Wednesday, December 23, 2009

PERANGAI ARAB...

salam..lama dah saya tak menulis dalam blog saya ni,maklumlah,akhir2 ni sibuk sikit,banyak kelas,nak piksa dah kan...hari ni saya nak citer sikit perangai orang arab kat mesir ni..teman2 nak dengar tak??

sebelum raya haji hari tu saya ada hantar beg kat kedai ni tau,saya siap bayar 15 genih lagi,katanya nnt dia nak beli alat ganti,takpela,saya dengan sardinnya bagila 15 genih tu,dia kata pas raya haji nnt siap,pas raya haji saya pun datangla,dia kata tak siap lagi,dia minta lg 3 hari,pas 3 hari saya datang lagi,dia kata tak siap lagi,saya kata kat dia,hari tu hang cakap pas raya haji,pastu 3 hari lg,sekarang brp hari lak,tahun depan?????pak cik tu blh senyum kambing je,saya ni dah mendidih dia tak tau!!geramnya!!!!!!!!berjanji pandai,buat tak pun,hotak tul!!!!!sabar fatin..sabar fatin..kataku pada diri ku sendiri..

semalam saya gi fotostat,pak cik fotostat tu dah la buat keje lambat,,dia boleh kira duit lagi depan saya!!dia tak tau ke saya ni pelanggan dia,ambik duit kang baru tau,aku tengah miskin sekarang ni..saya ni kat situ macam tunggul kayu je,alih2 datang sorang mamat poyo ni dia suruh fotostat dia punya dulu,cepat pulak pak cik tu fotostat,pastu dia ambik kertas saya dia buka saya punya stepler kat kertas tu,ingatkan nak fotostat,rupanya dia fotostatkan yang mak cik lain punya lak..saya ni sabar lama dah..last2 teman2 nak tau tak pak cik tu kata apa,hang ambik balik la kertas hang ni,tak boleh fotostat..saya dengan bengangnya ambik kertas tu,saya cakap dalam bahasa melayu..KALAU TAK BOLEH FOTOSTAT,CAKAPLA AWAL-AWAL!!!!!!!!saya merungut2 depan kedai dia,padan muka dia,dah la tak stepler balik kertas saya.saya memang teramat bengang la,dahla baru balik tuisyen,penat tau!!memangla benda kecik,tapi saya geram tau,saya pusing banyak kedai dah tau cari kedai fotostat,nila masalahnya orang arab ni,layanan tak best langsung.itu baru sikit..nak dengar lagi tak!!1korang dengar je ye..tolong tak pun...eeeeieiiiieeeeiiii!!!!geram tul!!!

saya nak cite pasal kawan saya lak la,ada orang arab pegang dia,pegang kat tempat yang tak di benarkan pulak.dia pulak jenis sensitif sikit orang pegang2 ni,dia belasahnya pak cik tu cukup,dia tarik2 baju pak cik tu,dia tarik telinga pak cik tu,dia kata macam aku lak nak rogol dia..saya nak tergelak pulak dengar dia citer,masa dia pukul pak cik tu orang takde,jalan tu sunyi lagi,pagi2 lagi..haritu ada budak lastik dia tau,dia penampornya budak tu,nangis terus,padan muka budak tu...huahuahuahuahuahua...saya suka...saya suka..

banyak lagi tau citer diorang ni,macam diorang buat kat kitorang...mentangla non egyptian,sesuka suki diorang je wat kitorang cam tu..sedih2...kalau ikutkan hati saya yang baik sgt ni mau je saya terajang,saya penampor,saya jerit2 je kat diorang,tapi tu bahasa kasarla,bawah 18 tahun jangan ikut tau...hehehehe..

saya sebenarnya nak lepas geram je,memang 2,3 hari ni saya asyik kena je dengan orang arab,geram saya...teramat2 geram...tapi tak semuala jahat macam tu,ada gak yang baik,apa2 pun,time kasih sebab dengar saya membebel hari ni,geram tak hbs lagi ni...geram!!!!kena ambik wuduk ni,bg hilang marah ni...nak masuk tandas jap...hehehehe..

