Saturday, February 19, 2011

TENGOK BETUL2...








PERJALANAN YANG BEST....

kisah bermula.....

3 FEBRUARI 2011
kami dapat berita bahawa kami akan dipindahkan ke tempat lain...semmuanya disebabkan rusuhan yang berlaku....tapi yang tak bestnya,aku dapat berita untuk dipindahkan pada malam hari..macam mana nak bersiap???dan yang paling tak best sekali..kena pastikan barang tak lebih dari 7 kilo..aku bawak latop lagi..macam mana tu????

4 februari 2011
lebih kurang pukul 10 pagi kami berkumpul dihadapan kedutaan iskandariah.
-11.oo pagi bertolak ke bangunan mara(bangunan medic iskandariah).
sampai di bangunan mara..sesaknya tak tahu nak cakap....kami terpaksa menunggu sehingga keesokan harinya untuk berlepas ke jeddah.
merasala jadi pelarian...

5 februari 2011
-2.30 ptg,berkumpul dihadapan bangunan mara,bersedia untuk dibawa ke airport iskandariah.
-6.30 petang sampai di airport.
lepas solat isyak kami dipanggil untuk check in.
ada satu benda yang menarik....kami naik TUDM PUNYA pesawat......CHARLEY RFM 499....hahahaha..bangga pun ada..kami kelompok pelajar perempuan pertama yang merasmikan pesawat tu..
-seramai 199 pelajar disusun dalam pesawat tu..duduk bersila..hahaha....lebih kurang 2jam setengah la....
-satu lagi..barang tak timbang pun..

6 FEBRUARI 2011
-2 pagi kami sampai airport jeddah....
-lama menunggu..sampai kami tidur kat lantai airport tu.....bayangkanlah...
-aku paling geram..sebab diorang wat keje lambat...nak cop pun susah sangat..
-selesai semua kul 9.30 pagi...bayang tengok berapa jam kena tunggu..
-sampai asrama tabung haji dalam kul 10 pagi.
-pelajar yang terlibat sama dengan aku semua tidur keletihan.
-pecayala cakap aku..letih gila...

7,8,9,10 FEBRUARI 2011
-berkampung kat asrama tabung haji.
-sapa yang baru sampai kena hantar pasport kat pihak bertugas untuk mendapatkan no token.
-no token tu no nak balik malay la...
-no aku 5063..tapi aku tengok tak ikut no giliran pun...aku pun tak pahamla...orang yang 7ribu balik dulu...tak puas hati gakla aku..bukan aku je..ramai yang tak puas hati...

11 FEBRUARI 2011
-2.30 ptg,aku ngan geng2 aku tengah rehat2..tiba dapat panggilan mengejut..no2 yang disebut sila berkumpul segera...
-gelabah gila..kelam kabut...ada yang balik ngan baju t-shirt biasa je...nak buat cam ne..kata pelarian..hahahahaha..
-asar..sampai airport jeddah...
-trip kitorang naik flight SRI LANKAN..
-akan transit di colombo.

12 FEBRUARI 2011
-7.30 pagi waktu colombo sampai colombo.
-10.30 pagi naik flight yang sama,bertolak ke malaysia.

12 FEBRUARI 2011
-3 petang..kami smpai airport malaysia....horeyyyyy.....eh lupa lak...ALHAMDULILLAH....

korang nak tahu...memang seronok....daripada iskandariah ke jeddadh ke sri lanka akhirnya sampai malaysia..pengalaman yang best tapi agak meletihkan...

Wednesday, February 2, 2011

PHOTO-CAIRO STREET BATTLES ERUPT








Hackers attack Egyptian gov't sites; Internet back

Feb 03, 2011 at 01:38

By PETER SVENSSON, AP

NEW YORK (AP) — A loose international group of hacker activists says it is attacking Egyptian government websites, taking them offline soon after the country restored Internet service Wednesday.

An Internet forum run by the group "Anonymous" directs participants to attack the websites of the Egyptian Ministry of Information and the ruling National Democratic Party. Neither was accessible from New York on Wednesday afternoon.

The group claims credit in a Twitter post.

The same group rallied to support WikiLeaks in November and December, attacking websites of companies it saw as hampering the document-distribution site.

The Egyptian government cut off all Internet service in the country on Friday.

