hari ini aku nak kongsikan dengan korang doa untuk cepat dapat anak...ada pasangan yang dah kawin lama,tapi tak dapat anak,kadang-kadang tu sampai bertahun-tahun,tapi tak dapat jugak,bila dah kawin ni,isu "bila nak dapat anak" ni selalu jadi isu berbangkit dan rasanya isu ni tak akan ditutup sampai bila-bila pun dikalangan orang yang dah berumahtangga ni..

macam-macam usaha dah buat,tapi mungkin rezeki tu tak sampai lagi,usaha tu usaha jugak,tapi doa tu penting,bukan ke doa tu senjata untuk umat islam??jadi mari amalkan doa ni setiap hari,himpunan doa dari ustaz Harun Din.

kalau mereka yang dah ada anak,dan berkeinginan untuk menambahkan zuriat,boleh juga untuk amalkan doa ni,amalkan setiap hari,moga allah mendengar permintaan kita dan membantu kita..amin..

*Baca Surah Al-fatihah.
*Doa mohon zuriat seperti dibawah ini..


*Wahai Tuhanku, janganlah engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik2 Yang Mewarisi" (Al Anbiya:89)
*"Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan Yang baik, Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan" (Ali Imran:38)
*Dan tidaklah orang2 kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap2 benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (An-Anbiya:30)



*Baca doa ini sebanyak 7kali.


Maha suci Tuhan yang urusannya antara "kaf" dan "nun". Maha suci Allah yang urusannya apabila DIA menghendaki sesuatu, Ia berkata "Jadilah. maka akan jadilah". Aku bermohon kepada Allah yang maha Agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung agar DIA menyembuhkan dikau.


moga perkongsian kali ni bermanfaat untuk kita semua,usaha itu penting,tapi jangan lupa untuk berdoa kerana kita cuma hamba,yang nak bagi tu adalah allah,maha pencipta,maha mendengar,maha berkuasa atas sesuatu..

terima kasih kepada http://kongsibersamanora.blogspot.com atas info yang sangat berguna ni.


ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Friday, March 16, 2012

RUMAH MEWAH ARTIS-ARTIS HOLLYWOOD..

salam..hari ni aku nak share kan dengan korang rumah mewah selebriti hollywood ni,memang kaya betul!!rumah diorang tu kalau buat sekolah untuk anak-anak yatim pun memang terlebih mampu..korang tak caya??nah!!tengok sendiri...buat zoo pun dah cukup mewah untuk binatang-binatang yang bakal menginap kat situ..




oprah winfrey,california.




celine dion,florida.




satu lagi rumah oprah winfrey,hawaii.




britney spears.




brad pitt&angelina jolie,france..




eddie murphy,korang mampu ke nak buat gelanggang bowling kat rumah??tapi eddie murphy mampu..:)




lady gaga,LA..




tom cruise&katie holmas,beverley hills..


dah puas tengok??betul tak cakap aku,nak buat apa pun boleh kat rumah diorang,cuma tak boleh buat rosak je la,nanti korang mampu ke nak bayar kerosakan rumah diorang ni?entah-entah tombol pintu diorang saje dah sama dengan nilai gaji korang sebulan..jadi..jaga-jaga..

ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

ORANG MAKAN ORANG..

salam...inilah manusia yang makan manusia,jangan ingat zaman sekarang takde dah orang makan orang ni,sampai sekarang wujud lagi manusia-manusia macam ni,bezanya orang zaman sekarang ni,diorang pakai baju bukan macam orang dulu yang jakun tu,masa dulu tu diorang pakai cawat je..macam dah takde lauk lain je nak makan..









ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..

Avengers (2012)

salam korang..sesungguhnya aku adalah peminat untuk cerita-cerita yang ada superhero ni..percayalah aku,asal ada je superhero je,mesti aku nak tengok..fuhh!!!memang teramat best..

cerita terbaru sekarang ni yang aku tertunggu-tunggu ialah Avengers (2012)mengabungkan superhero seperti Iron Man, Incredible Hulk, Thor, Captain America dan lain-lain yang seumpama dengannya..jom layan gambar-gambar dia..kredit untuk rilekrilek.blogspot.com...time kasih..:)























ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..:)

Wednesday, March 14, 2012

INILAH SEBENARNYA NASI KANGKANG..:)

salam..korang..aku sebenarnya dah lama terpandang gambar ni..tapi tiba-tiba hari ni baru terbuka hati nak pos kan kat entry hari ni..jadi..inilah yang dinamakan SEBENAR-BENARNYA NASI KANGKANG...:)




ikhlas dari hamba allah serba sederhana..conan..:)

Wednesday, March 7, 2012

BAHASA MENCERMINKAN DIRI..

salam...bila dah pakai elok-elok tu,jagalah bahasa sikit..kerana nila setitik rosak susu sebelanga..apa salahnya kalau cakap bahasa elok sikit..jangan sampai diri kita ni dijadikan dalil untuk mereka yang nak berubah kearah kebaikan terbantut bila tengok perlakuan kita...





ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan..

DOA AGAR DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN..



ERTINYA : Ya Allah,tidak ada kemudahan kecuali engkau permudahkan dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan),jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.

segala perkara bergantunglah hanya pada allah,janganlah terlalu yakin pada diri sendiri sampai lupa bahawa kita masih ada pencipta yang mampu untuk memutarkan kita ke mana sahaja yang DIA kehendaki..berserah pada allah itu lebih baik,tapi berserah pada kegagalan dunia tanpa berusaha itu bodoh namanya..


ikhlas dari hamba allah yang serba sederhana...conan...

Sunday, March 4, 2012

KASIH SAYANG TIDAK MENGENAL TUAN..

salam...korang...lihatlah...beruk pun ada perasaan kasih sayang walaupun bukan dari darah daging dia...manusia???rasanya dah wujud kat dunia ni yang makin benci dengan darah daging sendiri dan yang paling teruk bila manusia zaman sekarang dah mula dahagakan darah manusia lain..pembunuhan dimerata-rata tempat,kita sendiri pun tahu tentang ini..

layan jela gambar-gambar ni....








ikhlas dari hamba allah serba sederhana...conan...