Friday, December 4, 2009

SELAMAT HARI RAYA HAJI...KULLUN SANAH ANTUM TAIYIBIN..

salam,kepada teman2,rasanya belum terlambat tuk mengucapkan selamat hari raya haji,saya nak cita sikit macam mana diorang kat sambut raya haji.kat mesir ni sam but raya haji memang meriah gile,macam sambut raya aidilfitri kalau kat malaysia,jalan sesak,kalau nak beli barang masa bayar beratur la jawabnya,kalau nak beli ayam atau daging,baik beli cepat2,itupun kalau nak yang fresh la kan,kat cni kalau nak beli ayam baru diorang sembelih,diorang sembelih depan kita,fresh la tu.tapi kalau kat super market tu biasa la ayam dia memang dah sedia KO,tapi kalau kat kedai2 biasa diorang ambil nombor,tunggu giliran nak kena sembelih.hehehehe.

cita pasal raya korban tu,kat cini memang meriah,sembahyang raya diorang memang awal,yang pastinya pukul 8 lbh tu dah setle dah solat,pastu cam biasala,kerje menyembelih la pulak kan,kalau kat mly kena gali lubang kan,kat cni tak payah susah2 nak gali lubang,sembelih je kat tepi jalan tu,kalau kata kambing tu kat atas rumah,kat cni rumah semuanya jenis rumah flat,naik kt tingkat atas sekali tu kan,sembelih je kat situ,kan tak pasal2 kambing tu kena naik tangga,kalau ada lif ok la gak kan.

bila dah sembelih,diorang BODY GLOVE la pulak,tau kan body glove tu apa??ala..yang cop tapak tangan tu,tangan diorang yang bekas darah kambing tu,diorag buat body glove kat mana2 la yang diorang nak,kat dinding ke,kat van ke,kat mana2 jela.habis sembelih,diorang jual lak bulu kambing biri-biri tu.cerdik kan diorang ni???tapi,sepanjang jalan tu memang penuh dgn darah,bau pun dah bau kambing,bubuh la minyak wangi banyak mana pun,bau kambing tu tetap ada.

kat rumah saya tu ada kedai asah pisau,beratur orang kat kedai tu tunggu nak asah pisau,tapi yang pastinya kambing2,lembu2 and camel2 kat sini still ok,sebab diorag dah biasa dah tgk kaum kerabat diorang di sembelih,yang pasti kita happy beb..kata si kambing2 itu.ala,kalau bukan raya pun diorang memang sembelih kambing gak,saya pernah tengok diorang sembelih kat kedai kereta tau,kedai kereta tu,bukannya kedai runcit.

ada orang arab tu,sembelih dia punya korban kat atas rumah,darah korban tu meleleh masuk kat dalam rumah orang,huhuhuhu,dah satu keje nak kena bersih rumah,kumpul duit byk2 gi beli perfume,yela,nak hilangkan bau kambing tu.

tapi apa pun,teman2 di malaysia jgn buat mcm ni tau,ni semua adat jahiliyah,saya pernah tanya kakak rumah saya,katanya nabi larang semua ni,darah korban tu tak boleh di biarkan mengalir macam tu,yang buat body glove tu pun tak boleh,ni semua adat,sebab tula banyak hadis dan ayat al quran yang diturunkan untuk orang arab ni.bila saya jalan,saya nampak kat tepi2 jln tu kadang2 ade kaki kambing,bulu kambing,macam2 la,mana boleh buat macam tu,sedangkan daging dia atau tulang dia pun kita tak boleh buang merata-rata.itukan daging korban.walaupun diorang binatang korban,cubala hormat kat diorang.diorang dijanjikan syurga tau,gamak ke kita nak buat macam tu kat binatang yang dah di janjikan syurga??apa-apa pun,dari alex nak ke kaherah,sekarang saya nak blah dah.

Wednesday, December 2, 2009

IMTIHAN(EXAM) DAH DEKAT!!!!