AMAN VS DARURAT????

salam...lama dah aku tak update blog ni..nak update cm ne..keadaan tak mengizinkan...rasanya semua dah tahu pasal rusuhan kat mesir ni..

korang nak tahu apa aku rasa???hahahaha....rasa macam jakun ada,takut ada,sedih ada...nak tahu kenapa??

malam2 kat depan rumah aku ni ramai sangat orang bawak kayu,parang,besi,masing2 ada sorang satu,pastu kat lengan atau kepala diorang ikat kain putih,malam2 orang perempuan takde yang kuar,kalau ada pun sorang dua je,sapa tak takut...semua orang takut...tapi kat sini..orang sentiasa jaga setiap kawasan,mybe taknak bagi apa2 berlaku kat orang lain...sampai pagi diorang gilir2 jaga...itu satu perkara yang bgus dan aku puji diorang ni,sebab diorang ni berani..dan satu lagi..orang2 sini sentiasa menjaga wanita diorang,sekali sentuh,sepuluh kali diorag balun orang yang sentuh tu..

perintah berkurung mula2 kul 4 ptg,lama2 diawalkan jadi 1ptg,sblm kul 1 ptg ramai yang kuar,macam xde apa2,bila masuk je kul 1,dah mula orang laki kuar dengan senjata masing2,itu aku nampak sndr dpn rumah aku ni...

lagi satu,bila kuar nak beli barang,sesaknya...tuhan je yang tahu,semua tumpu kat kedai runcit sebab kedai2 sebab pasar raya yang jadi tumpuan kat kawasan aku ni ditutup..kalau tak tutup silap haribulan kena bom la...aku terpaksa bersesak2 ngan orang2 arab yang badan diorang besar2 tu,berebut nak beli barang..tepung habis,telur habis,ayam pun habis..so kitorang makanla apa yang ada..redha je...harga barang kat sini semuanya jadi mahal..sebab tula rakyat marah...

semalam masa aku kat dapur ngan kawan aku,aku dengar macam satu letupan..xdela kuat sangat..aku tak pasti apa,tapi aku dengar dua kali,sakit telinga aku,dia macam berdengung..aku tak tau nak cite cm ne,aku taknak cakap dia bom,sebab aku nak sejukkan hati aku..bunyi tembakan pun selalu gak aku dengar...setiap malam benda ni la yang kitorang dengar..

masa mula2 rusuhahan lagi dahsyat...balai polis kena bom,kat depan pasar raya tu ada kereta kebal,banyak sangat askar..sekarang ni polis dah tak berkuasa lagi..yang berkuasa sekarang hanya askar..aku dok iskandariah...kat sini ramai banduan yang dah terlepas,itu yang paling aku takut....tempat kami semua perempuan..lagi kami takut..

line semua putus..line internet takde,nak hantar meseg tak boleh,kami terputus hubungan nagan orang malaysia,kami terpaksa top up untuk tepon orang malaysia...1 minit 5 genih..bayangkanla kalau kami top up 30 genih,kami hanya boleh cakap 3 minit sahaja!!!!!!yang paling teruk..kami tak boleh kuarkan duit...duit kami makin kurang,kami terpaksa bayar sewa...

sekarang...internet dah mula ada..duit??aku tak tau boleh cucuk kat bank ke tak...tapi perintah berkurung,rusuhan,tembak menembak tetap seperti biasa..setiap hari kami doa supaya kami boleh balik malay,sebab kawan singapura,indonesia dan brunei dah balik,rusia pun dah balik!!!!!kenapa kami masih tak balik...

sekarang..allah dah dengar doa kami...aku difahamkan orang2 yang dikaherah akan ada 7 pesawat yang akan datang ambik diorang,bermula malam ini....begitu jugak cawangan mansurah,aku difahamkan akan ada pesawat akan ambik diorang bermula 5 haribulan...
cawangan2 lain aku tak pasti..mungkin mereka dahulukna cawangan2 yang dalam bahaya,setakat ni 3 cawangan yang dikatakan bahaya..kaherah,iskandariah ngan mansurah..

kami....bermula 4 haribulan ni akan datang dua buah kapal ambik kitorang kat sini bawa ke jeddah..kat sana kitorang akan dikumpulkan and dibawa pulang ke malaysia..alhamdulillah...

dikabahrkan kuliah kami ditangguh setahun,,ha.....rasa macam tak sanggup je lama2...lama dah kat sini..tak sabar nak habis belajar.....

pesanan aku..kita patut syukur..kat malaysia aman..xde bunyi orang tembak2,itukan satu nikmat..janganla kita nak sia2 kan nikmat tu..bagi aku..aku tak sanggup..dan aku pasti..korang takkan sekali2 sanggup..percayalah..cukuplah sekadar yang aku rasa sekarang ni...

keamanan adalah suatu kebahagian untuk kita yang bernama manusia..percayalah!!!!!!