Salam..Masuk bulan 12 ni maknanya imtihan(exam) dah dekat,takutnya saya,kitrg imtihan 16/1/2010..fuh!!!takut sangat,banyak lagi buku yang saya tak baca,hafal jauh sekali,madah(subjek)qodoya,tafsir,tauhid ngn nahu&sorof,semua madah berat,tapi jgn ckp susah tau,semua tu mudah cuma berat,cakap pasal imtihan(exam) ni kan,teman2 nak dengar tak kitorg kat cni piksa cam ne?

kat sini kitorg punya piksa lain,markah piksa kitorg bergantung 100% dalam kertas jawapan kitrg,kitrg takde markah kehadiran,sekali lagi saya tekan kan,100% dalam kertas jawapn kitrg,madah(subjek) lak lain,sethn hanya sekali je,macam saya,fasa 1 saya piksa 4 madah(subjek),fasa 2 dalam 9 madah(subjek),itu baru syariah teman2,kalau kawan2 saya yang ambik kos usuluddin,saya di fahamkan,fasa 1 ada 6 madah(subjek),fasa 2 ade 10 madah(subjek),itu untuk tahun 2 la,belum masuk kos lain lagi,kalu doktor tu baik hati,dia akan suruh kitrg wat bahas,macam kertas kerjala,itupun dalam 1@2 madah,selebihnya bergantung pada kertas piksa kitorg.

teman2 nak tau sistem pemarkahan kat sini macam mana??pada teman2 saya di malaysia,saya ditempatkan di universiti al azhar cawangan iskandariah,dulu markah lulus dia dalam 40,kata kakak2 lama la,tapi sekarang markah lulus dia naik jadi 50,dulu ada je student2 lain yang pertikaikan iskandariah ni senang lulus sebab markah lulus dia 40,tp skrg dah naik tau,kawan saya sendr cerita sebab kat result dia ade tulis markah,kalau lah iskandariah ni senang lulus,mesti kami semua takkan tersangkut tahun,dan pasti takde sorang pun budak arab yang mengulang,berbalik pada sistem pemarkahan tadi,kat cni azhar tak guna kan sistem computer,ade sebabnya kenapa dirg wat cm tu,nanti saya ceritakn,so kertas piksa kitorg semua di periksa dengan menggunakan tangan sahaja,so bermula dari sini la markah kami ditentukan,jika doktor yang menanda tu seorang yang baik hati,dia akan bagi markah lebih sikit,tp kalau sebaliknya,macam2 boleh jadi,bukannya saya nak cakap doktor2 kat sini tak baik,tapi faham2 sajala,doktor pun manusia jugak,kadang ade perasaan marah,kdg2 mood dia ok.

ade 1 kisah,ni diceritakan balik oleh orang yang berkenaan,masa tu piksa al quran,tapi dia tak dapt jawab,tak silap saya dia hanya tulis surat alfatihah,tapi bila keluar natijah(result),dia dapt pangkat mumtaz(A),dia tak puas hati,dia gi jumpa doktor tu,nak tau apa jwpn doktor tu???doktor tu cakap,aku dah bernazar,kalau aku dapat anak perempuan,aku akan bagi pangkat mumtaz tuk kertas pertama yang aku tanda nanti.kadang2 ade student yang jawab semuanya betul,bila dia check balik semuanya betul.tapi bila keluar natijah dia tak lulus,nak tahu apa sebabnya,sebab dia guna pen biru,doktor suh guna pen hitam.tp dia guna pen biru.ade lagi kisah,masa tu nak piksa al quran,dia tak hafal,dia just cakap minta2 keluar surah al ikhlas je nanti,teman2 taukan surah al ikhlas tu kan?nak tahu apa jadi,mulut dia masin,BETUL2 KELUAR SURAH AL IKHLAS!!!teman2 nampak tak apa disebalik semua ni??semua yang jadi semua di luar jangkaan kami,semua tu adalah rezeki daripada allah,sbb tu saya terkilan sgt2 bila ade mulut2 org kata kami dtg cni brthn2 tapi tak lulus2 gak,main2 ke??

YA ALLAH,KAU TABAHKANLAH HATI KAMI....sesuaila dengan nama mesir ni sendr,teman2 ambil pen dan kertas,tuliskan perkataan mesir dalam huruf jawi,ejanya MIM,SOD,RO,dia akan bunyi misr..MIM tu membawa makna mihnah yg bermaksud ujian,SOD membawa makna sobru yg bermaksud sabar dan RO membawa makna redho..apabila kami ditimpa musibah kami hanya mampu bersabar dan redho dengan segala ketentuannya,jika teman2 di malaysia tak percaya dengan semua ni,daftarlah sebagai student azhar dan teman2 pasti dapat rasa apa yang kami rasa.

teman2 nak tahu,saya pernah mengulang sekali,thn lepas saya mengulang dalam tahun 1,kat sini kalau nak naik tahun,paling kurang tak lulus pun dalam 2 madah sahaja,tapi saya terlebih 1 madah,jadi saya tak dapt naik tahun,saya bwk 3 madah tuk thn 1,teman2 bayangkan,saya terpaksa menunggu sethn tuk naik thn 2 dengan hanya mengulang 3 madah,saya tak putus asa,saya gi jumpa orang kuliah dan taakid(confrmkan) madah apa yg saya bawak,dia cakap saya bwk madah nahu,tauhid dan fikh syafei,maknaya saya ade peluang tuk buat permohonan tuk hazafkan(buang) 1 madah,iaitu madah tauhid,sebab dia bukan madah asas dalam kos syariah,saya bayar 50 genih(nama mata wang mesir),dan terus wat urusan,bukan mudah sebenarnya berurusan dengan orang arab,tunggu lama,kena marah tu semua dah jadi asam garam dalam hidup saya sepanjg saya di sini,kadang2 saya menangis,betapa susahnya tuk saya berurusan hanya untuk buang 1 madah,kalau saya berjaya buang 1 madah.saya dapt naik tahun 2,bila dah setle semua urusan saya,saya taakid(cnfrm)sekali lagi,betul tak madah yang saya bawak tu,teman2 tahu apa yg jadi,ustaz tu cakap,saya bukan bawak madah tauhid tapi saya bawak madah qodoya,YA ALLAH,pedih sangat saya rasa,kalau saya tahu saya bawak madah qodoya,saya mungkin takkan buat semua urusan ni sbb madah qodoya adalah madah asas dalam kos saya.

terkilan,sedih,sakit hati,macam2 lagi yang saya rasa,bukan mudah teman2,bukan saya saje yang pernah alami semua ni,tapi ramai lagi shbt2 saya,saya tulis semua ni bukan saya kesal dengan apa yang jadi,dan bukan sebab saya nak minta belas ihsan mana2 pihak,tapi apa yang saya minta,TOLONGLA FAHAM KEADAAN KAMI DISINI,kami membawa seribu harapn drpd keluarga kami,mana mugkin kami musnahkannya sendiri,YA ALLAH,ANDAI KAU DENGAR KELUHAN KAMI INI,KAU PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI DISINI,KAU TINGKATKANLAH KESABARAN DALAM HATI KAMI AGAR BILA KAMI DITIMPA MUSIBAH KELAK KAMI MAMPU UNTUK MENERIMANYA DENGAN HATI YANG TERBUKA,KEPADA AYAH DAN IBU KAMI,DOAKANLAH KAMI DISINI,TIADA APA YANG KAMI PINTA MELAINKAN DOA DAN RESTU KALIAN,DAN KEPADA TEMAN2,DOAKANLA KAMI BERJAYA AGAR KELAK NANTI KAMI DAPAT MENGGENGAM SEGULUNG IJAZAH DAN SELAUT ILMU BUAT BEKALAN HIDUP KAMI,DOAKANLAH SEMOGA IMPIAN KAMI INI MENJADI NYATA.

hidup mati ditangan allah,tapi andai kata nyawa saya terhenti disini,apa yang saya minta,akan ade lagi golongan yang menyambung tradisi kami disini sebagai pelajar al azhar,tapi apa yg saya minta smga tuhan panjangkan umur saya,agar dapt saya lunaskan janji saya pada mak dan kakak saya untuk habiskan pengajian,saya nak lihat sendiri mak saya memegang segulung ijazah daripada saya,dan saya nak kakak saya berbangga dengan saya,teman2 doakanla kejayaan kami..